You are on page 1of 28

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

1

1.0 PENGENALAN.
Kajian fabrik perlu dilaksanakan sebelum proses menjahit pakaian dilakukan. Pemilihan
fabrik yang sesuai dan proses menjahit yang betul akan menghasilkan jahitan yang tepat.
Sebagai bakal guru Kemahiran Hidup, kita perlulah mahir dalam aspek kajian fabrik dan
proses menjahit pakaian, agar pelaksanaan dalam pengajaran dapat diaplikasikan dengan
berkesan.
Oleh itu kita akan melihat sejauhmana jenis dan ciri gentian menjadi faktor
perkembangan dan kejayaan bidang fabrik di Malaysia. Sejarah telah menunjukkan
bagaimana manusia telah menggunakan sumber semulajadi sebagai bahan asas untuk
membuat pakaian bagi melindungi tubuh mereka. Kini, dengan kemajuan sains dan
teknologi telah dapat menghasilkan pelbagai jenis fabrik yang bermutu daripada sumber asli
dan bahan kimia untuk pakaian dan artikel lain.

2.0 FABRIK
Fabrik ialah singkatan daripada perkataan textile fabrik. Selalunya orang akan
menggelarkan fabrik sebagai tekstil.Fabrik atau tekstil merupakan sumbar keperluan asas
bagi manusia yang digunakan secara meluas dalam industri pakaian.
Kumpulan fabrik yang terdapat di Malaysia ialah fabrik semulajadi dan fabrik buatan
manusia. Kalau dibandingkan fabrik semulajadi lebih mahal berbanding dengan fabrik
buatan manusia. Fabrik buatan manusia adalah sejenis fabrik yang diperbuat daripada
campuran bahan-bahan buatan manusia. Semakin hari fabrik buatan ini bertambah-tambah
dan menjadi beraneka pilihan contohnya bulu sintetik, sutera sintetik, kapas sintetik dan
macam-macam lagi. Fabrik semulajadi merupakan fabrik yang diperbuat daripada bahan
bahan semulajadi seperti tumbuh tumbuhan dan haiwan.







RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

2

FABRIK
GENTIAN ASLI
TUMBUHAN
BUAH KAPAS
FABRIK KAPAS
BATANG FLEKS
FABRIK LINEN
HAIWAN
ULAT SUTERA
FABRIK SUTERA
BULU BIRI-BIRI
FABRIK BENANG
SAYAT
GENTIAN
BUATAN
SELULOSA
TERJANA
SEMUA
SELULOSA +
ALKALI + SODA
KAUSTIK
FABRIK VISKOS
SELULOSA +
ASID ASETIK
FABRIK ASETAT
SELULOSA +
ASETIK
ANHIDRIDA +
METILENA
KLORIDA
FABRIK
TRIASETAT
SINTETIK
PETROLEUM +
ETILENA
FABRIK
POLIESTER
ARANG BATU +
UDARA + AIR
FABRIK
POLIAMIDA
PETROLEUM +
AMMONIA + AIR
FABRIK AKRILIK
2.1 KAJIAN FABRIK
Kajian fabrik meliputi klasifikasi gentian, kegunaan dan cirinya. Pengetahuan tentang fabrik
dapat membantu kita untuk memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian dan kelengkapan
rumah tangga.





































RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

3

2.2 KLASIFIKASI FABRIK
Gentian ialah serabut serat dan filamen daripada bahan asli dan buatan yang dijadikan yarn
untuk menghasilkan fabrik. Gentian boleh diklasifikasikan kepada :





(i) GENTIAN ASLI

Sejak zaman purba, manusia telah menggunakan pelbagai sumber semulajadi untuk
melindungi tubuh mereka. Kulit haiwan dan sumber tumbuhan seperti daun dan kulit pokok
merupakan pilihan utama mereka. Perubahan masa dan pengetahuan sains dan teknologi
kini berupaya menghasilkan pelbagai fabrik yang bermutu. Gentian asli boleh
diklasifikasikan kepada :

(a) Gentian tumbuhan
(b) Gentian haiwan















RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

4

Gentian Tumbuhan
Gentian tumbuhan boleh diklasifikasikan kepada kapas dan linen. Gentian ini mengandungi
70% hingga 80% selulosa daripada biji, batang, daun dan buah. Kapas diperoleh daripada
buah pokok kapas manakala linen diperoleh daripada serat pokok fleks.




