You are on page 1of 7

NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUN ASIA

Terdapat beberapa nilai universal ketika berlakunya interaksi antara tamadun,


antaranya ialah :
a. Berasaskan kepada keagamaan/ ketuhanan
b. Menekankan intitusi kekeluargaan
c. Menekankan aspek kemanusiaan
d. Beretika dalam aspek kehidupan
e. Mementingkan kebijaksanaan dalam kepimpinan
f. Menghargai alam sekitar
g. Mementingkan ilmu dan orang berilmu
Berasaskan kepada keagamaan/ ketuhanan
Semua tamadun Asia menekankan konsep ketuhanan seperti agama
Islam,kristian Hindusime dan sebagainya.Ini kerana peranan agama dapat
membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual.Semua agama juga
mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu.Sebagai contohnya, Tamadun Islam
bertunjangkan dan berpaksikan kepada konsep tauhid. Kompenan tamadun Islam
berasaskan akidah,syariah dan akhlak.Sumber tamadun Islam pula adalah sumber
naqli iaitu wahyu dan sumber aqli iaitu berdasarkan akal dan mestilah tidak
bercanggah dengan sumber wahyu.
Selain daripada itu Tamadun Cina juga percayakan konsep ketuhanan
walaupun mempunyai pelbagai aliran anutan seperti konfucius, Daoisme dan
Buddhisme.Mereka mempunyai satu konsep Tian yang bermaksud langit yang
merujuk kepada dewa yang terpenting. Konsep ini berasaskan perbuatan baik akan
mendapat balasan baik dan sebaliknya. Konsep ini mendorong mereka menjaga
tingkah laku untuk mengelakkan balasan buruk daripada Tian.
Dalam tamadun India pula mereka percayakan konsep Trimurti iaitu percaya
kepada ketuhanan Brahma(Tuhan Pencipta), Vishnu(Tuhan Pemelihara) dan Siva
(Tuhan Pemusnah).Mereka juga percaya kepada konsep karma dan kelahiran
semula.
Bagi tamadun Jepun, kemasukan agama Buddha berlaku pada zaman Yayoi
manakala bagi tamadun Eropah agama Kristian berkembang pesat.

Menekankan intitusi kekeluargaan
Unsur keluarga sangat dititik beratkan dalam semua tamadun.Keluarga
merupakan unit asas dalam sesebuah tamadun tidak kira aspek sistem nilai dan
budaya, penerapan nilai dan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Dalam tamadun
Islam amat menekankan konsep kekeluargaan, Konsep kekeluargaan Islam
berasaskan hak dan tanggungjawab.Iaitu hak pada anak sejak dari dalam
kandungan., ibu bapa digalakkan membuat kebajikan supaya anak cenderung
melakukan kebajikan. Begitu juga tanggungjawab mendidik dan meletakkan nama
yang baik sebutannya dan mempersiapkan anak anak untuk menghadapi masa
depan yang lebih sempurna dengan memberikan pendidikan yang cemerlang.Anak-
anak pula wajib menunaikan tanggungjawab dengan menghormati dan tidak
menderhaka kepada ibu bapa.Ikatan ini ditambah pula dengan perasaan kasih
sayang.
Pembinaan keluarga dalam tamadun India pula merupakan matlamat dalam
masyarakat India kerana sistem kekeluargaan menjadi satu sistem sokongan yang
berbentuk fizikal dan kerohanian serta penerus zuriat. Orang yang berumahtangga
juga dianggap teras masyarakat kerana golongan ini yang akan bertanggungjawab
melindungi serta menyara golongan lain.


Nilai kekeluargaan dalam tamadun Cina dapat dilihat dalam konsep LI. Konsep Li
menekankan Lima asas antara manusia iaitu :
a. Anak patuh pada ibu bapa
b. Adik patuh pada abang
c. Isteri patuh pada suami
d. Murid patuh pada guru
e. Rakyat patuh pada raja.
Daripada lima asas manusia ini, tiga daripadanya menitik beratkan hubungan
dengan keluarga. Atas dasar ini juga mereka mengadakan upacara menyembah
nenek moyang bertujuan untuk mengucapkan rasa terima kasih serta menunjukkan
ketaatan kepada nenek moyang yang telah meninggal dunia.

Menekankan aspek kemanusiaan
Bagi aspek kemanusiaan semua tamadun menekankan sifat berbaik-baik dan
hormat menghormati sesama manusia.Contohnya dalam tamadun Islam ditekankan
ikatan ukhwah islamiah dimana semua manusia adalah sama disisi Allah. Islam
menetapkan agar sentiasa menjaga akhlak sesama manusia merangkumi akhlak
dengan ibu bapa, guru, kawan, jiran,sesama Islam dan bukan Islam malah akhlak
terhadap musuh Islam juga perlu dijaga.Dalam Islam juga tidak wujud kelas hamba
dan hanya taqwa dan amalan yang membezakan manusia.
Tamadun Cina pula dalam ajaran Konfusion menekankan konsep Ren yang
bermaksud kasih sayang.Konsep ini merangkumi kasih sayang terhadap diri sendiri
dan juga orang lain.
Dalam aspek tamadun India terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang
boleh mengelakkan kekejaman terhadap sebarang makhluk samada manusia
ataupun binatang.Kepercayaan kepada konsep Karma dan kelahiran semula juga
mendorong mereka berbuat baik sesama manusia.
Bagi tamadun Jepun, zaman Heian merupakan zaman penuh dengan tradisi
Jepun dengan menekankan kepada cara hidup, beradab dan peraturan yang baik
dan sopan.

