You are on page 1of 13

Isi Kandungan

Generasi bahasa pengaturcaraan................................................................2


GENERASI PERTAMA: BAHASA MESIN (1945)....................................................................2
GENERASI KEDUA: BAHASA HIMPUNAN (PERTENGAHAN 1950AN)...................................2
GENERASI KETIGA: BAHASA PERINGKAT TINGGI (AWAL 1960AN)....................................2
GENERASI KEEMPAT: BAHASA PERINGKAT TINGGI............................................................3
GENERASI KELIMA - BAHASA TABIE.................................................................................3

Jenis bahasa pengaturcaraan.......................................................................4


PENGATURCARAAN LINEAR...............................................................................................4
PENGATURCARAAN PROSIDURAL......................................................................................4
PENGATURCARAAN STRUKTUR.........................................................................................4
PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK..................................................................4

Bahasa pengaturcaraan berprosedur dan tidak berprosedur..................6


PENGATURCARAAN BERPROSEDUR...................................................................................6
PENGATURCARAAN TIDAK BERPROSEDUR........................................................................7

Elemen-elemen bahasa pengaturcaraan c++..............................................8


LAYOUT ATURCARA C++...................................................................................................8
JENIS DATA DAN CONVERSION DI DALAM C++..................................................................8
CONSTANTS ATAU PEMALAR.............................................................................................8
FUNGSI DAN PARAMETER (FUNCTIONS AND PARAMETERS)...............................................9
ARITHMETIC, LOGIK, DAN KEUTAMAAN (PRECEDENCE)...................................................9
INPUT DAN OUTPUT.........................................................................................................10
PERNYATAAN IF DAN SWITCH..........................................................................................10
FOR, WHILE, DAN DO-WHILE...........................................................................................11
STRUCTS..........................................................................................................................11
KELAS C++(C++ CLASSES).............................................................................................12
COPYRIGHTS...................................................................................................................13

Generasi Bahasa Pengaturcaraan


Generasi Pertama: Bahasa Mesin (1945)
Bahasa mesin merupakan bahasa asas bagi komputer dengan perwakilan data sebagai 0
dan 1. Aturcara bahasa mesin berbeza dari sebuah komputer ke komputer yang lian, iaitu
bersandarkan kepada mesin.
Generasi Kedua: Bahasa Himpunan (Pertengahan 1950an)
Bahasa himpunan adalah bahasa aras rendah yang membenarkan seseorang pengaturcara
menggunakan ringkasan atau singkatan perkataan yang mudah diingati berbanding
nombor-nombor. Oleh kerana komputer hanya boleh melaksanakan aturara dalam bahasa
mesin, penterjemah bahasa diperlukan jika aturcara ditulis dalam bahasa lain.
Penterjemah bahasa adalah sejenis perisian sistem yang menterjemah aturcara yang
ditulis dalam bahasa generasi kedua, ketiga atau lebih tinggi ke dalam bahasa mesin.
Terdapat 3 jenis penterjemah bahasa iaitu:
a) Penghimpun
b) Pengkompil
c) Pentafsir
Generasi Ketiga: Bahasa Peringkat Tinggi (Awal 1960an)
Bahasa peringkat tinggi atau bahasa generasi ketiga adalah bahasa seakan bahasa
Inggeris. Contohnya COBOL yang digunakan dalam aplikasi bisnes, Fortran, Basic,
Pascal, C dan Ada. Bahasa ini tidak bersandar kepada mesin, iaitu ia boleh digunakan
pada lebih daripada satu jenis komputer. Penterjemah bahasa peringkat tinggi bergantung
kepada bahasa yang digunakan samaada suatu pengkompil atau pentafsir.
a) Pengkompil - Penterjemah bahasa yang menukar keseluruhan aturcara bahasa
peringkat tinggi ke dalam bahasa mesin untuk perlaksanaan kemudian. Bahasa peringkat
tinggi dipanggil kod sumber dimana pengkompil akan menterjemahkan kedalam bahasa
mesin yang akan dipanggil kod objek. Kod objek ini boleh disimpan dan digunakan bagi
perlaksanaan. Contoh-contoh bahasa pengaturcaraan yang menggunakan pengkompil
adalah Cobol, Fortran dan Pascal.
b) Pentafsir - Penterjemah bahasa yang menukar setiap penyataan bahasa peringkat tinggi
ke dalam bahasa mesin dan melaksanakannya secara segera bagi setiap penyataan demi

