You are on page 1of 2

IMPLIKASI TERHADAP PERUBAHAN KURIKULUM (KSSR)

Perubahan sistem pendidikan di negara kita bermula pada tahun lepas sedikit
sebanyak memberikan beberapa imlikasi terhadap pendidikan negara dari segi
perkembangan murid-murid di sekolah, cara pengajaran dan pembelajaran, bahan dan
sokongan kurikulum, prasarana sekolah, dan penerapan nilai-nilai yang murni ke dalam
diri setiap rakyat.

Murid-murid mempunyai tahap perkembangan mereka masing-masing mengikut
peringkat umur. Murid-murid yang mempunyai daya fikir yang tinggi amat menepati
matlamat KSSR dan mereka perlu dilatih oleh guru-guru khas. Dari segi perkembangan
kognitif, perubahan dari semasa ke semasa akan di nilai dan dibuat penambahbaikkan.
Hal ini akan menyebabkan pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan di
negara kita. Mereka tidak lagi didedahkan dengan pelajaran lama iaitu mereka sekaran
didedahkan dengan dunia kesenian dan teknologi maklumat. Tahap kognitif mereaka
akan lebih cepat berkembang beserta dengan dorongan guru-guru.

Selain itu, cara pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan berubah. Hal
ini adalah kerana kerajaan menetapkan syarat supaya setiap guru meyediakan modul
pengajaran yang sesuai di sekolah. Guru-guru perlu membuat pentaksiran setiap masa
bagi mengelakkan murid-murid daripada keciciran dalam pelajaran. Guru-guru perlu
bijak dalam mengajar murid-murid di sekolah. Sebagai contoh, mempelbagaikan gaya
pengajaran. Guru-guru tidak lagi menggunakan 100% sukatan buku teks, malah
mereka mengeluarkan dan mengaplikasikan idea-idea mereka dalam bentuk
pengajaran di dalam kelas. Murid-murid juga digalakkan memberi idea dan pendapat
semasa pembelajaran di dalam kelas.

Seterusnya, perubahan dari segi bahan kurikulum dan bahan sokongan
kurikulum. Dalam perubahan ini, dokumen standard bagi semua mata pelajaran
disediakan mengikut wajaran masa yang telah ditetapkan oleh kementerian. Hal ini
bermakna, guru-guru perlu menyediakan rancangan pengajaran harian mengikut
ketetapan peruntukan masa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sejurus selepas transformasi kurikulum dilakukan oleh kementerian, permintaan
prasarana dari pihak sekolah meningkat dan bilangan prasarana akan mula bertambah
di setiap sekolah. Hal ini kerana beberapa subjek yang ditambah atau ditambahbaik
meningkatkan prasarana. Sebagai contoh, Dunia Sains dan Teknologi. Ia memerlukan
prasarana seperti komputer dan peruntukan pembinaan kawasan pembelajaran
komputer seperti makmal komputer. Selain itu, Dunia Kesenian juga memerlukan
prasarana yang mencukupi seperti alatan seni visual dan alatan muzik di setiap
sekolah.

Akhir sekali, penerapan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap individu di negara
kita. Nilai-nilai kemasyarakatan seperti kecintaan terhadap alam sekeliling dapat diterap
melalui pengajaran subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain itu, nilai-nilai
kepercayaan dan kesetiaan beragama dapat dipupuk melalui Pendidikan Agama Islam
iaitu pendidikan yang penuh dengan nilai-nilai holistik. Hal ini akan melahirkan rakyat
yang berjiwa murni dan sosial di negara kita akan terjaga daripada ancaman gejala
sosial.

Kesimpulannya, kejayaan transformasi kurikulum ini memerlukan komitmen
menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus
kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, Kurikulum Standard
Sekolah Rendah baru ini tidak akan memberikan impak yang positif jika tidak mendapat
kerjasama daripada semua pihak.

You might also like