You are on page 1of 22

Aktiviti Prabacaan

Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang


dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada
kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca.
Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat
dipelajari secara semulajadi di rumah atau di
prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam
perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak.
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk
membaca.

Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca
ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan
kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas.
Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-
aktiviti yang boleh mendorong mereka
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan
pendengaran.

Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi
pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan,
tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum
kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.
Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
1. pengamatan penglihatan
2. pendengaran
3. pergerakan mata & tangan


Pergerakan Mata & Tangan
Aktiviti pergerakan tangan dan mata
penting dalam pengamatan. Aktiviti ini
bertujuan membantu murid-murid
menguasai kemahiran asas menggerakan
tangan secara kemas, berpandu dan
bersistematik.

Empat kemahiran yang ditekankan dalam
melaksanakan aktiviti yang melibatkan
pergerakan tangan dan mata iaitu;
Melakukan latihan pergerakan
tangan.
Menguasai gerak tangan secara
bebas supaya boleh menulis
dengan selesa.
Melakukan latihan pergerakan
mata.
Melakukan latihan kordinasi
tangan dan mata
Contoh Aktiviti Menyambung
Titik
Murid-murid melukis garisan dengan
menggunakan pensel warna antara titik-titik pada
gambar mengikut urutan abjad yang disediakan.
Guru perlu melaksanakan aktiviti ini secara
berperingkat demi peringkat.
Murid-murid berpeluang menikmati keseronokan
serta cabaran membuat aktiviti di samping
mengalami aktiviti yang pelbagai aras
kesukarannya
Menyalin corak
Corak merupakan susunan motif (idea rekaan) sama
ada secara teratur,terancang atau secara bebas.
Murid-murid meniru corak yang ditunjukkan oleh
guru kepada mereka sama ada secara pandang-lihat
kemudian lukis.
guru perlu membimbing kerja murid supaya proses
menyalin corak berlaku dengan cermat dan kemas. Ini
penting supaya proses kordinasi tangan dan mata
berlaku secara teratur dan bersistematik.

Contoh- contoh aktiviti
Menyusun benda mengikut golongan bagi benda
yang sama bentuk, warna atau ukuran.
Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan
mengikut urutan.
Mencantum bahagian-bahagian gambar yang
terpotong, misalnya jigsaw puzzle.
Melambung dan menangkap bola sama ada di
tempat berdiri secara individu atau
dengan bergerak di padang bersama pasangan,
Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru.
Mencantum titik atau sempang untuk membentuk
huruf atau gambar.


Melaksanakan aktiviti pengamatan
penglihatan
Terdapat 14 komponen dalam pengamatan
penglihatan
Setiap satu komponen mempunyai aktiviti
serta tujuannya yang tersendiri.
1. diskriminasi penglihatan atau visual
2. ingat kembali
3. orientasi kedudukan
4. Turutan
5. menyudahkan atau melengkapkan
6. menyalin
7. rajah dan latar bertindih
8. koordinasi mata dan tangan
9. pertalian jarak (ruang)
10. ketetapan bentuk/kedudukan dalam rajah
11. gambar bersiri
12. Pembalikan
13. mencari jalan keluar
14. benda tersembunyi
Diskriminasi penglihatan
Komponen ini juga dikenali sebagai visual,
merangkumi keupayaan murid untuk melihat dan
mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu
objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan
perkataan. Ada dua tujuan, iaitu membolehkan
murid membezakan perkataan, huruf, nombor
dan perkataan yang hamper sama manakala
tujuan kedua untuk melatih murid mencari cirri-
ciri persamaan yang terdapat pada objek, huruf,
nombor, corak dan sebagainya.
Bulatkan gambar yang
sama.
Ingat kembali
Aktiviti ini bertujuan melatih murid-murid supaya dapat
mengingat kembali apa juga yang diamati. Ada dua cara
untuk menjalankan aktiviti ini, iaitu menggunakan
himpunan bahan maujud yang ditutup dengan kain,
manakala kedua menerusi gambar. Kedua-dua ini sesuai
untuk menguji murid secara individu.
Bagi aktiviti menghimpunkan bahan maujud, guru meminta
murid mengumpul bahan maujud sebanyak mungkin di atas
meja. Sebaik-baiknya gunakan bahan maujud bersaiz kecil
yang terdapat dipersekitaran murid. Kemudian seorang
murid dijemput untuk meneliti semua bahan berkenaan
sebelum ditutup menggunakan kain atau kertas yang sukar
dilihat. Guru meminta murid menyebutkan kembali bahan
maujud yang dilihat dan tugas guru mencatatkan markah
yang diperoleh. Untuk itu satu senarai semak dan skor
pencapaian murid diperlukan untuk tujuan semakan.

Rajah dan latar bertindih
Aktiviti ini menguji kebolehan murid
mengesan dan menentukan jenis imej seperti
bentuk, huruf atau nombor dari latar belakang
sesuatu rajah. Kemudian murid diminta
melukis bentuk yang ada pada sehelai kertas
putih.
Lihat dan lukis
bentuk
Benda tersembunyi
Aktiviti ini menguji kebolehan murid untuk
menyelesaikan masalah secara abstrak.
Berbantukan sekeping gambar, murid-murid
dikehendaki mengesan semua objek yang
tersembunyi pada gambar berkenaan.
Cari objek tersembunyi ( pensel,
topi, baldi, huruf S dan kasut )

You might also like