You are on page 1of 8

1

BIL. 2 / 2008 FEBRUARI / MAC


PELANCARAN WAHANA IPTHO
EDISI PERTAMA
Tn. Hj. A. Aziz bin Abu Bakar menunjukkan
Wahana IPTHO edisi pertama dengan disaksikan
oleh Tn. Hj. Nasir bin Abdullah.
Isnin, 25 Februari 2008 - Majlis
Pelancaran Wahana IPTHO edisi
pertama telah disempurnakan oleh
Pengarah IPTHO, Tn. Hj. A. Aziz bin
Abu Bakar. Majlis yang diadakan di
Dewan Budiman itu turut dihadiri oleh
Timbalan Pengarah, Tn. Hj. Nasir bin
Abdullah selaku pengerusi sidang
redaksi Wahana IPTHO. Pelancaran
tersebut turut disaksikan oleh Ketua-
ketua J abatan, Ketua-Ketua Unit, para
pensyarah dan guru-guru pelatih
bersempena perhimpunan mingguan.
Dalam ucapannya, Pengarah
IPTHO mengucapkan syabas dan
tahniah kepada jawatankuasa
penerbitan kerana telah berjaya
menghasilkan edisi pertama Wahana
IPTHO. Wahana IPTHO menjadi
penyebar maklumat tentang segala
aktiviti IPTHO sama ada yang berlaku
di dalam atau di luar kampus. Beliau
juga berharap penyebaran maklumat itu
akan membolehkan para guru pelatih
menjadi guru yang sentiasa peka dan
prihatin terhadap perkembangan
persekitarannya. Hal ini demikian
kerana hanya guru-guru bermaklumat
sahaja yang mampu menghadapi dan
menangani cabaran dunia pendidikan
mutakhir.
Pengarah IPTHO, dalam
ucapan pelancarannya melahirkan rasa
bangga atas inisiatif jawatankuasa
penerbitan melaporkan aktiviti terkini
yang berlaku di IPTHO. Beliau
berharap Wahana IPTHO terus
mengorak langkah dengan menambah
bilangan muka surat pada keluaran-
keluaran seterusnya. Para guru pelatih
boleh menjadikan Wahana IPTHO
sebagai gelanggang untuk berkarya.
Nukilan-nukilan berbentuk esei ilmiah
mahupun kreatif boleh diajukan kepada
jawatankuasa penerbitan bagi
dimuatkan ke dalam Wahana IPTHO.
Beliau berharap Wahana IPTHO bukan
setakat dijadikan medan penyebar
maklumat tetapi juga menjadi medan
untuk para guru pelatih mengasah
bakat dalam berkarya. Sehubungan
dengan itu, beliau menyarankan agar
suatu masa nanti, 80% daripada
kandungan dan proses penerbitan
Wahana IPTHO adalah melibatkan
hasil usaha para guru pelatih.
Seterusnya dalam majlis itu
juga Tuan Pengarah telah
menyampaikan edisi pertama kepada
semua ketua jabatan dan wakil
J awatankuasa Perwakilan Pelajar.
SELAMAT BERSARA
EN. RAMLY BIN SAMSUDIN
Ikuti temu bual wartawan Wahana IPTHO dengan
En. Ramly bin Samsudin di muka surat 4 dan 5.
SUMBANGAN GURU
PELATIH DIALU-ALUKAN
Sidang Redaksi Wahana IPTHO
mengalu-alukan sumbangan artikel,
gambar, pandangan, dan apa saja
bagi menjayakan penerbitan Wahana
IPTHO. Foto dari sebarang jenis
format gambar dan pelbagai jenis
kamera juga diterima (termasuk
kamera telefon bimbit).
SENARAI AJK BIRO
KELAB STAF IPTHO
2008/ 2010
Biro Ekonomi
Tn. Hj. Yahya bin Khairum (Ketua)
En. Roseli bin Mohd Tan
En. Hairul Akhmal bin Mohd Haris
Pn. Haslinda binti Khairi
Biro Pendidikan
En. Ismail bin Abdul Samad (Ketua)
En. Mohd Yusof bin Abdullah
En. Razali bin Mohamed
Biro Kebajikan dan Agama
Pn. Kamisah binti Buang
Pn. Pauziah binti Hj. Omar
En. Zainuddin bin Abdul Hamid
Cik Nagamah a/p Raju Sathian
Cik Liew Pee Lian
En. Kasron bin Sukadi
Biro Rekreasi / Lawatan / Sukan
En. Abd. Raof bin Ibrahim (ketua)
Pn. Nor Hida binti Ibrahim
En. Mohd. Nahar bin Mohamad Wazir
En. Muhammad Hazlin bin Othman
En. Mohd Nazri bin Samad
2
Ustaz Khairul Anwar bin Abu Bakar
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1429H
disambut meriah di Masjid At-Tarbiyah,
IPTHO pada 25 Februari 2008.
