You are on page 1of 32

1

1.0 PENGENALAN
Literasi bahasa melayu merupakan salah satu dari cabang dalam Pengajian Bahasa
Melayu. Secara umumnya literasi bahasa melayu merangkumi beberapa aspek penting yang
harus dipraktikkan kepada murid-murid. Antaranya ialah proses pemupukan prabacaan,
pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan tulisan. Secara umumnya kesemua murid akan
dapat melepasi kesemua peringkat literasi bahasa melayu ini. Namun terdapat segolongan
minoriti kecil yang tidak mampu untuk melepasi setiap tahap dalam literasi bahasa melayu
dengan jayanya. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah sama ada masalah berkaitan
dengan aspek kognitif, mental,fizikal dan sebagainya. Kesemua masalah ataupun faktor ini
akan merencatkan proses seseorang murid untuk menyerap segala kemahiran yang terdapat di
dalam literasi bahasa melayu ini. Kajian yang dilakukan adalah untuk mengenalpasti
permasalahan yang timbul yang menghalang murid-murid darjah pemulihan dalam menempuh
aspek kemahiran literasi bahasa melayu ini. Subjek kajian akan dipilih dalam kalangan murid
darjah pemulihan dan ujian kognitif, mental dan fizikal seperti aktiviti penulisan akan dijalankan
ke atas subjek bagi mengenalpasti apakah permasalahan yang timbul. Setelah masalah
tersebut berjaya dikenal pasti, maka suatu set bahan bantu belajar akan diwujudkan bagi
memudahkan murid tersebut untuk belajar dan mengatasi masalah yang wujud didalam dirinya.
Ini bagi memastikan murid tersebut tidak ketinggalan dari arus pendidikan perdana.









2

2.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Teori
juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk
menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.

Sebagai seorang guru bahasa, kita perlu tahu bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa
terlebih dahulu. Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu
bentuk pengajaran yang baik dan berkesan.

Di samping itu juga itu boleh menentukan sejauh mana prinsip-prinsip boleh menyelesaikan
masala-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Prinsip-prinsip berbentuk dari dua jenis teori yang bertentangan iaitu Behaviorisme dan teori
mentalisme. Sesuatu teori itu menentukan apakah yang harus dijalankan dalam pengajaran.
Antara teori-teori yang terdapat di bawah tajuk Teori Pemerolehan Bahasa ini ialah Teori
Behaviorisme (perlakuan), Teori Mentalis (proses Mental), Teori Interaksionalis, Teori Kognitif.

Teori Behaviorisme ini telah dipelopori oleh Skinner, Pazlov dan Thondike. Teori ini menyatakan
bahawa sesuatu kemahiran termasuk bahasa diperoleh dari persekitaran. Murid-murid
terangsang dan tertarik untuk bertutur. Setiap pertuturan yang betul diberi ganjaran dan diulang-
ulang hingga menjadi kebiasaan. Pembelajaran bahasa adalah satu proses mekanis. Pengkaji
teori ini berpendapat otak manusia umpama kotak hitam.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran lisan merupakan aspek yang paling
penting daripada kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran kedua
terpenting. Oleh sebab itu, guru haruslah mengajar lisan terlebih dahulu dan memberi
penekanan kepada latihan lisan, kemudian diikuti dengan kemahiran menulis. Oleh sebab
bahasa merupakan satu tabiat atau kebiasaan, guru perlu mengutamakan latih tubi.
Maksudnya, guru perlu memberi latihan yang mencukupi untuk murid sehingga seseorang
3

murid itu berjaya menguasai dan memahami sistem bahasa yang dipelajari. Selain itu, hukum
tatabahasa tidak perlu dipelajari secara formal oleh murid-murid.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bermula dengan pola yang mudah
kemudian beralih kepada yang lebih sukar. Guru juga boleh bermula dari unit terkecil kepada
unit yang lebih besar (binaan). Perkara ini boleh memudahkan murid-murid memahami tajuk
yang dipelajari.

Di samping itu, guru juga perlu kreatif menyediakan bahan rangsangan bagi menarik minat
murid-murid untuk mempelajari tajuk yang disampaikan. Pada masa yang sama, guru juga
harus menyediakan ganjaran kepada tindakan atau jawapan yang tepat. Ganjaran yang diberi
ini dapat membuat murid tersebut terus mengulangi perkara yang betul sehingga
menjadikannya tindakan yang bersifat automatis. Oleh sebab, pembelajaran merupakan satu
proses rangsangan dan tindak balas, guru perlu memainkan peranannya sebagai penggerak
dan pengalak untuk menarik minat murid ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung.

Berikutnya, guru merupakan contoh atau model kepada murid-murid. Setiap perbuatan dan
percakapan guru akan dicontohi dan menjadi ikutan murid. Oleh sebab itu, guru memainkan
peranan yang penting dalam menggunakan bahasa yang betul untuk dicontohi murid.

Teori kognitif pula dipelopori oleh Jean Piaget da Gestalt. Teori kognitif merupakan proses
mental yang memainkan peranan penting untuk memperoleh bahasa, khususnya bahasa
pertama (bahasa ibunda). Kanak-kanak mempunyai keupayaan khusus untuk mendengar,
mentafsir bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Kanak-kanak juga memperoleh bahasa pertama
dalam masa yang amat singkat iaitu 4 sehingga 5 tahun sahaja.

Pembelajaran bahasa ialah proses mental (berfikir). Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu
mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) dan bukanlah bergantung pada
4

latihan giat semata-mata. Kesalahan yang dilakukan murid bukan kegagalan tetapi percubaan
yang baik. Teori ini juga menyatakan kanak-kanak belajar berdasakan konsep cuba jaya.
Maksudnya di sini, murid-murid akan diberi peluang untuk cuba menjawab soalan sehingga
mereka berjaya melaksanakannya. Peranan guru dalam memberi latihan pula, guru tidak harus
memberi latihan yang berbentuk kebiasaan yang automatis tetapi memberi latihan yang
membina kecekapan dengan menggunakan rumus-rumus yang dibentuk. Menurut teori ini
tulisan dan bacaan adalah diutamakan kerana sebagai peneguhan kepada lisan. Oleh sebab
itu, guru perlu mengutamakan penulisan dan pembacaan.