Kapas






Kategori Ciri Kegunaan
Kapas Sea Island Panjang dan halus
35mm 65mm
Berwarna putih
Membuat benang kapas
Membuat fabrik nipis dan
bermutu
Kapas Mesir Panjang dan halus
Berwarna krim
Membuat benang kapas
Membuat fabrik nipis
Kapas Amerika Tebal dan berat
20mm 35mm
Berwarna krim keputihan
Membuat fabrik sederhana
tebal
Membuat pakaian dan
kelengkapan rumah tangga
Kegunaan sendiri
Kapas India Kasar
Berkualiti rendah
Panjang 10mm 25mm
Membuat selimut dan ambal

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

5

Gambar pokok fleks

Linen
Linen ialah sejenis gentian asli sumber tumbuhan yang paling kukuh dan
paling halus. Selulosa daripada pokok fleks merupakan bahan asas untuk
fabrik ini. Gentian linen juga mengandungi gam dan lilin untuk mengekalkan
bentuknya. Fabrik linen boleh digunakan untuk membuat pakaian dan kain
kelengkapan rumah tangga.








Contoh fabrik linen :









RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

6

Ulat sutera
Gentian Haiwan
Gentian haiwan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori mengikut sumbernya. Sutera
diperoleh daripada ulat sutera manakala benang sayat didapati daripada kambing biri-biri
atau haiwan lain seperti unta, Ilama dan kambing gurun.




Sutera
Sutera merupakan sejenis gentian yang teguh, lembut dan halus yang dihasilkan oleh
lelehan ulat sutera. Gentian ini sesuai digunakan untuk membuat tudung, tali leher, blaus,
kemeja, langsir, sarung kusyen dan sebagainya.


Contoh fabrik sutera :
















RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

7

Kambing biri-biri
Benang Sayat
Kambing biri-biri merupakan sumber utama gentian benang sayat. Bulu haiwan lain juga
dijadikan sumber. Contohnya bulu kambing Angora yang menghasilkan Mohair. Kualiti
gentian benang sayat bergantung kepada baka biri-biri, iklim dan kaedah penternakan.
Gentian ini sesuai digunakan untuk pakaian dan alat kelengkapan rumah tangga.



Contoh fabrik benang sayat :













RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

8

(ii) GENTIAN BUATAN

Perkembangan teknologi yang pesat telah merealisasikan penghasilan pelbagai fabrik
daripada bahan kimia. Tindak balas bahan kimia dengan bahan mentah akan menghasilkan
fabrik yang dikategorikan sebagai gentian buatan. Bahan mentah yang lazim digunakan
termasuklah selulosa, petroleum dan arang batu. Gentian buatan terbahagi kepada dua
jenis iaitu :

(a) Gentian selulosa terjana semula
(b) Gentian sintetik


Gentian selulosa terjana semula

Gentian selulosa terjana semula merupakan hasil campuran sebatian bahan kimia dengan
selulosa daripada kayu atau serpihan kapas. Antara gentian yang dihasilkan termasuklah
viskos, asetat dan triasetat.








RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

9

Viskos



Asetat
Asetat dihasilkan melalui proses pemintalan kering serpihan kayu pulpa, asid asetik,
anhidrida, dan aseton. Fabrik asetat sesuai dijadikan pakaian seperti kemeja, tali leher,
pakaian formal, blaus, langsir dan sebagainya.


Triasetat

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

10

Gentian sintetik
Gentian sintetik ialah hasil daripada campuran arang batu atau petroleum dengan bahan
kimia. Secara amnya bahan kimia yang digunakan terdiri daripada satu asid dan satu bes
untuk membentuk polimer dan seterusnya menghasilkan cecair pekat. Cecair ini
dimasukkan melalui spineret untuk menghasilkan yarn melalui proses pemintalan cair.
Gentian sintetik terdiri daripada poliamida atau nilon, poliester, dan akrilik.



Poliamida / Nilon
Poliamida atau nilon dihasilkan melalui pemintalan cair. Bahan asas yang terlibat ialah arang
batu, udara dan air. Gentian ini boleh dipintal daripada yang paling halus hingga yang paling
tebal mengikut kegunaannya. Gentian yang halus sesuai dibuat pakaian dalam, payung,
baju hujan, dan sebagainya. Tali, khemah, dan layar kapal pula dibuat daripada gentian
nilon yang tebal.
Poliester
Poliester dihasilkan melalui pemintalan cair campuran bahan kimia terbitan petroleum, asid
terftalik, dan gliko etilena. Gentian ini sesuai untuk membuat fabrik bertenun dan fabrik
berkait kerana keteguhan dan tidak mudah renyuk.
Akrilik
Akrilik dihasilkan daripada campuran petrokimia akriolonitril dengan ammonia dan air melalui
proses pemintalan kering. Akrilik sesuai digunakan untuk membuat pakaian seperti jersi,
kardigan, stoking, dan kelengkapan rumah tangga seperti langsir dan permaidani.

