You are on page 1of 28

1.

Bagaimanakah Teori Konstruktivisme dapat membantu perkembangan


pembelajaran Seni dalam
Pendidikan pada kanak-kanak?
Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada
Menyusun atur maklumat dan pengetahuan
Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru
Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk
Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan
Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan
2. Nyatakan DUA aspek penting pengurusan bilik darjah pendidikan seni yang
boleh
mempertingkatkan tahap prestasi kanak-kanak.
Aspek Fizikal Cahaya, Peredaran Udara, Stor, Rak Pameran, Perabot,
Kemudahan Asas
Aspek Emosi Hiasan Dalaman, Ruang, Peragaan Hasil Kerja.
Aspek Sosial Interaksi Murid, Kemudahan Aktiviti Kumpulan
3. Namakan EMPAT teknik menggambar.
- lukisan
- catan
- Kolaj
- Montaj
- Cetakan
- Resis
- Gosokan
- Stensilan
- Percikan
- Gurisan
- Capan
- Mozek
4. Senaraikan EMPAT unsur seni visual.
- Garisan
- Warna
- Jalinan jalinan tampak 2D, jalinan sentuhan 3D
- Rupa cantuman dua hujung garisan - rupa organik, rupa geometri
- Bentuk memepunyai isipadu - bentuk ilusi 2D, bentuk konkrit 3D
- Ruang kawasan di antara atau kawasan di sekeliling
5. Jelaskan hasil kerja Edwin Gordon dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran muzik di sekolah.
Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan diberikan
kepada pembelajaranpermainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol
muzik diperkenalkan. Bagi Gordon,pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik
jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yangdigelar sebagai audiation
iaitu satu proses mental yang membolehkan seorang manusia supayamendengar
muzik dalam akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara
fizikal(sound vibration).
6. Berikan pengertian kreativiti berdasarkan kepada teori pelbagai kecerdasan
Howard Gardner (1978).
Kreativiti
Proses kreativiti boleh melibatkan:
Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil
Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah
7. Berikan DUA bentuk rangsangan untuk gaya pembelajaran kanak-kanak
yang dapat membantu
supaya kanak-kanak lebih berekspresif.
(a) Perasaan - hasil luahan daripada hati
(b) Lisan - Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik
mungkin agar
dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah ertikan
(c) Reaksi - Apabila melihat sesuatu masalah pelajar akan dapat membuat tindakan
yang tepat akibat
daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima
(d) Emosi menggalakan pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya
ia boleh
mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina
kecekalan dlam
menghadapi persaingan dan cabaran.
(e) Bukan Lisan- Segala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran
yang diperolehi
akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan.
(f) Idea- Semua idea-idea dan kebolehan menjana minda ( Kem berfikir ) perlulah
digunakan didalam
melaksanakan ekspresi pelajar.
(g) Menggambar- Dengan mengadakan aktiviti menggambar membolehkan pelajar
itu mengalihkan
tumpuannya kepada kertas yang ada dihadapannya. Semasa aktiviti menggambar
segala masalah
yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas.
(h) Menghasilkan- Setiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar,
kemahiran
berfikir, arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan ekspresi diri
pelajar dalam
melaksanakan sesuatu perkara.
8. Senaraikan DUA tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
(a) Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling Berkait antara Satu
Sama
Lain dr segi kemahiran pd setiap mp
(b) Memudahkan Pelajar untuk Mengingat pengurusan grafik
(c) Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif
(d) Pembelajaran Berkesan
9. Nyatakan peluang-peluang yang diperolehi oleh murid-murid dengan
menggunakan
pendekatan bertema.
(i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkanm pengalaman verbal
dan
bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik
berasaslam tema yang diberi
(ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti
yang
tinggi
(iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan
(iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru
(v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan
(vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran
10. Jelaskan secara ringkas DUA jenis integrasi.
a) Penggabungjalinan - proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi
mewujudkan suatu
pelajaran yang integratif dan menyeluruh.
(b) Penyerapan - proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur
isi pengetahuan
daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar.
(c) Penerapan- satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan
gerak kerja
kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai
kewarganegaraan, nilai
kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya
(d) Pemulihan - untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran
yang tertentu
khususnya dalam kemahiran asas 3M.
(e) Pengayaan aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau
pintar cerdas.
1. Proses peniruan merupakan satu aspek yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran
seni disekolah rendah.
(a) Nyatakan TIGA bentuk atau konsep peniruan menurut teoripembelajaran
Sosial.
(i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid meniru
dan memindahkan
hal subjek ke satu gambar atau kepada model baru yang ditirunya. Di peringkat
permulaan
menghasil sesuatu karya, kaedah peniruan langsung ini dianggap paling baik dan
berkesan
sehingga murid dapat berdikari dengan pengkaryaannya.
(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan merupakan
sekatan tingkah
laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain. Contohnya:
murid boleh
membuat peniruan atau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid
tersebut
bergelar artis. Amalan meniru ini dianggap suatu kerja menciplak atau plagiat yang
dianggap
sebagai taksekatlakuan. Murid juga membuat kerja taksekatlakuan. Ini bermakna
murid akan terus
menerus meniru dalam semua situasi. Contohnya: Walaupun kerja meniru dalam
berkarya itu suatu
yang ditegah dan tidak bermoral tetapi kerana amalan ini tiada tegahan ia akan
menjadi satu habit
dan biasaan.

