You are on page 1of 9

Tajuk

Bila dikatakan satu spesis? Taxonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi.
Pendahuluan


Keputusan
(I) MoonMorphs dikelaskan mengikut spesis.
Spesis Ciri-ciri Nombor siri MoonMorphs
A Mepunyai kepala, mata, tangan
dan ekor.
Mepunyai abdomen yang besar.
1, 16, 17, 24, 27
B Mepunyai kepala, mata dan ekor.
Mepunyai tangan yang bercorak.
6, 9, 10, 11, 21
C Mempunyai sesungut, kepala dan
tangan.
Mempunyai abdomen yang
panjang.
19, 20, 26, 29
D Mepunyai kepala, mata, tangan
dan ekor.
Mempunyai abdomen yang
bercorak.
2, 3, 4, 5, 12, 18, 22, 23
E Mempunyai abdomen, tangan dan
ekor.
Mempunyai kepala yang
berbentuk.
7, 8, 13, 14, 15, 25, 28

(II) MoonMorphs dikelaskan mengikut variasi.
Spesis Ciri-ciri Variasi Nombor siri MoonMorphs
A Mata bercantum. 1, 16
Mata tidak bercantum. 17, 24, 27
B Bentuk ekor Y. 6, 11, 21
Bentuk ekor V. 9, 10
C Sesungut bercantum dan berekor
panjang.
20
Sesungut terpisah dan berekor
pendek.
19, 26, 29
D Kaki berkuku tajam. 3, 12
Kaki berkuku tumpul. 2, 4
Kaki tidak berkuku (katak). 5, 18, 22
Kaki tidak berkuku (itik). 23
E Bentuk kepala U (pendek). 7
Bentuk kepala U (panjang). 25
Bentuk kepala segi empat. 8, 13, 14
Bentuk kepala segi tiga (pendek). 15
Bentuk kepala segi tiga (panjang). 28

Perbincangan
1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa
moonmorphs dalam kumpulan yang sama? Mengapa anda memilih ciri-ciri
tersebut? Kenapa tidak pilih yang lain-lain?
Semasa menjalankan amali tersebut, kami dikehendaki untuk mengelaskan
moon morphs dalam kategorinya sendiri. Sifat luaran fizikal moon morphs telah
menjadi kriteria yang utama semasa pengelasan dijalankan. Antara sifat luaran
fizikal yang terdapat dalam moon morphs tersebut adalah saiz abdomennya,
corak abdomennya, bentuk kepalanya dan kehadiran sesungut. Ciri-ciri luaran
tersebut telah diberi keutamaan semasa pengelasan kerana terdapat perbezaan
yang ketara antara mereka. Ada yang mempunyai abdomen yang besar, ada
yang mempunyai corak pada abdomennya, ada yang mempunyai sesungut dan
ada pula yang mempunyai kepala yang berbagai bentuk. Daripada kategori-
kategori tersebut, terbahagi lagi beberapa ciri. Misalnya, moon morphs yang
mempunyai abdomen yang besar terbahagi lagi kepada mata yang bercantum
dan yang tidak bercantum. Ciri-ciri lain tidak dipilih kerana maklumat yang
berkaitan seperti sifat fisiologi dan jantinanya tidak diberi. Oleh itu, kami hanya
dapat mengelaskan mereka mengikut ciri-ciri morfologi.

2. Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya?
Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu
spesis?
Semua individu dalam satu spesis tidak semestinya perlu serupa secara
keseluruhannya. Walaupun berada dalam spesis yang sama, tetapi terdapat juga
perbezaan antara satu individu dengan satu individu yang lain. Perbezaan yang
berlaku dalam spesis yang sama dipanggil variasi. Variasi mempunyai hadnya
sendiri dalam satu spesis. Namun, bilangan variasi yang mungkin berlaku ini
adalah sangat luas. Ini disebabkan oleh kod DNA dalam baka spesis. Kod ini
dapat melarang crossover untuk spesis baru. Sebagai contoh, menurut Francisco
Ayala, beliau telah mengira bahawa dalam kalangan manusia, secara teorinya,
sepasang suami isteri dapat melahirkan 10
2017
kanak-kanak sebelum melahirkan
seorang anak yang sama dengan salah satu daripada anak-anak mereka yang
lebih awal. Kes ini menunjukkan bahawa terdapatnya had variasi dalam satu
spesis, di mana manusia mempunyai variasi maksimum sehingga 10
2017
. Selepas
itu, variasi yang dilahirkan akan sama seperti anak yang dilahirkan sebelum itu.

3. Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima
tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda
menerima tahap variasi yang terlalu rendah?
Jika sesuatu spesis moon morphs mempunyai tahap variasi individu yang tinggi,
ia dapat dibahagikan kepada banyak kategori sehingga pengelasan boleh dibuat
lebih daripada satu ciri variasi. Kata lain, ciri variasi tersebut hanya akan
mempunyai seekor haiwan yang mewaklinya. Sebagai contoh, terdapat 5 variasi
dalam spesis moon morph E. Ini menunjukkan tahap variasinya adalah tinggi. Di
antara variasi tersebut, ciri variasi bentuk kepala U (pendek) hanya diwakili oleh
seekor moon morph yang bersiri nombor 7. Apabila sesuatu spesis mempunyai
tahap variasi yang tinggi, ia akan lebih tertahan terhadap penyakit yang mungkin
menyebabkan kepupusan mereka. Ini disebabkan terdapatnya baka yang dapat
menahan penyakit tersebut.
Namun, sekiranya sesuatu spesis moon morph mempunyai tahap variasi individu
yang rendah, pengelasan yang boleh dibuat agak terhad kerana variasi yang
tidak banyak. Kata lain, ia mungkin akan mempunyai bilangan haiwan yang
banyak dalam satu ciri variasi. Sebagai contoh, hanya terdapat 2 variasi dalam
spesis moon morph A, iaitu moon morph yang matanya bercantum dan yang
tidak bercantum. Oleh sebab tahap variasi yang rendah, maka bilangan moon
morph dalam setiap kategori tersebut adalah agak banyak. Misalnya, 2 ekor
moon morph dalam kategori mata bercantum dan 3 ekor dalam kategori mata
tidak bercantum. Apabila sesuatu spesis mempunyai tahap variasi yang rendah,
risiko berlakunya kepupusan spesis akan menjadi tinggi kerana kekurangan
tahanan terhadap penyakit (baka yang tidak bervariasi tinggi).

4. Terangkan bagaiaman para taksonomis mungkin memecahkan satu spesis
kepada dua atau lebih spesis baru.
Seorang taksonomis adalah seorang saintis yang mengklasifikasikan organisma
mengikut ciri-ciri fizikal atau selular. Taksonomis ini amat diperlukan kerana
mereka dapat mengekalkan dan memulihara biodiversiti dunia ini dengan
membezakan organisma daripada spesis mereka serta mengurangkan
kekeliruan terhadap nama spesis.
Spesis yang sedia ada akan menghadapi evolusi di mana spesis yang baru
terbentuk. Ini dipanggil spesiasi. Ini berlaku apabila dua spesis berpecah utuk
menghasilkan lebih banyak spesis. Secara perlahan-lahannya, semua spesis ini
akan menjadi berbeza antara satu sama lain kerana mutasi yang berlaku atas
mereka. Dengan ini, taksonomis akan mengenalpasti spesis yang baru ini
berdasarkan ciri-ciri morfologi, fisiologi dan habitat mereka. Seterusnya,
taksonomis akan mengelaskan mereka mengikut penamaan Linnaean, iaitu
meletakkan spesis di kategori yang sesuai: Alam, filum, order, kelas, famili,
genus dan spesies.

5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari
sesuatu spesis terjadi?
a. Pewarisan
Hasil daripada warisan genetik daripada ibu bapa sesuatu spesis. Setiap
sel telur dan sel sperma mengandungi separuh maklumat genetik yang
diperlukan untuk seseorang individu. Apabila persenyawaan berlaku, sel
baru terbentuk dengan semua maklumat genetik yang diperlukan untuk
seseorang individu.
b. Mutasi
Mutasi adalah perubahan struktur genetik dalam DNA yang boleh
menyebabkan variasi berlaku dalam sesuatu species. Apabila populasi
interbreed (membiak dengan spesis yang berlainan), mengawan rawak
berlaku kerana satu organisma akan mengawan dengan yang lain
berdasarkan sifat-sifat tertentu. Dengan ini, kombinasi genetik yang baru
akan wujud dalam generasi seterusnya dan menyebabkan variasi berlaku.
c. Taburan spesis
Satu spesis dengan taburan yang luas jarang mempunyai genetik yang
sama. Sebagai contoh, individu dalam satu spesis yang tinggal pada
altitud yang lebih tinggi serta menghadapi keadaan iklim yang berbeza,
genetiknya adalah berlainan daripada yang hidup di altitud yang lebih
rendah. Untuk mengadaptasi keadaan yang berbeza, maka frekuensi alel
relatif dalam spesis tersebut mungkin berbeza secara dramatik antara
satu sama lain.
d. Penghijrahan
Faktor penghijrahan dilihat dalam konteks genetik di mana sesuatu
populasi bergerak ke dalam atau keluar daripada sesuatu habitat. Apabila
sesuatu variasi yang berhijrah, kemudian tinggal dan mengawan dengan
variasi di destinasi penghijrahannya, mereka boleh menyebabkan
kemasukan alel secara tiba-tiba. Dengan ini, variasi yang berhijrah akan
menyumbang alel di mana ia dapat mengubah alel yang sedia ada dalam
kawasan destinasi penghijrahan.

