You are on page 1of 10

NAMA: TAHUN : 5 ..

SULIT
011
Bahasa Malaysia
Kertas 1
SK
UPTP 2 2012
50 minit
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SENTOSA
14300 NIBONG TEBAL

UPTP 2 2012

Tahun 5

Kertas 1
Masa : 50 Minit


BAHASA MALAYSIA
Kertas 1
50 minit


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan . Jawab semua soalan.

2. Jawab dengan menghitamkian ruangan pada kertas jawapan.

3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.



Kertas soalan ini mengandungi halaman bercetak.







Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C
atau empat pilihan jawapan A, B, C atau D. Antaranya ada satu sahaja
jawapan yang betul. Pilih jawapan itu dan tandakan jawapan kamu.
Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 19
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.

1. Anak anak Puan Lam sudah berjaya. __________ sungguh bangga dengan
anak- anaknya.

A. Mereka C. Beliau
B. Baginda D. Dia

Soalan 2 3 berdasarkan gambar di bawah.







2. Murid murid yang menduduki peperiksaan UPSR sedang _________ soalan
dengan tekun.

A. meniru C. membaca
B. menulis D. menjawab

3. Susan membawa beberapa ________ pen setiap kali menduduki peperiksaan.

A. buah C. pasang
B. bilah D. batang

4. Makanan yang dihidang di rumah terbuka itu semuanya __________ dan
menyelerakan.

A. hangit C. tawar
B. sedap D. masin




5. Pokok pokok bunga itu menjadi _______ kerana sudah lama tidak disiram.

A. layu C. cantik
B. segar D. kering

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.





6. Juan membuka gerai menjual buah ________ Hamid pula menjual air.

A. sambil C. manakala
B. supaya D. sementara

7. Sally dan Melly pulang ke rumah _________menaiki bas.

A. bagi C. untuk
B. sampai D. dengan

Soalan 8 dan 9 berdasarkan gambar di bawah.





8. Pada waktu petang, datuk akan duduk di ____________ sambil menonton
televisyen.

A. kerusi khas C. kerusi keras
B. kerusi batu D. kerusi malas

9. Nenek akan menyediakan __________ teh untuk datuk sebagai sajian minum
petang.

A. sesuap C. secawan
B. seteguk D. sebungkus






10. Pasu pasu bunga itu ______rapi di hadapan rumahnya.

A. susunan C. menyusun
B. tersusun D. disusunkan

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.






11. Kassim lari ____________ apabila dikejar oleh anjing yang garang itu.

A. ulang alik C. lintang pukang
B. mundar mandir D. tunggang langgang

12. Sultan ialah pemimpin masyarakat. _________ dibantu oleh para pembesar.

A. Beta C. Tuanku
B. Dia D. Baginda

13. Seorang budak lelaki telah dihanyutkan oleh arus sungai yang __________.

A. laju C. cepat
B. deras D. pantas

14. Mereka menyambut setiap tetamu yang datang dengan ___________.

A. lepas tangan C. tangan terbuka
B. bekas tangan D. langkah kanan

15. Zainab ________ dengan sikap neneknya walaupun mereka tinggal bersama.

A. makan hati C. makan suap
B. makan diri D. makan angina

Soalan 16 18 berdasarkan gambar di bawah.






16. Ayah duduk di anjung rumah ________ membaca surat khabar.

A. lalu C. kerana
B. sambil D. supaya

17. Terdapat secawan kopi di _______ meja berhampiran ayah.

A. atas C. depan
B. sisi D. bawah

18. Ayah gemar _________ ruangan laporan dalam negeri.

A. bacaan C. dibacakan
B. membaca D. membacakan

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.





19. Puan Lim sedang membeli buah buahan di kedai Encik Koh.
Perkataan berlawan bagi membeli ialah

A. memberi C. membayar
B. menjual D. membuang

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.






