You are on page 1of 25

Pengenalan

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling


digemari oleh masyarakat Melayu di negeri Kelantan.
Dikir Barat wujud dalam kalangan masyarakat biasa di
kampung-kampung dan pinggir bandar.
Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu
Dikir dan pantun atau dikir dan karut.
Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut
dalam bentuk pantun atau syair.
Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair
adalah sama ertinya.
Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal
dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Tujuan
Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai
hiburan.
Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di
musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan.
Dikir barat juga dijadikan sebagai pertandingan.
Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-
persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan
ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang.
Kepentingan Dikir Barat

Mempamerkan bakat individu
Mempamerkan nilai mutu kesenian yang tinggi
Bekerjasama di dalam kumpulan
Membentuk masyarakat yang bersatu padu
Hidup dalam masyarakat yang harmoni.
Memaparkan unsur-unsur nasihat



Alatan Persembahan Dikir Barat
1.Gong
2.Rebana Ibu
3.Rebana Anak
4.Canang
5.Kompang
6.Marakas

Gong
Gong merupakan alat muzik yang terpenting di
dalam persembahan Dikir Barat. Gong adalah
tergolong dalam peralatan muzik idiophone
Melayu yang silam dan dipercayai berasal dari
Asia Timur Selatan. Gong terdiri daripada
pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang
berbeza. Dalam persembahan Dikir Barat ia
dimainkan bersama-sama dengan gendang ibu
dan gendang anak mengikut rentak dan
menghasilkan pelbagai irama yang unik. Gong
dipercayai sebagai alat utama dalam upacara
khas dan persembahan muzik tradisional
Melayu.
Rebana Ibu
Rebana merupakan alat muzik utama dalam
persembahan Dikir Barat. Rebana adalah alat
muzik pukul yang sering dimainkan di negeri
China. Kini penggunaan gendang semakin
meluas, ia sering digunakan dalam orkestra
muzik tradisional, drama, nyanyian, tarian,
upacara tarian dan termasuklah Dikir Barat.
Dalam persembahan Dikir Barat gendang
berperanan mencipta irama lagu yang
diperdendangkan. Pemain gendang perlulah
memiliki kemahiran yang tinggi dalam aspek
meningkah dan memcipta bunga-bunga irama
yang unik dan menarik. Kebolehan meneroka
corak irama yang rancak dan bertenaga
membuatkan persembahan Dikir Barat
menjadi menarik dan hebat.
Rebana Anak
Rebana anak merupakan alat muzik utama
dalam persembahan Dikir Barat. Rebana adalah
alat muzik pukul yang sering dimainkan di
negeri China. Kini penggunaan gendang
semakin meluas, ia sering digunakan dalam
orkestra muzik tradisional, drama, dan
nyanyian.