penyataan. Tiada kod objek disimpan tidak seperti pengkompil. Contoh bahasa yang
menggunakan pentafsir adalah Basic.
Generasi Keempat: Bahasa peringkat Tinggi
Bahasa peringkat tertinggi atau bahasa generasi keempat dikenali juga dengan nama 4GL.
Ia lebih berorientasikan pengguna dan membenarkan pengaturcara untuk membangunkan
aturcara dengan sedikit arahan berbanding dengan bahasa generasi ketiga. 4GL juga
dipanggil bahasa tak berprosedur kerana pengaturcara boleh menulis aturcara lengkap
yang hanya perlu memberitahu komputer apa yang hendak dilakukan sahaja, dan tidak
perlu menyatakan semua prosedur bagi melakukannya.
Bahasa peringkat ini mempunyai tujuan-tujuan khas kepada pengguna seperti:
a) Penjana laporan - Penjana laporan dipanggil juga penulis laporan. Ia adalah aturcara
bagi pengguna akhir yang digunakan untuk menghasilkan laporan.
b) Bahasa pertanyaan - Bahasa pertanyaan adalah bahasa yang mudak digunakan untuk
mendapatkan semula data daripada sistem pengurusan pangkalan data.
c) Penjana Applikasi - Penjana applikasi adalah alat pengaturcaraan yang membenarkan
seseorang memberi data secara terperinci penerangan data yang diperlukan untuk
diproses. Perisian kemudia menjana kod yang diperlukan untuk menghasilkan aturcara
bagi melakukan kerja-kerjanya. Kebaikannya, pengarucara tidak perlu menentukan
bagaimana sepatutnya diproses. Contoh, sistem pengurusan pankalan data berhubungan
Nomad dan Focus.
Generasi Kelima - Bahasa Tabie
Bahas tabie atau bahasa genarasi kelima terdiri daripada dua jenis:
a) Bahasa manusia - English, Spanish, dan lain-lain.
b) Bahasa pengaturcaraan yang menggunakan bahasa manusia untuk membolehkan
manusia berhubung dengan komputer.
Bahasa tabie adalah sebahagian daripada bidang kepintaran buatan. Kepintaraan buatan
adalah sekumpulan teknologi yang berkaitan, yang cuba untuk membangunkan mesin
bagi menjejak kualiti seperti manusia. Contoh-contohnya pembelajaran, penaakulan,
berkomunikasi dan mendengar.

Jenis Bahasa Pengaturcaraan


Pengaturcaraan Linear
Kod aturcara berjujukan. Aturcara dikawal melalui lompatan dan blok aturcara akan
disalin semula untuk kegunaan yang berulang. Pengaturcaraan linear sesuai akan disalin
semula untuk kegunaan yang berulang. Pengarucaraan linear sesuai untuk aturcara
pendek dan kesemua datanya adalah sejagat. Ia sukar untuk diselenggarakan. Contoh
bahasa pengaturcaraan linear adalah versi awal BASIC.
Pengaturcaraan Prosidural
Aturcara dibahagikan kepada subrutin (subroutines). Aturcara dikawal oleh lompatan dan
dipanggil di subrutin. Subrutin adalah abstrak untuk mengelakkan perulangan.
Pengaturcaraan prosidural sesuai untuk aturcara yang bersaiz sederhana. Kesemua
datanya adalah sejagat. Ia sukar untuk diselenggarakan. Contoh bahasa pengaturcaraan
prosidural adalah FORTRAN, COBOL.
Pengaturcaraan Struktur
Aturcara dipecahkan kepada prosedur individu yang akan melaksanakan tugas yang
berlainan. Prosedur tersebut tidak digalakkan bergantungan diantara satu sama lain.
Prosedur mempunyai data setempat dan logik sendiri. Maklumat dihantar kepada
prosedur melalui parameter. Ini membolehkan skop data dikawal. Penggunaan fungsi
abstrak dan konsep pengisytiharan jenis data pengguna diperkenalkan. Ia mampu
membangun dan menyelenggara aturcara yang besar dengan pantas dan mudah. Contoh
pengaturcaraan berstruktur adalah Pascal, C.
Pengaturcaraan Berorientasikan Objek
Satu perkembangan paradigma pengaturcaraan struktur. Data abstrak diperkenalkan.
Aturcara direkabentuk dengan mengambil kira bagaimana data akan dikendalikan. Jenis
data dan operasi yang akan dilaksanakan ke atasnya dikumpulkan di dalam satu
kumpulan. Hubungan boleh dijanakan diantara jenis data berlainan jenis yang hampir
serupa. Pengatucaraan berorientasikan objek membenarkan data atau operasi baru dibina
daripada yang sedia ada. Aplikasi boleh dimodelkan dalam persekitran semulajadi yang
mencerminkan dunia sebenar. Skop tindakan data dan funsi ke atas data dikawal dengan
ketat. Kesan perubahan jenis data adalah di dalam lingkungan fungsi capaian yang

diisytiharkan. Contoh bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek adalah C++, JAVA,


SmallTalk.