Teori Mentalis ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak
dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Kanak-kanak mendengar
bahasa di persekitaran mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar,
menganalisis, membentuk konsep dan rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk
ayat. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak mula bertutur dalam bahasa pertama mereka
ketika mereka berumur lapan belas bulan. Penguasaan sebutan (struktur luaran) adakala tidak
sama dengan penguasaan rumus tatabahasa dan makna (struktur dalaman) walaupun
penguasaan bahasa luaran bergantung kepada keupayaan bahasa dalaman.

Di dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya menguasai bahasa
dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu mengajar bahasa secara
deduktif. Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan berstruktur. Pada masa yang
sama, mereka perlu menguasai rumus tatabahasa agar mereka dapat menggunakannya secara
kreatif. Maksudnya di sini, murid dapat menghasilkan ayat-ayat baharu.

Selain itu, guru digalakkan memberi peluang kepada murid untuk berfikir ketika pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Hal ini kerana mereka dapat membina konsep dan makna.Ketika
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid perlu didedahkan dengan bahan-bahan
sebenar (authentik) bukan bahan yang diada-adakan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa
juga mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran
mendengar dan bertutur. Dari aspek memberi latihan pula, guru perlulah memberi latihan-
latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus bahasa secara kreatif. Selain
5

itu, guru digalak menyedarkan kesilapan murid dan menggalakkan murid membaiki kesilapan
yang dilakukan berdasarkan pengetahuan rumus yang telah dipelajarinya.
Teori Interaksionalis dipelopori oleh Halliday. Teori ini menerangkan perkembangan bahasa
kanak-kanak melibatkan interaksi bahasa dan proses mental. Kanak-kanak memperoleh
bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan
masyarakat. Sebagai ahli masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan
menguasai kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan
situasi sosial. Ketika kanak-kanak berinteraksi, mereka akan menguasai makna yang lebih
tepat. Teori ini lebih memberi penekanan dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau
makna.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penyampaian makna yang tepat adalah penting
untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh sebab itu, makna dan
tatabahasa diajar serentak. Murid juga harus didedahkan kepada situasi linguistik untuk
membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam interaksi yang berkesan. Guru perlulah
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik supaya dapat memberi
makna kepada murid. Dari aspek kesilapan yang dilakukan oleh murid, guru tidak perlu
membaiki kesilapan bahasa murid. Guru hanya menyedarkan murid sama ada bentuk atau
struktur yang mereka guna itu betul atau salah. Kemudian, guru meminta mereka membetulkan
sendiri. Guru juga boleh menggunakan teknik latih tubi yang bermakna secara sedikit untuk
mendedahkan struktur ayat.







6

2.1 KONSEP LINUS
( LI + NUM = LINUS )

2.1.1 DEFINISI KONSEP
Definisi Literasi
kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
mudah (dengan menggunakan kata hubung dan) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut
dalam pembelajaran serta komunikasi harian

2.1.2 MATLAMAT
Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas
literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas

2.1.3 OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI
Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan
menggunakan kata hubung dan




7


Terdapat 5 konsep dalam modul pengajaran leterasi.

1. Konsep unsur maju.
2. Konsep penggabungjalinan.
3. konsep pengulangan.
4. Konsep didik hibur
5. Konsep literasi bersepadu.

Dalam pengajaran dan pembelajaran literasi, beberapa unsur berikut disepadukan:

Ansur maju
Ansur maju menekankan perkembangan pembelajaran murid iaitu daripada yang mudah
kepada sukar, daripada yang konkrit kepada abstrak, daripada pengetahuan sedia ada kepada
pengetahuan baharu dan daripada perkara yang dekat kepada yang jauh.

Didik hibur
Didik hibur merupakan elemen keseronokan yang dapat memotivasikan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan mestilah yang dapat memberikan
cabaran kepada murid, menimbulkan rasa ingin tahu, membenarkan murid menguasai apa
yang dilakukannya, menggalakkan daya imaginasi murid, mewujudkan situasi pertandingan
tanpa disedari, menggalakkan kerjasama sasama murid dan menghargai keupayaan murid.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti permainan bahasa, kuiz, nyanyian serta
penggunaan bahan yang menarik.

8

Pengabungjalinan antara kemahiran
Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua kemahiran semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya kemahiran mendengar dan bertutur digabungjalinkan
dengan kemahiran menulis atau kemahiran membaca digabungjalinkan dengan kemahiran
menulis.

Pengulangan
Aktiviti dan kemahiran menyebut, membaca dan menulis perlu diulang-ulang untuk
membolehkan murid mudah mengingatinya. v.Pengajaran secara berkumpulan dan individu
Pengajaran dilaksanakan secara bimbingan individu (individual coaching) atau kumpulan kecil.

Pengayaan dan pemulihan
Aktiviti pengayaan bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran yang sudah dikuasai manakala
aktiviti pemulihan dilaksanakan kepada murid yang masih belum menguasai kemahiran
tersebut.

Pengajaran berasaskan keupayaan individu
Pengajaran berasaskan keupayaan individu dilaksanakan setelah mengambil kira kelemahan
dan kekuatan pada diri murid.

Latih tubi
Latih tubi kemahiran dilaksanakan untuk menambah baik penguasaan murid.



