You are on page 1of 3

Peringkat-peringkat Perkembangan fizikal.

Peringkat-peringkat Perkembangan fizikal.


Prenatal
Perkembangan individu bermula pada masa persenyawaan, iaitu apabila
sperma bapa bersatu dengan ovum atau telur ibu. Seorang wanita dilahirkan
dengan simpanan telur di dalam ovarinya. Selepas akil baligh, satu ovum
akan mencapai tahap kematangan setiap 28 hari di dalam ovari. Ovum
tersebut kemudiannya akan memasuki tiub falopia. Proses ini dipanggil
ovulasi. Sekiranya semasa dalam perjalanan ke tiup falopia ovum tersebut
tidak disenyawakan dalam masa 48 jam selepas ovulasi, ia akan dikeluarkan
sebagai haid. Manakala ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan
zigot. Kadangkala seorang wanita akan menghasilkan lebih daripada satu
telur, sama ada secara semula jadi ataupun dengan ransangan dadah.
Persenyewaan dua ovum oleh dua sperma berbeza ,menghasilkan kembar
dwizigot atau lebih dikenali sebagai kembar bersaudara. Jika ovum yang
disenyawakan oleh sperma bercerai kepada dua bahagian, iaitu zigot
membahagi kepada dua dan setiap bahagian melalui pembahagian sel dan
berkembang menjadi dua individu yang serupa maka kembar monozigot atau
serupa terhasil. Kembar monozigot terhasil daripada zigot yang sama, oleh itu
mewarisi gen yang sama daripada ibu bapa. Peringkat prenatal ialah selama
sembilan bulan dan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu pembenihan (germinal
stage), embrio dan fetal.
1. Fasa Pembenihan
Fasa ini bermula daripada proses persenyawaan sehingga zigot melekat
pada dinding rahim. Tempoh fasa ini biasanya selama dua minggu. Selepas
persenyawaan, zigot akan bergerak ke rahim. Zigot mempunyai 23 kromosom
daripada sperma bapa dan 23 kromosom daripada ovum ibu. Kromosom-
kromosom ini akan berpasangan. Setiap pasangan kromosom mempunyai
gen-gen yang mengandungi cetakan trait dan ciri-ciri kebakaan daripada ibu
bapa.
Zigot seterusnya akan mengalami proses pembahagian sel atau mitosis. Sel-
sel baru yang terbentuk akan menjadi bahagian-bahagian lain badan. Sel-sel
ini akan menerima salinan gen-gen yang diperturunkan daripada ibu bapa.
Gen-gen ini mengandungi DNA. Aturan-aturan struktur DNA yang banyak
akan menyebabkan trait dan baka berbeza yakni tidak ada dua individu yang
mempunyai baka yang sama kecuali kembar serupa yang berasal daripada
zigot yang sama.
1. Fasa embrio
Selepas pembenihan pada dinding rahim, fasa kedua perkembangan prenatal
bermula. Fasa ini bermula daripada minggu ketiga sehingga minggu kelapan
selepas persenyawaan. Pada masa ini, organisma yang terbentuk dipanggil
embrio. Pada minggu keempat perkembangan otak bermula, mata, telinga
dan mulut mula terbentuk. Pada minggu kelapan, embrio mempunyai sistem
organ yang asas, rupa muka, jari tangan dan kaki. Embrio menerima
makanan, khasiat dan oksigen melalui tali pusat. Tali pusat ini juga membawa
karbon dioksida dan perkumuhan daripada embrio kepada ibu untuk
dikumuhkan. Peranan tali pusat ini sangat penting tetapi ia juga
bertanggungjawab ke atas kecacatan yng mungkin berlaku kerana ia boleh
membawa bahan-bahan seperti dadah yang telah diambil oleh ibu atau
penyakit-penyakit lain yang dibawa daripada ibu. Perkembangan yang agak
pesat berlaku pada fasa ini. Struktur-struktur dan sistem-sistem asas badan
dibentuk pada fasa ini.
2. Fasa fetal
Fasa ini bermula pada bulan ketiga selepas persenyawaan sehingga
kelahiran bayi. Pada fasa ini, ia dipanggil fetus dan pada peringkat ini organ-
organ utama bertambah saiz, otot dan sistem saraf sudah mula terbentuk dan
isyarat daripada otak serta beberapa pergerakan sudah boleh dikesan.
Perkembangan antara bulan ketiga sehingga bulan ke enam agak pesat.
Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu dan deria-deria penglihatan dan
pendengaran bayi sudah mula berfungsi. Pada bulan ketujuh, sekiranya bayi
lahir, ia mempunyai peluang untuk hidup tetapi akan mengalami masalah
pernafasan. Dengan teknologi hari ini, peluang hidup bayi ini agak tinggi.
Pada peringkat ini juga, berat badan dan panjang bayi bertambah. Fetus
mengubah arah kedudukan sebelum lahir dengan kepalanya pada dasar
rahim.
Bayi (Lahir hingga 2 tahun)
Pada dua tahun yang pertama, pertumbuhan dan perkembangan bayi berlaku
pada kadar yang pesat. Berat badan bertambah lebih kurang 10kg dan
ketinggian bayi bertambah sebanyak 40cm. saiz dan kompleksiti otak
bertambah. Sel-sel neuron dalam otak berkembang namun organisasinya
memerlukan pengalaman selepas lahir. Gigi susu pada gusi bawah mula
kelihatan apabila bayi berumur antara enam hingga lapan bulan.
Pertumbuhan gigi ini dipengaruhi oleh kesihatan bayi, baka, khasiat yang
diterimanya sebelum dan selepas kelahiran. Sekuen pertumbuhan gigi
penting dan pada dasarnya, pertumbuhan gigi pada gusi bawah dahulu
kemudian diikuti dengan pertumbuhan gigi pada gusi atas.
Sekuen yang sebaliknya akan mengakibatkan posisi rahang tidak tepat dan
kejajaran gigi yang kurang sempurna. Bayi mula menunjukkan autonomi dan
kekuatan melalui pergerakkan seperti memusingkan badan, merangkak dan
berjalan. Ini adalah hasil perkembangan psikomotor yang melibatkan otot-otot
kasar (leher, kaki, tangan dan kaki). Pergerakan tersebut mempengaruhi
interaksi bayi dengan ibu bapa dan persekitarannya. Dalam masa yang sama,
perkembangan otot-otot halus (jari tangan) yang membolehkan bayi
mencapai, menggengam dan mengkoordinasi antara mata dan tangan mula
kelihatan. Di akhir tahun kedua, bayi sudah boleh melakukan aktiviti yang
kompleks yang melibatkan beberapa langkah seperti memegang pensil
krayon dan melukis.
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/peringkat-peringkat-perkembangan.html

You might also like