You are on page 1of 9

TEKS PENGACARA MAJLIS - KONVOKESYEN IPGIK TAHUN 2010

Bil Nama Teks Pengacaraan



1 ABU Mengumumkan perarakan masuk para graduan.

PERARAKAN MASUK GRADUAN


2

ABU

Mengumumkan perarakan masuk barisan pensyarah.

PERARAKAN MASUK PENSYARAH


3

ABU

Mengumumkan perarakan masuk barisan akademik

PERARAKAN MASUK VVIP

LAGU NEGARAKU
LAGU IPG

4

ABU

Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Berikut dipersembahkan Lagu Graduan oleh kumpulan koir Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas.

LAGU GRADUAN


5

NO

Lagu Graduan itu tadi telah dinyanyikan oleh kumpulan koir institut ini dengan
anggotanya seramai 40 orang di bawah pimpinan Encik Shahril bin Abdul
Rahman, Pensyarah, Jabatan Pendidikan Muzik.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan koir Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas atas persembahan sebentar tadi.


6 ABU Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia

Yang Berbahagia,
Dato Asariah bt Meor Shaharudin,

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Mewakili Yang Berhormat Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Yang Berusaha,
Puan Darawisah binti Sayuti
Mewakili Rektor
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Yang Berusaha Encik Mohd Nor bin Usop
Mewakili Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

Yang Berusaha
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Yang Berusaha,
Encik Shaari bin Osman
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Yang Berusaha
Datuk Zulkifli bin Mohd Wazir,
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia,

Yang Berusaha

Mewakili Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Yang Dihormati,
Pengarah-Pengarah dan wakil Pengarah
Institut Pendidikan Guru

Mantan Pengetua, Pengarah dan Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,

Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
Barisan pensyarah
Para ibu bapa
Dan graduan yang diraikan sekalian.

7 NO Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri.

Yang Berbahagia dato / datin,
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis yang penuh syahdu ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Al-fadhil Ustaz Mohamed Nazri bin Mohamed Nor, untuk
memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan..

BACAAN DOA

8 ABU Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Mohamed Nazri
bin Mohamed Nor atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Yang Berbahagia Dato / Datin,
Hadirin Hadirat yang dimuliakan,

Kini,
Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman,
Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan
ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.....

UCAPAN PENGARAH

9 NO Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Noorul
Aini binti Abdul Rahman atas ucapan beliau sebentar tadi.


Yang Berbahagia Dato/Datin,
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya,majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato
Asariah binti Meor Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan untuk menyampaikan ucap
utama dalam Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas tahun
2010.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN VVIP

10 ABU Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Asariah
bt. Meor Shaharudin atas ucapan beliau sebentar tadi.
Yang Berbahagia Dato/Datin,
Sidang hadirin yang dihormati,

Untuk meneruskan majlis, dipersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman,
Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, merangkap
Penghulu Istiadat, Konvokesyen, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Tahun 2010 untuk melaksanakan pengisytiharan konvokesyen.

Dipersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman untuk menyempurnakan
majlis.
PENGHULU ISTIADAT MENYEMPURNAKAN MAJLIS

11 NO Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kini, tibalah kita ke upacara penyampaian Diploma dan Sijil Pendidikan kepada
para graduan.

Untuk itu, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan
Noorul Aini binti Abdul Rahman, menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia
Dato Asariah binti Meor Shaharudin, untuk menganugerahkan Diploma dan Sijil
kepada para graduan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan...................

BERDIRI DI PENTAS UTAMA
12 NO Sekarang, disampaikan penganugerahan untuk:

i. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Julai 2008, Pengajian Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran )
34 orang

ii. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pengajian Bahasa Inggeris
51 orang

iii. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pengajian Pendidikan Jasmani
60 orang

iv. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pengajian Pendidikan Seni Visual
40 orang

v. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pengajian Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran )
109 orang

vi. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pengajian Pemulihan Khas
88 orang

vii. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pengajian Sosial
23 orang

viii. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pendidikan Muzik
17 orang

PENYAMPAIAN DIPLOMA

13 ABU Yang Berbahagia Dato/ Datin
Sidang hadirin sekalian

Majlis berhenti rehat.

PAUSE

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan angklung
dengan iringan permainan gamelan oleh kumpulan pelajar Pendidikan Muzik dan
Pendidikan Seni Visual serta nyanyian lagu Melayu tradisional oleh Encik Yusri
bin Hussain, pensyarah dari Jabatan Pendidikan Muzik.

Dipersilakan

PERSEMBAHAN GAMELAN
NYANYIAN LAGU-LAGU TRADISIONAL MELAYU

14 NO Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan Angklung dan
kumpulan Gamelan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas yang
dipersembahkan oleh pelajar Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual
dibawah bimbingan Encik Md Said bin Bidin dan juga kepada Encik Yusri atas
persembahan nyanyian itu tadi.

15 NO Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman, menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia,Dato Asariah binti Meor
Shaharudin, bagi meneruskan penganugerahan Sijil kepada para graduan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.....................


VVIP BERDIRI DI PENTAS UTAMA


16 ABU Berikut adalah upacara penyampaian Sijil kepada para graduan :

i. Sijil Perguruan Khas Ambilan Januari 2009, Pengajian Prasekolah
17 orang

ii. Sijil Perguruan Khas Ambilan Januari 2009, Pengajian Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan
20 orang


PENYAMPAIAN SIJIL


17

NO

Sekarang diumumkan penerima-penerima anugerah graduan terbaik Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas bagi tahun 2009.

i. Anugerah Kecemerlangan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah
Rendah Ambilan Julai 2008, graduan Terbaik Kokurikulum

Dipersilakan NurHuda binti Mohd Galim, Pengajian Pendidikan Khas (
Masalah Pembelajaran )


ii. Graduan Terbaik Akademik, Praktikum dan Keseluruhan.