9

2.3 KEMAHIRAN- KEMAHIRAN ASAS LINUS
Kemahiran Asas dalam LINUS
Dalam program LINUS ini, terdapat penguasaan kemahiran asas yang berbeza berdasarkan
sama ada Numerasi atau Literasi. Berikut adalah pembahagian fokus kemahiran asas
berdasarkan Literasi :
Kemahiran asas Literasi
Secara umumnya dalam Literasi, kemahiran asas ini dibahagikan kepada 3 peringkat seperti
dibawah:
i. Tahun 1 Pelajar berkemampuan untuk membaca, menulis dan memahami ayat
mudah dengan jumlah perkataan minima sebanyak 500 patah perkataan sahaja.

ii. Tahun 2 Para pelajar boleh membaca, menulis dan memahami ayat mudah yang ada
menggunakan kata sendi dengan jumlah minima sebanyak 800 patah perkataan
sahaja.

iii. Tahun 3 Para pelajar berupaya untuk membaca, menulis dan memahami minima
1000 patah
perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.


Selain itu, terdapat 12 Konstruk yang diukur dalam Saringan Literasi iaitu:
a) Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
b) Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
c) Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
d) Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
e) Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
f) Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata
10

tertutup ng.
g) Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
h) Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal
berganding.
i) Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan
bergabung.
j) Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan
dan akhiran.
k) Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
l) Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan
rangsangan

2.4 PRINSIP DAN KRITERIA PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
LINUS.
Dalam proses pembelajaran dan pengajaran LINUS, pemilihan bahan yang betul amatlah
penting. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan program ini. Oleh yang demikian,
berikut adalah kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan bahan berkaitan iaitu:

mudah diurus atau ditadbirkan
selamat tidak tajam, tidak terlalu berat dan bahaya
nilai grafik yang tinggi
warna yang ceria dan menarik
lasak digunakan
boleh dipelbagai guna untuk lebih daripada satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

11

Oleh itu, para guru yang terlibat dalam pembelajaran dan pengajaran LINUS hendaklah
sentiasa berhati-hati dan bijak dalam pemilihan bahan. Kegagalan mereka berbuat demikian
boleh menyebabkan murid gagal mencapai matlamat yang ditetapkan.
Untuk menggunakan bahan yang menepati prinsip dan kriteria yang telah ditetapkan, guru
harus mengetahui isi kandungan pelajaran secara keseluruhannya agar bahan dengan isi
kandungan mata pelajaran dapat disesuaikan. Hal ini demikian kerana ianya dapat
mengukuhkan penguasaan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran literasi bahasa. Harus
diketahui bahawa mata pelajaran literasi bahasa ini mengandungi beberapa sub kemahiran
yang menekankan aspek latihan yang terpenting iaitu latihan pramenulis, menulis dan
prabacaan. Namun demikian, dalam penulisan ini, penulis akan bertumpu kepada cabang
aktiviti pramenulis, kaedah-kaedah membaca dan menulis mekanis.
Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai prinsip dan kriteria pemilihan bahan untuk aktiviti
ini, konsep setiap sub kemahiran yang memerlukan latihan itu haruslah difahami dengan jelas
oleh guru yang berkenaan. Menurut kamus dewan edisi ke-empat, menulis merupakan satu
perbuatan mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena atau satu cara untuk
melahirkan perasaan. Pra pula mendukung maksud awalan. Melalui dua definisi tersebut dapat
kita simpulkan bahawa pratulisan boleh didefinisikan sebagai awalan mencatat dengan
menggunakkan alat tulis.
Kaedah pula didefinisikan sebagai cara atau peraturan membuat sesuatu manakala membaca
pula didefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang ditulis atau tercetak dengan teliti dan
memahamkan isi kandungannya. Demikian, kita dapat simpulkan bahawa kaedah membaca
membawa maksud cara memerhatikan isi sesuatu yang ditulis atau tercetak dengan teliti dan
memahami maksud isi kandungannya. Mekanis pula membawa maksud satu peringkat untuk
membina asas yang teguh bagi sesuatu perkara . Jika dikaitkan dengan menulis mekanis dalam
konsep di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa menulis mekanis mendukung maksud
peringkat mendirikan asas yang teguh bagi perbuatan mencatat kata-kata dengan huruf dan
menggunakan pena atau alat tulis.

Melalui definisi ringkas tersebut kita dapat melihat bahawa setiap sub kemahiran itu saling
bergantung antara satu sama lain. Kemahiran menulis itu tidak akan dapat digilap sekiranya
tidak bermula daripada kemahiran pramenulis kemudian diikuti oleh kemahiran menulis
12

mekanis dan akan menuju ke peringkat seterusnya yang lebih mencabar. Peringkat-peringkat
awal yang disebutkan tadi sememangnya sangat diperlukan dalam kalangan kanak-kanak untuk
membina kemahiran psikomotor masing-masing sebelum melangkah ke arah kemahiran yang
lebih tinggi.

Seperti hal penguasaan yang berperingkat-peringkat oleh pelajar, demikian juga dengan proses
pengajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Guru-guru yang terlibat seharusnya
mengetahui bahawa selain perlu untuk menguasai kemahiran yang pelbagai dalam memilih,
megolah, membina, menggunakan dan menilai bahan bantu mengajar , kemahiran yang
diajarkan itu haruslah berperingkat-peringkat mengikut pengalaman sedia ada pelajar bermula
daripada peringkat yang mudah kepada yang sukar berlandaskan prinsip dan kriteria tertentu.
Oleh hal yang demikian, guru-guru harus mengetahui secara menyeluruh prinsip dan kriteria
pemilihan bahan yang dimaksudkan.

Dalam pemilihan bahan untuk menjalankan aktiviti literasi bahasa, beberapa prinsip khusus
telah diketengahkan untuk diambil kira oleh para pendidik. Prinsip yang pertama merujuk
kepada objektif pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang dicipta mestilah
saling berhubung dengan objektif yang telah ditetapkan. Maksudnya, objektif pengajaran dan
pembelajaran ditentukan terlebih dahulu sebelum mencipta bahan bantu mengajar agar objektif
yang ingin dicapai bagi proses pengajaran dan pembelajaran hari tersebut dapat dicapai
dengan satu cara pembelajaran yang menarik malah dapat merangsang minda pelajar melalui
satu medium bahan bantu balajar.