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

11

2.3 CIRI-CIRI GENTIAN



CIRI-CIRI GENTIAN ASLI

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

12

CIRI-CIRI GENTIAN BUATAN











RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

13

2.4 PERBEZAAN GENTIAN ASLI DENGAN GENTIAN BUATAN













RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

14

3.0 FAKTOR PERKEMBANGAN DAN KEJAYAAN BIDANG FABRIK DI MALAYSIA
Malaysia terletak dalam kawasan doldrum khatulistiwa dan jarang sekali mempunyai
keadaan langit tidak berawan langsung. Hakikat ini benar walaupun ketika musim kemarau
teruk. Cahaya matahari juga boleh diperolehi setiap hari, tanpa mengira musim. Jarang
sekali Malaysia mengharungi tempoh di mana cahaya matahari tidak kelihatan, walaupun
semasa musim monsun timur laut. Iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam
sepanjang tahun, dengan julat perbezaan suhu yang agak kecil sepanjang tahun. Udaranya
mempunyai kadar kelembapan (humidity) yang tinggi, dan mempunyai tiupan angin yang,
pada keseluruhannya, agak lemah.
Faktor iklim memainkan peranan yang penting dalam pemilihan jenis fabrik yang
sesuai untuk dipakai bagi memperoleh keselesaan yang maksimum buat pemakai. Fabrik
ialah singkatan daripada perkataan textile fabrik. Selalunya orang akan menggelarkan
fabrik sebagai tekstil.Fabrik atau tekstil merupakan sumbar keperluan asas bagi manusia
yang digunakan secara meluas dalam industri pakaian.
Kumpulan fabrik yang terdapat di Malaysia ialah fabrik semulajadi dan fabrik buatan
manusia. Kalau dibandingkan fabrik semulajadi lebih mahal berbanding dengan fabrik
buatan manusia. Fabrik buatan manusia adalah sejenis fabrik yang diperbuat daripada
campuran bahan-bahan buatan manusia seperti. Semakin hari fabrik buatan ini bertambah-
tambah dan menjadi beraneka pilihan contohnya bulu sintetik, sutera sintetik, kapas sintetik
dan macam-macam lagi. Fabrik semulajadi merupakan fabrik yang diperbuat daripada
bahan bahan semulajadi seperti tumbuh tumbuhan dan haiwan.
Pertumbuhan industri tekstil dan pakaian Malaysia telah dipertingkatkan pada awal
tahun 1970an apabila negara melancarkan program perindustrian berorientasi
eksport. Dengan eksport bernilai RM9.3 bilion dan import sebanyak RM5.2 bilion, ia
menjadikan Malaysia pengeksport bersih tekstil dan produk-produk tekstil. Terdapat 670
syarikat berlesen dalam pengeluaran dengan pelaburan RM8.3 bilion. Industri ini menggaji
lebih 68,000 pekerja.
Ketika ini, industri berkenaan merangkumi berbagai-bagai aktiviti bersepadu yang
terdiri daripada pempolimeran dan pengeluaran gentian buatan, pemintalan, pengteksturan,
penenunan, kait, pewarnaan, cap dan kemasan yarn dan fabrik; pengilangan pakaian-
pakaian dan barang-barang buatan tekstil lain seperti permaidani, cadar dan alas meja dan
tali. Industri ini juga meliputi pengilangan fabrik bukan tenunan bagi produk-produk
penjagaan diri, pakaian beli siap, perabot dan cadar serta aplikasi pembinaan dan
kejuruteraan.
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

15

Industri tekstil dan pakaian Malaysia kini berpotensi untuk berubah menjadi sebuah
kluster industri maju. Ini dicapai dengan beranjak naik dalam rantaian nilai, membangunkan
rekaan-rekaan fesyen tempatan yang inovatif dan berjenama, meningkatkan pembangunan
produk melalui R&D dalam bidang-bidang pewarnaan, cap dan kemasan, membangunkan
gentian-gentian baru, yarn dan tekstil industri dan rumah, menambahbaik produktiviti melalui
automasi, pengilangan fleksibel dan kecekapan teknik, pembangunan rangkaian
pengedaran dan pemasaran global yang cekap, dan pengukuhan rangkaian menyeluruh.
Jenis dan ciri gentian merupakan faktor yang utama kepada perkembangan dan
kemajuan bidang fabrik di Malaysia. Bidang fabrik di Malaysia berkembang maju selari
dengan kemajuan ekonomi negara pada masa kini. Antara faktor perkembangan dan
kemajuan bidang fabrik di Malaysia adalah:

