You are on page 1of 10

BML 3063

SINTAKSIS BAHASA MELAYU



Tajuk: Analisis Ayat Bahasa Melayu


HALIMATON SAADIAH BINTI AHMAD (D20112052752)
KUMPULAN UPSI 07
A132 PJJ
SEK.REN.,KOHORT 3,
SEM. 2,SESI 2013/2014

PENSYARAH
DR. IDRIS BIN MOHD.RADZI
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU
a)Pendahuluan
Definisi Sintaksis
Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi
ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang
menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ringkasnya, bidang sintaksis
membincangkan tentang hal berkaitan ayat. Sebelum itu, perlu kita fahami tentang konsep ayat
terlebih dahulu.
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Unit-unit asas yang membentuk ayat ini terdiri daripada unsur kata, subjek (pelaku) dan predikat
(perkara yang dilakukan).
Bagi contoh bidang-bidang sintaksis, saya telah menyediakan bahan yang terdiri daripada
ayat majmuk gabungan, jenis ayat dan ragam ayat. Sintaksis bermaksud proses pembentukan
kata. Proses pembentukan kata dapat dijalankan seperti yang berikut:

a) Penambahan
Penambahan kata melalui proses penambahan adalah dengan memberi penambahan
kepada kata akar satu suku kata dengan perkataan yang lain yang terdiri daripada satu
suku kata juga. Misalnya, kata akar satu suku merujuk benda- benda yang berbentuk
bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk merujuk benda-benda
tertentu. Sebagai contoh:
bu+lat= bulat
bu+kit=bukit
bu+lan=bulan
b) Analogi
Pembentukan kata melalui proses analogi adalah dengan mengkiaskan kata baru dengan
bentuk kata yang telah sedia ada yang digunakan sejak dahulu kemudian memlalui proses
analogi dicipta pula bentuk-bentuk seperti tatahias, tatatertib dan tatacara. Contoh-contoh
perkataan yang mengalami proses ini adalah:
jurumudi jurutulis, juruwang, jurukira
lelabah cecincin, gegelang, jejari
prasangka prasarana, prasekolah, praujian

c) Pemberian makna khusus
Istilah ini dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu de=iberi
makna khusus. Cotohnya, perkataan surih pada asalnya bermaksud bekas atau kesan oleh
sesuatu. Tetapi dengan pemberian makna khusus surih bermaksud meniru atau melukis
peta.

d) Penciptaan
Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baru dihasilkan tanpa
disandarkan kepada apa-apa yang wujud. Dalam proses ini, perkataan yang dicipta
berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau dikiaskan kepada benda.
Contohnya, kiwi yang merujuk kepada jenis burung di New Zealand. Dari perkataan
kiwi tercipta pula perkataan mengiwi yang membawa maksud menggilap atau
mengilatkan kasut.
e) Penggemblengan
Perkataaan yang dibentuk melalui proses penggemblengan adalah dengan cara
menggabungkan dua kata atau lebih, dan menggugurkan bahgian yang lain daripada kata
itu. Misalnya, penggemblengan perkataan kumpulan gitar rancak menjadi kugiran.
Penggemblengan ini masih dilakukan pada hari ini seperti contoh:
Bernama Berita Nasional Malaysia
Proton Perusahaan Otomobil Nasional
Mara Majlis Amanah Rakyat

f) Akronim
Proses Akronim adalah cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang
kebanyakkannya terdri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan disebut sebagai satu
kata yang wajar. Sebagai contoh:
ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia
LUTH Lembaga Urusan Tabung Haji
PKNS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

g) Perluasan Kuasa
Perkataaan yang dibentuk melalui proses ini adalah cara mengambil kata-kata yang telah
sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Misalnya
perkataan family dalam bahasa Inggeris bermaksud keluarga. Tetapi perkataan ini
diperluas menjadi family.
h) Penyingkiran
Melalui Proses ini, perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering dianggap
sebagai satu perkataan. Contohnya:
Prof. Professor
Dr. Doktor
T.V. Televisyen
Y.M. Yang Mulia

i) Peleburan Fonem
Proses ini adalah cara menggabungkan perkataan menjadi satu kata dengan meleburkan
bebrapa fonemnya seperti contoh berikut:
benda+alir=bendalir

j) Penyempitan makna
Kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada dan
disempitkan maknya merujuk kepada yang lebih umum. Mislannya, Tuan uteri
mempunyai makna yang khusus kepada wanita bangsawan


k) Peminjaman Kata
Proses peminjaman kata sangat meluas digunakan dalam Bahasa Melayu. Istilah itu tidak
terdapat dapat dalam bahasa Melayu sepeti contoh:
honey moon Bulan madu
Margerin marjerin
Kontigent Kontijrent