karyanya.
(a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej
Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai
estetika.Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej. Estetika
yang ditampilkandari gayaan ini mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah
semula estetika semulajaditiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan
peniruan ini, namun untuk tujuanpembelajaran dibolehkan.
(b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi
Pelukis-pelukis agong seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gough dan Goya
seringmengekspresikan lukisannya mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yang
berkaitandengan kesedihan, kegembiraan, keporak perandaan dan kecelakaan yang
melandaseseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan di kanvas dan arca-
arca mereka.Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat
menimbulkan nilai estetika keranakeselarasan mesej yang ingin disampaikan.
(c) Menggunakan Kaedah Formalistik
Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan
unsur-unsurseni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan,
warna, ruang, jalinan,bentuk, dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah dan
diolah melalui prinsip-prinsip rekaanseperti harmoni, pergerakan, kontra,
kepelbagaian, pengasan, imbangan dan kesatuan.Setelah memahami pengetahuan
mengenai prinsip di atas, menstrukturkan rekaan menjadisatu aspek yang penting.
Olahan ruang, pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kirauntuk
menstrukurkan imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan
gah,berprestij dan agong.
(d)Keasl i an
Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis.
Dalam berkarya, menciplak atau menjadi plagiat adalah suatu yang ditegah dan
dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai
estetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan.
3. Muzik merupakan sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak
boleh
dipisahkan. Tanpa muzik dunia bagi pelajar itu adalah kosong.
(a) Nyatakan DUA objektif mengajar muzik kepada kanak-kanak.
Dengan memahami muzik pelajar akan dapat;
(i) menikmati pelbagai pengalaman muzik;
(ii) memperkembangkan nilai estetika, kreativiti, dan ekspresi diri;
(iii) merasai dan mengenal konsep muzik;
(iv) meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;
(v) mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;
(vi) memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan
gerakan
dan permainan alat;
(vii) memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;
(viii) mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;
(ix) mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan
semasa yang
sesuai;
(x) mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan
(xi) menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.
(b) Pendekatan pengajaran muzik Carl terdiri daripada komponen-komponen
berikut: imitasi,
eksplorasi, improvasi, penciptaan dan literasi. Jelaskan secara ringkas TIGA
daripada
komponen-komponen tersebut.
Imitasi (Mengajuk Balik)
Berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan menggunakan
pertuturanberirama dan juga irama badan. Irama badan yang dimaksudkan adalah
melalui aktiviti-aktivitibertepuk tangan, petik jari, menampar peha, hentak kaki dan
sebagainya. Kesemua aktiviti iniboleh dilakukan besama pembelajaran nyanyian dan
bermain alat muzik. Alat-alat genderang
yang tidak berpic dan yang berpic (glokenspiel, xylofon, metalofon, simbal, dram,
kerincing,
loceng) banyak digunakan. Manakala alat melodi yang utamanya ialah rekoder.
(ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan
membuat
gerakan dengan usaha sendiri.
(iii)Improvi sasi
Pelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau kumpulan
dengankesemua peralatan Orff. Pada mulanya hanya skel pentatonik disyorkan. Ia
dilakukan denganmengeluarkan not-not tertentu pada peralatan genderang Orff
yang berpic seperti xylofon danmetalofon. Cuma memainkan not tonik do dan not
yang kelima soh kesemua not-not lainditanggalkan. Alat xylofon yang lain pula
hanya menggunakan skel pentatonik iaitumengeluarkan not ke tujuh ti dan not
keempat fah.
(iv) Creation (Mencipta)
Pada tahap ini pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan bahan
asas darifasa-fasa diatas. Bahan itu digunakan untuk mencipta rondos, mini suites
dan theme andvariation. Diperingkat ini cerita pelajar dan puisi digunakan sebagai
bahan muzikal untukpenciptaan muzik dengan menggunakan pertuturan berirama,
gerakan, nyanyian danpermainan alat-alat muzik Orff.
(v)Lit er asi
Pada tahap ini pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik seperti sight
singing,
menulis corak irama dan skor muzik.
(c) Muzik merangkumi konsep-konsep berikut: melodi, irama, harmoni, warna
ton, tekstur,
bentuk dan ekspresi. Huraikan dengan memberi contoh, TIGA daripada
konsep-konsep
muzik berkenaan.
Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu Rasa
Sayang.
Harmoni: Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama
atau serentak. Gabungan not-
not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi
Irama : Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan
irama yang
berbeza.
Ekspresi : Merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal
atau
instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan
aplikasi ciri muzikal
boleh menghasilkan interpretasi tersendiri.
Bentuk : Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang
mempunyai struktur dua
bahagian dinamakan binari atau bentuk AB.
Warna Ton
Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton dalam
muzik. Contoh
bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah:
0
Suara lelaki dengan suara perempuan;
1
Suara perempuan dengan suara pelajar;
Jalinan
Jalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar
menjadi lebih
menarik dan diminati ramai.
Jalinan boleh dibahagikan kepada;

