You are on page 1of 1

MAKUD AJARAN SESAT

Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-
Quran dan As-Sunnah

CIRI-CIRI AJARAN SESAT
Mencemarkan kesucian al-Quran dan Hadis
Mengubahkan prinsip asas dalam akidah Islam
Mengubah bentuk-bentuk ibadat
Mengubah konsep dosa dan pahala
Mendakwa boleh melakukan perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib
Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah sebagaimana yang dilakukan
Menolak hadis

Dalam pada itu, antara kumpulan ajaran sesat tertua yang berasal dari dalam negara adalah ajaran Taslim yang
diasaskan oleh Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari yang berasal dari
Sumatera, Indonesia.
Ajaran ini mula dikesan sekitar 1870-an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan kemudiannya
berkembang ke Kampung Tasik, Segamat dan Kampung Telok Sari, Mersing, Johor pada 1940-an.
Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim yang diamalkan secara rahsia sehingga sukar dikesan pihak berkuasa adalah
beriktikad bahawa Allah berada dalam diri setiap manusia manakala solat lima waktu dan berpuasa boleh dikerjakan
secara niat sahaja.
Kumpulan berkenaan turut mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin bagi menarik pengikut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131123/re_03/Tegas-tangani-ajaran-
sesat#ixzz36BbRyUaL
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like