Prinsip yang kedua pula merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Para
pendidik harus mengetahui bahawa pendidikan di Malaysia bertunjangkan kepada beberapa
dasar seperti FPK itu sendiri. FPK bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari intelek, rohani, emosi dan jasmani dan berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan.
Berdasarkan prinsip ini, bahan bantu mengajar yang dicipta itu mestilah boleh membantu para
pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka dengan baik. Maksudnya, bahan bantu
13

mengajar itu mestilah meliputi unsur-unsur intelek atau pengetahuan yang positif dan nilai-nilai
afektif dan moral.

Prinsip yang ketiga pula menekankan kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan. Melalui prinsip ini, pelajar harus diajar untuk menggunakan setiap sub
kemahiran dalam mata pelajaran literasi bahasa dalam kehidupan seharian mereka dengan
menggunakan bahasa yang betul dari aspek sintaksis dan semantiknya. Semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas, para pelajar harus dilibatkan secara
aktif dalam apa juga situasi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran itu seharusnya
membolehkan pelajar merasakan proses komunikasi itu seperti dalam keadaan sebenar. Oleh
itu pengajaran dan pembelajaran itu harus meliputi kaedah main peranan atau simulasi yang
mendedahkan mereka kepada penggunaan literasi bahasa tersebut dalam kehidupan seharian
mereka. Apabila hal seperti ini dilakukan maka pelajar akhirnya akan mengetahui bahawa
bahasa boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa untuk
berkomunikasi.

Selain itu, bahan bantu mengajar seharusnya dibina berlandaskan prinsip keperluan belajar
pelajar. Harus diketahui bahawa keperluan belajar pelajar itu bukanlah hanya terhad pada
keperluan berbahasa atau berkomunikasi sahaja tetapi ianya harus menitikberatkan
kepentingan pembinaan intelek dan emosi mereka. Keperluan belajar itu juga tidak hanya
bergantung kepada sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia tetapi harus menitikberatkan sejauh mana pengalaman sedia ada pelajar itu.
Maksudnya, ilmu yang disampaikan pada hari itu harus ditambah berdasarkan pengalaman
sedia ada mereka dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang
berkesan, para pelajar harus diperkenalkan dengan pembelajaran berperingkat. Pembelajaran
yang berperingkat ini walaupun hanya sedikit tetapi ia harus mengandungi benda baru pada
setiap peringkat yang seterusnya dan saling berkaitan antara satu sama lain. Hal ini ditetapkan
demikian agar pelajar mampu mengaitkan pengalaman lalu kepada pengalaman yang baru
mereka perolehi. Oleh itu, guru harus mengetahui bahawa bahan bantu mengajar itu berfungsi
untuk pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu agar keperluan mereka dapat dipenuhi
secara optimum.
14


Di samping itu, binaan bahan bantu mengajar itu haruslah mengambilkira perkaitan antara
aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar itu sendiri. Ketiga-tiga aspek ini seharusnya
ditekankan sama rata dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa memang
merupakan aspek yang paling penting dalam mata pelajaran ini. Namun demikian, guru harus
mengambil kira proses pembelajaran lingkungan pelajar yang diajar. Guru tidak boleh
menggunakan sepenuhnya bahasa melayu sekiranya lingkungan pelajar yang diajar itu tidak
boleh berbahasa melayu. Guru haruslah bijak mengasimilasi bahasa mereka dan perlahan-
lahan memperbetulkan bahasa yang mereka gunakan. Contoh seterusnya yang boleh kita lihat
adalah pendekatan yang digunakan. Pendekatan bermain sambil belajar yang diperkenalkan
memang sangat disukai oleh para pelajar. Namun demikian, guru harus memastikan bahawa
permainan yang dijalankan itu bukan sekadar menggembirakan tetapi harus mengambil kira
nilai yang mahu ditetapkan dalam satu interaksi. Selain itu, guru harus terus memastikan
bahawa bahasa yang mereka gunakan itu masih dalam lingkungan penggunaan bahasa yang
betul.

Prinsip yang seterusnya ialah berkaitan dengan motivasi intrinsik dalam diri pelajar. Motivasi
intrinsik yang diperkenalkan oleh Abraham Maslow ini merupakan satu penggerak dalaman
yang harus dimiliki oleh seseorang pelajar dalam mempelajari sesuatu. Amat sukar untuk
seseorang itu menguasai sesuatu tingkat ilmu sekiranya tidak diminatinya berbanding dengan
yang meminatinya. Masalah yang akan ditemukan dalam hal ini ialah minat pelajar. Oleh itu
setiap guru harus mengetahui bahawa minat pelajar terhadap sesuatu perkara boleh
ditimbulkan apabila perkara tersebut dapat dihubungkaitkan dengan perkara yang mereka
minati. Melalui konsep tersebut, guru harus bijak memulakan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran dengan dimulakan dengan pengalaman sedia ada yang mereka minati agar
timbul rasa minat terhadap perkara baru yang akan dipelajari.

Setelah mengetahui prinsip-prinsip binaan bahan bantu mengajar yang harus dikuasai oleh
setiap guru, beberapa kriteria yang menyentuh sifat bahan bantu mengajar juga harus dikenal
pasti agar bahan binaan tersebut memberikan pelbagai faedah bukan sahaja kepada murid
tetapi juga kepada murid dan alam belajarnya.
15


Kriteria yang pertama yang harus dipertimbangkan ialah keselamatannya. Bahan bantu
mengajar yang dibina mestilah selamat digunakan oleh setiap pelajar. Sebarang sifat fizikal
seperti tajam dan mudah pecah tidak sesuai digunakan kerana bahan bantu mengajar
kemungkinan mencederakan para pelajar.