Monofoni
Homofoni
Polifoni
4. Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka
pelbagai sudut
pembelajaran.
(a) Jelaskan maksud penerokaan dalam konteks seni dalam pendidikan.
- menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu
melaksanakannya dengan
cara menjelajah
guru sebagai pembimbing
(b) Huraikan TIGA cara bagaimana pelajar menjalankan aktiviti penerokaan
dalam
pembelajaran pergerakan.
a) Meneroka Alat dan Bahan
- diperingkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-
jalan
disepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja
yang rendah,
bergayut pada tali panjat, atau bergerak disepanjang rangka panjat..
- tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat penyesuaian
menggunakan peralatan yang
sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang,
bergayut diatas palang atau tali, melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun
bergerak dari satu
bahagian kesatu bahagian lain di atas palang bertingkat.
- tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke dalam sesuatu
ruang alat; melompat,
melintasinya dan membuat bentuk-bentuk dengan menggunakan anggota-anggota
semasa beraksi.
b) Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi
pelajar sudah bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba
memanipulasi tubuh mereka supaya boleh melakukan aktiviti gimnastik atau
pergerakan dengan lebih
mencabar lagi spt Dirian tangan, Roda kereta, Gulingan, Imbangan dan sebagainya.
c) Meneroka Idea dan Isi Kandungan
Aktiviti Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian
anggota yang lain
disekeliling sesuatu paksi. menggabungkan lakuan-lakuan mengguling ke dalam
aktiviti-aktiviti lain
seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling
(c) Bincangkan bagaimana guru dapat membantu pelajar memperolehi
pengalaman melalui
aktiviti permainan.
Menyediakan aktiviti lasak yang secukupnya bagi kelompok otot besar dengan
tujuan
mengembangkan daya potensi yang memberi kesan kepada pengembangan dan
pengawalan otot
dengan baik
Membina kebolehan-kebolehan berlari, bertindak, menyelinap, mula dan berhenti.
Mempelajari cara-cara mengendali dan mengawal anggota semasa dalam keadaan
tertekan.
Memupuk kecergasan mental dalam kerangka perancangan strategi permainan.
Membantu pelajar memahami dan mematuhi peratur-peraturan dan arahan-arahan.
Menggalakkan pelajar bermain dengan rakan-rakan sebaya mengikut peraturan dan
tingkahlaku
yang positif seperti tidak bergaduh.
Menggalakkan pelajar bermain secara adil dan bersemangat kesukanan yang terpuji.
Memahami diri sendiri dan diri orang lain.
Kebanyakan aktiviti-aktiviti didalam permainan dapat memberi kesan yang positif
kepada
perkembangan asas kemahiran motor yang berpadanan di samping dapat
menyediakan asas untuk
perkembangan dan pengekalan kecergasan fizikal.
5. Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang
disusun di sekitar
sesuatu konsep atau tema yang dipilh.
(a) Nyatakan TIGA kekuatan pendekatan bertema dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Kekuatan
(i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal
dan bukan verbal
sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaslam
tema yang diberi
(ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti
yang tinggi
(iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan
(iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru
(v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan
(vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran
(b) Huraikan TIGA aspek yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tema
untuk
pengajaran dan pembelajaran
Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut:
(i) Boleh merentas semua matapelajaran
Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua
matapelajaran.Contoh: Tema Pokok. Untuk itu semua mata pelajaran boleh
menggunakan tema ini.Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh
menggunakan aktiviti mengira beberapabatang pokok dalam satu-satu tempat.
Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajarakan menyanyikan lagu pokok dan
membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokoktumbang dan sebagainya.
(ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman dan kehidupan
pelajar
Pastikan tema yang dipilh ada kaitannya dengan pengalaman dengan kehidupan
diripelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni
dalampendidikan dapat dijalankan dengan berkesan.
(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa
Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan
peristiwayang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsungan dapat memudahkan
pelajarmembuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang
sebenar.
(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan
dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema, terutamanya dari
segipenyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan
digunakandalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat mengajar
denganmenunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan hands on tidak kepada guru
Cumabercerita sahaja tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar.
.(v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih
Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan dapat
memotivasikan dan
mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan.
(vi) Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar
Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan
pembelajaranmempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah
kepada yang lebihmencabar.
(c) Jelaskan bagaimana muzik, seni visual dan pergerakan boleh diintegrasi
untuk mengajar
tema persekitaran seperti hutan.
Tajuk : Bahagian-bahagian pokok.
Tema persekitaran : Hutan
Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui
gambar, rakamanvideo, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta
melakukan pergerakan berkaitandengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan
dengan pelbagai alat perkusi.
Pergerakan: (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah,
berterbangan.
Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup
Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira, marah
dengan
menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.
1. Konsep Quadrant menegaskan bahawa seni membantu perkembangan
otak kanan dan
kiri di samping membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
Nyatakan EMPAT peranan Seni dalam Pendidikan.
- Peranan Ekspresi- Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid
membina
keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai
estetik.
- Peranan Emosi Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih,
gembira, takut
dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan.
-Peranan Imaginasi - Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan;
(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil
(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.
- Peranan Pemikiran Peranan Hoka dan Hoki
2. Ciri pembelajaran koperatif ialah pemupukan kemahiran sosial,saling
pergantungan secara positif
dan perkongsian peranan memimpin.
a) berikan empat ciri pembelajaran secara konstruktivisme.
1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru
2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran
3. Menyokong pembelajaran secara koperatif
4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahami melalui
penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar
6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya
sebagai panduan
merancang pengguna
7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
3. Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat
berpijak dengan
tolakan/ lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki.
Berdasar penyataan di atas, sebagai seorang gurubyang kreatif anda dapati 5 orang
murid di Tahun
satu, 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan tidak menguasai kemahiran melompat.
Nyatakan empat langkah yang boleh diambil bagi membantu kumpulan murid ini.
i)melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan
(ii) melompat seperti pantulan berubah-ubah pantulan tinggi dan rendah
(iii) melompat dan capai pelbagai benda
(iv) melompat sambil bergerak kehadapan dan pelbagai arah.
(v) melompat kedalam dan ke luar gelung rotan
(vi) Lompat untuk jarak
(vii) Melompat sambil mengubah ke arah lompatan
(viii) Melompat seperti kanggaru
(ix) Melompat anak sungai
4. Seni dalam pendidikan dapat memberi manfaat dari segi jangka panjang.
a) Jelaskan lima kepentingan seni dari aspek jangka panjang.
- menghargai keindahan ciptaan Tuhan.
- mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan.
- meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang
seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan pembelajaran.
- menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mengekspresikan hasilan
kerja.
- membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang
dibuat.
- mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan matam uri dan lain.
- menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan.
- menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan.
- menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya
dengan keselesaan
hidup.
- membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.
- mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti
yang diadaptasi
dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.
- membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual,
seni muzik dan
seni pergerakan.
b) Apakah yang dikatakan oleh.
Shinuchi Suzuki tentang seni muzik?
pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan
kemahiran berfikir dan
penghayatan secara berperingkat
Einsteindan Gardner mengenai seni pergerakan?
Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau
oleh otak kiri
dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan
kreatif sebenarnyaberlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-pertimbangan
rasional mengenai apa yang kitaingin lakukan.
G ar dner berpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan
pergerakan-pergerakan
yang menarik dan seterusnya dapat membina kemahiran-kemahiran yang berbagai.
Eisner dan Brown tentang seni visual?
Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan
masalah membina
kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu
konsep yang
sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan,
membuat taksiran dan
tanggapan dan seterusnya membina konsep.
Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati
ketika melukis atau
membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan
memperkaya
pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di
sekeliling mereka.
Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka
akan
berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.
2. Terangkan Dua kegiatan menyanyi.
(a) Mari Menyanyi
(i) Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi
1lagu berentak tradisional
2lagu pusingan dan
3lagu suara berlapis
4
(ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan
5
(iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik
(b) Menyanyi Secara Muzikal
(i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada
tekanan dan latihan
sebutan berirama
(ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:
1pic, tempo,corak irama, melodi; dan
2ekspresi mengikut mud dan dinamik.
(c) Teknik dan Cara Menyanyi
(i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna
ton
(ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan
rangkai lagu
dengan tumpuan kepada;
1 pernafasan
2 pengeluaran suara
3 artikulasi
Keupayaan untuk menyusun
Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan
Meneroka sebelum pengajaran formal
Menggunakan silence dan hesitation
Melihat dengan lebih dekat
Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah
Bercerita dan menyanyi.
b)Apakah yang dimaksudkan dengan perasaan dan tanggapan?
Perasaan dan Tanggapan Deria - Lowenfield dan Brittain (1982) mencadangkan
empat peringkat
dalam perkembangan kreativiti pelajar.
Peringkat scribbling dimana pelajar meneroka alam sekitar dengan menggunakan
panca
inderayang dijelmakan melalui lakaran-lakaran secara rawak. Mereka meneroka
dengan warna,
ruang dan bahan-bahan 3D. Lakaran ini kemudian menjadi lebih sistematik dan
terkawal.
Pra-skema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman mereka
Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk menerangkan
perhubungannya dengan alam sekitar.
Peringkat ini pelajar telah mula menggunakan simbol.
Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial. Menunjukkan
minat untuk
bekerja dan boleh mengawal pearasaan dalam kumpulan yang tidak dikawal oleh
orang
dewasa. Lukisan menjadi lebih realistik dalam menggambarkan pengalaman
sebenar.
Latihan 1.1
Mengapa Seni Dalam Pendidikan?
Seni Dalam Pendidikan boleh mempertingkatkan penglibatan murid terutamnya dari
