You are on page 1of 17

DISEDIAKAN OLEH:

SAG 2010
PENDAHULUAN
Sistem politik merupakan aspek terpenting
dalam pengajian sains politik dan juga
entiti terpenting dalam konteks
pemerintahan
Sistem politiknya berfungsi sebagai nadi
kepada setiap negara.
Terdapat beberapa jenis sistem politik yang
pernah wujud seperti sistem demokrasi,
sistem persekutuan, sistem kesatuan,
sistem komunis dan sistem sosialis.
SISTEM DEMOKRASI
Semua percaya bahawa sistem
demokrasi merupakan satu sistem
politik yang terbaik
Ia bukan sahaja membuka ruang yang
luas untuk penyertaan politik malah ia
juga turut menjamin hak dan kebebasan
rakyat serta pemimpin
Definisi Sistem Demokrasi
D. Robertson: Istilah demokrasi berasal
daripada perkataan Greek demokratia,
demos bermaksud rakyat dan kratia
bermaksud kerajaan atau pemerintah
Abraham Lincoln, mengatakan demokrasi
ialah kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk
rakyat (government of people, by people, for
people) yang bermaksud kerajaan atau
pemerintahan yang dikuasai oleh rakyat

Kesimpulannya, sistem demokrasi ialah
kerajaan bagi pihak rakyat, kerajaan yang
berdasarkan perwakilan rakyat, dan
kerajaan yang memerintah untuk
kepentingan rakyat
Dalam sistem demokrasi moden pada hari
ini sebenarnya bukanlah sistem demokrasi
pemerintahan rakyat, sebaliknya rakyat
hanya memainkan peranan umum dalam
proses pemerintahan negara

Jenis-Jenis Sistem
Demokrasi
Terdapat dua jenis iaitu:
i. Demokrasi berpresiden (presidential
democracy)
Iaitu pengasingan kuasa (separation of
powers) yang jelas antara badan eksekutif dan
legislatif
Terdapat dua kali pilihanraya iaitu;
i. Pertama, pilihanraya memilih calon presiden
(presidential election) dan;
ii. Kedua, pilihanraya memilih wakil ke dewan
perwakilan atau dewan senat.
seperti Amerika Syarikat dan Filipina.
ii. Demokrasi Berparlimen
Ia turut mempunyai konsep pengasingan
kuasa
Ia menggabungkan kuasa badan eksekutif
dan badan legislatif.
Rakyat mempunyai hanya sekali sahaja
pilihanraya iaitumemilih calon sebagai wakil ke
dewan perwakilan
Parti yang menang dengan majoriti berhak
untuk membentuk kerajaan serta melantik ahli
kabinet dari kalangan pemimpin parti yang
menang tersebut
Contohnya Malaysia, Britain, India, dan
Kanada
SISTEM PERSEKUTUAN DAN
KESATUAN
1. Sistem Persekutuan
Persekutuan atau federation berasal dari perkataan
Greek foedus yang bermaksud persetujuan (agreement),
kontrak (contract), atau perjanjian (treaty) (Riker, 1975).
Ia merujuk kepada penggabungan beberapa buah
wilayah, negeri atau kawasan yang dahulunya bebas
menjadi satu negara bersekutu (federation) di bawah satu
struktur Perlembagaan yang dipanggil sebagai
perlembagaan pusat
Ia mempunyai dua peringkat kerajaan iaitu pertama,
kerajaan pusat (federal government) dan kedua, kerajaan
negeri (state government)
Ia mempunyai bidang kuasa tersendiri dan bebas
daripada campur tangan antara satu sama lain
Faktor-Faktor Kejayaan Sistem Persekutuan
Wujudnya persamaan dari segi keturunan,
bahasa, agama dan budaya dalam sesebuah
negara persekutuan
Walaupun kuasa dalam sistem persekutuan
berada di tangan kerajaan pusat, kerajaan
negeri juga turut diperuntukkan kuasa tertentu
Kerajaan pusat bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap aspek-aspek penting
dalam pemerintahan negara seperti hubungan
antarabangsa, kewangan, pertahanan dan
keselamatan dalam negeri.
2. Sistem Kesatuan
Ia dibentuk berdasarkan kepada konsep
pemusatan kuasa (centralization of power).
Kuasa pemerintahan negara berada di tangan
kerajaan pusat (central government)
Antara ciri-ciri sistem kesatuan ialah
a. pertama, semua urusan negara adalah
dipusatkan
b. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa
wilayah atau cawangan dibentuk dan diberi
kuasa mentadbir secara autonomi,
c. ketiga, setiap wilayah tersebut merupakan
agen kepada kerajaan pusat.
SISTEM KOMUNIS DAN
SOSIALIS
1. Sistem Komunis
Ia lahir daripada ideologi berfahaman kiri
(leftist) iaitu Komunisme dan negara yang
dibentuk berdasarkan kepada prinsip-
prinsip Komunisme ini pula dikenali
sebagai negara komunis (communist
state).
Contohnya negara Dunia Ketiga di Asia
dan Afrika (Vietnam, Laos, Cambodia,
Korea Utara, Angola) dan negara-negara
Eropah Timur (Romania, Poland, Bulgaria,
Albania).

