You are on page 1of 21

Prinsip-prinsip Pentaksiran

Rajah 1: Prinsip-prinsip pentaksiran


Seperti dalam rajah 1 di atas, prinsip-prinsip
pentaksiran adalah berkaitan antara satu sama
lain. Contohnya instrumen yang disediakan
hendaklah sesuai dengan kumpulan murid yang
ditaksir. Ini adalah sangat penting kerana aras
kognitif murid-murid adalah berbeza mengikut
tahun persekolahan. Oleh yang demikian,
adalah amat tidak relevan sekiranya kertas
soalan tahun 5 diberikan kepada murid-murid
tahun 3 dan sebagainya.

Instrumen merupakan prinsip pentaksiran yang
pertama. Ini disebabkan oleh, pentaksiran tidak
dapat dijalankan tanpa satu instrumen ataupun
satu alat untuk menguji pencapaian dan
pemahaman murid. Instrumen yang digunakan
dalam pentaksiran Bahasa Melayu adalah satu
set kertas soalan yang telah disediakan
berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) yang lengkap dan mencakupi semua
kemahiran yang hendak diuji.

Prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan
yang ditaksir. Kumpulan yang ditaksir merujuk
kepada kumpulan murid-murid yang hendak
diuji. Kumpulan yang ditaksir ini perlu
ditentukan dahulu dari segi tahun persekolahan
mereka dan skop pengetahuan mereka. Ini
adalah sangat penting supaya instumen yang
disediakan adalah relevan dan menepati tujuan
pentaksiran. Contohnya, sila rujuk situasi 1 di
bawah.

Situasi 1
"Cikgu Rahman ingin menjalankan pentaksiran terhadap murid-muridnya. Terlebih dahulu
Cikgu Rahman menentukan tahun persekolahan murid-muridnya iaitu tahun 4. Selain
menentukan tahun persekolahan murid-muridnya, beliau juga perlu menetapkan skop
pengetahuan murid-muridnya iaitu apakah tajuk-tajuk yang telah disampaikan dan apakah
kemahiran-kemahiran yang sepatutnya telah dikuasai oleh mereka untuk suatu tempoh
persekolahan (pertengahan semester, satu semester, setelah satu kemahiran dan
sebagainya)."
Prinsip pentaksiran yang ketiga ialah respons.
Respons merujuk kepada hasil pengujian iaitu
jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh
murid-murid di dalam kertas ujian mereka.
Respons-respons murid memainkan peranan
yang sangat penting di dalam pentaksiran
kerana respons-respons ini mengandungi data-
data ataupun maklumat-maklumat tentang
pencapaian murid-murid untuk suatu tempoh
persekolahan; penguasaan murid-murid tentang
satu-satu tajuk atau kemahiran; dan juga
keberkesanan strategi yang digunakan oleh
guru.

Prinsip pentaksiran yang keempat ialah
kumpulan yang mentaksir. Kumpulan yang
mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru
yang menyemak skrip jawapan dan juga mereka
yang menganalisis skrip jawapan ataupun
respons-respons yang telah diberikan oleh
murid-murid. Sebaik-baiknya, kumpulan guru
yang mentaksir skrip jawapan ini terdiri
daripada guru-guru neutral iaitu guru-guru yang
tidak mengenali kumpulan murid yang ditaksir.
Dengan ini barulah skor yang diperolehi itu
adalah lebih tepat dan menggambarkan
keupayaan dan tahap penguasaan murid-murid
yang sebenar.

Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah skor.
Skor merupakan data numerik yang diperolehi
daripada analisis respons-respons yang
diberikan oleh murid-murid. Dengan kata lain,
hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk
skor. Daripada skor inilah guru dapat
mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan
murid terhadap satu-satu kemahiran atau tajuk
pelajaran. Skor ini juga digunakan oleh guru-
guru untuk menganalisis secara lebih terperinci
tentang pencapaian dan tahap penguasaan
murid-murid.
"Pentaksiran yang baik menentukan kesahan
dan kebolehpercayaan skor yang diperoleh


Pentaksiran Pendidikan Seni Visual - Kaedah Pemerhatian,
Portfolio, dan Hasil Kerja
Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul
maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik
dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang
telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan
tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya dalam
tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen
yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin
diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan
tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan
kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif
dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering
digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan
guru pelatih.

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap
pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan
mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh
dipercayai.

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit
tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku.
Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku
berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua
kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara
satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh
kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan
dengan mudah dan tepat.

Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku
tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan
mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran
mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan
kesempurnaan data yang diperoleh.

Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana
sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah
yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu
yang lain ialah pensampelan tingkah laku.


Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat
memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.

Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan
tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian
yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa
yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.