Selain itu Sintaksis juga mempunyai bahagia- bahagian seperti berikut:
a. Binaan ayat dasar
b. Pola-Pola Dasar ayat- ayat Bahasa Melayu
c. Jenis-jenis ayat Bahasa Malaysia.

a) Binaan ayat dasar
Ayat dasar adalah ayat inti dimana ayat yang terbentuk dari unsure-unsur utama yang wajib
yakni yang tidak mengandungi sebaran keterangan di dalamnya.
Setiap ayat dasar mengandungi satu objek dan satu predikat. Subjek boleh terbina dengan
perkataan ganti nama, kata kerja, dan kata sifat. Sebagai contoh:
-Maria/orang melayu
-Muatan/ itu berat
-Dia/ jatuh
-Bercakap/ mudah
Menulis/ kegemaran saya.

Sama seperti halnya dengan Subjek yang dibina oleh perkataan golongan tertentu. Predikat
adalah suatu ayat yang tergolong dalam perkataan nama, kata kerja, dan kata sifat. Sebagai
contoh:
-Mereka itu/ dua orang
-Itu/ rumah
-Yang itu/ di atas
-Adik/ Melaka

b) Polar dasar ayat- ayat Bahasa Melayu
Pola-pola dasar mempunyai maksud yang sama dengan pola-pola ayat inti Bahasa Malaysia.
Pada umumnya, pola-pola dasar Bahasa Malaysia adalah seperti berikut:
(a) Pola Subjek Nama Predikat Nama
-Itu (ialah) Ali
-Perempuan itu/guru besar
-Ayah saya/seorang pekerja

(b) Pola Subjek Nama Predikat Sifat
-Yang ini/besar
-Budak itu/pandai
-Kucing saya/gemuk



(c) Pola subjek nama predikat kopula
-Tuhan/ada
-Makanan/ada
-Orang itu/ada wang
(d) Pola subjek nama predikat rangkai kata
Pola ini mengandungi predikat yang diisi oleh rangkai kata depan, seperti yang berikut:
-Ayah/dirumah
-Wang itu/pada ibu
-Benda itu/di atas meja
(e) Pola subjek nama dengan predikat kata kerja tak transitif
Ayat pola ini mempunyai predikatnya yang mengandungi kata kerja tak transitif. Misalnya:
-Ayah/tidur
-Lembu itu/menangis
-Mereka/bertengkar
-Kakak/terjatuh ke dalam sungai
Contoh ayat dengan dua penyambut adalah seperti berikut:
-Saya/membacakan nenek cerita itu
-Budak itu/menuliskan datuknya surat
-Nenekku/menamakan cucunya Maznah
-Kami/menghadiahkan guru sebuah jam tangan.


c) Jenis- jenis ayat Bahasa Malaysia
(a) Ayat aktif
-Ayat aktif transitif
Ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan penyambung
dalam rangkai kata predikatnya. Sebagai contoh:
*Ahli Parlimen sebuah parti pembangkang telah membidas kenyataan Perdana Menteri.
*Bidasannya itu tidak menguntungkan Negara sama sekali
*Seorang pun tidak berani mempertahankan kebenaran maksud tafsiran ulama dari Kedah
itu.
-Ayat aktif tak transitif
Ayat aktif tdalah tak transitif ayat yang predikatnya mempunyai kata kerja yang tidak mengambil
sebarang penyambut sesudahnya. Contoh ayat ini adalah:
*seekor anak kerbau sedang berdiri di tengah-tengah sawah di sana.
*Dua orang Perempuan sedang bercakaran dekat bangunan itu
b) Ayat Pasif
Ayat pasif adalah ayat yang mempunyai kata kerja pasif dalam rangkai kata redikatnya. Ayat
pasif merupakan ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif. Sebagai contoh:
*Bayang-bayang pun tidak kelihatan sampai hari ini.
*Surat rahsia itu sudah terbaca oleh Ali
*Tikus-tikus habis di tangkap kucing
*Buah itu dibelinya dua biji.
*Baju ayah belum berjahit lagi.

Kesimpulan

Kesimpulannya, ayat terbentuk daripada konstituen klausa. Ayat mengandungi unsur klausa yang
terdiri daripada frasa, dan frasa pula terbentuk daripada perkataan. Oleh sebab bilangan ayat
yang dapat dibentuk dalam sesuatu bahasa itu tidak terhad, maka dapat diduga bahawa binaan-
binaan ayat yang wujud dalam sesuatu bahasa itu terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan
ragam. Salah satu kaedah menjeniskan ayat adalah dengan melihat bilangan klausa yang
terkandung dalam sesuatu ayat itu. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan
dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas
binaannya, maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada
beberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu
bahasa. Daripada pola-pola ayat itulah terbit ayat yang lain sama ada ayat tunggal atau ayat
majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

You might also like