Kriteria yang kedua ialah ketahanan bahan bantu mengajar tersebut. Ketahanan yang
dimaksudkan ialah tahap kesesuaian dengan pelajar atau kelompok pelajar yang diajar.
Tujuannya supaya alat itu boleh digunakan dalam tempoh masa yang panjang dan boleh
digunakan oleh pelajar untuk belajar secara individu.

Kos juga haruslah diambil kira dalam pembinaan bahan bantu mengajar. Kos itu seharusnya
sesuai dengan keadaan kewangan sekolah. Adalah lebih baik jika kos yang digunakan kurang.
Hal ini demikian kerana, kejayaan sesebuah bahan bantu mengajar itu bukan bergantung
kepada mahal atau murah benda tersebut. Oleh itu, ada baiknya jika bahan yang dihasilkan itu
diambil daripada bahan-bahan terbuang dan lebih baik jika bahan itu dibina oleh pelajar sendiri
dengan bantuan guru-guru. Perkara sedemikian bukan sahaja membantu pengurangan kos
tetapi turut menyumbang kepada perkembangan daya cipta pelajar.

Selain itu, aspek-aspek teknikal yang digunakan mestilah sesuai dengan kemudahan bilik
darjah. Selalunya, bahan bantu mengajar yang mempunyai ciri teknikal yang mesra dengan
persekitaran bilik darjah akan lebih membantu pelajar. Contohnya, bahan tersebut boleh dilekat
atau digantung di dinding kelas dan diletakkan di atas meja pelajar.

Unsur seperti ketepatan maklumat juga turut menjadi salah satu kepentingan utama dalam
binaan bahan bantu mengajar. Contohnya, dalam penggunaan aspek warna, gunakan warna
hijau untuk rumput segar bukannya hitam kerana rumput berwarna hitam itu tidak wujud dalam
dunia sebenar.

16

Di samping itu, bahan bantu mengajar yang dibina mestilah mempunyai kriteria mudah alih. Hal
ini demikian kerana, sifat tersebut memudahkan kerja guru dan pelajar untuk menggunakkanya
dengan baik. Bahan bantu mengajar kadang kala perlu untuk dipindahkan dari satu kumpulan
ke kumpulan yang lain. Fungsinya adalah untuk memberi kefahaman yang mudah dengan
menggunakan ruang, masa dan tenaga yang minimum.

Bahan bantu mengajar yang dibina juga haruslah mengambil kira saiz atau pengelolaan kelas.
Ini bermaksud bahan binaan itu tidak boleh terlalu kecil. Guru-guru harus memastikan bahawa
bahan itu boleh dilihat dengan jelas dari jarak jauh. Jarak jauh yang dimaksudkan ialah
kedudukan pelajar yang berada di hujung kelas boleh melihat bahan tersebut dari hadapan
dengan jelas. Guru juga harus memikirkan bagaimana bahan tersebut digunakan dalam situasi
pembelajaran secara kelas. Kelompok atau individu.Selain itu, jangka masa pengajaran juga
harus diambil kira. Oleh itu, guru-guru harus menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah
dikendalikan dalam tempoh masa tertentu agar pembaziran masa tidak berlaku..

Kepelbagaian dalam pengajaran juga merupakan antara kriteria terpenting dalam pembinaan
bahan bantu mengajar. Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ini bertujuan
untuk mendedahkan pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam
masyarakat. Kepelbagaian ini membantu para pelajar mengenal konteks variasi bahan dan
seterusnya membolehkan mereka memilih variasi-variasi tertentu untuk digunakan dalam
konteks dan situasi-situasi tertentu dengan betul. Kepelbagaian ini juga merujuk kepada variasi
bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal, neutral dan informal), laras
(occupational register) dan medium (lisan dan tulisan).

Di samping itu, harus diintegrasikan kemahiran bahasa dalam pembinaan bahan bantu
mengajar di mana ianya melibatkan penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan
kemahiran pada aras pelahiran iaitu tulisan dan bertutur. Oleh kerana sifat kemahiran ini adalah
kesatuan dan bukan terpisah-pisah maka kemahiran ini haru digabungjalinkan untuk
mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.

17

Dalam pembinaan bahan bantu mengajar ini, harus dititikberatkan juga kriteria yang menyentuh
standardisasi dan simplikasi. Kriteria ini amat perlu kerana membolehkan guru-guru
menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat memenuhi keperluan pelajar. Dalam proses
ini, bahan tersebut akan disunting, diproses dan diubahsuai supaya sesuai dengan kebolehan
pelajar. Contohnya, dalam aktiviti pramenulis, harus dilakukan aktiviti yang bersesuaian
dengantahap tersebut dan bukannya mengambil aktiviti daripada menulis mekanis. Ia juga
harus disesuaikan berdasarkan perbezaan jantina, umur, kawasan, pendidikan, sosial dan
sebagainya.

Kriteria yang terakhir ialah penyerapan nilai dan pengetahuan melalui bahan bantu mengajar
tersebut. Satu unsur penting yang harus diketengahkan ialah pengajaran dan pembelajaran
haruslah menekankan nilai moral sejak dari kanak-kanak mula menjejakan kaki ke dalam dunia
pendidikan. Peringkat pramenulis, menulis mekanis dan pramembaca itu merupakan antara
pendidikan terawal yang diberikan kepada kanak-kanak. Oleh itu, seharusnya nilai moral harus
diterapkan dari peringkat ini lagi. Melalui strategi ini, pelajar akan dapat menambah
pengetahuan baru dan sentiasa menyedari akan kewujudan dan kepentingan mereka dalam
kehidupan lingkungan manusia.