Bahasa Pengaturcaraan Berprosedur Dan


Tidak Berprosedur
Pengaturcaraan Berprosedur
Pengaturcaraan berprosedur adalah pendekatan bagi masalah besar dan sederhana. Ia
menggunakan dua pendekatan, iaitu rekebentuk atas-bawah yang mudah sahaja.
Rekabentuknya adalah seperti carta struktur atau hirarki. Rekabentuk atas-bawah
membawa kepada rekabentuk berprosedur. Hasil terakhir adalah sebilangan prosedur
(atau dikenali juga sebagai modul) mudah bercirikan:

Suatu modul sepatutnya melaksanakan satu proses tunggal, tersendiri daripada aspek
logik dan mudah difahami.
Modul sepatutnya tidak bersandaran.
Modul sepatutnya agak ringkas.

Bahasa pengaturcaraan berprosedur mendapat nama daripada paradigm untuk


menyatakan bagaimana kelakuan komputer terhadap sesuatu set arahan. Ini adalah suatu
cara dimana ia menggambarkan apa yang harus dilakukan oleh komputer untuk mencapai
sesuatu tugas atau hasil.
Kelakuan atau behaviour ini boleh dinyatakan dalam bentuk formula dan fungsi seperti
mana dalam bahasa pengaturcaraan LISP, atau kaitan entities seperti dalam bahasa
pengaturcaraan PROLOG.
Berikut adalah contoh pendekatan pengaturcaraan secara berprosedur di dalam Pascal:
Program Menambah_dua_nombor; Uses Crt;
Var
nombor1,nombor2,jwp:integer;
Procedure MenambahNombor(n1,n2:integer; Var jawapan:integer);
Begin
jawapan:=n1+n2;
End;
Begin
Clrscr;
Write('Masukkan Nombor Pertama:');
Readln(nombor1);
Write('Masukkan Nombor Kedua:'); Readln(nombor2);
MenambahNombor(nombor1,nombor2,jwp); Write(jwp); Readln; End.

Pengaturcaraan Tidak Berprosedur


Berbanding dengan bahasa pengaturcaraan berprosedur, bahasa pengaturcaraan tidak
berprosedur melaksanakan sesuatu dengan cara terus tanpa menyatakan langkah demi
langkah bagaimana untuk melaksanakannya.
Logik aturcara tidak berprosedur adalah tersendiri. Contoh bahasa pengaturcaraan tidak
berprosedur adalah, report generation language, functional language, logical language,
object-oriented simulation language, SQL dan lain-lain.
Berikut adalah contoh aturcara tidak berprosedur menggunakan SQL untuk membina
suatu table Orang di dalam database.
CREATE TABLE Orang
(
NamaPertama varchar(30),
NamaKedua varchar,
Alamat varchar,
NoTelefon varchar,
Umur int(3)
)
Untuk menghapus table diatas, kod aturcara SQL nya adalah seperti berikut:
DROP TABLE table_name
SQL dikatakan bahasa pengaturcaraan tidak berprosedur kerana:

Ia memproses suatu set records serentak dan bukannya satu demi satu.
Ia mengendalikan data secara automatik.

Elemen-Elemen Bahasa Pengaturcaraan C++


Layout Aturcara C++
1. Pernyataan Pre-processor (contoh, pernyataan #include)
2. Definisi Pemalar (Constant definitions)
4. Definisi Jenis (Type definitions)
5. Pengisytiharan Fungsi (Function declarations)
6. Fungsi Utama (Main function)
1. Kepala fail utama (Main header)
2. Pengisytiharan pembolehubah (Variable declarations)
3. Pernyataan (Statements )
7. Function bodies
1. function header
2. variable declarations
3. statements
Jenis Data Dan Conversion Di Dalam C++

char: untuk characters atau aksara


short: untuk short integers (biasanya 8 atau 16 bits)
int: untuk integers (biasanya 16 atau 32 bits)
long: untuk long integers (biasanya 32 atau 64 bits)
float: untuk floating point values (titik terapung)
double: untuk precision floating point values yang besar dan tinggi.