segi jasmani,emosi, rohani dan intelek (JERI) serta sosial dalam proses pembinaan
sikap dan minat muridterhadap pembelajaran dan mata pelajaran di sekolah. Intipati
ilmu yang dikaji berkaitan denganperspektif berikut:
1
Teori pembelajaran
2
Model pengajaran dan pembelajaran
3
Pandangan tokoh kepentingan Seni Dalam Pendidikan
4
Teori kendiri kanak-kanak
Latihan 1.2
Nyatakan jenis teori kecerdasan pelbagai yang terdapat di bawah ini .
1. Murid mengira dan menjumlahkan buah kuini yang dikutip di dusunnya
2. Murid meniru nyanyian Mawi di televisyen
3. Murid bermonolog, merafak syahdu kepada Tuhannya
4. Murid mengikut sebutan pensyarah dalam sebutan terminologi dalam sesi
kuliahnya
5. Murid menggunakan pensel untuk mendapatkan skema ukuran dalam kerja
melukis perspektif
6. Murid berborak di bawah pohon mengkudu selepas tamat sesi kuliahnya
7. Murid mengambil daun puding untuk ditiru dalam mata pelajaran Pendidikan
Seninya.
8. Murid membuat regangan otot sebelum mendaki Gunung Arong dalam sesi Bina
Insan
Guru
1. Logik Matematik
2. Muzik
3. Intrapersonal
4. Verbal Linguistik
5. Visual ruang
6. Interpersonal
7. Naturalis
8. Kinestetik
TOPIK 6: PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN
Ujian 1
1.Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah
penting untuk
pembinaan pergerakan berkordinasi.
(a) Nyatakan kemahiran-kemahiran persepsi motor yang perlu diperkembangkan
oleh pelajar untuk
pembinaan kordinasi motor?
(b) Huraikan tiga kemahiran persepsi motor yang anda ketahui.
1.Persepsi ruang mengandungi dua dimensi dan juga tiga dimensi. Contoh
persepsi rangsangan
dua dimensi ialah gambar, rajah, imej, foto dan lukisan.
Contoh persepsi tiga dimensi ialah benda-benda konkrit di alam sekitar seperti arca,
bangunan,kereta, kostum, landasan kereta api dan lain-lain lagi. Di dalam persepsi
ruang ini terdapat jugapersepsi kontras yang berkaitan dengan objek di persekitaran.
Ini boleh dilihat dalam situasiterang gelap, warna silluet dan warna penggenap.
2.
Persepsi pergerakan Terhasil daripada rangsangan dari retina mata. Objek
menampak
suatu biasan gerakan dari pergerakan yang berlaku. Contohnya: Pemerhatian
burung terbang,
kereta yang melunjur laju di litar perlumbaan, jet yang meluncur laju di udara dan
sebagainya.
3.
Persepsi masa Berbeza mengikut individu. Individu yang terlalu sibuk merasakan
masa
begitu cepat berlalu. Tidak dapat menjawab soalan dalam peperiksaan terasa
masab begitu
panjang.
UJIAN 2
1.Terdapat pelbagai jenis pendidikan pergerakan antaranya ialah pendidikan
gimnastik.
(a) Senaraikan jenis-jenis pendidikan gimnastik
(b) Senaraikan jenis-jenis gimnastik berirama.
(c) Bagaimanakah untuk menjayakan sesi gimnastik berirama?
(a) Emosi merupakan perasaan, jiwa yang kuat sepeti sedih, gembira, takut dan lain-
lain. Emosi
yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis utama, iaitu
seronok (gembira)
kurang seronok (sedih) dan cemas (risau) atau tenang.
(b)
Guru yang ceria dan penyayang akan menghasilkan murid yang ceria dan
penyayang
Tahap EQ guru merupakan kayu ukur dalam menghasilkan bilik darjah yang dapat
membina EQ
murid yang sihat
Satu-satu angkubah terpenting di dalam EQ ialah bagaiamana ia menangani
emosinya terutama
emosi negatif secara tulen, benar dan sihat
Murid yang menguasi kemahiran emosi akan menghasilkan keputusan baik sama
ada dalam ujian
atau pengukuran yang lain
Terdapat perhubungan yang rapat di antara EQ dan tingkahlaku
Murid yang menguasi kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala-gejala sosial
Mereka lebih bekerja sama, suka menolong, boleh diharap dan berempati
Lebih berfokus, tekal, boleh menangani kekecewaan dan sabar.
Latihan 9.1
Latihan 9.1
Apakah yang anda faham tentang tema masyarakat dalam pendekatan bertema?
Tema yang berkaitan dengan masyarakat yang berada disekelilingnya yang meliputi
budaya,
agama, bangsa, dan hubungan sosial.
Latihan 9.2
Berdasarkan contoh Kekeluargaan di atas bincang dengan rakan pemerhatian anda
terhadap penyataan yang
terdapat dalam tema masyarakat yang boleh digabungkan ke dalam kurikulum.
1 Manusia tinggal
2 kumpulan keluarga yang berbeza
3 keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri
4 Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk berkomunikasi
5 Keluarga mengajar mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu
6 Keluarga saling bantu-membantu.