Pelancaran sambutan telah
disempurnakan oleh Yang Berbahagia
Tuan Haji A. Aziz bin Abu Bakar,
Pengarah Institut Perguruan Tun
Hussein Onn.
Majlis yang mulia tersebut
bermula pada jam 6.40 petang dengan
MAJLIS SAMBUTAN
MAAL HIJRAH 1429H
Meja Editor Meja Editor Meja Editor Meja Editor Meja Editor
Wahana IPTHO Wahana IPTHO Wahana IPTHO Wahana IPTHO Wahana IPTHO
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera
Pembaca budiman,
Wahana IPTHO menemui anda
buat kali kedua. Alhamdulillah dengan
penuh tanggungjawab semua AJ K
Wahana IPTHO bekerja keras untuk
memastikan keluaran kali ini dapat
menyajikan lebih banyak berita
berbanding keluaran yang lepas.
Pengeluaran Wahana IPTHO
kali ini diperluaskan skopnya
mencakupi berita institut,
perkembangan staf, aktiviti pelajar dan
berita-berita jabatan. Penggemblengan
berita ini diharap dapat memaparkan
kesinambungan dokumentasi peristiwa
yang dilaksanakan di IPTHO.
Kepada saudara pembaca
sekalian, AJ K Wahana IPTHO
mengalu-alukan sumbangan berita
daripada anda. Kami menghargai
sumbangan karya akademik, laporan
aktiviti, projek kumpulan anda untuk
dinukilkan dalam ruangan suara karya
untuk dikongsi dan dimanfaatkan
bersama.
Insyaallah dengan kerjasama
dan sokongan para pembaca pada
keluaran akan datang Wahana IPTHO
akan meningkatkan kualiti
penerbitannya.
Tidak ketinggalan tahniah dan
selamat datang kepada staf yang baru
menjadi ahli keluarga IPTHO.
Kepada staf yang akan
menamatkan perkhidmatannya
sejambak mawar wangi kami
kalungkan. J asamu dikenang, baktimu
menjadi amal dan kami mengiringi tuan
/ puan dengan doa sejahtera selalu.
Sekan, terima kasih.
Wahana berita dan maklumat mutakhir
IPTHO
Mazni binti Mohd. Salleh
J abatan Pengajian Melayu
IPTHO
kehadiran para tetamu dan
penceramah undangan khas selain
daripada pelajar-pelajar muslim IPTHO
dari pelbagai program dan opsyen.
Turut hadir di majlis tersebut adalah
Tuan Haji Nasir bin Abdullah, Timbalan
Pengarah IPTHO dan warga IPTHO
yang lain seperti pensyarah-pensyarah
serta staf sokongan yang
berkesempatan hadir. Para hadirin
dijamu dengan nasi minyak sebelum
Solat Maghrib secara berjemaah.
Sebelum ucapan Yang
Berbahagia Tuan Pengarah, majlis
yang diketuai oleh Ustaz Md. Isa bin
Man selaku Ketua J abatan J ATIM,
didahului dengan Tilawah Al-Quran
yang telah dibacakan oleh saudara
Muhammad Anuar bin Ghazali pelajar
KPLI Pendidikan Islam Ambilan J anuari
2008. Ceramah yang bertajuk Peranan
Hijrah Memotivasikan Insan Guru telah
disampaikan oleh Yang Berbahagia
Tuan Haji Mohd. Nor bin Sairi yang
merupakan mantan pensyarah MPBP
(IPTHO) yang telah bersara.
Kemahirannya di dalam menyampaikan
ceramah yang amat bermanfaat itu
telah membuat para hadirin mengikuti
ceramahnya tanpa jemu dan tidak
kering gusi.
Tema sambutan Maal Hijrah
pada tahun ini adalah Menj ana
Ummah Gemi l ang . Tema ini dipilih
kerana Hijrah merupakan satu titik
permulaan bagi pembentukan dan
peneraju tamadun dunia dalam
mengorak langkah mencapai
kegemilangan sejagat.
Majlis diakhiri dengan solat
Isyak secara berjemaah dan majlis
bersurai jam 11.00 malam.
Tn. Hj. Mohd. Nor bin Sairi sedang menyampaikan
ceramahnya di hadapan para hadirin.
Sebahagian daripada guru pelatih yang menghadiri
majlis sambutan Maal hijrah 1429H..
Petua Seor ang Gur u Petua Seor ang Gur u Petua Seor ang Gur u Petua Seor ang Gur u Petua Seor ang Gur u
Kalau seorang guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk,
Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun,
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat,
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap,
Ada murid bertambah gagap,
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara,
Ramai murid pandai berbicara,
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai,
Tak kan tahu murid bodoh dan pandai,
Kalau seorang guru berbudi bahasa,
Dikenang murid sepanjang masa.
I nfo Si hat I nfo Si hat I nfo Si hat I nfo Si hat I nfo Si hat
Tahukah anda bahwa makanan merupakan salah
satu faktor penyebab penyakit kepada manusia.
