You are on page 1of 5

Perbezaan Ujub Dan Riak.

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau
sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang
kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat
dan akrab dengan dirinya.

Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan
mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang
bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

Kedua-dua penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan ketiga-
tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala
amalan ditolak serta merta.

mpakkan ibadah dengan niat mencari pandangan manusia, sehingga pelakunya akan dipuji, dan dia
mengkarapkan pujian dan pengagungan dan takut kehilangan hal itu. Sum'ah adalah beramal agar
didengar orang. Sedangkan ujub merupakan sahabat riya'. Ibnu Taimiyah menerangkan perbedaan
keduanya. Riya adalah perbuatan syirik dengan sebab makhluk, sedangkan ujub adalah perbuatan
syirik dengan sebab diri sendiri. Adapun perbezaan antara riya' dan sum'ah menurut Al-Hafizh, yaitu
riya' merupakan adanya amal yang diperlihatkan seperti solah, sedangkan sum'ah merupakan
amalan yang diperdengarkan seperti membaca, memberi nasihat, atau dzikir. Menceritakan amalnya
(dengan maksud agar didengar) juga termasuk sumah. Nabi bersabda, 'Yang paling aku atas kalian
adalah syirik kecil. Mereka bertanya, 'wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Beliau menjawab,
Riak. (Riwayat Ahmad, Ath-Thabrani, dan Al-Baghawi) Rasulullah juga bersabda:



Mahukah kamu aku beritahu tentang sesuatu yang menurutku lebih aku khawatirkan terhadap kamu
daripada Al-Masih Ad-Dajjal. Para sahabat menjawab, Baiklah, wahai Rasulullah. Beliau pun
bersabda, Syirik tersembunyi, yaitu ketika seseorang berdiri solah, dia perindah solahnya karena
tahu ada orang lain yang memperhatikannya. (Riwayat Imam Ahmad).

Riak murni, biasanya tidak akan terjadi pada orang mukmin dalam menjalankan kewajiban solah dan
puasa. Akan tetapi, terkadang terjadi dalam sedekah yang wajib atau ibadah haji, atau amal-amal
lain yang zahir atau yang bermafaat lebih banyak. Dalam amal-amal seperti itu, lebih berat untuk
ikhlas. Tak diragukan lagi, jika seorag muslim melakukan yang demikaian akan menggugurkan
ibadahnya dan mendapat siksa dari Allah. Terkadang pula orang beramal karena Allah tetapi diiringi
dengan perasaan riak. Jika hal itu terjadi sejak awal niat, maka hal itu sama dengan meniatkan
ibadah kepada selain Allah. Barangsiapa solah dengan riya', maka benar-benar ia telah
menyekutukan-Nya. Barangsiapa berpuasa dengan riak, maka ia benar-benar telah menyekutukan-
Nya. Barangsiapa bersedekah dengan riak maka ia benar-benar telah menyekutukan-Nya.


Sesungguhnya Allah berfirman, Aku adalah sebaik-baik pengambil bahagian bagi orang yang
membuat sekutu kepada-Ku. Barangsiapa membuat sekutu kepada-Ku dengan sesuatu, kebaikan
amalnya sedikit dan banyaknya adalah untuk sekutunya yang dia sekutukan kepada-Ku dengannya.
Aku adalah Maha Cukup untuk tidak menerimanya. (Riwayat Ahmad)


UBAT RIAK

Nabi bersabda, Tidaklah Allah menurunkan penyakit, kecuali dengan ubatnya. (Riwayat Bukhari)
adapun ubatnya antara lain adalah: Hendaklah seseorang itu mengilmui dengan yakin bahwa dirinya
adalah sekadar hamba Allah, sedangkan hamba itu tidak berhak menuntut pemberian atau balasan,
sebab dia beramal itu hanya karena tuntutan peribadahan saja. Hendaklah seorang hamba dalam
beribadah kepada-Nya dengan penuh cinta, memohon pahala, dan takut terhadap murka-Nya.
Sentiasa memeriksa dan mennilai amalan sama ada semuanya dilakukan dengan ikhlas atau riak.
Selalu memohon ampun pada Allah dan berlindung dari riak. Memperbanyakkan ibadah sunnah
yang terjauh dari pandangan manusia, seperti solat malam, shadaqah siriyyah (sembunyi-sembunyi),
menangis karena takut kepada-Nya, dan sebagainya. Kita harus berusaha mengenali riak dan
penyebabnya, hingga boleh meragui kehadirannya. Senantiasa memperhatikan akibat riak baik di
dunia dan akhirat. Selalu berdoa pada Allah agar ditetapkan hatinya di atas ketaatan kepada-Nya.



Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, balikkanlah hati kami di atas ketaatan-Mu. Nabi
bersabda, Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba khamilah (pakaian dari
sutera atau wool yang indah). Jika diberi ia senang, tetapi jika tidak diberi ia marah. (Riwayat
Bukhari)

i) Ujub : menganggap dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain.bangga akan diri
sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat
padanya.
contoh:membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadah dan sebagainya.
Tanpa bimbangkan kehilangan perkara-perkara tersebut dan melupai yang ianya pemberian
dari Allah swt kepadanya.
*Ujub:punca kepada sifat takabbur.


ii) Riak: Menunjuk-nunjuk depan orang.sifatnya berlawanan dengan ikhlas. tidak ikhlas
menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal.


Riak dan Ujub... Ada beza atau sama sahaja?
Apakah itu Riak?
Riak ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam
hati manusia.
Bahasa mudah : Aku nak buat sesuatu yang membuatkan aku dipandang mulia, disanjung
tinggi oleh masyarakat. (contoh)

Biasanya manusia riak apabila melakukan amal ibadat kat :
1- Badan :
- Menampakkan kepenatan kerana puasa (nak tunjuk yang dia tengah rajin berpuasa)
- Banyak terjaga tengah malam untuk beribadat (nak tunjuk yang dia rajin bangun malam)

2- Pakaian :
- Dekat depan orang waraknya dia dengan memakai serban, tudung labuh. Tetapi belakang
tidak pula.
(nak tunjuk yang dia baik sangat, ada kepentingan diri, ingin mendapat pujian dan yang pasti
bukan kerana Allah).

3- Perkataan :
- Ingin menunjukkan dia pandai berkata-kata, bagai seorang penasihat, pandai berkata-kata
hikmah beserta hadith tapi pada hakikat dia seorang yang kosong dan mempunyai agenda
tertentu.

4- Amalan :
- Sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan
sujud apabila ada orang melihatnya. Sering bersedekah secara terang terangan. Padahal ketika
bersendirian, amalnya bukan sempurna sebegitu seperti solat cepat, nak bersedekah pula liat
tanpa kehadiran orang ramai.

5- Ramai murid dengan pengikut.
- Berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai dan menyebut nama2 ulama' hanya
untuk menunjukkan dia seorang pengikut ulama.

Peringkat Riak
1- Riak Akhbar : Melakukan ibadat untuk mendapatkan sesuatu dari manusia dan bukan
untuk beroleh keredhaan Allah. Contoh : Dia beribadat kerana nak sanjungan dari manusia.

2- Riak Asghar : Melakukan sesuatu kerana Allah dan selain daripada-Nya. Contoh : Dia
bersedekah kerana melihat si pulan tu glamour dan dalam masa yang sama dia bersedekah
kerana Allah.

3- Riak Jali (secara terang) : Memerlukan sesuatu kesan yang nyata mendorong seseorang
itu melakukan amal ibadat sehingga tanpa riak dia tidak berminat untuk melakukan amal.
Contoh : Dia mesti mencari kemegahan bila bersedekah. Kalau nak bersedekah mesti dapat
liputan meluas dalam berita. Jika tidak, dia tidak mahu bersedekah.

4- Riak Khafi (secara tersembunyi) : Tersembunyi di dalam hati dan hanya dia tahu apa yang
bermain dalam hatinya. Riak ini juga menjadi pendorong baginya untuk terus beribadat.
Contoh : Demi memikat hati pemuda yang kuat beribadat dan kaya itu suka padanya, dia
sanggup pakai tudung, sentiasa solat berjemaah di surau, berkelakuan sopan dihadapannya.
Di belakang lain cerita.

Punca Riak.
1- Sifat suka dipuji oleh orang lain.
2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.

