You are on page 1of 7

1.1.

Pendahuluan [Atas][Bawah]
Masyarakat yang kemaskini ialah masyarakat yang menggunakan maklumat yang mutakhir.
Tanda-tanda sesuatu masyarakat pentingkan maklumat ialah seperti berikut: 1. Media maklumat
banyak digunakan seperti radio, televisyen, telefon dan lain-lain jenis alat elekrtronik. 2.
Bilangan suratkhabar dan pembaca akhbar ramai. 3. Maklumat senang dan murah dihantar atau
dipeerolehi. Maklumat juga cepat bergerak di antara satu tempat dengan tempat lain. 4. Bilangan
terbitan buku dan majalah baru juga banyak setiap hari. 5. Gemar membaca.
1.2. Apakah itu mengesan maklumat ? [Atas][Bawah]
Mengesan maklumat bermaksud mencari maklumat yang dikehendaki dalam sebarang sumber
yang sesuai. Ini termasuk kemahiran perpustakaan seperti menggunakan katalog dan sistem
Dewey untuk mengesan buku dan bahan bukan buku yang dikehendaki dari rak buku dengan
cepat.
Maklumat terdapat di dalam beberapa jenis dan daripada beberapa punca. Maklumat terdapat
di dalam bentuk cetakan seperti buku rujukan, ensiklopedia, laporan tahunan dan sebagainya.
Maklumat dari media cetakan yang selalu dirujuk untuk menyediakan laporan atau tugasan ialah
buku rujukan, ensiklopedia, laporan tahunan, abstrak, gazetteer dan almanak.
Setelah sumber maklumat yang dikehendaki dapat dikesan, kemahiran yang seterusnya ialah
cara menggunakan bahagian-bahagian buku dan bahan seperti daftar isi kandungan dan indeks
untuk mengesan perkara yang berkenaan. Penggunaan bahan rujukan khusus yang lain seperti
ensiklopedia, atlas serta alat teknologi maklumat yang moden seperti sistem maklumat
berkomputer juga penting. Untuk bahan bukan buku, alat-alat teknologi yang lain seperti
perakam suara atau perakam video diperlukan untuk memainkan pita audio atau pita video
masing-masing.
Kadang-kadang, kemahiran mendapatkan maklumat dari luar perpustakaan atau luar sekolah
juga diperlukan. Ini termasuk menjalankan tinjauan, temuduga atau kajian luar untuk
mendapatkan maklumat yang khusus.
1.3. Langkah-langkah mengesan maklumat. [Atas][Bawah]
Langkah-langkah mengesan maklumat boleh dibuat dengan mengikut prosedur berikut:
1. Mencari bahan di perpustakaan melalui proses melihat kad katalog untuk buku rujukan.
2. Bagi bahan-bahan lain selalunya ia tersimpan di beberapa tempat tertentu di dalam
perpustakaan. 3. Kalau tugas kita menyediakan sesuatu laporan, mungkin kita perlu merujuk
beberapa buah buku perangkaan yang memberi kita angka-angka yang diperlukan.
4. Untuk mendapat maklumat dan perangkaan dari agensi kerajaan atau swasta, kita perlu
merujuk kepada Bahagian Jurnal atau Penerbitan Berkala.
5. Semua bahan yang dirujuk perlu ada isi yang berkaitan dengan tajuk laporan yang sedang
disediakan.
6. Perangkaan tidak memberikan maklumat di dalam bentuk ayat. Oleh itu, menggunakan
perangkaan, perlu ada struktur ayat dibina untuk mencantumkan eberapa perangkaan yang tidak
boleh berdiri dengan sendiri atau bermakna sendiri. Pusat Sumber boleh dikatakan juga pusat
maklmat. Di dalamnya terdapat berbagai-bagai jenis maklumat yang tercatat atau tersimpan
dalam berbagai-bagai jenis format.
Ada maklumat yang disimpan atau tercatat dalam buku, iaitu jenis cetakan, dan ada juga yang
direkodkan di dalam pita audio, video, filem atau slaid. Cara kita mengesan buku yang ada di
atas rak ialah dengan mengikut urutan aktiviti yang berikut :
1. Tentukan apakah maklumat yang hendak dicari atau diperolehi.
2. Apabila telah memilih pusat sumber sebagai salah satu tempat mendapatkan maklumat
tersebut, pergi ke rak atau kabinet kad katalog.
3. Kalau anda tahu nama pengarang anda cari laci kad pengarang. Kalau anda tahu judul buku,
cari di laci kad judul. Salah satu punca boleh memberitahu anda sama ada buku yang dicari ada
atau tidak di perpusatakaan.