Pengambilan makanan secara tidak terkawal dan
berlebihan lebih mengundang kepada kemudaratan.
Panduan pemilihan makanan:
1. Pilih makanan asli (belum diproses) kekalkan
kandungan vitamin
2. Makanan berketumpatan nutrien tinggi -
mengandungi kumpulan makanan (karbohidrat,
protein, lemak dan vitamin)
3. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-
sayuran turunkan risiko penyakit jantung dan
kanser.
3
Berita: Wan Rozana bt Wan Mohammad, KPLI
Bahasa Inggeris
Foto (t/bimbit): Noorhazlina bt. Ahmad, KDPM (Kemas)
Isnin, 25 Februari: Satu majlis Hari
Peringatan Pandu Puteri telah
diadakan di Balai Budiman IPTHO.
Majlis yang dianjurkan oleh Unit
Beruniform Pandu Puteri Kadet IPTHO
ini telah dirasmikan oleh Yang
Berbahagia Tuan A. Aziz bin Abu Bakar,
Pengarah IPTHO.
Setiap tahun, ahli-ahli Pandu
Puteri akan meraikan Hari Peringatan
pada setiap 22 Februari sebagai
memperingati dan mengenang jasa
pengasas pergerakan Pandu Puteri
iaitu Olave St. Clair Soames yang lebih
dikenali sebagai Lady Baden Powell,
yang dilahirkan pada 22 Februari 1889.
Selain dari itu, ahli persatuan dapat
berkongsi aktiviti serta pendapat ke
HARI PERINGATAN
PANDU PUTERI
arah matlamat yang sama. Secara tidak
langsung ia dapat mengeratkan tali
persaudaraan antara sesama ahli.
Beberapa persembahan yang
bertemakan Air telah dipersembahkan
oleh pelajar-pelajar KPLI, KDPM dan
PPISMP. Majlis yang bermula pada
pukul 4.00 petang itu berakhir pada
pukul 5.30 petang. Walaupun tempoh
majlis ini singkat, namun dapat
dijalankan dengan meriah dan lancar.
KPLI opsyen Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris
menggunakan baldi dalam persembahan mereka.
Persembahan guru pelatih PPISMP opsyen
Bahasa Cina.
Persembahan guru pelatih KDPM opsyen Pra-
Sekolah.
MODAL INSAN MENJANA
WAWASAN 2020
Isnin, 25 Februari 2008, malam
Seiring dengan program Maal Hijrah,
satu program ceramah telah diadakan
di Dewan Budiman IPTHO untuk guru
pelatih bukan muslim. Ceramah yang
bertajuk Modal Insan Menjana
Wawasan 2020 telah disampaikan
oleh Dr. S. Nathesan, mantan
pensyarah IPTHO.
Di dalam ceramahnya
beliau menyatakan bahawa
idea Modal Insan tersebut
dicetuskan oleh Y.A.B.
Perdana Menteri kita iaitu
Dato Seri Abdullah Haji
Ahmad Badawi. Beliau
menerangkan tentang konsep
idea tersebut dan dasar
kerajaan di dalam usaha
mewujudkan sebuah Negara Bangsa
yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang menjelang Wawasan 2020.
Bagi mencapai matlamat
tersebut, negara sentiasa berusaha
menyediakan tenaga kerja berwibawa
yang berbekalkan ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang, termasuk sains
dan teknologi. Modal insan merupakan
individu yang berilmu, berkeyakinan,
mempunyai nilai murni dan moral yang
Dr. S. Nathesan menyampaikan ceramahnya.
Sebahagian daripada guru pelatih yang menghadiri
ceramah Modal Insan Menjana Wawasan 2020.
tinggi, beretika, berbudi pekerti,
bersopan-santun, berdisiplin, dinamik,
inovatif, kreatif, sihat, bersemangat
patriotik, adil, progresif, cekal dan
berdaya saing.
Sehubungan dengan itu, di
dalam ceramahnya beliau menegaskan
betapa pentingnya para bakal guru
bersedia untuk memikul tugas dan
memainkan peranan bagi
merealisasikannya.
Oleh: MOHD. YUSOF BIN ABDULLAH
Mesyuarat J aminan Kualiti, IPTHO telah
diadakan di Hotel Seri Malaysia, Melaka
selama 3 hari bermula 3 Mac 2008 dan
berakhir pada 6 Mac 2008. Dalam
mesyuarat itu lebih kurang 70 orang
pensyarah IPTHO telah diberikan
pendedahan mengenai MQA dan MQF oleh
Prof. Madya Dr. Wahid Bin Razzaly dari
Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
Hadir sama dalam mesyuarat
tersebut ialah Yang Berbahagia Tn. Hj. A.
Aziz bin Abu Bakar, Pengarah IPTHO dan
Yang Berusaha Tn. Hj. Nasir bin Abdullah,
Timbalan Pengarah IPTHO. Selama 3 hari,
para pensyarah IPTHO telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan mengikut kod
dan setiap kumpulan diberikan tugasan
untuk menghasilkan penulisan pangkalan
data mengikut kod-kod yang telah
ditetapkan.
