You are on page 1of 9

Louis, Angeline, Loh Ming Wen, Asyraf

Pergerakan asas
1. Lakuan Lokmotor ( 4 lakuan )
2. Lakuan bukan Lokmotor ( 4 lakuan )























Stesen 1
Stesen 3
Stesen 2
Stesen 4
Imbangan V
Lompat Bintang
Lompat Setempat
Guling Balak
Imbangan
Bangau
Berlari
Ketinting
Kereta Sorong
Louis, Angeline, Loh Ming Wen, Asyraf
Stesen 1 ( Imbangan V )
1. Pelajar berada dalam keadaan duduk
2. Kedua kaki dirapatkan kemudian diangkat setinggi 45 darjah daripada lantai
3. Semasa kaki diangkat setinggi 45 % postur badan juga turut direndahkan sebanyak 45
darjah daripada lantai
4. Kemudian tangan diangkat ke aras dada dan menghala ke hadapan bagi
menyeimbangkan badan.
Variasi
1. Dalam kumpulan secara berempat, pelajar perlulah membentuk segi empat sama
2. Kemudian, kesemua pelajar perlu merapatkan kaki dan mengangkat kaki masing-
masing setinggi 45 darjah daripada lantai
3. Apabila keempat-empat pelajar telah mengangkat kaki, maka potur badan mereka juga
perlu direndahkan sebanyak 45 darjah daripada lantai
4. Kemudian kempat-empat pelajar mengangkat tangan secara lurus ke hadapan dengan
aras ketinggian pada bahagian dada.





Imbangan V
Louis, Angeline, Loh Ming Wen, Asyraf
Peralihan dari stesen 1 ke stesen 2 ( Guling Balak )
1. Pelajar baring di atas tilam ataupun di atas lantai
2. Kedua tangan diluruskan dan dirapatkan ke atas kepala
3. Kemudian dengan menggunakan daya daripada bahu dan tumit kaki badan di
digulingkan ke sisi
Variasi
1. Secara berpasangan pelajar baring secara searah tetapi bertentangan
2. Kemudian kedua-dua tangan pelajar diluruskan dan dirapatkan ke atas kepala masing-
masing dan hujung tangan kedua-dua pelajar saling berpegangan ataupun bersentuhan
3. Selepas itu, dengan kiraan 1,2, dan 3 kedua-dua pelajar haruslah mengulingkan badan
ke sisi ke arah yang telah ditetapkan.














Guling Balak
Louis, Angeline, Loh Ming Wen, Asyraf
Stesen 2 ( Imbngan bangau : Lakuan Bukan Lokmotor)
1. Berdiri tegak dan kaki dirapatkan
2. Depakan kedua-dua tangan
3. Angkat kaki kanan
4. Letakkan lutut sebelah kiri
5. Bertahan dalam kiraan 1,2,3.





































Imbangan Bangau
Louis, Angeline, Loh Ming Wen, Asyraf
Peralihan dari stesen 2 ke stesen 3 ( Kereta sorong : Lakuan Lokmotor )
1. Sedia dalam posisi meniarap
2. Seorang kawan akan memegang dan mengangkat kedua-dua kaki
3. Tolak badan ke atas mengunakan otot tricep da bicep secara perlahan-lahan.
4. Apabila sudah bersedia,bergerak ke hadapan dengan tangan sehingga sampai ke
stesen seterusnya.






















Kereta Sorong
Louis, Angeline, Loh Ming Wen, Asyraf
Stesen 3 ( Lompat Setempat : Lakuan Bukan Lokmotor )
1. Pelajar diminta membuka kaki seluas bahu.
2. Berdiri dengan bebola kaki dan tangan dihayunkan.
3. Lutut dibengkokkan dan lonjakkan bada ke atas.
4. Semasa mendarat, mendarat dengan bebola kaki dan lutut dibengkokkan.
Variasi
1. Pelajar diminta berbaris dalam kumpulan secara berempat.
2. Pelajar pertama akan melompat terlebih dahulu diikuti pelajar di belakangnya.
3. Keadaan ini diikuti dengan pelajar seterusnya dan membentuk wave.
























Lompat Setempat
Louis, Angeline, Loh Ming Wen, Asyraf
Peralihan dari stesen 3 ke stesen 4 ( Lompat Ketinting : Lakuan Lokmotor )
1. Pelajar diminta berdiri dengan tegak .
2. Kemudian, kaki bukan dominan akan diangkat 90 darjah.
3. Lompat dengan kaki dominan dan mendarat dengan semua tapak kaki.
Variasi
1. Pelajar diminta berbaris dalam satu barisan lurus sebanyak 4 orang.
Kemudian pelajar akan bergandingan tangan dan melompat bersama-sama

























Ketinting
Louis, Angeline, Loh Ming Wen, Asyraf
Stesen 4 ( Lompat Bintang : Lakuan Bukan Lokmotor )
1. Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. .
2. Tangan dirapatkan di sisi tubuh.
3. Kemudian, lompat ke atas sambil kedua-dua tangan dibawa ke atas kepala seterusnya
menepuk kedua-dua tapak tangan tersebut. Semasa melompat, kaki dibuka seluas yang
boleh.
4. Setelah itu, sekali lagi lompatan dilakukan dan kali ini, tangan dijatuhkan dan dirapatkan
ke sisi badan sambil kaki dibuka kepada seluas bahu.
5. Lompatan dilakukan sebanyak empat kali.
Variasi
1. Seperti teknik yang disebutkan di atas, variasi boleh dilakukan dengan dilakukan secara
berpasangan.
2. Kumpulan kami terdiri daripada empat orang. Oleh itu, terdapat dua pasangan dalam
kumpulan.
3. Dengan teknik lompat bintang seperti yang disebutkan di atas tadi, satu pasangan akan
melompat dan bergerak mengikut arah jam, manakala satu pasangan lagi akan
melompat dan bergerak mengikut lawan arah jam.
4. Dalam satu pusingan, lompatan boleh dilakukan sebanyak empat kali.














Lompat Bintang
Louis, Angeline, Loh Ming Wen, Asyraf
Peralihan dari stesen 4 ke stesen 1 ( Berlari : Lakuan Lokmotor )
1. Larian perlu menggunakan bebola kaki dan dinasihatkan agar tidak menggunakan
telapak kaki penuh.
2. Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah
tempat berpijak.
3. Kaki belakang pula dibengkokkan serta terangkat dari tanah setelah mengambil
kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju.
4. Larian boleh divariasikan seperti lari pecut, lari perlahan (jogging), lari secara
mengundur dan lari secara zig-zag.

Berlari

You might also like