Beretika dalam aspek kehidupan
Seterusnya beretika dalam aspek kehidupan juga merupakan nilai yang
ditekankan dalam semua tamadun.Dalam tamadun Islam syariat diturunkan Allah
sebagai panduan dan mengatur kehidupan agar harmoni.Ianya mengatur kehidupan
manusia dengan tuhan iaitu Allah, sesama manusia mahupun alam. Dengan adanya
syariat ini terbentuklah pembentukan akhlak manusia yang baik. Rasullullah pula
adalah model akhlak yang terbaik.
Tamadun Cina juga menekankan konsep moral dan etika yang perlu dipatuhi
oleh masyarakatnya.Contohnya dalam konsep Li ada menekankan konsep beretika
berasaskan 3 perkara iaitu:
a. Peraturan perhubungan manusia dengan tuhan
b. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia
c. Peraturan perhubungan politik.

Dalam tamadun India pula beretika dapat dilihat dalam konsep Dharma
iaitu
peraturan moral bagi menetukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang.Terdapat
tiga jenis Dharma dan salah satunya adalah Sadharma yang menitik beratkan sifat-
sifat yang perlu ada pada manusia seperti kesabaran, kebersihan, tidak melakukan
kekejaman dan sebagainya.


Mementingkan kebijaksanaan dalam kepimpinan
Sistem kepimpinan yang baik mampu membawa sebuah tamadun ke tahap
yang lebih maju.Sifat-sifat pemerintah yang adil dan saksama merupakan tema
utama tamadun silam.Perlindungan yang diberikan oleh raja dan kesetiaan rakyat
merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun silam. Pemimpin Islam
mempunyai garis panduan dalam sistem pemerintahan Islam yang berasaskan
konsep tauhid,risalah dan khilafah.Prinsip politik Islam juga menekankan
keadilan,persamaan,syura dan akauntabiliti.Sumber dalam politik Islam pula ialah
kitabuLlah dan sunnah rasulNya selain daripada ijtihad dan ijma ulama.
Dalam Tamadun Cina, menekankan pemimpin perlu berkelakuan baik, adil
dan jujur. Jika tidak pemerintah akan disingkirkan dan mandat akan ditarik
semula.Dalam hal ini , Raja Chou mengaitkan diri mereka dengan konsep anak
syurga dan mendapat mandat dari syurga.Ini bermaksud raja adalah wakil tuhan dari
syurga.
Bagi Tamadun India pula konsep Dharma dijadikan panduan yang dinamakan
rajadharma.Rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan kepada
seorang pemerintah dalam melindungi undang-undang sosial.Tugas raja ialah
memerintah demi kebahagiaan rakyat dan menjaga kebajikan rakyat.

Menghargai alam sekitar
Nilai menghargai alam sekitar juag terdapat dalam semua tamadun di
Asia.Kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar itu penting dan perlu dijaga untuk
hidup bersama dengan manusia.Dalam Islam ada dijelaskan kepentingan menjaga
alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang perlu digunakan untuk faedah dan
kepentingan hidup manusia.Allah berfirman yang bermaksud :
Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan
baginya agar kami menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik
perbuatannya.
Tamadun Cina menegaskan perlu menjaga alam sekitar dimana mereka
menganggap bintang di langit sebagai nenek moyang mereka yang menjadi shen
/dewa dillangit setelah meninggal dunia.Dalam ajaran Tao pula alam di anggap
sebagai ibu atau Dao.Ini menunjukkan alam merupakan sesuatu yang dimuliakan.
Dalam tamadun Jepun unsur alam diberi penghormatan secara
berlebihan.Mereka menyembah batu dan pokok serta menganggap ada kuasa
tuhan.
Tamadun India juga menghargai alam malah menganggap ada kuasa
didalamnya.Mereka mempercayai alam sekeliling ada dewa seperti Indra (Tuhan
Cuaca), Surya (Tuhan Matahari) dan Varuna (Tuhan langit).Konsep Ahimsa pula
mengajar mereka menyayangi binatang hingga menghargai nyawa mereka.

Mementingkan ilmu dan orang berilmu
Pada umumnya semua tamadun memberikan penekanan terhadap ilmu.Pada
dasarnya ilmu yang dititik beratkan adalah untuk pembinaan sifat-sifat mulia
seseorang individu.Berasaskan kepada matlamat ini tugasmengembangkan ilmu
pengetahuan menjadi satu tanggungjawab yang mulia. Kesedaran mengembangkan
ilmu pengetahuan ini telah diberi kepentingan yang utama dalam Islam, kristian,
Hindunisme dan lain-lain agama.
Dalam Islam konsep tauhid diberi keutamaan dalam proses penyebaran
ilmu.Konsep ulama dalam Islam juga berkait rapat dengan ilmu dan orang berilmu
dimana seseorang individu diterima sebagai ulama sekiranya mempunyai persiapan
ilmu yang sempurna dan mencerminkan personaliti diri dalam segala aspek
keilmuan.Ulama dianggap sebagai pembimbing umat, penyelesai masalah, pakar
rujuk serta model kepada umat Islam
Ajaran Konfusion turut terdapat konsep Jun Zhi yang bermaksud orang yang
berilmu dan tahu kewajaran sesuatu. Dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran
ajaran Hindunisme transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mengenal diri
sendiri seperti Ashrama Dharma.
Secara umumnya, tamadun Asia mempunyai kekuatan nilai-nilai universal
yang dapat membentuk keharmonian dalm interaksi di antara tamadun walaupun
pada dasarnya berlainan agama dan adat budaya.

You might also like