You are on page 1of 1

Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia

Dr Rahmat Ghazali
Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman sebagaimana yang
dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha
menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha
kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian
usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem
indikator bagi mengesan konflik perkauman.
Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah
setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu
Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah
yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks
ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan
penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang
seringkali kita rujuk sebagai kontrak sosial antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik
yang dominan di Malaysia.
Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga
pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi pecah dan perintah.
Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita
dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi
Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk
masyarakat berbilang kaum yang they mix but do not combine atau dalam bahasa ibunda,
mereka bercampur tetapi tidak bersatu. Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih
banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra
Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan fungsional daripada hubungan
empatetik. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi
kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.

You might also like