Wan Zanariah binti Wan Ishak, Pengajian
Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran )




BACA PROFIL ( ABU )

Wan Zanariah binti Wan Ishak adalah seorang pelajar yang berhemah,
berdisiplin, proaktif serta berbudi bahasa terhadap pensyarah dan rakan-
rakannya. Beliau sangat bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab
apabila diberi sesuatu tugasan. Beliau sering mendapat markah tertinggi di
dalam tugasan yang diberi. Selain daripada itu, beliau juga seorang pelajar
yang aktif dalam bidang sukan di peringkat sekolah dan universiti. Beliau
melibatkan diri dalam permainan bola jaring, bola baling dan bola tampar. Di
sekolah, walaupun beliau seorang guru baharu, beliau telah diberi
kepercayaan untuk memegang jawatan penting di unit-unit di bawah
Program Pendidikan Khas Integrasi.



Hadirin sekalian, Graduan Terbaik Akademik, Praktikum dan
Keseluruhandipersilakan Wan Zanariah binti Wan Ishak, Pengajian
Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran )


18 ABU i. Anugerah Kecemerlangan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah
Rendah Ambilan Januari 2009, graduan Terbaik Kokurikulum

Dipersilakan Haryani Yantisah binti Ahmad, Pengajian Pendidikan Jasmani.



ii. Graduan Terbaik Praktikum,

Dipersilakan Wan Muhamad Zailan bin Mohd Zain, Pengajian Pendidikan
Khas ( Masalah Penglihatan)


iii. Graduan Terbaik Akademik dan Terbaik Keseluruhan,

Goh Han Jian, Pengajian Sosial.






BACA PROFIL (NORA)


Goh Han Jian, calon paling sesuai untuk dinobatkan sebagai
pelajar terbaik pada tahun 2009. Beliau seorang pelajar yang
bertanggungjawab, proaktif dan gigih untuk mencapai tahap yang lebih
tinggi dalam bidang yang diceburi. Beliau amat disenangi oleh pensyarah
dan rakan-rakan. Kualiti diri yang dimiliki beliau dicerminkan melalui budi
pekerti mulia dan keyakinan diri yang tinggi. Diibaratkan sebagai terbaik
antara yang terbaik, membuktikan bahawa beliau berpotensi menjadi
seorang pendidik yang cemerlang.

Dipersilakan Goh Han Jian untuk menerima anugerah..

19 NO Seterusnya, disampaikan :

i. Anugerah Kecemerlangan Kursus Sijil Perguruan Khas, Ambilan
Januari 2009,

Graduan terbaik Projek Khas, dipersilakan Mohd Izuan bin Ibrahim,
Pengajian Pendidikan Jasmani


ii. Graduan terbaik Praktikum

Dipersilakan Wan Sahibul Bariah binti Wan Ismail, Pengajian
Pendidikan Jasmani


iii. Terbaik Akademik dan Keseluruhan

Nor Bismi Yamnun binti Jusoh@Abd Rashid,
Pengajian Pendidikan Jasmani


BACA PROFIL (ABU)

Nor Bismi Yamnun binti Jusoh@Abd Rashid ialah pelajar yang gigih,
dedikasi, komited, bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang
diamanahkan kepadanya. Sebagai seorang pelajar, beliau bersikap proaktif
dan sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik secara
berterusan. Beliau juga seorang yang berhemah tinggi, berpekerti mulia
dan sentiasa menghulurkan tangan membantu rakan-rakan seperjuangan.
Kualiti yang dimilikinya menyebabkan beliau menjadi contoh terbaik dalam
kalangan yang baik.


Graduan terbaik Akademik dan Keseluruhan, dipersilakan Nor
Bismi Yamnun binti Jusoh @ Abd Rashid, Pengajian Pendidikan
Jasmani untuk menerima anugerah.

20 ABU Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Asariah
binti Meor Shaharudin atas penyampaian anugerah Diploma dan Sijil kepada
para graduan sebentar tadi.

Majlis juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan di dewan
ini.

Yang Berbahagia Dato/Datin,
Sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Kini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Penghulu
Istiadat Konvokesyen untuk mengisytiharkan penangguhan Konvokesyen
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas tahun 2010.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

PENGHULU ISTIADAT MENANGGUHKAN MAJLIS

21 NO Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Penghulu Istiadat.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Dengan ini selesailah sudah Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu
Khas bagi Tahun 2010. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Yang Berbahagia Dato Asariah bt. Meor Shaharudin, tetamu kehormat
dan para hadirin sekalian yang telah menyerikan dan menjayakan Konvokesyen
pada pagi ini.

Sekalung penghargaan juga diberikan kepada kumpulan Wind Orchestra di
bawah pimpinan Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman serta kumpulan Muzik
Tradisional dibawah bimbingan Encik Jamaludin bin Teh Ibrahim dan juga kepada
semua pihak yang terlibat.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan

Akhir kata

Terima kasih sekalung budi,
Daripada kami seikhlas hati.

Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran, kepincangan
dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum ....

22 ABU PAUSE

Mengumumkan Yang Berbahagia DatoAsariah bt. Meor Shaharudin, Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan tetamu-tetamu Kehormat meninggalkan
dewan.

You might also like