You are on page 1of 3

Pengenalan

Pendidikan muzik Prasekolah terkandung dalam Tunjang Fizikal dan Estetika.


Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan daya
estetika. Terdapat beberapa aktiviti yang terkandung dalam pendidikan muzik, aktiviti
tersebut ialah aktiviti nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat
dan respon kepada visual dan verbal bunyi-bunyian. Pendidikan Muzik bukan sekadar
untuk berhibur tetapi turut dapat menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak
secara menyeluruh yang meliputi perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal.

Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah. Muzik dapat
memperkembangkan JERIS. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unified
School District Project di AS, tahap pencapaian murid yang mempunyai muzik sebagai
mata pelajaran utama lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa sedikit untuk
mata pelajaran muzik.

Oleh itu sistem pendidikan yang mengandungi unsur kreativiti harus dipupuk dari masa
kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh
persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak
dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah
semula jadi proses tumbesaran mereka.

Menurut falsafah dan konsep Zoltan Kodaly ,Pengajaran dan Pembelajaran muzik
perlu berlaku awal di prasekolah. Kanak-kanak mudah menerima dan mudah
terpengaruh. Mereka perlu dibimbing dan belajar muzik awal di prasekolah supaya tidak
terdedah kepada muzik yang tidak bermutu. Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan
dapat memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak.
Swanwick K and Talor D.(1982), menyatakan muzik boleh dijadikan satu perantaraan
untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang.Muzik juga telah menjadi
sebahagian daripada budaya dalam masyarakat Malaysia. Kanak-kanak secara semula
jadinya cukup cepat terangsang kepada bunyi muzik yang mereka dengari. Lazimnya
juga kanak-kanak akan merasa selesa melahirkan ekpresi melalui muzik, irama dan ton
yang merupakan asas-asas dalam pendidikan muzik.

Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa
makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik
atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri
yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan
fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula
tenaga

Nyanyian di prasekolah.

Nyayian terbahagi kepada 6 kemahiran:

1. Menyanyikan melodi mudah ( contoh Hmm..La..)
2. Menyanyi lagu yang mudah dengan iringan muzik.
3. Menyanyi lagu yang mudah mengikut tempo (iaitu cepat dan lambat)
4. Menyanyi lagu yang mudah dengan sebutan jelas.
5. Menyanyi lagu yang mudah dengan perasaan dan ekspresi.
6. Menyanyi lagu yang mudah dengan gerakan.


Permainan Alat Perkusi


1. Mengecam bunyi perkusi dan menamakan jenis alat yang dibunyikan.
(Contoh,kastenet,kerincing,maracas,drum)
2. Menghasilkan bunyi perkusi badan.(hentak kaki,tepuk tangan,petik jari)
3. Memainkan perkusi dengan iringan muzik dengan bimbingan.


Penerokaan Bunyi

1. .Meneroka bunyi menerusi bahan atau objek improvisasi dengan
bimbingan (penerokaan melibatkan bunyi,irama,kesan bunyi dll)
2. Memainkan alat improvisasi bagi mengiringi nyanyian dengan bimbingan guru.




Menunjukkan apresiasi muzik.


1. Membuat gerakan anggota badan mengikut lirik lagu (sing with action)
2. Menggerakkan anggota badan secara kreatif mengikut muzik dengan
bimbingan guru.
3. Mengenal elemen muzik dengan bimbingan.
1. kuat - lembut (dinamik)
2. cepat - lambat (tempo)
3. tinggi - rendah (pic)
4. panjang - pendek (irama)
5. sedih - gembira - bersemangat (mud)

You might also like