Pangkalan data yang dihasilkan
adalah berdasarkan 9 kod yang berikut:
Kod 1: Visi, Misi, Matlamat Pendidikan dan Hasil
Pembelajaran
Kod 2: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian
Kod 3: Penilaian Pelajar
Kod 4: Pemilihan dan Khidmat Sokongan Pelajar
Kod 5: Staf Akademik
Kod 6: Sumber Pendidikan
Kod 7: Pemantauan dan Semakan Semula
Program
Kod 8: Kepimpinan, Governans dan
Pentadbiran
Kod 9: Penambahbaikan Kualiti Secara
Berterusan
Hasil daripada pembentangan
pangkalan data itu, didapati setiap
kumpulan telah berusaha untuk
menyiapkan pangkalan data mengikut kod
masing-masing untuk diselaraskan di
peringkat IPTHO dan seterusnya dapatan
tersebut akan diserahkan kepada pihak
BPG bagi tujuan pelaksanaan MQA.
MESYUARAT JAMINAN
KUALITI IPTHO
4
WAWANCARA KHAS BERSAMA EN. RAMLY BIN SAMSUDIN
KETUA UNIT KOKURIKULUM IPTHO SEMPENA PERSARAAN BELIAU
Oleh:
Hussin bin Sarif
& Mohd. Yusof bin Abdullah
Encik Ramly bin Samsudin, nama yang
tidak asing kepada warga IPTHO.
Beliau ialah Ketua Unit Kokurikulum
(dahulu dikenali sebagai Setiausaha
Gerko). Beliau mula berkhidmat di
IPTHO pada tahun 1992, sebagai
pensyarah J abatan Kemahiran Hidup.
WI: Apa khabar tuan?
RS: Syukur alhamdulillah, sentiasa
dianugerahi oleh Allah dengan
kesihatan dan ketenteraman.
WI: Boleh kami tahu tuan berasal dari
mana ?
RS: Saya berasal dari Negeri
Sembilan. Saya dilahirkan di
Kampung Bemban, Senaling,
Kuala Pilah, pada 8 April 1952.
WI: Bagaimana pula dengan sejarah
pendidikan tuan?
RS: Pendidikan awal saya bermula di
SK Senaling, Kuala Pilah pada
tahun 1957. Selepas tahun enam
saya meneruskan pengajian
menengah saya di SM Rendah
Kebangsaan Kuala Pilah dan SM
Tunku Mohamad, Kuala Pilah.
Kemudian saya meneruskan
persekolahan saya di SM Tunku
J aafar, J ohor Bahru. Pada tahun
1969 saya memasuki SM
Vokasional J ohor Bahru.
Dalam bidang latihan ikhtisas,
saya pernah menuntut di
Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada
tahun 1970. Kemudian saya
melanjutkan pelajaran saya di
Maktab Perguruan Teknik, Kuala
Lumpur pada tahun 1971 hingga
1972. Pada tahun 1996 saya
berkesempatan belajar di
Universiti Teknologi Malaysia dan
dikurniai Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup).
WI: Latar belakang keluarga, isteri,
anak-anak dan cucu ?
RS: Isteri saya ialah Pn. Kamariah
binti Ali, sekarang ini sebagai
Timbalan Ketua J abatan Bahasa,
IPTHO. Saya mempunyai empat
orang anak. Yang sulung Lilie
Zahara, bertugas sebagai
seorang pensyarah di UNITEN.
Anak kedua ialah Mohd. Firdauz,
juga telah bekerja sebagai
penolong jurutera (R & D) di
Syarikat Dyson. Anak saya yang
ketiga Mohd. Faiz kini sedang
menuntut di Universiti Kuala
Lumpur. Anak saya yang bongsu,
Mohd. Faizal masih bersekolah di
SM Teknik Ampangan di
Seremban.
Saya juga telah dikurniai dengan
tiga orang cucu.
WI: Bolehkah tuan senaraikan
sekolah dan institusi yang pernah
tuan berkhidmat?
RS: Perkhidmatan awal saya sebagai
guru bermula pada tahun 1973 di
SM Sultan Ismail Kota Bharu,
Kelantan sehingga tahun 1980.
Kemudian pada tahun 1981, saya
berpindah ke SM Tuanku Ampuan
Durah, Seremban. Dua tahun
kemudian saya berpindah ke SM
J alan Tok Ungku, Seremban.
Pada tahun 1990 saya berpindah
ke Maktab Perguruan Teknik,
5
Kuala Lumpur. Saya berkhidmat
di sana selama tiga tahun dan
mulai tahun 1992 sehinggalah
sekarang saya berkhidmat di
Maktab Perguruan Batu Pahat /
IPTHO.
WI: Apakah sumbangan dan
pengalaman tuan sepanjang
berada dalam perkhidmatan?