20. Dedaun pokok itu gugur apabila tiba musim panas.
Perkataan seerti bagi gugur ialah

A. jatuh C. keluar
B. luruh D. runtuh





Soalan 21 22
Pilih ayat ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21. i. Hubungan dua sahabat itu sangat ketat.
ii. Ravi mengikat kotak buku itu dengan ketat.
iii. Perasaan rindu pada kampungnya semakin ketat.
iv. Peraturan sekolah yang ketat akan mendisiplinkan murid.

A. i dan ii C. ii dan iii
B. i dan iv D. ii dan iv

22. i. Lina menghiris cili itu halus - halus.
ii. Wanita itu suka menghiris harta lelaki kaya.
iii. Jason ditegur kerana menghiris kata kata orang tuanya.
iv. Kata kata rakannya itu sangat menghiris hatinya.

A. i dan iv C. i, ii dan iii
B. ii dan iii D. i, ii dan iv

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

23. Peperiksaan UPSR dijalankan di dalam dewan sekolah.

A. Bilakah peperiksaan UPSR akan dijalankan ?
B. Di manakah peperiksaan UPSR dijalankan ?
C. Bagaimanakah peperiksaan UPSR dijalankan ?
D. Adakah peperiksaan UPSR dijalankan di dewan sekolah ?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat Tanya di bawah.

24. Bilakah kita perlu mula mengulang kaji pelajaran ?

A. Kita perlu mengulang kaji selepas peperiksaan.
B. Kita perlu mengulang kaji sejak cuti sekolah.
C. Kita perlu mengulang kaji sehari sebelum peperiksaan.
D. Kita perlu mengulang kaji sejak awal tahun lagi.








Soalan 25 dan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. Sila berkumpul di padang sekolah sekarang, kata Cikgu May.

A. Cikgu May akan berkumpul di padang sekolah.
B. Cikgu May ada di padang sekolah sekarang.
C. Cikgu May memberi arahan agar berkumpul di padang sekolah sekarang.
D. Cikgu May berkata mahu berkumpul di padang sekolah sekarang.

26. Halaman rumahnya kelihatan kemas dan cantik apabila ditanam dengan pokok
bunga.

A. Pokok bunga menyebabkan halaman rumahnya cantik.
B. Dia menanam pokok bunga di halaman rumahnya supaya cantik.
C. Apabila dia menanam pokok bunga halaman rumahnya kemas dan cantik.
D. Halaman rumahnya kemas apabila dia menanam pokok yang cantik.

Soalan 27 30
Pilih ayat yang betul.

27. A. Beberapa budak bawah umur ditangkap ketika sedang menghisap rokok.
B. Demi untuk anak anaknya, dia sanggup lakukan apa apa saja.
C. Pakaian yang dijemur di ampaian sejak dari tadi sudah kering.
D. Cuaca hari ini diramalkan cerah sebelah petang.

28. A. Lapangan Terbang itu besar lagi cantik.
B. Chris membeli goreng pisang panas di gerai itu.
C. Hans memandu basikal ke sekolah setiap hari.
D. Sean dan Juan makan sate di gerai Pak Samad.

29. i. Ayu menjerit apabila terpijak duri.
ii. Para para hadirin diminta bersabar kerana majlis akan mula sebentar
lagi.
iii. Murid murid sekolah itu sangat rajin - rajin belaka.
iv. Hakim terpijak kulit pisang lalu terjatuh.

A. i dan ii C. iii dan iv
B. ii dan iii D. i dan iv





30. i. Setiap petang mereka akan pergi ke taman permainan.
ii. Mereka keletihan apabila seharian berada dalam padang.
iii. Dia berasa terharu bila menerima hadiah hari lahir.
iv. Shela sedang berkemas untuk pulang ke kampungnya.

A. i dan ii C. iii dan iv
B. ii dan iii D. i dan iv

Soalan 31 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.


































RESIPI SOTONG RANGGUP PEDAS

Bahan bahannya :

300 gram sotong
cawan tepung jagung
cawan susu tepung beras
1 sudu the perahan air halia
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng penuh
Air untuk mengadun tepung.