4. Catatkan maklumat buku yang ada di dalam kad katalog di atas cebisan kertas.
5. Tuju ke rak buku yang ada nombor penjelasan yang sama dengan nombor penjelasan di dalam
kad katalog.
6. Kalau buku tiada di rak, berjumpa dengan puatakawan atau pembantunya untuk menempah
buku yang dicari.
7. Kalau ada, buatkan pinjaman mengikut sistem pinjaman yang diamalkan.
Prosedur yang sama dijalankan untuk bahan bukan buku seperti pita audio, pita vieo, piring
hitam, filem dan sebagainya.
1.4. Sumber-sumber pengesanan maklumat [Atas][Bawah]
Kamus Maklumat.
Di dalam kamus ialah makna sesuatu perkataan serta cara menggunakannya. Ada juga kamus
yang memberi maklumat tentang asal usul perkaaan serta sebutan atau bunyinya. Kamus
dwibahasa juga ada memberikan makna terjemahan seperti dari bahasa Melayu ke bahasa
Inggeris dan sebaliknya.
Ensiklopedia.
Maklumat yang terperinci dan kasar juga terdapat. Ada ensiklopedia mempunyai jilid maklumat
umum atau kasar, yang disebut makro. Jika terdapat jilid yang menerangkan secara terperinci, ia
disebut ensiklopedia mikro.
Atlas.
Maklumat di atlas asasnya ialah maklumat geografi. Kita akan memperolehi maklumat tentang
nama negeri nama bandar, nama laut, nama gunung, nama selat, nama kawasan dan bentuk muka
bumi yang lain. Daripada atlas juga terdapat maklumat tentang pertanian, perlombongan,
pengangkutan, taburan penduduk, kedudukan sesuatu tempat di garisan bujur dan lintang dan
sebagainya.
Buku Tahunan.
Buku Tahunan mengandungi maklumat tentang sesebuah negeri atau bidang di dalam sesuatu
tahun. Contohnya, buku Information Malaysia: 1986 Yearbook.
Almanak.
Almanak ialah buku yang mengandungi banyak maklumat yang berbagai-bagai dan kemaskini.
Ia mengandungi maklumat yang lebih kemaskini dari ensiklopedia. Ia juga mengandungi
perangkaan, carta, ringkasan dalam semua bidang. Maklumat di Almanak disusun mengikut
bentuk yang sama dengan Buku Tahunan.
Buku Panduan Telefon.
Maklumat daripada buku panduan telefon berkaitan dengan nombor telefon, nama pemilik,
nombor tersebut serta alamat rumah pemilik.
Graf.
Membaca graf garisan memerlukan pengetahuan tentang skala. Kita juga perlu tahu membaca
maklumat di paksi X dan paksi Y. Sukatan dan maklumat yang ada di paksi X dan paksi Y
tercatat di sebelah kedua-dua paksi. Membaca graf pai pula dijalankan dengan melihat sektor-
sektor yang ada di dalam grf pai. Di dalam sektor ini ada label dan nilai. Baca label dan nilai
untuk mengetahui sesuatu maklumat seperti jumlah dagangan, jumlah penduduk, peratus
golongan bandar dan luar bandar dan sebagainya.
Carta Maklumat.
Daripada carta boleh dikesan dengan membaca apa yang ada di dalam carta. Kadangkala ia
memberi meklumat tunggal. Banyak carta memberi maklumat yang berkaitan.
Peta.
Di dalam peta terdapat beberapa jenis maklumat. Apabila membaca peta seperti peta topo, kita
perlu mengetahui makna simbol atau lambang yang ada dalam peta. Kita juga perlu tahu makna
sesuatu warna dan saiz skalanya. Semua maklumat ini ada di dalam ruangan petunjuk. Petunjuk
dan skala terdapat di bahagian tepi bawah peta. Begitu juga arah angin. Kalau tiada arah angin,
peta itu mempunyai arah utara di sebelah atas dan barat di sebelah kiri pembaca. Untuk mencari
tempat seperti bandar gunakan garisan bujur atau lintang atau panduan grid bagi peta topo jika
soalan mencari tempat disediakan dengan bacaan grid.
Gambar.
Sekeping gambar mengandungi banyak maklumat. Maklumat di gambar boleh dikesan dengan
melihat bentuk, rupa atau warna yang ada di dalam gambar itu. Selepas dapat mengesan bentuk
atau rupa, barulah kita menceritakan tentang ciri sesuatu bentuk, rupa atau warna sesuatu benda.
Kita boleh buat lakaran di atas kertas berasaskan kepada rupa bentuk dan kedudukan sesuatu
benda yang ada di dalam gambar.