Contoh pengisytiharan:
float myfloat = 3.7;
int myint = 29;
char mychar = 'c';
Constants Atau Pemalar
Pemalar diisytiharkan menggunakan katakunci const. Contoh:
const int DaysInYear = 365;
const float Pi = 3.14;
const char Blank = ' ';

Fungsi Dan Parameter (Functions and parameters)

Layout function atau fungsi dalam aturcara C++ adalah seperti berikut:
jenis-pulangan namafungsi(senarai parameter)
{
pengishtiharan pembolehubah setempat
badan fungis
pernyataan pulangan, return
}
Contoh:
void validswap(int &x, int &y)
{
int temp;
temp = x;
x = y;
y = temp;
}
Arithmetic, Logik, Dan Keutamaan (Precedence)

Berikut adalah operator-operator dan keutamaanya mengikut susunan di dalam C++:

::
. -> [] () x++ x-++x --x ! *(deref) &(addr) +(unary) -(unary) new delete sizeof
/%
+<< >> (i/o dalam C++, bitshifts dalam C)
< <= > >=
bitwise operators: ^ ~ & |
== !=
&&
||
= += -= *= /= %=

Input Dan Output

Input dan output di dalam C++ memerlukan iostream.h I/O di dalam C++ menggunakan
cin dan cout serta simbol << dan >>. Contoh:
int X = 0;
char c = 'a';

float y = 3.7;
char myarray[4] = "xyz\0";

cout << "X mempunyai nilai " << X << endl << "y mempunyai
nilai " << y << endl;
cout << "c mempunyai nilai " << c << endl << "myarray
mempunyai nilai " << myarray <<
endl;
Outputnya adalah seperti berikut:
X mempunyai nilai
y mempunyai nilai
c mempunyai nilai
myarray mempunyai

0
3.7
a
nilai xyz

Pernyataan if dan switch

Sintaks asas pernyataan if di dalam C++ ialah:


if (<pernyataan Boolean) {
// pernyataan if dan expression jika condition di atas
benar
} else {
// pernyataan jika boolean test diatas adalah salah
}
Contoh:
if (x == 3) {
// pernyataan
else if (x ==
// pernyataan
// pernyataan
// pernyataan

untuk
7) {
untuk
untuk
untuk

x == 3 }
x == 7 } else if (x < 0) {
x adalah negative } else {
selain nilai x }

Pernyataan di atas boleh diringkaskan menggunakan switch:

10

switch (x) {
case 3: // statements for
break;
case 7: // statements for
break;
default: if (x < 0) {
// statements
} else {
// statements
}
}

x == 3
x == 7
for x is negative
for all other values

For, while, Dan do-while

Sintaks untuk pernyataan for:


for (<initialisation>; <continuance test>; <update> ) {
<executable statements>
}
Sintaks untuk while:
while (<Boolean expression) {
// statements to be executed
}
Sintaks untuk do-while:
do {
// statements to be executed
} while (<Boolean expression>);
Structs

Sintaks untuk struct:


typedef struct {
<type> field1;
<type> field2;
...
<type> fieldN;
} <typename>;

11

Kelas C++(C++ Classes)


Sintaks asas penggunaan kelas:
// penisytiharan kelas, public, private dan pembolehubah.
class Myclass {
public:
// constructor
Myclass();
// destructor
~Myclass();
// inline functions
int returndata() { return(mydata); }
void setdata(int x) { mydata = x; }
// general functions
void dosomework();
private:

// private functions
void adjustdata() { mydata++; }
// private data
int mydata;
Myclass *classptr;

// mengisytihar badan constructor dan destructors


Myclass::Myclass()
{
mydata = 0;
}
Myclass::~Myclass()
{
delete classptr;
}
// mengisytihar badan untuk general dan private fungtion yang lain
void Myclass::dosomework()
{
classptr = new Myclass;
classptr->setdata(mydata + 1);
}
// contoh penggunaan pembolehubah Myclass didalam rutin // main
void main()
{
// isytihar pembolehubah Myclass
Myclass classvar;

12

// panggil "dosomework" untuk sesuatu pembolehubah


classvar->dosomework();

Copyrights
Mohamad Azri Bin Azhar. Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam apa juga bentuk dan cara
sama ada dengan cara penyampaian lisan, elektroknik, fotokopi, tulisan tangan, mekanik
atau cara lain tanpa mendapat izin betulis dari penulis. Semua hakcipta teks dan ilustrasi
adalah milik pemegang hakcipta masing-masing. Jika terdapat sebarang pelanggaran
hakcipta di dalam teks ini, ianya adalah tidak disengajakan. Jika ini berlaku sila hubungi
penulis untuk menukarnya kembali.
24 July, 2001. 9.34 PM

http://azri.free.fr/

13

You might also like