Dalam persembahan Dikir Barat gendang
berperanan mencipta irama lagu yang
diperdendangkan. Pemain gendang perlulah
memiliki kemahiran yang tinggi dalam aspek
meningkah dan memcipta bunga-bunga irama
yang unik dan menarik. Kebolehan meneroka
corak irama yang rancak dan bertenaga
membuatkan persembahan Dikir Barat
menjadi menarik dan hebat.
Kompang
Kompang digunakan sebagai mengganti
gendang anak dalam persembahan Dikir barat.
Peranannya adalah sebagai peningkah atau
menganak mengiringi paluan gendang ibu.
Kompang merupakan sejenis alat muzik
tradisional yang paling popular dalam kalangan
masyarakat Melayu. Kompang tergolong dalam
kumpulan alat muzik gendang, kulit kompang
biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Dalam konteks persembahan Dikir Barat
kompang yang digunakan biasanya berukuran
enam belas inci ukur lilit, ia mempunyai
bukaan cetek dan dimainkan dengan mengepit
dicelah kankang sementara itu menepuk
dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Marakas
Sepasang Marakas juga digunakan dalam
persembahan Dikir Barat.
Marakas biasanya dibuat daripada kayu atau
plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang
digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk
bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan
biji-biji batu kecil, untuk menghasilkan bunyi.
Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan
pemain memainkannya.
Canang
Canang turut digunakan di dalam
persembahan Dikir Barat. Canang selalunya
dimainkan oleh Tok Juara atau Tukang Karut
ketika salah seorang daripada mereka sedang
menyanyikan lagu Dikir Barat . Sesetengah
kumpulan dikir mengunakan 1 hingga 2 canang
agar mendapatkan bunyi yang lebih harmoni.
Alat Muzik Dikir Barat
Ahli Dikir Barat
Tok Juara
Tok Juara merupakan penyanyi yang memulakan lagu persembahan juga Dikir
Barat. Pada kebiasaannya Tok Juara akan duduk sebaris dengan pemain muzik.
Tok Juara akan memulakan lagu dengan lenggang lenggok tanpa meter dan berjela-
jela mengikut kemahuan dan moodnya bergaya zikir. Tok Juara seolah-seolah
meniup semangat kepada pasukannya untuk mempamirkan persembahan yang
menarik dan bersemangat. Tok Juara juga berperanan memberi panduan kepada
penyanyi selanjutnya iaitu Tukang Karut.
Tukang Karut
Tukang Karut merupakan individu atau penyanyi yang paling penting dalam
persembahan dikir barat. Selalunya ia bebas bergerak di atas pentas sambil
mengalunkan nyanyain. Tukang Karut memiliki kemahiran mencipta pantun
secara spontan dan dianggap sebagai insan yang mempunyai bakat semulajadi
dalam bidang penciptaan, menarik, lucu, bijak, memukau perhatian penonton.
Awok-Awok
Ahli pemain dikir barat biasanya terdiri daripada sepuluh hingga lima belas orang
yang dinamakan awok-awok. Awok-awok berperanan menyanyikan korus yang
disamapaikan secara unison. Korus yang berbentuk seperti pantun bertujuan
untuk berbalas-balas pantun dengan penyanyi. Semasa mengadakan persembahan
awaok-awok duduk di atas lantai dalam bulatan berhadapan diantara satu sama
lain. Sambil menyanyi mereka menggerakkan lengan, tangan dqan bahagian atas
anggota badan seolah-olah menari mengikut irama muzik diselang seli dengan
tepukan dan teriakan yang kuat pada bit-bit yang tertentu.
Pemuzik Percussion
Pemuzik percussion pula terdiri daripada pemain ibu
rebana, pemain anak rebana, pemain maracas, pemain
trambouline, pemain gong dan pemain canang.


Dikir Barat
Persembahan Dikir Barat
Lagu Karut Dikir Barat
1. Karut Kelantan Cepat.
2. Karut Kelantan Anjur (Perlahan)
3. Karut Petani
4. Karut Wok Yoh
5. Karut Pendek
6. Karut Yengki Cepat
7. Karut Yengki Anjur
8. Karut Yengki Tengahan (Sederhana)
9. Karut Yengki Ding Ding
10. Karut Hala
11. Karut Selampit
12. Karut Menora
13. Karut Jenaka Mak Yong
14 Karut Wau Bulan


Persembahan Dikir Barat
Ada tiga jenis irama Dikir Barat :
1. Irama Asli
2. Irama Padang Pasir.
3. Irama Hindustan.


Pakaian Persembahan
Ahli Dikir Barat
Baju Tukang Karut
Baju Awok-Awok
Baju Tok Juara
Seluar
Vest
Tanjak
Samping
Capal

Pakaian Ahli Dikir Barat
Dikir Barat

Muhammad Hafiz bin Ahmad Tarmizi
Nasrullah Aiman bin Ahmad Nordin
Muhammad Hakim bin A.Sukor
Nur Afidah binti Mohamad Zaidi
Gabienadia Nafira binti Abdul Manaf
Nurhaniza A/P Jamaludin

You might also like