RS: Banyak penglibatan saya
tertumpu dalam sukan, kegiatan
badan beruniform, kejurulatihan
dan pengadil. Saya pernah
menjadi pemain dan ahli
Persatuan Ragbi Selangor (1971
- 1972). Saya juga pernah menjadi
pemain bola sepak mewakili
pasukan guru (1973 - 1975).
Kemudian saya pernah terlibat
dalam pasukan olahraga juga
mewakili pasukan guru (1973 -
1980). Dalam bidang
kejurulatihan pula saya menjadi
jurulatih pasukan badminton
sekolah (1975 - 1985), jurulatih
pasukan hoki sekolah (1975 -
1980) dan jurulatih sofbol dan
ragbi daerah (1975 - 1980).
Saya juga pernah menjadi
pengadil Bola Lisut / Sofbol
peringkat MSS Kelantan (1975 -
1980).
Dalam kegiatan badan
beruniform, saya pernah menjadi
Pemimpin Pengakap (1985
1999), kemudian menjadi
Penyelaras Unit Beruniform (1993
- 2000) dan sebagai Setiausaha
Gerko / Ketua Unit Kokurikulum
daripada tahun 2001 hinggalah
kini.
Dalam bidang Kemahiran Hidup
pula, saya adalah salah seorang
Kakitangan Sumber Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup
peringkat negeri juga kebangsaan
daripada tahun 1988 hingga
1991.
WI: Apakah kejayaan-kejayaan dan
anugerah yang tuan pernah
terima ?
RS: Sepanjang perkhidmatan, saya
bersyukur kerana telah menerima
Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang pada tahun 1995, dan
kali kedua pada tahun 2002.
RS: Adakah tuan pernah
menghasilkan karya penulisan?
RS: Dalam bidang penulisan, saya
adalah Panel Penulis Buku Teks
Kemahiran Hidup, Tingkatan 1
3, DBP, Kementerian Pendidikan.
WI: Apakah nasihat tuan kepada para
pensyarah yang sedang
berkhidmat di IPTHO ?
RS: Kepada rakan-rakan pensyarah
saya berharap teruskanlah usaha
dalam apa juga bidang dan
sentiasa menjadikan
kecemerlangan sebagai objektif
yang utama.
WI: Apakah perancangan tuan
selepas bersara nanti?
RS: Insyallah saya akan melakukan
sesuatu yang berfaedah,
terutamanya kepada diri saya,
keluarga, anak-anak, cucu dan
masyarakat.
WI: Apakah nasihat dan harapan tuan
kepada pelajar-pelajar di IPTHO?
RS: Saya harap para guru pelatih
sekalian dapat menimba ilmu
sebanyak mungkin semasa
menuntut di IPTHO. Ilmu perlu
dicari sementara kebolehan,
kecemerlangan untuk menjadi
seorang guru yang baik perlu
dilalui dan dialami. Sebagai bakal
guru anda perlu bertindak
sebagai agen perubahan di
sekolah yang anda bakal
berkhidmat kelak.
WI: Akhir sekali bilakah tarikh tuan
akan bersara?
RS: Saya akan mula bersara pada 8
April 2008.
WI: Sekali lagi saya ucapkan ribuan
terima kasih kerana kesudian dan
kerjasama yang pihak tuan telah
berikan. Semoga tuan sentiasa
diberkati dan dirahmati oleh Allah.
Kami warga IPTHO akan tetap
menghargai dan mengenang jasa
dan bakti tuan. Terima kasih.
En. Ramly bersama En. Othman Kassim dan En.
Zelkefli Shahrom pada Majlis Konvokesyen UTM.
6
Mazni bt. Mohd Salleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Wilayah Selatan, Persatuan Penulis
J ohor (PPJ ) dan Perkumpulan Penulis
dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM)
telah menganjurkan satu Seminar
Kepengarangan Muda J ohor dan
Malam Puisi Citra Muar pada 1 hingga
2 Februari 2008 bertempat di Hotel
Traders, Muar, J ohor Darul Tazim.
Objektif seminar untuk
mengupas hasil nukilan pengarang
muda J ohor dan memperkenalkan
karya tersebut kepada masyarakat
secara lebih dekat. Selain dari itu,
seminar ini bertujuan menghargai
sumbangan pengarang muda J ohor
dalam dunia sastera tanah air dan
serantau serta mendedahkan
kepentingan dan keistimewaan karya
pengarang muda J ohor daripada
pelbagai aspek.
Semua pensyarah J abatan
Pengajian Melayu IPTHO dan 40 orang
pelajar telah turut serta dalam seminar
tersebut. Dua orang guru pelatih IPTHO
telah mendeklamasikan sajak bertajuk
Maharaniku Indah hasil nukilan En.
Mohd. Yusof Abdullah salah seorang
pensyarah J abatan Pengajian Melayu
IPTHO. Sebanyak 50 buah karya puisi
telah berjaya dihimpunkan dalam satu
penerbitan antologi.
Yang Berbahagia Dato Dr.