Demikianlah antara prinsip dan kriteria yang sepatutnya ada dalam setiap bahan bantu
mengajar yang dibina khusus untuk para pelajar terutamanya pelajar yang baru sahaja
menjejakan kaki ke dalam dunia pendidikan. Bukan pelajar untuk bahan bantu mengajar tetapi
bahan bantu mengajar untuk pelajar.

2.4.1 BINAAN BAHAN PENGAJARAN

Kembali kepada kenyataan yang dibuat oleh salah seorang penuntut Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya iaitu Mahzan Arshad yang menyatakan bahawa guru-guru bahasa melayu
pada masa kini tidak menggunakan teknologi yang sedia ada dengan berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Walaupun teknologi semakin menguasai peradaban dunia, guru
kelihatannya masih tidak mampu mengubah tradisi yang dilakukan pada zaman dahulu kala
18

yang hanya merujuk kepada buku teks, buku rujukan, akhbar dan sebagainya. Tindakan ini
seakan-akan menunjukan bahawa guru lupa akan wujudnya teknologi yang menjadi dunia
pelajar.

Oleh itu, guru pendidikan literasi seharusnya memanfaatkan keuntungan yang dikecapi kini
kerana memiliki kemudahan yang mampu membantu mempercepatkan dan meningkatkan mutu
proses pengajaran dan pembelajaran literasi bahasa melayu di sekolah di negara ini. Pemilihan
teknologi dalam membina bahan bantu mengajar ini adalah berlandaskan beberapa
kepentingan dan faedah yang seharusnya diketahui oleh setiap guru. Faedah yang
dimaksudkan ialah teknologi dalam pendidikan mampu meningkatkan kualiti pembelajaran
literasi, dapat menggunakan masa dengan berkualiti, meningkatkan kualiti pengajaran guru,
mempelbagaikan teknik pengajaran tanpa mengorbankan kualiti kandungan dan kemahiran
literasi yang ingin dicapai serta membantu guru dalam meningkatkan minat pelajar untuk
belajar.

Oleh itu, bahan pengajaran yang akan ditumpukan dalam penulisan ini adalah bahan
pengajaran berbentuk penggunaan teknologi. Teknologi dalam pendidikan menurut
Suruhanjaya Teknologi Pengajaran USA merupakan satu cara yang sistematik untuk
merekabentuk, melaksana dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dari
segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dan komunikasi
dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada
pengajaran yang berkesan (Bjerstedt, 1972).

Melalui definisi tersebut, kita sebenarnya dapat mengambil satu tujuan utama penggunaan
teknologi dalam pendidikan iaitu membuka jalan bagi pelajar untuk menguasai atau
memperolehi matlamat pembelajaran yang telah dirancang oleh sesuatu kurikulum atau mata
pelajaran. Harus diingati juga bahawa bahan bantu mengajar ini bukan digunakan untuk
menggantikan peranan guru tetapi untuk membantu guru.

19

Oleh itu, setiap pelatih atau insan yang bakal menjadi pendidik harus mendalami penggunaan
teknologi dalam membina bahan bantu mengajar. Demikian, dalam penulisan ini, satu bahan
bantu mengajar pada peringkat pramenulis telah dibina dengan menggunakkan video, audio,
grafik, animasi dan sebagainya untuk membantu pelajar belajar dengan lebih baik lagi. Bahan
bantu mengajar ini dibina menggunakan perisian komputer (microsoft power point) yang
digabungjalinkan dengan beberapa program yang lain seperti penggunaan alat perakam audio
dan video. Melalui bahan binaan ini, diharapkan pelajar dapat mempelajari konsep pramenulis
dengan cara yang menarik dan pelbagai.

















20

2.5 KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA DAN KAEDAH MEMBACA SUKU KATA
Pengenalan
Kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ka +
yu = kayu. Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah iaitu
bermula dengan dua suku kata (KV+KV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata
(KV+KVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KV+KV+KV+KV), penggunaan diftong (V)
dan konsonan berganding (K).

Langkah-Langkah Pengajaran
1. Perkenal bentuk dan bunyi huruf vokal mudah a i u, dan satu konsonan, eg. b
2. Bina dan sebut suku kata terbuka ba bi bu; bu bi ba
3. Bina perkataan dan baca perkataan.
4. Buat frasa dan ayat, dan bacanya.
5. Tulis atau salin apa yang dibaca.
6. Buat latihan pengayaan: permainan, secara berpasangan atau kumpulan kecil.

Contoh Pengajaran
1. Mulakan dengan membunyikan huruf vokal mudah a i u.
2 Pilih satu konsonan mudah seperti b,
3 Bunyikan huruf b (bh) beberapa kali.
4 Bina suku kata ba bi bu. Ulang
5 Bina dan baca perkataan ba ba bi bi bu bu dan u bi i bu a bu
6 Baca ayat ibu abu bubu baba ubi ibu

21

7 Murid menulis huruf, suku kata dan huruf.
8 Setelah mahir, murid boleh mula membaca cerita

Contoh Membina dan membaca cerita

itu buku
itu buku abu
abu buka buku
abu baca buku
abu suka baca buku

Mengajar suku kata tertutup (kvk)

b ba bi bu
bat bit but ubat sabut

k ka ki ku
kan kin kun makan ikan
s sa si su
sak sik suk masak masuk


22


Mengajar huruf vokal o dan e
O ko po lo ro om lom
otak, pokok koko, roda lori
e e mak e nam em pat
e e kor e lok be lon

Emak Emma bela enam ekor kera.
Ayah letak kereta di tepi rumah.

Suku kata istimewa: nga ngi ngu; nya nyi nyu
Bunga nyonya ungu.
Singa nganga mulutnya
Salim menyanyi lagu sunyi
Suaranya nyaring.
Penyu bertelur di pantai.

