You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-2 / 2014

SK LAMBOR KANAN

Hari : Selasa
Tarikh : 1 Julai 2014
Masa : 1.45 petang
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran : Lihat Lampiran

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI
1.1
1.2

1.3
1.4

1.5
Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab agar dirahmai oleh Allah SWT.
Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir untuk perjumpaan kali kedua bagi tahun 2014.
Dasar sekolah ialah melaksanakan kehendak JPN atau Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semua pihak perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi pemantauan oleh pihak JPN atau PPD
dalam usaha memastikan sekolah-sekolah melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh
kementerian.
Mengingatkan lagi sekali tentang visi dan misi sk lambor kanan iaitu
Visi Sekolah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi Sekolah Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk
Membangunkan Potensi Individu Memenuhi Aspirasi Negara.

Tindakan : Makluman

AGENDA 2 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1
2.2
Pn. Noraishah bt Mat Saad mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan.
Disokong oleh Pn. Nursuhana bt. Ismail

AGENDA 3 : KEWANGAN PANITIA
3.1 Rujuk lampiran.

Tindakan : Makluman

AGENDA 4 : ANALISIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
4.1 Pn. Syafiah b. Salleh membentangkan keputusan keseluruhan peperiksaan Pertengahan
Tahun 2014 bagi murid yang terlibat.

Tindakan : Makluman

AGENDA 5 : ANALISIS LINUS
5.1


5.2
Pn. Rohana bt Mohddin memaklumkan bahawa guru-guru perlu menyediakan evidens bagi
setiap saringan atau aktiviti yang dijalankan. Markah dan evidens perlu disimpan sehinggalah
diarahkan untuk dilupuskan.
Guru besar menyatakan bagi tujuan pencerapan, guru-guru LINUS diminta menyediakan RPH
LINUS.
Tindakan : Guru LINUS

AGENDA 6 : PENTAKSIRAN BERASASKAN MURID (PBS)
6.1 Mengingatkan semua guru yang terlibat supaya memastikan setiap pencapaian murid
direkodkan dalam borang secara offline agar dapat mengetahui tahap pencapaian terkini
murid.
Tindakan : Guru KSSR

AGENDA 7 : LAPORAN PANITIA / PROGRAM
7.1 Bahasa Melayu
- Mesyuarat panitia telah menetapkan dasar iaitu persepakatan menulis buku
ringkasan, penggunaan buku aktiviti, bilangan buku yang patut untuk digunakan bagi
matapelajaran BM
- Masalah yang sering dihadapi ialah murid tidak menyiapkan kerja rumah dan juga
tulisan yang teruk.
Tindakan : Guru BM
7.2 Bahasa Inggeris
- Masalah penguasaan perbendaharaan kata.
- Cara menyelesaikan masalah :
1) Menyediakan senarai perbendaharaan kata
2) Menyediakan buku bacaaan sokongan
3) Spelling
- Bercadang untuk mengadakan teknik menjawab soalan bagi Tahun 4 dan 5.

Tindakan : Guru BI
7.3 Matematik
- Membeli soalan-soalan matematik
- Menghafal sifir mempamerkan di dalam kelas
- Memahirkan murid dengan sifir galus

Tindakan : Guru Matematik
7.4 Sains
- Melatih murid tahap 2 dengan teknik memahami dan menjawab soalan bahagian b.
- Membuat latih tubi selepas PdP.
- Memaksimumkan penggunaan makmal sains bagi tujuan menjalankan eksperimen
dan menjalankan PdP.
- Menggalakkan hands on di kalangan murid sewaktu menjalankan eksperimen.

Tindakan : Guru Sains
7.5 Pendidikan Agama Islam
- Pafa tahun 6 dinilai selepas PdP dijalankan
- Tahun 4 & 5 masih menjalankan latih tubi.
Tindakan : Guru PAI
7.6 Pusat Sumber
- Menggalakkan guru bahasa supaya membawa murid-murid ke PSS mengikut jadual
yang telah ditetapkan.
- Laporan NILAM telah dihantar pada bulan Mac dan Jun.
- Semua guru juga digalakkan menggunakan PSS bagi mendapatkan bahan rujukan.

Tindakan : Semua guru

AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN
8.1 Tn. Hj Taib Bin Saidin
- Mengingatkan semua guru kelas supaya melengkapkan jadual kedatangan seperti
maklumat murid, maklumat ibu bapa dan juga menutup kedatangan pada setiap
hujung bulan.
- Guru kelas dikehendaki menghantar surat amaran kepada penjaga sekiranya terdapat
murid yang ponteng selama 20 hari.
Tindakan : Guru Kelas

- Guru berugas RMT diminta memantau makanan yang disediakan dan sebarang
masalah yang timbul bolehlah dilaporkan kepada beliau serta direkodkan di dalam
buku laporan RMT. Jadual giliran guru bertugas yang baru telahpun dikeluarkan dan
diedarkan kepada guru-guru.
Tindakan : Guru RMT

- Program susu 1 Malaysia ditangguhkan pada bulannpuasa dan akan diteruskan
semula apabila bekalan susu yang baru tiba yang dianggarkan selepas raya Aidilfitri.

Tindakan : Penyelaras PS1M

8.2 En. Amirruddie b. Taib
- Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan sukan tahunan
sekolah. Amat berpuas hati dengan sambutan daripada pihak guru, murid dan ibu
bapa.
- Mengharapkan kerjasama yang padu daripada semua guru bagi setiap aktiviti yang
dijalankan di peringkat sekolah mahupun daerah dan selainnya.
- Memaklumkan bahawa Program Sambutan Hari Raya akan dilaksanakan 2 minggu
selepas cuti hari Raya Aidilfitri sekiranya tiada halangan.
Tindakan : Makluman

8.3 Pn. Hjh Rosnah
- Mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dengan kelas
tambahan tahun 6.
- Semua panitia boleh mengadakan mesyuarat mulai minggu hadapan.
- Fail panitia, KSSR, LINUS dan MBMMBI hendaklah dikemaskini.
Tindakan : Semua Guru


UCAPAN PENANGGUHAN
- Semua guru diingatkan supaya menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh
kementerian dan PPD demi kebaikan semua anak didik
- Memohon maaf sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak menyenangkan guru-guru
sepanjang mesyarat berlangsung.

Mensyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.






Disediakan oleh :



...........................................
(PN. SYAFIAH BT. SALLEH)
Setiausaha Kurikulum
Disahkan oleh :



........................................

You might also like