******http://web.usm.my/education/publication/JPPSubadrah%20(21-42)B.pdf

Adakah Anda
Mempraktikkan
Pendekatan
Konstruktivism
e


Model Konstruktivisme 5-Fasa
Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's
Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan
bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang
murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea,
guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah
idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga
idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid

Anda telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme
sekiranya:
Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang
sesuatu konsep.
Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah
Pelajaran berpusatkan murid
Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'
Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza
untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut
Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya
Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina
Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru
menerangkan teori
Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid
mencari jawapan
Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid
Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru
Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid
Murid bekerja dalam kumpulan

sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah
difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan
idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang
berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir.
Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa
terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru
dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan
ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta
kognitif.
Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-
Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah
I
Orientasi Menimbulkan minat dan
menyediakan suasana
Amali penyelesaikan
masalah sebenar, tunjukcara
oleh guru, tayangan filem,
video dan keratan akhbar
II
Pencetusan
Idea
Supaya murid dan guru sedar
tentang idea terdahulu
Amali, perbincangan dalam
kumpulan kecil, pemetaan
konset dan laporan
III
Penstrukturan
semula idea





i. Pernjelasan
dan pertukaran

ii. Pendedahan
kepada situasi
konflik

iii. Pembinaan
idea baru
iv. Penilaian
Mewujudkan kesedaran
tentang idea alternatif yang
berbentuk saintifik.
Menyedari bahawa idea-idea
sedia ada perlu diubahsuai,
diperkembangkan atau diganti
dengan idea yang lebih
saintifik.
Mengenalpasti idea-idea
alternatif dan memeriksa
secara kritis idea-idea sedia
ada sendiri
Menguji kesahan idea-idea
sedia ada
Pengubahsuaian,
pemgembangan atau
penukaran idea
Menguji kesahan untuk idea-
idea baru yang dibina







Perbincangan dalam
kumpulan kecil dan buat
laporan

Perbincangan, pembacaan,
input guru.
Amali, kerja projek,
eksperimen, tunjukcara guru
IV
Penggunaan
idea
Pengukuhan kepada idea yang
telah dibina dalam situasi baru
Penulisan sendiri kerja
projek
dan biasa
V
Renungan
kembali
Menyedari tentang perubahan
idea murid. Murid dapat
membuat refleksi sejauh
manakah idea asal mereka
telah berubah.
Penulisan kendiri,
perbincangan kumpulan,
catatan peribadi dan lain-
lain.