Murid diajar mengikut kadar kebolehannya
Murid boleh diajar secara individu atau dalam kumpulan kecil (2-4 orang)
Buat latih tubi bagi murid yang lemah.
Contohnya: ulang (guna kad imbasan)
b ba ba bi bi bu bu;
23

k ka ka ki ki ku ku;
s sa sa si si su su;

2.6 KAEDAH DAN TEKNIK YANG SESUAI DENGAN MENGGUNAKAN BIG BOOK.
Aktiviti menyebut suku kata V+KV
i + bu (ibu)
a + la (ala)
u + bi (ubi)

Aktiviti membunyikan huruf konsonan + vokal
Vokal/ Konsonan A e I O U
B ba be Bi Bo Bu
C ca ce Ci Co Cu
D da de Di Do Du
F fa fe Fi Fo Fu
G ga ge Gi Go Gu

Mengeja Suku Kata, Perkataan dan Frasa
Husin Fateh Din, et al (2011) berpendapat bahawa bunyi-bunyi yang dihasilkan
dalam KV di atas dinamai suku kata. Suku kata tersebut disambung dengan suku
kata lain akan membentuk perkataan.











24

Maklumat dan bahan tentang kaedah dan teknik yang sesuai dengan menggunakan
Big Book :



Aktiviti mengeja suku kata

















Aktiviti mengeja perkataan

k U k u kuku
s U d u sudu
c I k u ciku
b U k u buku








25

Membaca Ayat

Menurut Husin Fateh Din, et al (2011), ayat merupakan peringkat susunan yang
tertinggi dalam tatabahasa Melayu. Ayat juga merupakan unit pengucapan yang
paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang
lengkap.

Maklumat dan bahan tentang kaedah dan teknik yang sesuai dengan
menggunakan Big Book :


Aktiviti membaca ayat berbantukan gambar.









Aktiviti membaca ayat tanpa gambar




Ini buku.
Ini buku biru.
Buku biru ayah beli.
Buku biru saya punya.
Saya suka baca buku biru.
Ini kereta.
Ini kereta ibu saya.
Kereta ibu warna biru.
Ibu bawa kereta.
Ibu bawa kereta ke tempat kerja.
26

3.0 REFLEKSI
RAJESHWARI . PERIASAMY
860424 23- 6392
Pada semester ini, kami telah mengambil kursus WAJ 3104 Literasi Bahasa. Untuk
kursus ini, kami dikehendaki melaksanakan satu tugasan dalam kumpulan. Ahli-ahli kumpulan
saya termasuk Vanitha Alagesan dan Noor Ermizza bte Shafie. Hasil tunjuk ajar dan nasihat
daripada parapensyarah, maka dapatlah saya laksanakan tugasan ini dengan baik dan
teratur.Selain itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran membuat Big Book.
Ia juga dapat menambah pengetahuan mengenai teori pemerolehan bahasa dan
kemahiran membaca. Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran
bahasa yang penting dalamproses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca
adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Di
samping itu, saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan memantapkan lagi pemahaman
saya berkaitan dengan konsep LINUS, kemahiran-kemahiran asas LINUS , prinsip dan kriteria
pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran LINUS serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu yang sesuai untukmelaksanakan LINUS kepada murid-murid
yang mempunyai pelbagai latarbelakang.
Penghasilan BIG BOOK ini bukan sahaja hanya digunakan oleh guru sebagai salah satu
alat pengajaran dan pembelajaran namun, dijadikan sebagai salah satu tugasan projek kepada
pelajar. Penyediaan Big book adalah pengalaman baru bagi saya. Semasa menyediakan Big
book berdasarkan cerita kanak- kanak ini secara kumpulan saya dapat berkongsi idea bersama
rakan kumpulan saya. Ini membantu melahirkan hubungan baik antara satu sama lain dan ia
juga meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Oleh sebab tugasan ini adalah dilaksanakan dalam kumpulan, saya sedar bahawa
semangat bekerjasama amat penting antara ahli-ahli kumpulan.Kami perlu menggunakan masa
dengan sepenuhnya supaya tugasan kami siap dan dapat dihantar pada masa yang ditetapkan
.Secara kesimpulannya, saya telah memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang
boleh dijadikan panduan saya pada masa depan. Saya akan sentiasa memperlengkap diri
dengan ilmu pengetahuan untuk menjadi seorang guru yang berjaya pada masa akan datang.

27

REFLEKSI
NOOR ERMIZZA SHAFIE
870624-23- 5692
Sepanjang mengikuti kursus WAJ3104 Literasi Bahasa ini, banyak pengetahuan dan
pengalaman telah saya perolehi. Literasi Bahasa ini merupakan suatu kepentingan di mana
kanak-kanak perlu didedahkan dengan baik tentang bahasa supaya mereka berminat untuk
membaca, berimaginasi dan dapat menggunakan bahasa dengan baik. Sebagai guru pelatih,
saya dapat membina pengetahuan dan menimba pengalaman dalam Literasi Bahasa ini
dibimbing oleh pensyarah iaitu Encik Rosnan bin Mahmood Zahidin yang tidak henti-henti
mencurahkan ilmu dan menjana idea-idea kepada kami untuk menguasai kursus Literasi
Bahasa ini.
Bagi tugasan projek ini pula, kami ditugaskan untuk membina sebuah Big Book yang
mempunyai cerita kanak-kanak yang mempunyai unsur nilai dan pengajaran. Semasa
pembinaan Big Book banyak pengalaman yang telah kami lalui. Saya bersama dua lagi ahli
kumpulan bersama-sama merancang dan melaksanakan tugasan ini. kekuatan kami ialah kami
membina cerita tentang haiwan di mana dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca.
Saya juga berasa cukup bertuah kerana ahli kumpulan saya iaitu Rajeshwari dan Vanitha
mempunyai bakat yang indah iaitu melukis. Dengan itu, pembinaan Big Book ini dapat berjalan
dengan lancar kerana kami dapat mempersembahkan jalan cerita bersama dengan gambar-
gambar yang sangat menarik. Selain itu, kekuatan yang paling besar adalah kerjasama dan
dapat memberi komitmen sepenuhnya.
Kelemahan yang saya dapati ialah tidak banyak dapat memperoleh maklumat yang banyak
tentang pelaksanaan tugasan ini. Oleh itu, kami mengambil masa yang agak lama untuk
menyiapkan tugasan ini namun selepas ini, kami perlu baiki kelemahan dan kekurangan
dengan mengambil alternatif yang lebih baik daripada sebelum ini.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan hasil kerja tugasan ini. Saya berharap
pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi daripada kursus dan tugasan ini dapat
dijadikan panduan yang berguna dan dapat diadaptasikan pengalaman ini secara menyeluruh
dalam kehidupan saya seorang bakal pendidik nanti.

