You are on page 1of 21

AL BIRUNI (973-1048m)

IBN KHALDUN(1332-1406m)
IBN SINA (980-103m)
AL KHAWARIZMI (80-850m)
IBN RUSYD (1126-1198m)
AL GHAZALI (1058-1111m)
SHEIKH TAHIR JALALUDDIN
IBN BATUTAH
HAMKA


Al BIRUNI (973-1048M)
Kalau anda ditanya
siapakah orang pertama
membuat percubaan
yang ada kaitan dengan
bidang astronomi, apa
jawapan anda?
Jawapan yang biasa
diberikan:
Galileo - abad ke 17M
Ptolomey - abad ke 2M
Sesiapa sahaja saintis zaman
Renaissance! (Abad 14-17m
idea Greek purba ditemui,dikaji
dan dikembangkan)

Jawapannya ialah Abu Raihan
Mohammed Ibn Ahmad Al-Biruni,
dilahirkan di Kath, Uzbekistan lima
abad sebelum Renaissance (973-
1048m)
Tokoh yang amat terkemuka dalam
matematik dan memberi
sumbangan besar dalam astronomi,
fizik, perubatan dan sejarah




RIWAYAT
Menjadi terkenal dengan
kebijaksanaan pada usia muda. Bila
Sultan Mahmood Ghaznawi menakluki
Ural, tanah air Al-Biruni, dia membawa
al-Biruni bersamanya dalam beberapa
kali perjalanan ke India. Dengan itu
dia berpeluang mengembara ke
seluruh India untuk jangkamasa
selama 20 tahun.

Al-Biruni mempelajari falsafah Hindu/
Sanskrit mengenai tajuk astrologi,
astronomi, kronologi, geografi, nahu,
mathematik, perubatan, falsafah, agama,
dan timbangan dan ukuran dari Pandits
(cendekiawan) dan sebagai balasan
mengajari mereka mengenai ilmu sains dan
falsafah Greek dan Arab.

SUMBANGAN
Menulis sebanyak 200 buah buku
Merekacipta beberapa peralatan/
instruments untuk bidang astronomi
Kitab-al-Hind - sebuah buku yang
masyhur mengenai pengembaraannya
ke India yang memberikan gambaran
grafik mengenai benua kecil itu.
Qanun-i-Masoodi - membincangkan
beberapa teori mengenai astronomi,
trigonometry, solar, lunar, dan
peredaran planet, serta beberapa
tajuk yang berkaitan.
al-Athar al-Baqia - hubungkait antara
sejarah lampau sesebuah bangsa dan
kaitannya dengan ilmu geografi,
membincangkan peredaran bumi dan
memberikan nilai yang betul mengenai
garis lentang dan garis bujur dari
berbagai-bagai tempat dan beberapa
tajuk mengenai fizik dan ekonomi
geografi.
al-Athar
al-Baqia
5.Sumbangan
beberapa tajuk
mengenai ekonomi
geografi
1. Hubungkait antara
sejarah lampau sesebuah
bangsa dan kaitannya
dengan ilmu geografi
2. Rotation of
the earth
3. Sumbangan
beberapa tajuk
mengenai fizik

4. Memberikan
nilai yang betul
(correct values)
of latitudes and
longitudes dari
berbagai-bagai
tempat.

Pada ketika itu manusia percaya kepada teori
geosentrik iaitu bumi adalah pusat dalam sistem
suria dan semua planet, bintang dan matahari
mengelilinginya. 600 tahun sebelum Galileo, Al
Biruni menerangkan, bahawa bumilah yang
berputar di atas paksinya setiap hari dan setiap
tahun mengelilingi matahari.
Dan buat pertama kalinya dalam sejarah beliau
memberikan penjelasan saintifik kenapa matahari
tidak pernah terbit di utara atau selatan.
Dia juga menulis Kitab-al-Saidana
iaitu mengenai ubat-ubatan India
Kitab-al-Jamahir, mengenai nilai
kekayaan pelbagai logam berharga.
Bukunya al-Tafhim-li-Awail Sinaat al-
Tanjim ringkasan/rumusan mengenai
matematik dan astronomi.
Ketepatan kepadatan 18 ketul batu
yang berlainan
Formula matematik menentukan
dengan tepat bila bermula dan
berakhirnya sesuatu musim.
Memperkenalkan tujuh kaedah yang
berbeza mencari arah utara dan
selatan.
Dia mencipta satu kaedah the trisection of
an angle dan pelbagai masalah yang tidak
dapat diselesaikan dengan menggunakan
semata-mata pembaris dan kompas.
Dia membuktikan bahawa kelajuan cahaya
lebih laju berbanding kelajuan bunyi.
Menerangkan prinsip hidrostatik.
Mempastikan bunga memiliki 3,4,5,6, dan
8 kelopak dan tak mungkin 7 atau 9.
Al-Biruni meninggal dunia pada tahun
1048 M ketika berusia 75 tahun,
setelah menghabiskan usia selama 40
tahun mengumpul dan
menyumbangkan ilmu untuk dunia.


Dia dianggap sebagai salah seorang
saintis Islam yang teragung dan salah
seorang yang teragung sepanjang
zaman.


APAKAH SUMBANGAN AL BIRUNI
TERHADAP TAMADUN MALAYSIA?

You might also like