You are on page 1of 2

Yang Berbahagia,

Tuan Tang Chang Yeow


Pengerusi Barisan Nasional
Pulau Pinang.

Tuan,
Perkara :Memohon tanah tambahan bagi tujuan padang,tapak perhimpunan,dewan sekolah
Tapak letak kereta dan Rayuan untuk mendapatkan Tanah Tambahan

Merujuk kepada perkara diatas pihak kami telah pun menghantar surat melalui Penyelaras
Kadun Bukit Tambun Tuan Lai Chew Hock pada 17 hb Julai 2012.Pihak LPS menerima tanah
seluas(2.181 ekar-PT153 H.S.LM)1597,mukim 15 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada
26.8.2011.Selepas itu pihak sekolah dan LPS telah memohon dana sebanyak 6.5 juta untuk
pembinaan sekolah dari Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.Bangunan
yang dipohon 1 blok bangunan 4 tingkat berbentuk (L) mengandungi 12 bilik darjah dan 15
bilik khas.Permohonan kami telah pun mendapat pertetujuan Kerajaan Persekutuan dan pihak
MIC.Kini kami menunggu pembinaan banguan sekolahi dari pihak Kerajaan Persekutuan dan
pihak MIC.
2.Untuk makluman tuan,tanah yang diberi oleh Kerajaan Negeri sebanyak ekar digunakan
oleh kuil Mahamariamman Ladang Valdor,SPS.Baki tanah seluas 1 1\2 ekar akan digunakan
untuk tapak pembinaan bangunan baru seperti yang dicadangkan oleh pihak kerajaan dan
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.Oleh kerana tanah untuk pembinaan sekolah adalah cukup
untuk bangunan sekolah sahaja.Maka kami pihak LPS dan sekolah ingin memohon kepada tuan
dan Kerajaan Barisan Nasional supaya dapat memberikan tanah tambahan seluas 2 ekar
lagi.Untuk makluman tuan ,tanah yang kami memohon merupakan tuan tanah yang sama.Tuan
tanah hanya menjual sebanyak 2 ekar kepada Kerajaan Negeri malah baki tanah sebanyak 4
ekar masih ada dibelakang tapak tanah sekolah yang bakal dibina.Tujuan pihak sekolah dan LPS
perlukan tanah tambahan adalah untuk menyediakan padang yang selesa bagi murid-
murid,tapak perhimpunan untuk melakukan pelbagai aktiviti,dewan sekolah,tempat letak
kereta pada masa hadapan.Kami berharap pihak tuan akan menimbangkan permintaan kami
dengan penuh perihatin untuk pembangunan bangsa dan Negara.

3. Kami pihak LPS,PIBG dan pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas pengumuman
tuan pada Majlis Penyampaian Note Book untuk pelajar-pelajar SJKT Pulau Pinang pada
10.09.2012 di Dewan Haji Ahmad Badawi bahawa segala bayaran yang dikenakan oleh Pejabat
Tanah akan dibayar balik sebagai sumbangan oleh piahak Barisan Nasional Pulau Pinang.
Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


----------------------------------------------





Sk.1. Pengerusi MIC Negeri Pulau Pinang(En. Karuppanan A/ L Malairaja)
2.Penyelaras KADUN Bukit Tambun.

You might also like