28

REFLEKSI
VANITHA A/P ALAGESAN
890307-08-5860
Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana dapat juga saya dan
rakan-rakan menyiapkan kerja kursus WAJ 3104 Literasi Bahasa Melayu. Jutaan ucapan terima
kasih didahulukan kepada pensyarah subjek ini iaitu En.Rosnan Bin Mahmod Zahidin yang
telah banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam menyelesaikan masalah dan kerumitan
yang timbul sepanjang melakukan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah
banyak membantu dalam memberikan idea-idea menarik untuk penambahbaikan dalam
melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang melakukan tugasan ini, saya dapat menimba ilmu tentang cara-cara menghasilkan
Big Book yang menarik serta Pemerolehan bahasa, kemahiran-kemahiran LINUS dan juga
kaedah-kaedah membaca. Sebelum ini, saya kurang berpengetahuan tentang menghasilkan
sebuah Big Book yang menarik. Sekarang saya sudah mampu untuk membuatnya.
Semasa membuat tugasan ini saya berpendapat, sebagai seorang guru bahasa, kita perlu tahu
bagaimana kanak-kanak mempelajari bahasa terlebih dahulu. Dengan berpegang pada prinsip
itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan. Antara
teori-teori yang terdapat di bawah tajuk Teori Pemerolehan Bahasa ini ialah Teori Behaviorisme
(perlakuan), Teori Mentalis (proses Mental), Teori Interaksionalis, Teori Kognitif.
Disini saya juga dapat mempelajari tentang LINUS. Linus ialah hasil tambahan Literasi dan
Numerasi.Definisi Literasi ialah kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat
tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung dan)serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.Terdapat
5 konsep dalam modul pengajaran leterasi iaitu Konsep unsur maju, Konsep
penggabungjalinan, konsep pengulangan, Konsep didik hibur dan Konsep literasi bersepadu.
Kelemahan yang saya dapati semasa membuat tugasan ini ialah kekurangan masa yang
diperuntukan untuk menghabiskan tugasan ini. Ini kerana kami dapat banyak tugasan dan
hendak menghantarkannya pada masa yang sama. Saya mendapati, saya memang
memerlukan lebih banyak masa untuk menghabiskan sesuatu tugasan.
29

Kelemahan yang lain ialah mendapatkan bahan rujukan. Saya mencari bahan rujukkan di
perpustakaan dan saya mendapat sedikit sahaja dalam subjek literasi ini. Saya terpaksa
mencarikan maklumat dalam internet.

Setiap pasti ada kelemahan dan kekurangan dalam menghabiskan sesuatu tugasan. Oleh
untuk mengatasi kelemahan yang ada, terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan
oleh saya pada masa akan datang. Di antaranya ialah seperti menggunakan masa dengan cara
yang betul. Contohnya, menghabiskan tugasan pada masa yang lapang. Pada masa yang
sama juga saya akan mencari bahan rujukkan untuk membuat tugasan saya dengan senang
dan tepat.

Tidak lupa juga ucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang berada di Perak.
Walaupun jauh,tetapi mereka banyak membantu saya dari segi sokongan moral kepada saya.
Saya begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga saya siapkan tugasan ini dengan
jayanya walaupun pelbagai halangan terpaksa saya hadapi sepanjang proses melaksanakan
tugasan ini.

Akhir kata, semoga pengalaman dan ilmu yang saya dapat sepanjang tugasan ini dilakukan
dapat diaplikasikan ketika berdepan dengan realiti sebenar seorang guru. Ini kerana guru
zaman moden dan interaktif ini memerlukan kepakaran untuk membuat pengajaran dan
pembelajaran yang menarik.

Sekian.




30

4.0 BIBLIOGRAFI
Hasnah Awang (2010). Literasi Bahasa MelayuSelangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin(1998), Pedagogi Bahasa Petaling Jaya : Logman Malaysia Sdn.Bhd.
Yusuf Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan.Shah Alam : Siri
Pendidikan Fajar Bakti
Sharifah Alwiah Alsagoff.(1994) Teknologi Pengajaran.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

Laman web.
http://literasipml09.blogspot.com/
http://azizulamri.blogspot.com/2009/02/kia-2m.html
http://www.klikduniaku.com/konsep-kia2m.html
http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/02/kaedah-pengajaran-bacaan-asas-kaedah.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LINUSbantukuasaiasasliterasi_numerasi/Article/ind
ex_html








31




LAMPIRAN.









PROSES MENYIAPKAN BIG BOOK
32


MELEKATKAN ISI CERITA
MENGIKUT GAMBAR
GUNTING KAD MANILA
MENGIKUT BENTUK
BERUANG.
MEWARNA GAMBAR
MENEBUK LUBANG
UNTUK MENGEMASKAN
BUKU CERITA
MUKA DEPAN BIG BOOK
HASIL TERAKHIR BIG
BOOK

You might also like