You are on page 1of 3

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim

zarahanatau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau
organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar
udara adalah seperti gaskarbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik
seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui
cerobong asapkilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran
udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin
boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.
Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas
manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan
mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan
tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan
ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang
penglihatan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap
tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang
disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis
(pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan mengganggu
keseimbangan ekosistem.
Haiwan
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara
yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh
pencemaran udara.
Bahan
Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran
pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini berlaku akibat
daripada pengenapan asap atau zarah halus.
Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di
dalam udara.
Penipisan lapisan ozon
Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan
ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada
cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan
menyebabkan berlakunya pencairanais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia
mengalami ketidakseimbangan.
Hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan
air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan
bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa
hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.
Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid
tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta tidak subur.
Kesan rumah hijau dan pemanasan global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa kini adalah
tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan
penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh
dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul
di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu
bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian
pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir
berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
Atmosfera
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan
akibat jerebu.
Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Penampalan Ozon
Bahagian ozon yang berlubang di tampal denganmengionkan oksigen di atmosfera melal
uipenggunaan velon helium. Selain itu, penampalanozon juga boleh dilakukan dengan
menembakpeluru ozon dengan menggunakan kapal terbangyang mampu menampal ozon
. Namun begitu,penampalan ozon ini hanya dapat mengawal
pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja



Memperkenal undang-undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai egenpentadbiran Negara telah mengubal pelbagai
undang-undang dalam mengawal kadarpencemaran udara. Sebagai contoh,
industry besardan kecil di wajibkan menapiskan asap
yangdikeluarkan. Wat scrubber merupakan penapis asapkilang dengan penyembur air da
n batu kapur padaasap. Proses ini dapat mengurangkan sulphurdioksida sampai 90%

Kitar Semula
Mengitar semula bermaksud mmemproses ataumenggunakan semula bahan buangan sep
ertiplastik, kertas, tialuminium dan sebagainya. Kaesahini merupakan proses
yang sangat selamat kepadaalam sekitar kerana dapat mengurangkan kadarpencemaran.
Pembakaran sampah sarap turut dapatdikurangkan.


Penggunaan teknologi
Dengan adanya teknologi moden penggunaankenderaan menggunakan kuasa elektrik se
dangdikaji secara giat di Negara-
negara barat.Kenderaan jenid ini bukan sahaja tidakmenghasilkan pencemaran udara ma
lahpencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenagaelektrik adalah mahal dan kesannya t
erhadap alamsekitar bergantung kepada cara elektrik tersebutdihasilkan

You might also like