Majalah.
Ia bermula dengan mencari tempat dan nama majalah. Senarai makalah yang ada di perpustakaan
perlu dibaca dahulu untk mengetahui kehadiran sesuatu makalah atau majalah. Mungkin ia
disimpan secara terbuka di rak-rak majalah atau ia perlu diminta dari pustakawan. Penuhkan
borang khas untuk mendapatkan majalah dari simpanan tertutup. Baca isi kandungan serta
bilangan muka suratnya untuk mendapat muka surat di mana sesuatu penulisan itu dicetak.
Senarai kandungan ini boleh terdapat di halaman luar kulit depan atau kulit belakang. Ia juga
boleh terdapat di halaman judul majalah itu sendiri.
Indeks.
Indeks merupakan himpunan senarai bahan seperti buku, majalah, akhbar dan bahan-bahan
cetakan dan bahan cetakan yang lain. Ia memberikan pengguna mengesan dengan cepat butiran
berkenaan dengan satu jenis bahan. Di pusat sumber terdapat banyak jenis indeks. Antaranya
ialah indeks majalah seperti Popular Perriodical index.Dari indeks majalah contohnya, kita boleh
mengesan nama majalah, tarikh diterbitkan, iaitu tahun atau bulan. Tahun, bulan dan juga nama
majalah dan akhbar boleh jadi ditulis secara ringkasan sahaja. Dari indeks anda boleh juga
mendapat maklumat tentang nombor jilid. Indeks majalah mengandungi juga nombor penjelasan.
Ini terdapat di dalam indeks majalah Malaysia, keluaran Perpustakaan Negara Malaysia. Ia
dikelaskan mengikut bahagian atau seksi dan perkara.
Bibliografi.
Maklumat yang ada di dalam bibliografi lengkap dengan nama pengarang, judul, penerbit,
tempat terbitan, tarikh terbitan, saiz buku, bilangan muka surat, harga dan juga jenis jilidan (kulit
tebal atau kulit nipis). Di dalam bibliografi am seperti bibliografi Negara Malaysia, ada seksi
yang memuatkan indeks pengarang, judul dan siri. Indeks pengarang disusun mengikut abjad.
Begitu juga perkara. Ini boleh dikatakan sebagai bibliografi ama tetapi disusun mengikut nama
pengarang dan perkara. Bagi bibliografi khas ia hanya menyediakan butiran buku bagi sesuatu
bidang sahaja sseperti bibliografi teknologi, bibliografi sejarah dan sebagainya. Kalau kita
hendak mengesan bidang tertentu kita boleh merujuk kepada bibliografi khas ini.
1.5. Refleksi [Atas][Bawah]
Mengesan maklumat bermaksud mencari maklumat yang dikehendaki dalam sebarang sumber
yang sesuai. Ini termasuklah kemahiran perpustakaan seperti menggunakan katalog dan sistem
Dewey untuk mengesan buku dan bahan bukan buku yang dikehendaki dari rak buku dengan
cepat.
Setelah sumber yang dikehendaki dapat dikesan, kemahiran yang seterusnya ialah cara
menggunakan bahagian-bahagian buku dan bahan-bahan seperti daftar isi kandungan dan indeks
untuk mengesan perkara yang berkenaan. Penggunaan bahan rujukan khusus yang lain seperti
ensaiklopedia, atlas serta alat teknologi maklumat yang moden seperti sistem maklumat
berkomputer juga penting. Untuk bahan bukan buku, alat-alat teknologi yang lain seperti
perakam suara atau perakam video diperlukan untuk memainkan pita audio atau pita video
masing-masing. Oleh itu, pelajar juga perlu diajar cara-cara menggunakan alat-alat rujukan
khusus dan alat- alat teknologi pendidikan tersebut. Kadang-kadang, kemahiran mendapatkan
maklumat dari luar perpustakaan atau luar sekolah juga diperlukan. Ini termasuk menjalankan
tinjauan, interbiu atau kajian luar untuk mendapatkan maklumat yang khusus. Kajian-kajian telah
menunjukkan bahawa pelajar dapat menguasai kemahiran mengesan maklumat dengan berjaya,
khususnya selepas mereka mendapati bahawa kemahiran ini dapat membantu mereka dalam
pelajaran mereka ( Wray, 1985 ).