Teori Konstruktivisme
1. Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat
memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan
berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain,
guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran
dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang
pelbagai kebolehan dan minat.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang
wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui
pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi
ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid
melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
2. Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah
lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah,
maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh
dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid
perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing.
Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh
belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu
skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi
proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti
yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah
realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan
pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat
baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan
kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan
dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran
yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri
tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika
kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik,
kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam
peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa
pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai
proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru
akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,
penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh,
perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu
kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru
kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan
murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.
Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada
kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.
3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme
Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma
objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan.
Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata.
Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi
manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan
disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah
untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains
dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan
fenomena yang diperhatikan.
Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar
dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya
mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat
keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini
menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting
dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai
segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang
produktif dan berpengetahuan luas.
Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam
menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan
murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana
mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa
depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya
penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas
satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang
harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami
prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan
memeriksa hasil yang diperolehi
Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya
dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik.
Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep
atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina
dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan
memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan
satu proses berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah
satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya.
Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan
boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri
sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan
menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai
seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh
diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak.
Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu
pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang
membina fahaman sendiri.
Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme.
Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan
jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap
mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang
dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak
sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji
kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal
soalan sahaja.
Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan
masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang
sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian
berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza
dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah
sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan
sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang
berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan
perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat
keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui
proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran mereka.
Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai
pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang
kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau
pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai
kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan
dapat ditingkatkan lagi.
Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan
Objektivisme Konstruktivisme
Tanggapan
Utama
Pengetahuan wujud bebas dari
persekitaran dalaman dan
luaran pelajar
Pengetahuan bukan objektif, apa
yang kita benar-benar tahu dan
faham hanyalah persepsi kit. Ia
ditentukan oleh kita semua.
Pengetahuan tidak mempunyai
struktur mutlak
Kesan
Guru menolong murid membina
pengetahuan dan rangka
konteks di mana ia wujud.
Mereka mengguna analogi,
contoh dan pelbagai kaedah
mengingat. Mereka tanya soalan
untuk membantu murid
Guru menolong murid membina
kefahaman baru dan menolong
murid merakamkannya ke dalam
struktur kognitif sedia ada.
Mereka melakukannya dengan
menolong murid membentuk
analogi, contoh dan kaedah
mengingat murid sendiri, dan
guru menolong murid membentuk
soalan yang perlu ditanya bagi
membimbing mereka ke arah
kefahaman yang lebih tinggi
Respons Guru
"ada perkara yang anda hendak
tahu dan saya akan ajar kepada
anda apa yang saya tahu"
"Saya ajari ini, mereka belajar
ini"
"Pelajar ini sungguh bijak,
mereka belajar apa saja yang
saya ajarkan"
"Ada perkara yang anda hendak
tahu dan saya akan tolong anda
mengetahui bagaimana anda
boleh belajar mengenainya"
"Saya ajar ini, mereka belajar itu"
"Pelajar ini sungguh bijak,
mereka belajar perkara yang
saya tidak pernah rancang untuk
ajar mereka"
Prinsip-prinsip Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan
premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan
mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari dengan
mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli
konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh
konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar.
Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala
konstruktivisme:
1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis
maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya.
Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi
pengajaran.
2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh
menumpukan kepada intelek sahaja.
3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran
efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah
personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung
kepada pengalaman uniknya.
4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan.
Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat
dengan konsep dan tema global.
5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran
dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.
6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara
serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika
bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.
7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling
(peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran,
kebudayaan dan iklim.
8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar
memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi
pelajarannya.
9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan
http://ww
w.teacher
srock.net/
prinsip_ko
n.htm



ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan.
Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan
tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran
berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.
10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan
kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang.
Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.
11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh
ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut
pelajar.
12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar
murid-murid dapat menyatakan kecenderungan masing-masing.

You might also like