You are on page 1of 1

Pengenalan

WAj 3073 Seni dalam Pendidikan merupakan subjek yang memberi pengenalan kepada
kepentingan seni dalam pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan
kanak- kanak untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeruluh dan menyeronokkan.
Secara umumnya, seni dalam pendidikan boleh merangkumi bidang- bidang seperti
muzik, puisi, tarian, fotografi dan sebagainya. Mata pelajaran ini telah menyeruluh tiga bidang
utama iaiu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam usaha memperkembangkan lagi potensi
kanak- kanak. Dalam seni visualnya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan
merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Smentara itu, seni music pula lebih
menekan kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengarinya.
Seni dalam pendidikan memainkan peranan yang penting kea rah perkembangan
kanak- kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamat yang
perdana adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan
kesenian, berjiwa kreatif dan inovatif, dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pergabungan ketiga0
tiga aspek seni bidang juga dapat membantu membentuk insane yang bersifat holistic dalam
semua aspek.
Untuk kerja kursus ini, tugasan merangkumi dua bahagian. Bahagian pertama
merupakan pengumpulan maklumat iaitu menyedia satu portfolio yang mempunyai maklumat
tentang kemahiran asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan.Manakala, bagi bahagian
kedua ialah penulisan Akademik. Guru pelatih perlu mengetahui teori konstructivisme dan
mengaplikasikan ke dalam subjek major.
Secara keseluruhannya, tugasan ini sememangnya memberi seribu satu manfaat yang
berguna bertujuan sebagai langkah persediaan awal untuk melengkapkan diri saya dan rakan-
rakan supaya menjadi guru yang cemerlang, kreatif dan inovatif.

You might also like