Firdaus Abdullah, Ketua Pengarah DBP
telah sudi melapangkan masa untuk
hadir dan menutup rasmi seminar
tersebut. Di dalam ucapannya, beliau
menyarankan agar usaha
menghasilkan karya hendaklah
diteruskan dari semasa ke semasa agar
kemahiran berkarya akan bertambah
mantap dan matang. Untuk mencapai
tujuan itu, beliau menekankan betapa
pentingnya pengkarya perlu banyak
membaca dan menimba ilmu serta
pengalaman.
SEMINAR
KEPENGARANGAN
MUDA JOHOR DAN
MALAM PUISI CITRA
MUAR
BI CARA AZI MAT
Menulis karya yang layak
diterbitkan, mencari orang yang
dipercayai untuk menerbitkannya,
dan mendapatkan orang yang waras
untuk membacanya merupakan tiga
kesukaran utama sebagai penulis.
Charles Caleb Colton
Bina Insan Guru atau lebih dikenali
dengan singkatan BIG menjadi satu
kursus wajib bagi semua pelajar. Tahun
2008 mencipta sejarah baru bagi
IPTHO apabila lebih daripada 500
pelajar baru KPLI telah mendaftar.
Bilangan pelajar KPLI yang ramai dan
masa setahun yang singkat
menyebabkan keutamaan diberikan
kepada mereka. Pada 13 Februari
2008, kumpulan pertama peserta BIG
yang terdiri daripada Opsyen BM1, KH
2 dan BC 1 telah bertolak ke Teluk
Gorek Campsite, Mersing dengan
menaiki dua buah bas IPTHO bersama
tutor masing-masing. Pelbagai aktiviti
BIG OH BIG,
TELUK GOREK KAMI DATANG
LAGI!!!!!
Oleh Idawati bt Moin
telah diadakan seperti mendirikan
khemah, mendaki gunung, senaman
pagi, berkawad, berkayak, keyakinan di
air dan menjaring ikan. Aktiviti-aktiviti
ini telah dikendalikan oleh para
pensyarah yang bertindak sebagai
jurulatih. Keletihan dan keseronokan
serta semangat kerjasama dan
toleransi dalam menjayakan setiap
aktiviti memperlihatkan objektif program
BIG sememangnya berjaya. Beberapa
pelajar menunjukkan minat ingin datang
lagi jika dibenarkan. Sesungguhnya
program BIG dapat membentuk insan
guru yang bersemangat dan daya juang
yang tinggi.
Berehat sebentar di puncak Gunung Arong. Kembara melalui pantai.
Persembahan kumpulan pada malam terakhir. Antara khemah yang digunakan.
Menuruni lereng Gunung Arong. Memasak untuk makan tengahari.
7
Penul i s yang ber jaya Penul i s yang ber jaya Penul i s yang ber jaya Penul i s yang ber jaya Penul i s yang ber jaya
Cara terbaik untuk menjadi penulis
yang berjaya ialah dengan membaca
buku yang baik. - Gene Fowler
Rabahyah Tahir
Mohd Nazri bin Mohd Senawi (foto)
Pada 28 Februari 2008, seramai 40
orang pelajar KPLI SR Kajian Sosial
IPTHO bersama beberapa orang
pensyarah telah membuat kajian
lapangan di dua lokasi iaitu Kukup Golf
Club, Pulau Kukup dan Tanjung Piai,
Mukim Serkat, Pontian. Kajian
lapangan ini merupakan Kerja Kursus
Berasaskan Ilmu (KKBI) yang wajib
dilaksanakan untuk memenuhi
keperluan sukatan pelajaran Kajian
Tempatan yang merupakan mata
pelajaran major bagi mereka.
Umumnya, objektif kajian
lapangan ini adalah untuk memberi
pendedahan tentang kajian tempatan
sesuatu kawasan. J usteru itu, mereka
berpeluang melihat sendiri keunikan
bentuk muka bumi, cuaca, saliran dan
sosioekonomi kawasan tersebut.
Dalam pada itu, secara tidak langsung
mereka juga dapat mewujudkan
hubungan integrasi nasional antara
pelbagai kaum di Malaysia.
INDAHNYA PULAU
KUKUP DAN TANJUNG
PIAI
Mazni bt. Mohd Salleh
Warden Kolej Kediaman 05
Satu taklimat antara warden dan
penghuni unit kediaman Blok 05, Kolej
Kediaman Parit Amal, IPTHO telah
diadakan pada 20 Februari 2008
bertempat di Bilik Rekreasi Blok 05 jam
8.00 malam. Walaupun menghadapi
kekangan masa untuk mengumpul
semua penghuni baru, akhirnya
taklimat dapat dilaksanakan. Taklimat
kedua telah diadakan pada 26 Mac
2008 bagi kumpulan KPLI Ambilan
Kedua.