2. KEMAHIRAN MENILAI MAKLUMAT
2.1. Pengenalan [Atas][Bawah]
Pada umumnya, maklumat pada masa ini adalah terlampau banyak dan mudah diperolehi
terutamanya dengan adanya lebuhraya maklumat. Maklumat-maklumat ini perlu dipilih, diproses
dan dinilai sebelum ia dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh pengguna. Setiap hari
berjuta-juta tranksaksi maklumat dilakukan dalam pelbagai urusan. Berjuta-juta maklumat
diproses dan dikeluarkan setiap minit di merata dunia. Hasil dari ledakan maklumat ini, maka
teknologi maklumat menjadi sangat penting bagi manusia. Teknologi untuk mengumpul
maklumat dengan tepat, memproses data dengan cekap dan teknologi menghantar maklumat
dengan cepat sangat diperlukan untuk membantu manusia menguruskan jutaan maklumat masa
kini. Oleh itu secara ringkasnya boleh dikatakan sebelum sesuatu maklumat dapat digunakan
atau dipersembahkan, maklumat berkenaan mesti melalui beberapa peringkat proses seperti
dianalisis, disintesis, ditaksir dan dinilai oleh pengguna. Oleh itu boleh dikatakan bahawa
maklumat itu sendiri tidak mempunyai sebarang nilai. Nilai maklumat adalah bergantung kepada
pengguna. Ini adalah kerana maklumat ini mungkin berguna untuk pengguna A tetapi sebaliknya
bagi pengguna B.
2.2. Definisi Kemahiran Maklumat. [Atas][Bawah]
Kemahiran didefinisikan sebagai kebolehan, kecekapan atau kepandaian untuk melakukan
sesuatu perkara. Maklumat pula dapat didefinisikan sebagai keterangan atau butiran-butiran yang
berguna atau mempunyai maksud tertentu bagi seseorang yang memilikinya. Oleh itu kemahiran
maklumat dapatlah diberi maksud sebagai kebolehan atau kemampuan seseorang memperolehi
dan menggunakan maklumat. Kemahiran ini amat penting sekali kerana dalam zaman teknologi
moden ini, dunia kita terdedah kepada ledakan maklumat. Oleh itu kemahiran ini dapat
membantu seseorang itu mencari atau memperolehi maklumat dari pelbagai sumber seperti alat
elektronik, sumber primer, perpustakaan, agensi-agensi persendirian atau kerajaan dan
sebagainya. Kemudian maklumat ini dinilai dan digunakan semula.
2.3. Definisi Penilaian. [Atas][Bawah]
Penilaian boleh didefinisikan sebagai membuat pertimbangan mengenai nilai, idea- idea, kerja,
penyelesaian, kaedah, bahan dan sebagainya untuk beberapa tujuan tertentu. Penilaian
melibatkan penggunaan kriteria dan juga standard-standard untuk menilai sejauh mana
sesuatu perkara itu tepat, berkesan, ekonomi atau memuaskan.
2.4. Kriteria Menilai Maklumat. [Atas][Bawah]
Secara umumnya terdapat lima kriteria yang boleh digunakan untuk menilai sesuatu maklumat.
Antara kriteria-kriteria ini ialah :
2.4.1. Autoriti ( Authority ) - Autoriti dapat dilihat daripada dua segi iaitu pihak yang berkuasa
atau bertanggung jawab dan pengarang ( author ). Hanya maklumat-maklumat yang diperolehi
daripada sumber yang beroutoriti sahaja dapat diterima mengenai kesahan dan
kebolehpercayaannya. Sebagai contohnya kalau Profesor Ungku Aziz menerbitkan sebuah buku
yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi negara. Maka pendapat dan cadangannya akan diterima
oleh kebanyakan pihak kerana ini adalah bidang beliau. Sebaliknya kalau beliau membincangkan
perkembangan sukan, ini mungkin akan menimbulkan keraguan banyak pihak. Disenaraikan
beberapa panduan yang dapat membantu, antaranya ialah : Siapa penulis dan dari manakah dia
memperolehi sumber ? Apakah isu yang dibincangkan dan adakah ini merupakan bidangnya ?
Apakah sumber rujukannya ? Adakah maklumat itu dituliskan oleh dia sendiri atau cedok
daripada sumber lain ?
2.4.2. Ketepatan Maklumat - Maklumat yang hendak disampaikan mesti tepat supaya dapat
memberi maklumat yang berguna dan memberi manfaat kepada pihak yang menggunakannya.
Dengan lain perkataan, maklumat yang tepat adalah maklumat yang bebas daripada sebarang
kekurangan atau kesilapan supaya dapat menolong dalam membuat keputusan. Sebagai contoh,
perangkaan atau statistik yang diperolehi daripada kajian atau penyelidikan dibuat hendaklah
dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai tujuan penyelidikan yang dijalankan.
