You are on page 1of 6

Pengenalan

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,


memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.
Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul,
menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain- lain. Menurut Prof. Madya
Dr Rohani Bin Abdullah (2003) berdasar buku beliau yang berjudul Panduan Kognitif
Kanak-kanak Prasekolah, kognitif merujuk pada intelek atau pemikiran individu.
Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan
memproses maklumat. Hal ini bermaksud, ia adalah suatu proses
memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.

1.0 Teori perkembangan Kognitif Jean Piaget
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan
yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran
tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina
persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan,
manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.

Rajah 1.1 Konsep-konsep Asas tentang Teori Kognitif Piaget
Konsep-konsep
Asas
Skema
Struktur kognitif
yang berubah
untuk
mengadaptasika
n maklumat baru
Asimilasi
Penerimaan
maklumat baru
sebagai
selaras
dengan skema
sedia ada
Akomodasi
Pengubahsuai
an skema
yang ada bagi
menerima
maklumat baru
Keseimbangan
Gabungan proses
asimilasi dan
adaptasi yang
membantu dalam
keseimbangan
terhadap
pengetahuan,
kepercayaan dan
pengalaman
Berdasarkan rajah 1.1, Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep
utama untuk menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan skema, penyerapan,
pengubahsuaian dan keseimbangan.
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu
mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Tambahan pula,
skema adalah seperti sebuah kabinet menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili
satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan
semakin bayi itu membesar skema yang diperolehi semakin meningkat dan skema
itu semakin diperhalusi. Skema juga adalah proses mencipta, memperhalus,
membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan,
skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan mengenggam dan apa
sahaja benda yang dimasukkan ke dalam mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting
susu atau jari tangan, bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana
satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya. Hal ini kerana terdapat satu skema
sahaja iaitu menghisap.
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan
maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema
yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.Oleh itu,
kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia
ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat
pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal. Asimilasi berlaku sepanjang
masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan
pengalaman.Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin
membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku
adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif
serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang
diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema,
sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau
diubahsuai. Ini menyebabkan, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang
sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau
pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini
meningkatkan tahap skema sedia ada. Seterusnya, proses ini berlaku sehingga
seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi sesuatu
kemahiran tertentu. Hal ini berlaku secara berterusan. Misalnya, kanak-kanak yang
berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke
dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
Akhirnya, keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak
menyeimbangkan proses penyerapan dan penghubahsuaian. Sebagai contohnya,
apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap
maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan
tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai
melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jika maklumat
baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini
berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa. Piaget mengatakan
tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang bersendirian.
Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja
berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan
perkembangan kognitif mereka.
Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan
berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi
perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang
lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya. Walau bagaimana
pun kanak-kanak yang berbeza akan melaluinya pada kadar yang berbeza. Juga
seseorang individu boleh melakukan tugasan yang berkaitan dengan peringkat yang
berbeza pada masa yang sama terutama pada titik perubahan ke peringkat yang
baru. (Slavin, pg. 33)."








1.1 Tahap-Tahap Perkembangan Mental Piaget


Rajah 1.2 Tahap Perkembangan Mental Teori kognitif Piaget
Menurut jurnal http://studentsrepo.um.edu.my/4012/2/bab_1-2-3.pdf, beliau telah
membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur.
Tahap-tahap perkembangan itu ialah :
a) Tahap Sensori Motor atau deria motor ( sejak dilahirkan - 2 tahun )
b) Tahap Pra Operasi ( 2 tahun - 7 tahun )
c) Tahap Operasi Konkrit ( 7 tahun - 11 tahun )
d) Tahap Operasi Formal ( 11 tahun - 15 tahun )
Pertamanya ialah peringkat deria motor iaitu sejak bayi dilahirkan hingga
berumur 2 tahun. Pada masa dilahirkan otak kanak-kanak belum banyak bekerja
menyebabkan ia hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabur sahaja.
Walaupun begitu fungsi derianya berkembang dengan cepat dan dengan itu ia
dengan cepat menjadi pemerhati alam sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula oleh
gerakbalas. Pada peringkat ini, kanak-kanak belum menguasai lambang bahasa
untuk menamakan benda-benda di sekelilingnya. Kanak-kanak mengetahui alam
Tahap
Perkembangan
Piaget
Sensorimotor
0-2 tahun
Kanak-kanak akan
belajar dan berfikir
melalui
pancainderanya
Praoperasi
2-7 tahun
Kanak-kanak mulai
melukis dunis
dengan kata-kata
dan gambar-
gambar.
Mulai muncul
pemikiran
egosentrisme,
animisme dan
intuitif.
Konkrit
7-11 tahun
Kanak-kanak dapat
berfikir secara logik
tetapi tidak dapat
berfikir secara
abstrak.
Formal
11 tahun -
dewasa
Individu tahap ini
dapat berfikir
secara abstrak
dan logik.
sekelilingnya melalui deria dan pergerakan badannya. Pada masa umurnya kira-kira
10 bulan seseorang kanak-kanak itu mula mengetahui yang benda-benda itu
mempunyai sifat kekal walaupun hilang dari penglihatannya. Sebagai contohnya,
apabila Rani melihat ibunya hilang dari pandangan dibawa oleh kereta, dia tidak
menangis sebab dia tahu ibunya akan pulang semula. Selain itu, bayi mengkodinasi
maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkah laku yang
membolehkan mereka bertindak dan mengetahui persekitarannya. Kanak-kanak
pada peringkat ini berdasarkan interaksi mereka dengan alam sekeliling melalui
pancaindera. Mereka sedar akan kewujudan sesuatu benda hanya jika benda itu
boleh dikesan oleh salah satu pacaindera. Contohnya, bayi belajar dengan
mengangkat benda, memain- mainkannya, merasa dan mengigitnya.
Manakala pada peringkat praoperasi bagi kanak-kanak yang berumur 2
hingga 7 tahun, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk
mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah
boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan
kognitifnya kian menjadi pesat. Seterusnya, mereka menganggap pengalaman dan
pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi
sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut
ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.
Tahap Piaget ketiga ialah peringkat operasi konkrit. Menurut Mok Soon Sang
(2001), tahap ini berlaku semasa kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 11 tahun.
Pada peringkat ini, kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik.
Tetapi hanya dapat berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau
menggunakan objek maujud. Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat
ini ialah konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu
mengalami perubahan yang ketara. Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit
dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti lebih berat, lebih tinggi
dan sebagainya. Tambahan pula, mereka juga boleh memberikan perhatian kepada
beberapa perkara serentak. Pada masa yang sama, ingatan mereka semakin
bertambah. Walaubagaimanapun, pada tahap ini kanak-kanak masih belum boleh
mentafsir perkara-perkara yang abstrak umpamanya konsep ketuhanan, syurga dan
neraka.
Peringkat operasi formal bagi kanak-kanak berumur 11 tahun hingga 15
tahun, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara logik, termasuklah
pemikiran abstrak, perkara yang berkaitan dengan masa hadapan dan sanggup
membuat hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan
apa yang mungkin berlaku. Oleh sebab pemikiran operasi formal sanggup
membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan, ia telah sedia membuat
eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik. Mereka berkebolehan
untuk menggunakan beraneka jenis strategi untuk menyelesaikan masalah. Bahkan
pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti dan demokrasi.
Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang lebih
banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan sering mendengar,
membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.
Sumber daripada: http://amalianurjannah.files.wordpress.com/2013/05/7-teori-
perkembangan-kognitif-dari-jean-piaget.pdf

You might also like