Jenis-jenis Pemerhatian

Pemerhatian Peserta

Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang
hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah
pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan
kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat
diperhati di peringkat awal.

Pemerhatian Bukan Peserta

Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat
pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada
pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau
individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat
rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.

Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan
dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang
diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul.
Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.

Kebaikan Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini
akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.
Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan
rujukan penting dalam kajian.
Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar
dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

Kelemahan Kaedah Pemerhatian

Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti.
Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati.
Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten
dan sesuka hati mereka.
Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti
perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Portfolio

Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses
pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan
pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara
terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa
kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :

Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
Contoh hasil kerja pelajar
Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi
bersama pihak lain
Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni
disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut
menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif,
sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh
sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad
dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio
supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian
benar dalam proses pembelajaran pelajar.

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses
sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio
menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang
hendak dibuat.

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :
Kajian

Pemerhatian dan pengamatan
Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

Lakaran
Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif Pewujudan
Idea
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

Rangka Sebenar
Merangka reka cadang atau model
Menentukan alatan dan bahan
Prototaip (jika berkaitan)

Persembahan Portfolio
Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
Mengikut urutan
Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka
sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan
dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
Jurnal
Diari
Laporan
Kompilasi catatan yang dijilid
Beberapa helaian kertas yang di kokot
Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum.
Antaranya :

Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar
Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
kemajuan pembelajaran pelajar
Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar yang lain

Cadangan Kandungan Portfolio

Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan, antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti :
Catatan pra penulisan
Draf projek penulisan
Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-,visual seperti:
Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.

Kecerdasan interpersonal seperti :
Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain
Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:
Catatan jurnal
Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
Sampel latihan refleksi kendiri
Soal selidik
Carta kemajuan
Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri

Hasil Kerja

Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang
diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan,
interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.

Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan
adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan
kesempurnaan.

Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan
murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi
dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir.

Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,
kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh
dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran
berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan
mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman
murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio.

Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal
dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan.

Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses
dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif
dan subjektif harus
menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran
berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian.


Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua
aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan
program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,
penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar.

Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan
berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh
menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering
menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian
pengajaran.


Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak diajar
sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan
menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan
membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati
objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang diajar.

Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja
untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar,
malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran
pensyarah. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-
ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan
diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan
pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.

Konsep Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang
pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.

Definisi Pentaksiran

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan.


Tujuan pentaksiran

i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
iv. Memperbaiki pengajaran pembelajaran

Prinsip Pentaksiran


Prinsip Pentaksiran
Pengertian Pengujian


Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian
tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat
ukur. bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set
tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk
menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar
biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik
bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina
ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan
tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini
berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat
penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru
menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran
dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan,
kaunseling dan bimbingan pelajar.

a. Diagnosis

Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran
dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru
berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah
pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang
ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

b. Pengredan

Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred pencapaian pelajar
kepada kategori lulus atau gagal, lemah, sederhana atau cemerlang atau gred A, B C, D
atau E. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang
prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.

Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan
seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti
penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan
pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan
pelajar di sekolah.

c. Pemilihan dan Penempatan

Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan penempatan
pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih
untuk mewakili sekolah. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk
mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu.

d. Kaunseling dan Bimbingan

Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju.
Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti
kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi
memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk
memberi khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang
diminati.

Konsep Penilaian
Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan
tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang
pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.
Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu
pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.


Tujuan Penilaian

i. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-dalam
perkara yang hendak diajar.
ii. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau
mempelajari perkara yang telah disampaikan.
iii. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat
kelas yang sama di sekolah.
iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
v. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
vi. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau
bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Jenis-Jenis Penilaian

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa
boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif.
Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti
disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina
perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian
berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

a. Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit
pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap
unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian
formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat
dikesan.

Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran
berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar
untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam
unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau
tidak menguasai sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

b. Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan
kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah
ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari
penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada
memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian
sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang
lebih tinggi.

Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik

Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan
mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian
diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk
mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan
dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.

- Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus
yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian
pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif,
afektif dan psikomotor.
- Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi
mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.

- Ujian Prestasi

Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran
mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan
kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka
berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah
menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan
kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa
hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan
memenuhi kehendak soalan ujian.

d. Penilaian Alternatif

Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada
pengujian kertas dan pensil tradisional. Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian
berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah
penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;

i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh pihak penilai;
ii. Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai;
iii. Membezakan bentuk bentuk pentaksiran.


Konsep Pentaksiran



Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan
maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Pentakiran dapat
dirumuskan seperti carta di bawah;

Tujuan Pentaksiran


i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat
pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran atau sikap
iv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.













2.1 Jenis Pentaksiran

2.1.1 Pentaksiran autentik

Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia
sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran
autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan,
kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti
yang bermakna.

Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti
yang disebut oleh HillS (1993);

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar,
pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan
simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga
merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek
tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak
secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang
dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan
dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students).


Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan
sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain
seperti yang berikut:

a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan kanak-
kanak:

- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya
melahirkan konsep.

- Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau
membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.

b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak

c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek.


Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan
kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Antara ciri-cirinya ialah:

i. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.
ii. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
iii. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
iv. Subjek membina maksud yang tersirat.
v. Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik;

Persembahan tarian
Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show
( pertunjukan Seni)
Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.

Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;

Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.
Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat
luas.
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.
Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Kesimpulan Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek
perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru
dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan
yang lebih tinggi.


ENIS- JENIS PENTAKSIRAN

Pentaksiran Autentik
Pentaksiran Hasil Pembelajaran
Pentasiran Performed Based

PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks
yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.
Ciri- ciri pentaksiran autentik
Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.
b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
d) Subjek membina maksud yang tersirat.
e) Berpusatkan kanak-kanak.

CONTOH- CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK
-Persembahan tarian
-Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
-Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art
show
( pertunjukan Seni)
- Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio

KEBAIKAN KEPADA PELAJAR
1. Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.
2. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia
mereka dan masyarakat luas.
3. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.
4. Menangani teknologi dan berfikir sistematik.
KEBAIKAN KEPADA GURU
Menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuanpelajar dan seberapa efektif kaedah
yang diberikan kepada murid yang dijalankan


Bentuk Pentaksiran Pendidikan Seni Visual - Penilaian
Sumatif
PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun),
yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih
menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan
untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga
dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.
Ciri- ciri:
lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran
untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan
untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan
Langkah-langkah membentuk ujian sumatif :
Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif,
bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan
kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item
haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan
Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama.
Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh
disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan
bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.
Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan
berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.
Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab
setiap soalan yang dikemukakan.
Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan
ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki
kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.
Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya
diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan
pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik
Tujuan :
membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.
memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam
peperiksaan yang diadakan.
mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang
diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.
dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan


Pentaksiran Pendidikan Seni Visual - Kaedah Pemerhatian,
Portfolio, dan Hasil Kerja
Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul
maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik
dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang
telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan
tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya dalam
tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen
yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin
diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan
tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan
kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif
dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering
digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan
guru pelatih.

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap
pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan
mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh
dipercayai.

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit
tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku.
Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku
berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua
kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara
satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh
kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan
dengan mudah dan tepat.

Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku
tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan
mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran
mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan
kesempurnaan data yang diperoleh.

Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana
sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah
yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu
yang lain ialah pensampelan tingkah laku.


Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat
memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.

Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan
tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian
yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa
yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.

Jenis-jenis Pemerhatian

Pemerhatian Peserta

Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang
hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah
pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan
kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat
diperhati di peringkat awal.

Pemerhatian Bukan Peserta

Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat
pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada
pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau
individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat
rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.

Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan
dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang
diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul.
Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.

Kebaikan Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini
akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.
Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan
rujukan penting dalam kajian.
Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar
dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

Kelemahan Kaedah Pemerhatian

Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti.
Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati.
Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten
dan sesuka hati mereka.
Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti
perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Portfolio

Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses
pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan
pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara
terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa
kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :

Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
Contoh hasil kerja pelajar
Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi
bersama pihak lain
Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni
disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut
menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif,
sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh
sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad
dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio
supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian
benar dalam proses pembelajaran pelajar.

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses
sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio
menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang
hendak dibuat.

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :
Kajian

Pemerhatian dan pengamatan
Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

Lakaran
Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif Pewujudan
Idea
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

Rangka Sebenar
Merangka reka cadang atau model
Menentukan alatan dan bahan
Prototaip (jika berkaitan)

Persembahan Portfolio
Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
Mengikut urutan
Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka
sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan
dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
Jurnal
Diari
Laporan
Kompilasi catatan yang dijilid
Beberapa helaian kertas yang di kokot
Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum.
Antaranya :

Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar
Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
kemajuan pembelajaran pelajar
Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar yang lain

Cadangan Kandungan Portfolio

Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan, antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti :
Catatan pra penulisan
Draf projek penulisan
Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-,visual seperti:
Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.

Kecerdasan interpersonal seperti :
Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain
Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:
Catatan jurnal
Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
Sampel latihan refleksi kendiri
Soal selidik
Carta kemajuan
Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri

Hasil Kerja

Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang
diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan,
interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.

Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan
adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan
kesempurnaan.

Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan
murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi
dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir.

Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,
kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh
dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran
berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan
mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman
murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio.

Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal
dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan.

Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses
dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif
dan subjektif harus
menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran
berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian

You might also like