Cara cara Membuatnya :

1. Bersihkan sotong, buang matanya dan dipotong bulat seperti cincin.
Toskan dan lumurkan dengan air perahan halia.
2. Masukkan hirisan daun bawang dan garam ke dalam sotong tadi, gaul hingga sebati.
3. Masukkan tepung jagung dan tepung beras ke dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Tuangkan air perlahan lahan ke dalam bekas tepung dan gaul tepung hingga tepung
tidak bergentel dan agak pekat.
5. Kemudian masukkan sotong tadi ke dalam adunan tepung dan gaul rata.
6. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan satu senduk sotong yang telah bersalut
tepung.
7. Goreng selama lebih kurang 5 minit atau sehingga sotong kelihatan kekuning
kuningan .
8. Angkat dan toskan dalam bekas yang beralaskan kertas penyerap minyak. Hidangkan
panas panas bersama sos cili.

Bagi mereka yang menggemari rasa yang lebih pedas, bolehlah
memasukkan sedikit cili kisar dalam adunan atau memasukkan
sedikit lada sulah.

31. Apakah nama resepi di atas ?

A. Sotong Rangup C. Sotong Sambal Rangup
B. Sotong Pedas D. Sotong Ranggup Pedas

32. Dua jenis tepung yang digunakan dalam resepi di atas ialah

A. tepung gandum dan tepung kastad
B. tepung beras dan tepung jagung
C. tepung jagung dan tepung gandum
D. tepung suji dan tepung kastad

33. Selepas dibersihkan sotong perlu dilumurkan dengan

A. perahan air asam C. perahan air halia
B. perahan air limau D. air garam

34. Maksud perkataan bergentel dalam petikan di atas ialah

A. sebati C. bersalut
B. rata D. berbutir

35. Apa yang perlu dilakukan jika inginkan masakan ini pedas ?

A. Masukkan cili kisar atau lada sulah.
B. Tambahkan cili sos dalam adunan.
C. Masukkan cili yang telah dihiris.
D. Dihidang ketika masih panas.

Soalan 36 37
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.













Pada suatu hari, Bakar pulang lewat dari sekolah. Tiba tiba,dia terlihat
sebuah rumah terbakar. Seorang wanita menjerit memberitahu bahawa anaknya
berada di dalam rumah yang terbakar itu. Selamatkan anak saya ! Selamatkan
anak saya ! dia meminta tolong.
Orang ramai tidak berani menolong kerana api yang menjulang itu. Tanpa
membuang masa Bakar terus berlari danmerempuh di celah celah orang
ramai. Jangan pergi ! Berbahaya ! pekik orang ramai. Dia tidak menghiraukan
nasihat orang ramai. Dia bergegas masuk ke dalam rumah yang terbakar itu.
Orang ramai menunggu dengan perasaan cemas. Lama juga mereka
menunggu. Orang ramai menyangka Bakar telah mati terbakar bersama sama
anak kecil tadi.
Tidak lama kemudian, Bakar menyerbu keluar dari rumah dari rumah tersebut.
Dia juga terbakar sedikit tetapi anak kecil itu sedang lena tidur di dalam
pelukannya. Wanita tadi mengucapkan terima kasih kepadanya.

36. Mengapakah wanita itu menjerit ?

A. Wanita itu memanggil Bakar
B. Wanita itu memanggil anaknya.
C. Wanita itu meminta tolong.
D. Wanita itu suka menjerit.

37. Pada pendapat kamu, apakah situasi dalam petikan ?

A. Sedih C. Cemas
B. Gembira D. Suram

38. Apakah nilai m urni yang terdapat pada Bakar ?

A. Berani C. Bertanggunjawab
B. Bekerjasama D. Berbudibahasa

39. Apakah maksud frasa api yang menjulang ?

A. Api yang panas C. Api yang marak
B. Api yang kecil D. Api yang tinggi

40. Apakah tajuk yang sesuai untuk cerita tersebut ?

A. Peristiwa tidak diduga.
B. Budak yang berani
C. Hari yang malang.
D. Tolong menolong amalan mulia.



Disediakan oleh: Disemak oleh:

............. .....
(PN. ZALINA BT. RAZALI) (PN. HELWANI BT. CHE ME)

You might also like