You are on page 1of 4

PRABACAAN - SUBJEK LITERASI BAHASA WAJ3104

Definisi dan Konsep Prabacaan



Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru
perlulah menyediakan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf.
Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid
dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu
bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan
dari atas ke bawah.

Kemahiran Prabacaan merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap
kanak-kanak sebelum mempersiapkan diri untuk membaca. Sepertimana kita
memanaskan badan sebelum memulakan sebarang aktiviti bersukan, maka
begitu juga halnya dengan kemahiran prabacaan. Kemahiran prabacaan ibarat
sesi memanaskan badan sebelum kanak-kanak dapat membaca. Kanak-kanak
perlu disediakan mindanya untuk membaca. Proses Prabacaan merupakan
langkah penyediaan minda kanak-kanak untuk meningkatkan kefahaman dan
kemahiran mereka untuk membaca.

Semasa proses prabacaan, guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa ,
iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti
yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman
penglihatan dan pendengaran. Prabacaan perlu dimulakan di peringkat awal
kerana seorang kanak-kanak mampu membaca di peringkat awal sekiranya
diberi pendedahan lebih awal. Kebanyakan kemahiran Prabacaan diperolehi oleh
kanak-kanak secara tidak langsung sepanjang tempoh perkembangan mereka.

Menurut Laporan Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996, didapati 79% kanak-
kanak 5-9 tahun boleh membaca. Ini menjadi bukti yang kanak-kanak boleh
membaca di peringkat awal. Menurut Donahue (1992), kanak-kanak yang
berumur tiga hingga enam tahun perlu diberi galakan mengembangkan bahasa
mereka melalui aktiviti lisan, cerita dan nyanyian. Selain dari itu, mereka juga
memerlukan bimbingan dalam kemahiran pratulis dan prabacaan.

Kepentingan Prabacaan

Prabacaan merupakan langkah kesediaan murid untuk membaca. Pada
peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi
menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini,
murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Konsep kesediaan
membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum
bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca
secara khusus dan berterusan.

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan perlu
diterjemahkan kepada aktiviti yang meliputi pengajaran dan pembelajaran seperti
mengecam persamaan dan perbezaan bunyi, mendengar dan membezakan
nama huruf, mengecam dan mengajuk persamaan dan perbezaan bunyi huruf,
membina suku kata, membaca perkataan dan diikuti dengan membaca ayat
mudah dan rangkai kata. Selain daripada itu, aktiviti permainan huruf, suku kata
dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Guru hendaklah
menjalankan aktiviti melukis garisan-garisan tertentu yang menyerupai huruf.
Garisan-garisan ini hendaklah dimulakan dengan garisan lurus atau bentuk-
bentuk yang seimbas dengan huruf yang diperkenalkan kepada murid.

Kandungan objektif pengajaran prabacaan mempunyai kesamaan dengan aktiviti
kesediaan membaca (Aukerman, 1971). Beliau telah mengenal pasti enam
program yang spesifik untuk menggalakkan kesediaan membaca iaitu mengenal
nama huruf, belajar bunyi huruf dan membaca seluruh perkataan, mendapatkan
pengalaman membaca, kemahiran berkomunikasi dan mendengar puisi.

Kesediaan Membaca

Kesediaan membaca merujuk kepada kemahiran membaca pada peringkat awal
kanak-kanak. Penyelidik-penyelidik dalam bidang ini menerangkan aspek
kesediaan membaca melalui istilah yang berbeza seperti kemunculan bacaan
atau emergent literacy (Sulzby, 1991), kesediaan membaca (Downing &
Thackray, 1975; Fortson, L. R. & Reiff, J. C., 1995; Yeo 2004, 2006, etc.),
teachable moment perihal membaca (Dechant (1991), dan kesediaan bersekolah
(Kagan, 1992). Biar apa sekalipun istilahnya, kesediaan membaca pada
dasarnya dikaitkan dengan kemampuan dan keupayaan membaca dalam
kalangan murid-murid prasekolah, iaitu peringkat sebelum memasuki alam
persekolahan.

Kata orang bijak pandai, Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada
pembacaan dan penulisan. Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan
menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri
dan kebanggaan kepada keluarga. Minat membaca kanak-kanak ada kaitan
rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak
boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan
aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik. Kanak-kanak patut diajar
membaca ketika kecil lagi. Aktiviti prabacaan perlu dimulakan di peringkat yang
lebih awal sepertimana puisi lama yang menyebut:

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Dah pandai baca kitab

Puisi ini jelas menunjukkan bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu didedahkan
dengan aktiviti prabacaan di peringkat awal, diibaratkan seperti sebelum bayi
tumbuh gigi lagi. Itulah gambaran positif masyarakat Melayu yang menekankan
kepentingan membaca perlu dimulakan di peringkat awal. Puisi ini jelas
menyokong bahawa kesediaan membaca adalah bermula di peringkat kanak-
kanak masih bayi lagi.

Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada
dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan
meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan
peglihatan, aktviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan
latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal
abjad hingga membaca ayat.

Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula, tahap
prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca.
Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca
adalah sama. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang
boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan
pendengaran.

Bagaimanapun setiap kanak-kanak mempunyai tahap kesediaan membaca
masing-masing. Sebagai guru dan ibu bapa, kita perlu sedar bahawa tahap
kesediaan membaca bagi setiap kanak-kanak adalah tidak sama. Kesediaan
membaca bagi kanak-kanak adalah di pengaruhi oleh beberapa faktor. Secara
khusus, untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti
bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan
mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas.

Syed Abu Bakar Syed Akil dalam bukunya Panduan Mengajar Kemahiran
Membaca (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat
penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk
mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh
menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru.

Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan
semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh
mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap,
merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan menggerakkan otot-otot
tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan
kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca,
cuma bentuknya berbeza.

You might also like