Ciri-Ciri Sistem Komunis
Kuasa di tangan sekumpulan badan elit yang tidak
dipilih oleh rakyat.
Pemerintahan bersifat mutlak, dimana kerajaan
berkuasa penuh terhadap negara,
Cara kekerasan (coercive) serta mengamalkan
sistem satu parti dibenar wujud bagi mengawal dan
mengukuhkan kedudukan politik dan mendapat
ketataan daripada rakyat jelata.
Parti Komunis mempunyai tiga ciri umum;
1. Ianya ialah parti elit
2. Parti memonopoli kuasa politik
3. Parti ialah birokrasi yang terus-menerus
mengekalkan dirinya sendiri

Sistem Sosialis
Ia lahir daripada ideologi yang berfahaman
kiri (leftist) ialah sistem sosialis
Negara yang dibentuk berdasarkan kepada
ideologi sosialisme dikenali sebagai negara
sosialis.
Ia merupakan satu ideologi yang
mempunyai kaitan dengan pengwujudan
kelas pekerja yang diorganisasi, yang
dibentuk samada menerusi proses revolusi
atau evolusi sosial, dengan matlamat untuk
mewujudkan sebuah masyarakat tanpa
kelas (classless society).
Marxisme melihat sosialisme sebagai satu
tahap perubahan politik yang bakal
menggantikan sistem kapitalisme dan
kemudiannya membentuk sistem
komunisme.
Menurut teori sosialis moden pula, ia
cenderung ke arah demokrasi pula bakal
membentuk sebagai negara kebajikan
(welfare state).
Tidak semua negara yang mengamalkan
sistem sosialis menjadi negara komunis
Terdapat juga beberapa negara sosialis
yang menggabungkan sistem demokrasi
spt Iraq, Mesir, Yemen, serta beberapa
buah negara di Asia, Afrika dan Amerika
Selatan yang mengadakan proses pilihan
raya mengikut tempoh-tempoh tertentu
walaupun diperintah secara diktator.
Terdapat negara2 komunis juga
menggunakan istilah sebagai negara
sosialis seperti Vietnam, Yugoslavia dan
Cuba.

Sistem politik dan ekonomi di negara
sosialis lazimnya bersifat sistem campuran
(mixed system) yang menggabung ciri-ciri
sistem demokrasi dan sistem kawalan
pusat.
Kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh
terhadap aspek pemerintahan negara dan
memperuntukkan sedikit kuasa yang
bersifat autonomi kepada wilayah2 yang
berada di bawah jajahan negara tersebut
Rakyat diberi kebebasan, namun ianya
adalah terhad
Sekian

You might also like