6. Bagaimana spesis MoonMoprhs ini dipanggil morfospesis?
Morfospesis merujuk kepada sekumpulan organisma yang berbeza dari
beberapa aspek morfologi berbanding dengan organisma yang lain. Perbezaan
ini merujuk kepada bentuk, saiz, warna atau ciri-ciri fizikal luaran lain yang
ditunjukkan oleh sesuatu organisma. Spesis moon morph ini dikenali sebagai
morfospesis kerana kami diehendaki untuk mengelaskannya ke dalam spesis
masing-masing mengikut ciri-ciri morfologinya. Dalam kes tersebut, moon morph
yang mempunyai abdomen besar telah dikelaskan sebagai satu spesis; yang
mempunyai tangan bercorak pula dikenali sebagai spesis yang lain. Kaedah
pengelasan ini merupakan kaedah tradisional yang tidak tepat kerana maklumat
yang terhad.

7. Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis
biologi?
Spesis biologi adalah sekumpulan individu yang boleh membiak antara satu
sama lain. Moon morph bukan dari kalangan spesis biologi kerana kami tidak
diberi maklumat yang berkaitan dengan genetik seperti DNA dan jantina,
kelakuan serta habitatnya. Kami hanya meneliti dan mengelaskan mereka
mengikut ciri-ciri morfologi.




Rumusan
Taksonomi adalah cabang sains yang mentakrifkan kumpulan organisma
biologi berdasarkan ciri-ciri yang dikongsi serta pemberian nama kepada kumpulan-
kumpulan tersebut. Ia dapat memudahkan pengelasan organisma dan memberi
pendidikan kepada sesiapa yang ingin mempelajarinya. Bagi benda hidup di dunia ini,
mereka mempunyai alamnya sendiri. Alam boleh diklasifkasikan kepada 5 kumpulan,
iaitu animalia, plantae, fungi, protoctista dan monera. Di bawah alam, tercabang pula
filum, kelas, order, famili, genus dan spesis.
Secara umumnya, organisma boleh dikelaskan mengikut ciri-ciri morfologi
dan biologinya. Dengan meneliti ciri-ciri tersebut, kita dapat mengelaskannya
mengikut spesisnya. Walaupun dikelaskan sebagai spesis yang sama, tetapi masih
terdapat perbezaan antara individu. Ini dikenali sebagai variasi. Variasi merupakan
perbezaan individu dalam spesis yang sama. Misalnya rama-rama, mereka tergolong
dalam spesis yang sama, tetapi masih terdapat perbezaan dari segi saiz, warna dan
sebagainya. Faktor-faktor yang menyebabkan variasi tersebut termasuklah mutasi,
pewarisan, taburan spesis dan penghijrahan. Sebenarnya, variasi mempunyai
hadnya sendiri. Ini disebabkan oleh kod DNA yang dapat melarang crossover untuk
spesis baru.
Selain itu, terdapatnya tahap tinggi dan rendah untuk variasi individu. Jika
variasi individu berada pada tahap yang tinggi, maka ciri variasi boleh dibahagikan
kepada banyak kategori. Kata lain, ciri variasi tersebut hanya akan mempunyai
seekor haiwan yang mewaklinya. Sebaliknya, tahap variasi individu yang rendah
akan mempunyai ciri variasi yang kurang. Maksudnya, banyak individu akan
menduduki kategori tersebut.
Morfospesis adalah sekumpulan organisma yang berbeza dari beberapa
aspek morfologi berbanding dengan organisma yang lain. Kaedah pengelasan ini
bersifat tradisional dan tidak begitu tepat kerana kekurangan maklumat, terutamanya
dari segi genetik.
Sebagai seorang insan yang berfikiran dan berprihatin, kita hendaklah
sentiasa memelihara keseimbangan alam sekeliling supaya ia dapat berfungsi
dengan baik dan berada pada keadaan yang optimum. Dengan ini, banyak
organisma dapat hidup berkekalan dan dapat mengelakkan kepupusan spesis.

Rujukan
1. (2014). Variation and classification. Dipetik pada Ogos 13, 2014, daripada
http://www.bbc.co.uk/bitesize/ks3/science/organisms_behaviour_health/variati
on_classification/revision/2/\

2. The Meaning of Variations. Dipetik pada Ogos 13, 2014, daripada
http://www.darwinismrefuted.com/origin_of_species_01.html

3. Chapter 15 Species Evolution. Dipetik pada Ogos 16, 2014 daripada
http://evolutionfacts.com/Ev-V2/2evlch15.htm

4. Birds of a Feather. Dipetik pada Ogos 16, 2014 daripada
http://home.comcast.net/~lifebook/species.html

5. Timothy B. (2014). What Does a Taxonomist Do? Dipetik pada Ogos 16, 2014,
daripada http://www.wisegeek.com/what-does-a-taxonomist-do.htm

6. (2014). The Genetic Variation in a Population Is Caused by Multiple Factors.
Dipetik pada Ogos 14, 2014, daripada
http://www.nature.com/scitable/topicpage/the-genetic-variation-in-a-population-is-
6526354

7. (2013). Biological species concept. Dipetik pada Ogos 18, 2014, daripada
http://simple.wikipedia.org/wiki/Biological_species_concept



Lampiran

Moon morphs dikelaskan mengikut
spesis.


Moon morphs dalam spesis yang sama
dibahagikan kepada variasi yang
berbeza.

You might also like