Penasihat
Tn. Hj. A. Aziz Bin Abu Bakar
Pengarah IPTHO
Pengerusi
Tn. Hj. Nasir Bin Abdullah
Timbalan Pengarah IPTHO
Ketua Editor
Pn. Hjh. Mazni Bte Mohd. Salleh
Editor
En. Ismail Bin Jaafar
Cik Nagamah a/p Raju Sathian
En. Yusof bin Abdullah
Penulis / Pengarang
En. Mohd. Jamel bin Hj. Ismail
J abatan Kajian Sains Sosial
Cik Aliza binti Azhar
J abatan Kemahiran Hidup
En. Hussin bin Sarif
J abatan Pengajian Melayu
Pn. Rabahyah binti Tahir
J abatan Pengajian Melayu
Cik Nagamah a/p Raju Sathian
J abatan Bahasa
Pn. Kamisah binti Buang
J abatan Ilmu Pendidikan
Pereka Grafik & Urusan Foto
En. Norizan bin Hasrat
Percetakan & Edaran
Pn. Hjh. Idawati binti Moin
Sidang Redaksi Sidang Redaksi Sidang Redaksi Sidang Redaksi Sidang Redaksi
Buletin Wahana IPTHO Buletin Wahana IPTHO Buletin Wahana IPTHO Buletin Wahana IPTHO Buletin Wahana IPTHO
TAKLIMAT PENGHUNI
UNIT KEDIAMAN PARIT
AMAL
Bergambar kenangan di hadapan mercu tanda
glob gergasi.
Sarang lebah yang terdapat di Pusat
Penternakan Lebah Madu.
Kajian lapangan yang
mengambil masa tiga hari dua malam
itu diisi dengan pelbagai aktiviti ilmu.
Setiap aktiviti yang dijalankan
berfokuskan kajian tempatan, misalnya
lawatan ke Pusat Ternakan Ikan
Sangkar dan Wakaf Madu Lebah
(Pusat Penternakan Madu Lebah).
Mereka juga melakukan soal selidik
tentang sosioekonomi penduduk di situ.
Pada hari terakhir, jelas
tergambar pada wajah mereka
kepuasan meneroka kajian tempatan di
Pulau Kukup dan Tanjung Piai.
Sepanjang perjalanan pulang, masing-
masing asyik bercerita tentang bentuk
muka bumi di Pulau Kukup dan Tanjung
Piai; apatah lagi Tanjung Piai
merupakan tapak RAMSAR yang kedua
terbesar di dunia. Spesies flora dan
fauna seperti nyireh batu, lenggadai,
siput berongan, dan pokok tengar yang
tidak pernah didengar sebelum ini
sekali-sekala menjadi sebutan mereka.
Tidak kurang pula yang bercerita
tentang keunikan Taman Negara
Tanjung Piai yang menyedarkan
mereka tentang betapa pentingnya
hutan bakau kepada alam.
Penghuni Unit Kediaman Parit
Amal berjumlah 208 orang yang terdiri
daripada guru pelatih KPLI, PISMP,
PISMK dan KPL SPM. 121 orang
Bumiputera, 78 orang berbangsa Cina
dan 9 orang berbangsa India.
Peraturan Unit Kediaman telah
disampaikan oleh warden blok 05.
Fokus taklimat berkaitan dengan
perkara 2: Tatatertib Am Kolej
Kediaman, Perkara 5: Tingkah laku
Pelajar Menetap di Kolej Kediaman,
Perkara 6: Pakaian, Perkara 7:
Kemudahan Kediaman, Perkara 8:
Barang-barang Kepunyaan Sendiri,
Perkara 9: Aktiviti Kerohanian di Kolej
Kediaman, Perkara 10: Kenderaan,
Perkara 11: Kebersihan di Kolej
Kediaman, Perkara 12: Menerima
Tetamu, Perkara 14: Urusan Bilik
Kediaman, Perkara 15: Aktiviti di Kolej
Kediaman, Perkara 16: Menginap di
Luar Kolej Kediaman dan Perkara 17:
Keluar / Masuk Dari Kawasan Institut
(harian).
Warden blok 05
mengharapkan agar penghuni dapat
hidup dengan harmoni dan
mengamalkan 3 SM iaitu saling
memahami, saling menghargai dan
saling menghormati. Taklimat
ditangguhkan jam 10.30 malam.
PANTUN BUDI
Asamkandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.
8
TETAMU TIDAK
DIUNDANG
MEMANTAU
PROGRAM BIG IPTHO
HJ H. IDAWATI BT. MOIN
Selamat datang dan selamat bertugas
di Institut Perguruan Tun Hussein Onn
(IPTHO) kepada Encik Vespanathan a/
l Supramaniyam. Anak jati Teluk Intan,
Perak ini pernah bertugas di Labuan,
Sabah. Kesukaran untuk bertukar ke
Semenanjung membuatkan beliau
memohon jawatan pensyarah. Nasib
sememangnya menyebelahi beliau
apabila permohonannya berjaya dan
beliau telah diminta bertugas di IPTHO.
Beliau yang berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda Perakaunan kini
ditempatkan di J abatan Kemahiran
Hidup.
