You are on page 1of 1

PENGENALAN

Laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan khususnya dalam bahasa Melayu.
Suatu laras bahasa bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi
bahasa atau jenis bahasa yang ada pada setiap pengguna bahasa. Menurut Ure dan Ellis (1977)
laras bahasa merupakan jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi yang berlainan.
Hilliday pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan
fungsi dan boleh berubah-ubah mengikut situasi yang berlainan. Laras bahasa boleh
didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud
variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Kajian terhadap laras bahasa perlu
mempertimbangkan dua faktor yang utama iaitu ciri keperihalan peristiwa bahasa dan ciri
linguistik yang wujud .
Laras dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu, tajuk wacana, cara penyampaian
wacana dan gaya wacana. Tajuk wacana adalah merangkumi bidang penggunaan bahasa
seperti bidang Matematik. Cara penyampaian wacana ialah media perlakuan bahasa samada
secara lisan atau bertulis. Gaya Wacana pula adalah bidang tentang perhubungan antara
peserta perlakuan bahasa iaitu secara formal atau tidak formal. Daripada tiga kategori utama
ini, laras dapat dikenali berdasarkan penggunaannya dalam pelbagai situasi. Antara jenis-jenis
laras ialah laras biasa atau laras umum, laras akademik atau laras ilmiah, laras perniagaan,
laras perundangan, laras sastera, laras iklan dan sebagainya.Hal ini kerana terdapat hubungan
yang erat antara susunan bahasa dengan situasi-situasi disebabkan interaksi sehingga
menghasilkan laras.

You might also like