You are on page 1of 12

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

I





























EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


II






























EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


III






























EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


IV






























EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


V
Halaman Pengakuan Hasil Kerja

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya sumbernya.


Tandatangan : ____________________
Nama Penulis : Liew Ying Hui
Tarikh : 11 April 2011













EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


VI
Penghargaan
Penghargaan khusus dirakamkan kepada pelbagai pihak yang saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan, bantuan dan tunjuk ajar
mereka, Kerja Kursus Perkambangan Kanak-kanak ini dapat disiapkan tepat
pada masanya.
Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Encik Idrus selaku penyelia kerja kursus saya yang banyak membantu,
membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses
menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu
daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu kerja kursus
yang baik. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya
kepada beliau yang juga merupakan pansyarah pembimbing subjek Kerja Kursus
Perkembangan Kanak-kanak saya kerana bimbingan dan teguran beliau yang
sangat berharga semasa membuat kerja kursus ini. Saya juga merakamkan
ucapan terima kasih kepada beliau kerana sanggup berkorban meluangkan
masa untuk menyemak hasil kerja kursus saya ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan kumpulan
1PISMP Sains yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan
dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea.
Kepada mereka yang telah banyak memberikan sokongan, galakan dan
perangsang yang sepenuhnya kepada saya untuk meneruskan usaha
menyudahkan kerja kursus ini.
Kepada Pusat Sumber Zaba khususnya, yang telah banyak membantu
dan memberikan sumber dan bahan kepada saya dalam mencari bahan-bahan
penting bagi digunakan dengan tujuan menyempurnakan kerja kursus ini.
Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua saya yang
telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini. Seterusnya
kepada semua guru dan pensyarah yang pernah dan yang masih mengajar saya.
Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.
Terima kasih sekalung budi.
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


VII
Pengenalan
Setiap individu akan mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan
dan perkembangan. Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantitatif
iaitu sifat perubahan yang dapat di ukur sama ada mengikut peringkat dan
ketentuan masa. Apabila ia bersifat kuantitatif, setiap perubahan seseorang
dapat dilihat dengan nyata berdasarkan pengukuran yang dibuat ke atas
seseorang ataupun sesuatu organisma. Pertumbuhan yang biasa, kecuali yang
disebabkan oleh kanser, selalunya berhenti manakala sesuatu organisma itu
sampai ke peringkat matang atau dewasa dan selepas itu pertumbuhan tidak lagi
berlaku.
Perkembangan pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu
perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan
sudah berlaku yang menunjukkan sifat berlainan daripada peringkat yang
terdahulu. Berlainan dengan hal pertumbuhan, perkembangan berlaku daripada
peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma. Ini
bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke
peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat
kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-
menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.
Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma itu
sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang
terdahulu. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang
benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung
mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.




EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


VIII
Jadual Pelaksanaan Tugas

TARIKH INPUT DAN TUGAS
11 Mac 2011 Penerimaan tugasan.
15 Mac 2011 Membuat ringkasan sumber bahan untuk rujukan.
17 Mac 2011 Membuat perancangan untuk mencari sumber bahan.
18 Mac 2011 Mencari sumber di perpustakaan.
25 Mac 2011 Memulakan penulisan draf pertama.
1 April 2011 Menaip segala input yang diperlukan.
5 April 2011 Meneruskan tugasan dengan menyiapkan draf akhir.
8 April 2011 Menyemak semula hasil tugasan yang telah siap.
9 April 2011 Menyempurnakan tugasan.
10 April 2011 Membuat semakan terakhir.








EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


IX
Kesimpulan / Rumusan (Refleksi)
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami oleh setiap individu
dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan
tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-
peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa
perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan
individu ini dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Baka akan
menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu
mencapai tahap perkembangan yang maksimum.
Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang
lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan
mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak
mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan
berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja,
dewasa dan seterusnya.
Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir,
bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Proses perkembangan
berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi
bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan
perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.
Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu,
proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Ibu bapa
memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri
anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:
memberikan makanan yang berkhasiat, mewujudkan peluang dan ruang untuk
perkembangan fizikal, memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk
perkembangan kognitif, serta memberi galakan, sokongan dan empati bagi
melengkapkannya secara emosi dan sosial.
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


X
Banyak pekara yang saya pelajari dalam usaha menyempurnakan kerja
khusus ini, saya telah lebih memahami perkembangan kanak-kanak, bagaimana
mambantu seseorang individu dalam perkembangannya, cara mengatasi
perbezaan individu dalam kelas dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa
ini merupakan satu bantuan yang besar kepada kami yang akan berkhidmat
sebagai seorang guru kelak.

















EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


XI
Rujukan / Bibliografi
Buku
Haliza Hamzah, Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-
kanak Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohamad bin Aman, Kasim bin Abd. Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal
Kanak-kanak Tingkatan 4. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Rohani Abdullah, Nani Menon, Mohd. Sharani Ahmad (2003). Panduan
Kurikulum Prasekolah. Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.
Zulkifli bin Yaakob (2007).Perkembangan Bahasa dan Pembelajaran Kanak-
kanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Laman Web
Child Development. (2011, April 5). Retrieved April 8, 2011, from Wikipedia, the
free encyclopedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Child_development
Language Development. (2011, May 28). Retrieved April 8, 2011, from Wikipedia,
the free encyclopedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Language_development
Stages of Intellectual Development In Children and Teenagers. (2000-2010).
Retrieved April 8, 2011, from Child Development Institute:
http://www.childdevelopmentinfo.com/development/piaget.shtml
Language Development. (1999 2009). Retrieved April 8, 2011, from Keep Kids
Healthy: http://www.keepkidshealthy.com/development/language.html
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. (2010, January 18). Retrieved
April 8, 2011, from Info Pendidik Guru:
http://amaljaya.com/guru/2010/01/18/pertumbuhan-perkembangan-kanak-
kanak/
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


XII
Lampiran

You might also like