Kekosongan jawatan Penolong
Akauntan W27 telah diisi oleh Cik
Norfaziah binti Mat Hairy. Beliau adalah
lulusan dari UiTM dalam bidang
perakaunan dan baru mula berkhidmat
dengan kerajaan.
SELAMAT DATANG KE IPTHO DAN
SELAMAT BERTUGAS
Pada 25 Feb 2008, IPTHO
menerima kehadiran ahli barunya.
Seramai dua orang Pembantu Am
Pejabat Gred N 4 telah melapor diri
untuk memulakan tugas di IPTHO.
Mereka terdiri daripada Encik Mahbob
bin Surat yang ditempatkan di stor am
dan Encik Ramli bin Idar ditempatkan
di bahagian pentadbiran.
Pada 16 Mac 2008 seramai
empat orang Pembantu Am Pejabat N
1 telah melapor diri untuk bertugas di
IPTHO. Mereka ialah Encik Md. Taiban
bin Moin ditempatkan di Unit
Peperiksaan dan Penilaian, Puan
J uridah binti J amal di J abatan Kajian
Sosial, Puan Noraslinda binti Abu di
Unit Praktikum dan Puan Noreen binti
Kamisan di J abatan Teknologi
Pendidikan.
Kehadiran lebih ramai staf di institut ini
diharapkan dapat meningkatkan lagi
prestasi kerja dan menaikkan nama
IPTHO pada kaca mata masyarakat.
Mohd. Yusof bin Abdullah
Oleh: Hasara binti Mahat (KPLI-PM 1)
Pada 29 Febuari 2008, J abatan
Pengajian Melayu telah menganjurkan
Kursus Asas Penulisan Puisi. Aktiviti ini
mendapat kerjasama daripada Dewan
Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan
dan Persatuan Penulis J ohor. KPLI-SR
Pengajian Melayu, Kajian Sosial dan
PraSekolah dipilih untuk mengikuti
kursus yang diadakan di Dewan
Kemahiran Hidup, Institut Perguruan
Tun Hussein Onn.
Penceramah undangan Encik Azhar bin
Salleh yang merupakan Munsyi Dewan
telah sudi berkongsi pengalaman
beliau dalam dunia penulisan kreatif.
Menerusi Kursus Asas Penulisan Puisi
yang berlangsung selama dua hari iaitu
bermula 29 Feb hingga 1 Mac 2008,
semua peserta telah menunjukkan
minat dan kesungguhan di mana para
KURSUS ASAS
PENULISAN PUISI
peserta kursus berjaya menghasilkan
beberapa buah sajak untuk diterbitkan
di dalam sebuah antologi keluaran
IPTHO. Di samping itu, bakat semula
jadi peserta dapat digilap menerusi slot
mendeklamasikan sajak.
Ternyata, peserta-peserta daripada
pelbagai opsyen ini mempunyai bakat
yang tersembunyi dan rata-rata
menjadikan penulisan puisi sebagai
saluran penglahiran Citra Hati kerana
kebanyakan hasilan begitu menyentuh
naluri.
Program Bina Insan Guru (BIG) Siri 9/
2008 di Teluk Gorek Chalet & Camp
Site di Mersing pada 26 Mac 2008 yang
lalu mencatat satu peristiwa yang
mungkin tidak akan dilupakan kerana
telah menerima 2 orang tetamu yang
tidak diundang ke Chalet tersebut.
Kehadiran tetamu tersebut
telah diberikan layanan yang baik dan
penuh kemesraan oleh Komandan
Kem, Tn. Hj.Khairil bin Sulaiman. Pada
ketika itu, para peserta program sedang
menjalani sesi berkayak serta sesi
membina istana pasir di tepi pantai.
Namun kehadiran anggota
polis berpakaian awam di chalet
tersebut telah menimbulkan tanda
tanya dalam kalangan peserta, tutor
dan jurulatih yang mula mengesyaki
sesuatu yang tidak kena sedang
berlaku di chalet tersebut. Namun
aktiviti program tetap diteruskan
mengikut jadual. Selang beberapa minit
kemudian.keadaan menjadi gempar
apabila kehadiran unit pengesan dan
seekor anjing menyertai anggota polis
yang lain dalam operasi tersebut.
Beberapa minit selepas itu, 2
orang pemuda yang tidak diundang itu
telah dibawa oleh anggota polis untuk
disoal-siasat. Rupa-rupanya pemuda
tersebut disyaki terlibat dalam kegiatan
samun di Tanjung Gemok yang
melibatkan wang tunai RM30,000.
Sebagai Komandan Kem, Tn.
Hj. Khairil Bin Sulaiman melahirkan
rasa penuh kesyukuran kerana tiada
kejadian yang tidak diingini berlaku
kepada para peserta dan peristiwa
tersebut mengajar kita untuk sentiasa
berhati-hati dan tidak mudah percaya
dengan kata-kata manis daripada
seseorang yang tidak dikenali.

You might also like