Bagaimana mengelak sifat Riak?
1- Sentiasa mengingatkan diri tentang perkara yang diperintahkan Allah.
2- Menyucikan hati dengan zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
3- Mengawasi diri agar takut akan murka Allah. Ingatlah azab Allah sangatlah keras.
4- Berwaspada terhadap perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan.
5- Menanamkan di dalam diri bahawa sentiasa melakukan sesuatu KERANA ALLAH.
6- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah.
7- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

"Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara
yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak."

Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas
kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas
amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya
niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada
permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri,
namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya
perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat
jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak
itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan
ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri
kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah
sia-sia belaka.



Bagaimana pula dengan Ujub?
Apakah itu Ujub?
- Ujub dikatakan sebagai kesukaan terhadap kecantikan dan kelebihan.
Bahasa mudah : Bangga dengan kecantikan diri dari segi rupa paras, kekuatan diri dari segi
kepimpinan, kelebihan yang ada dalam diri seperti kepandaian dan kepetahan berkata-kata.
- Ujub merupakan sepupu sepapat takabbur dan riya'.

Kesan Ujub.
Ujub membuatkan kita merasakan kita seorang yang sempurna. Tiada cacat cela pun yang
ada dekat diri. Kadang-kadang Ujub boleh melahirkan rasa bangga diri (takabbur) setelah
hasil kerja kita lebih baik dari orang lain dan merasa 'Aku lebih layak' berbanding dengan
orang lain. Hasilnya kita lebih memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.Malah kita
akan menjadi seorang yang suka memperkecilkan kebolehan orang lain. Apabila ada mereka
yang berjaya menandingi kita, kita merasa dengki.

Punca Ujub dan cara merawatnya.
1- Rasa hebat dengan diri. Jadi, terapkan dalam hati, "Diri Aku milik Allah".
Dengan ini adakah kita berani membangga diri kerana secara sah yang diri ini bukan milik
kita hakiki?

2- Jika melakukan kebaikan, Jangan cakap "Kita buat". Rahsiakan kebaikan kita dimata dan
telinga manusia. Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.

3- Merasakan bahawa setiap kelebihan adalah anugerah dari Allah semata-mata. Bukan
kehebatan kita.

4- Tidak bersahabat dengan orang Ujub. Seboleh-bolehnya elakkan diri dari bersahabat
dengan mereka kerana sahabat itu cermin diri kita. Tetapi jika anda kuat dan ingin menarik
sahabat anda ke pangkal jalan apasalahnya.

5- Dedahkan diri dengan pelbagai situasi. Barulah kita mengetahui bahawa bukan kita sahaja
menpunyai kelebihan.

6- Minta pandangan dari orang lain... "Adakah aku ini ujub?"

7- Menjauhi pujian

8- Mendengar nasihat orang lain.



Apa yang kita lihat Riak dan Ujub tidak sama. Tapi yang sama ialah Riak dan Ujub ialah
sebahagian dari penyakit hati yang boleh mengurangkan nikmatnya beribadat serta
mengurangkan pahala ibadat kita.

"Terdapat satu kisah seorang pemuda membaca satu surah panjang penuh sampai ayat
terakhir (tak ingat nama surah tersebut) lepas solat. Setelah selesai membaca, pemuda
tersebut tertidur. Pemuda tersebut mendapat mimpi yang dia mendapat report card hasil
bacaan tadi. Apa yang dia lihat, setiap perkataan diberi ganjaran pahala cuma satu baris ayat
akhir surah tidak dicatat sebarang pahala. Pemuda tersebut tanya mengapa di akhir ayat ini
tiada catatan pahala? Maka jawablah utusan yang menghantar report card tersebut. Ketika
kamu baca Al-Quran, Allah memberikan ganjaran pahala setiap huruf. Tetapi tidak pada ayat
terakhir ini kerana ketika kamu membaca, ada orang lalu menghampiri rumah kamu. Dalam
masa yang sama terdetik di hatimu yang kamu ingin menunjukkan yang kamu pandai
mengaji dan membaca satu surah penuh sampai habis. Jadi Allah simpan ayat terakhir ini
untuk kamu supaya kamu meminta pahala ayat terakhir ini dekat orang yang lalu tadi."

Lihat betapa parahnya penyakit ini. Adakah kita mahu solat kita, puasa kita, ibadat kita rosak
malah tidak diterima angkara penyakit ini. Sama2lah kita menjaga hati kita dari dijangkiti
penyakit ini.

You might also like