You are on page 1of 8

FUNGSI BAHASA MELAYU

DEFINISI BAHASA RASMI:


Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan
sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan.

PENGENALAN BAHASA RASMI:
Tergolong dalam bahasa inklusif iaitu salah satu bahasa yang ditempatkan atas
bahasa atau bahasa-bahasa yang sedia ada.

Antara ahli perancang bahasa terkenal ialah Bruno Migliorimi dan Sprang Hansen.

Sebagai lambang serta simbol identiti sebuah negara merdeka.

Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam
urusan rasmi.

FUNGSI BAHASA RASMI
Antara fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi ialah:

1. Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas
rasmi negara.

2. Sebagai media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan
kerajaan.

3. Digunakan dalam semua rekod kerajaan.
4. Sebagai media untuk menulis semua undang-undang negara dan pentadbiran.

5. Digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara .


DEFINISI BAHASA KEBANGSAAN
Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan
negara untuk tujuan perpaduan.

PENGENALAN BAHASA KEBANGSAAN
Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu :
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 ( disemak 1971 )
Pemberitahuan undang-undang No.410 ( tahun 1967)

FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN
Menyatukan rakyat
Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini
Menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran
kebudayaan yang terdapat di dalamnya.
Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan
selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang
mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan
kesetiaan kepada negara.
Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat
memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum.


ASPEK PEMILIHAN
Aspek pemilihan Bahasa Kebangsaan :
1. Sosial
2. Ekonomi
3. Politik

PERATUS BILANGAN PENDUDUK
Melayu : 43%
Cina : 36%
India : 8%
Lain-lain : 10%

PENINGKATAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Peningkatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan dan ditinjau melalui
dua aspek iaitu:
Kesedaran orang Melayu terhadap Bahasa Melayu
Keperluan untuk memperoleh sokongan terhadap negara dan dasar-dasarnya.

DEFINISI BAHASA ILMU
Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan
penemuan atau satu hasil kajian

SEJARAH BAHASA ILMU
Pernah menjadi Lingua Franca atau Bahasa perantaraan di Nusantara.

Mencapai taraf Bahasa Ilmu sejak beberapa abad lalu disebabkan oleh:
Adanya Islam yang membawa fahaman intelektualisme dan Rasionalisme.

Kegemilangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu memuncak pada zaman
kebesaran kerajaan Acheh, dalam abad ke-17. Sebabnya :
-Muncul pemikir Melayu yang menghidupkan tradisi ilmu dengan menggunakan
Bahasa Melayu seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai,Abdul Rauf Singkel,
dan Nuruddin Al-Raniri.
Tokoh-tokoh yang meluaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu ke daerah lain
di nusantara ialah :
-Abdul Samad al-Falambani di Palembang.
-Arsyad Al-Banjiri di Banjar Masin
-Mohd Ismail Daut Pattani di Patani
-Raja Ali Haji di Riau

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar Ilmu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar pendidikan
kebangsaan.

Langkah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam
Laporan Razak 1996 dan kemudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib
1960

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di institut pengajian tinggi bermula
pada tahun 1983.

FUNGSI BAHASA ILMU
Menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan
tertentu.
Menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan
masalah dan memerlukan penelitian.
Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat difahami
oleh pembacanya, tanpa menimbulkan keraguan penafsiran dalam Bahasa Melayu.
Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu.

DEFINISI BAHASA PENGANTAR
Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang
digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah
kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa
Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul
Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960),
sebagai bahasa pengantar.

FUNGSI BAHASA PENGANTAR
Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa
pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-
beza.
Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-
orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu.
Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak
mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat
perantaraan adalah Bahasa Melayu.
Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya
adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika
salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat
komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

DEFINISI BAHASA PERPADUAN
Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara
satu kaum dengan kaum yang lain.

FUNGSI BAHASA PERPADUAN
1. Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan
lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah
berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk
menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.
2. Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara
suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan
sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar
dengan bahasa-bahasa lain didunia.
3. Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan
rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara.
4. Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di
kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat
menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-
kepentingan negara yang sedang giat membangun.
1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan
Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah
mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa
rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu
kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat
memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum.
Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu
yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan
termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina
sebuah negara.
2) Lambang jati diri
Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,
dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk
pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini,
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini
sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya
Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya
dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu
memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal
demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia
demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan
dalam Wawasan 2020.
3) Bahasa perpaduan
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah
penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan
kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga
kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk
asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada
keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih
berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum
kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen
perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957.
Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk
meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang
berbilang kaum.
4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan
Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan.
Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961
setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak
Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini
bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu
menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.

5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia
Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan
negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut.
Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn
cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan
bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjam semata-mata
untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan
kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh hal demikian, penduduk di negara
bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa
Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.
6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan
pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan
tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika
keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki
peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah
lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus
menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai
kesantunan.

7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya
Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam
menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat
membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang
brkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang
berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri
daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian
tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan
inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbgai bidang.
Contonya, jika ali politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi
dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam
arenanya.
8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa
Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan Bahasa
Jiwa Bangsa menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu
pun maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak
perlu ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan
tidak merugikan bangsa. Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu
pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui
pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan
bahan bacaan.
Bahasa Jiwa Bangsa.
Cintailah Bahasa Kita !
Sumber : Kerja Kursus Sosiolinguistik, Dr. Awang Sariyan, 2006.

You might also like