2.4.3. Saksama ( Impartiality ) Maklumat-maklumat hendak memenuhi objektif pengguna. Ini
adalah penting untuk memastikan bahawa maklumat itu dapat menolong pengguna
menyelesaikan masalah ataupun membuat keputusan. Maklumat yang dapat memenuhi obektif
ialah maklumat yang tidak mempunyai sifat bias kerana dengan adanya sifat ini maka
seseorang atau pihak akan mementingkan kepentingan diri.
2.4.4. Nilai Semasa ( Currency ) Maklumat- maklumat yang kemaskini ( up to date ) adalah amat
penting sekali. Faktor masa memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan
maklumat yang diterima. Maklumat yang semakin lama ( dari tempoh perolehan ) , maka
keesahan dan kebolehpercayanya semakin rendah. Oleh itu antara perkara yang perlu
diperhatikan ialah : Tarikh terbitan ? Tarikh pengumpulan maklumat. Edisi yang ke berapa ?
2.4.5. Lengkap dan Jelas ( Coverage ) Maklumat-maklumat hendaklah memberi satu gambaran
yang jelas dan lengkap mengenai sesuatu perkara. Maklumat-maklumat ini mestilah meliputi
semua bidang yang berkaitan. Ini termasuklah mengenai maklumat-maklumat tambahan. Yang
penting sekali ialah maklumat-maklumat ini hendaklah sentiasa konsisten.
2.5. Ciri-ciri Maklumat Yang Baik [Atas][Bawah]
2.5.1. Tepat ( Accurate ) Maklumat yang tepat dapat menolong pengguna membuat keputusan
atau menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana dengan maklumat yang tepat, pengguna tidak
perlu lagi membuat perbandingan dengan maklumat dari sumber lain. Semakin tepat maklumat
yang diperolehi, maka semakin rendah risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna.
2.5.2. Cepat ( Timeless ) Maklumat mestilah mudah dicapai apabila diperlukan. Cepat atau
lambat memperolehi maklumat yang tepat akan menyebabkan pelbagai implikasi. Maklumat
yang dapat diperolehi dengan cepat dan tepat akan membolehkan pengguna memperolehi
keuntungan atau manfaat yang besar dan sebaliknya jika maklumat yang lambat diperolehi, maka
besar kemungkinan maklumat itu sudah lapuk dan tidak memberi makna lagi.
2.5.3. Lengkap ( Completeness ) Tidak berlaku keadaan yang bertaburan di merata tempat.
Maklumat yang lengkap dapat menjimatkan masa pengurusan maklumat. Maklumat yang
lengkap dan tersusun dapat membantu dan menjimatkan masa untuk pengguna mambuat
keputusan atau menyelesaikan masalah.
2.5.4. Ringkas ( Conciseness ) Maklumat hendaklah ringkas, penting untuk menjimatkan masa.
Pengguna tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan bertepatan waktu tanpa maklumat yang
cukup. Walau bagaimanapun, maklumat yang dibekalkan hendaklah tepat dan ringkas. Kuantiti
maklumat yang terlampau banyak hanya akan membebankan pengguna.
2.5.5. Berkaitan ( Relevancy ) Maklumat itu hendaklah berasakan need-to-know. Maklumat yang
diterima oleh pengguna mesti mempunyai kaitannya dengan tanggung jawab dan tujuan
pengguna. Maklumat yang tidak releven hanya akan menyebabkan kelewatan memperoses
maklumat, oleh itu penilaian dan keputusan juga akan lambat tercapai.
2.6. Refleksi [Atas][Bawah]
Kemahiran menilai maklumat sangat penting kerana ia merupakan proses menentukan sama ada
sesuatu maklumat yang diperolehi berguna atau tidak. Di bawah adalah satu contoh mengenai
langkah-langkah yang dicadangkan bagi menilai fakta atau pendapat dalam sesuatu bacaan atau
rujukan. Di antaranya ialah : lihat ayat-ayat yang menerangkan tentang sesuatu perkara tanpa
memberi pendapat. perhatikan perkataan atau ayat-ayat yang memberi bayangan pendapat.
sekiranya penulis memberi asas rujukan untuk menjelaskan penemuan mereka, pastikan punca-
punca sumbernya boleh dipercayai. pastikan fakta-fakta yang diberikan mempunyai bukti
kesahihannya.
Kemahiran manilai maklumat bukan sahaja digunakan untuk menilai teks pada masa kini.
Dengan ledakan maklumat yang berlaku sekarang, maka kemahiran menilai maklumat ini amat
penting diamalkan dari semua aspek atau sumber maklumat. Oleh itu dalam menilai maklumat
yang diperolehi benar-benar dapat menolong kita membuat keputusan ataupun menyelesaikan
masalah.

You might also like