FAKTOR PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN BIDANG FABRIK DI MALAYSIA











RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

16

1. FABRIK DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT PAKAIAN.
Salah satu sebab yang paling rasional mengapa industri fabrik semakin berkembang ialah
membuat pakaian sama ada pakaian lelaki mahupun perempuan. Tekstur dan gentian fabrik
yang lembut, selesa, menyerap peluh dan kukuh menjadi pilihan manusia untuk menjadikan
fabrik sebagai material untuk membuat pakaian tidak kiralah fabrik tersebut fabrik jenis
kapas, chiffon, sutera, poliester dan sebagainya .
Jadi, tidak hairanlah sekiranya industri fabrik di
Malaysia semakin berkembang memandangkan permintaan
membuat pakaian yang tinggi ekoran bilangan penduduk di
Malaysia semakin meningkat. Namun, pada zaman ini
kebanyakkan fabrik atau kain yang digunakan oleh orang
kebanyakkan diperbuat daripada fiber sintetik seperti poliester
atau gabungan poliester dan bahan fiber semulajadi tadi
kerana harganya lebih murah. Dari segi ciri ciri, fabrik
poliester ini selesa, lembut, menyerap peluh dan sebagainya.
Sebagai contoh syarikat yang telah menempa nama di nagara kita Malaysia iaitu Sri
De Lara Trading Sdn Bhd atau lebih dikenali
sebagai SDL Trading Sdn Bhd adalah sebuah
syarikat pengilang dan pengeluar pelbagai jenis
pakaian dan cenderahati terbesar di Malaysia.
SDL Sdn Bhd telah mula beroperasi pada tahun
2006 dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera
serta didaftarkan dengan Kementerian Kewangan
Malaysia. Syarikat ini mengeluarkan pelbagai
jenis produk yang menggunakan fabrik kapas.






RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

17

2. KEADAAN IKLIM YANG PANAS
Fabrik semulajadi yang mudah didapati di Malaysia ialah
fabrik kapas yang diperbuat daripada buat kapas. Fabrik
jenis ini lebih murah dan harganya bergantung kepada kualiti
fabrik tersebut. Kain kapas memang digemari segenap
lapisan masyarakat di negara ini. Kain kapas lebih lembut,
selesa dan mempunyai banyak pilihan. Faktor
perkembangan fabrik jenis ini ialah faktor iklim di Malaysia
yang beriklim Khatulistiwa yang cuacanya agak panas.
Fabrik kapas menyerap peluh dan sesuai di negara beriklim
Khatulistiwa seperti Malaysia. Oleh itu, banyak pakaian
berasaskan kapas dijual di Malaysia.
Fabrik kapas, fabrik paling sesuai dipakai di negara beriklim tropika seperti Malaysia.
Sifatnya yang sejuk, tahan lasak membolehkan ia berupaya menyerap
peluh. Fabrik berkenaan dikatakan bersifat fiber dan mampu menyerap 25 peratus daripada
kapasitinya di samping menghasilkan pengaliran udara yang baik pada badan. Selain
faktor keselesaan kepada pemakai, fabrik kapas juga unik kerana memberikan imej muda
kepada pemakainya, lebih-lebih lagi bercorak bunga.
Jika dulu masyarakat mengaitkan baju kurung kain kapas sebagai koleksi pakaian
orang tua zaman dulu, kini ramai anak muda lebih gemar mengenakan
baju kurung fabrik berkenaan kerana nampak ringkas dan bersahaja.Fabrik itu ditambah
dengan pelbagai reka corak dan warna supaya dapat
memberi pilihan kepada pelanggan.
Ibu-ibu juga lebih gemar memilih jenis kain kapas bagi
dijadikan baju anak kerana keselesaan. Kanak-kanak yang
tidak selesa dengan baju yang dipakai sudah pasti akan
meragam. Perubahan ini berjaya mengangkat martabat kain
kapas itu sendiri dan bukan lagi menjadi pilihan pakaian untuk
golongan bawahan. Oleh itu, tidak hairanlah kain kapas yang
telah dijadikan baju kurung kini mencecah harga hingga
ratusan ringgit apa lagi jika ditambah dengan hiasan manik.


RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

18

3. PERKEMBANGAN BIDANG FESYEN
Mutakhir ini, fesyen dan trend pakaian sentiasa berubah sekaligus meningkatkan
permintaan terhadap pelbagai jenis fabrik. Permintaan fabrik yang tinggi daripada pereka
pereka fesyen tempatan untuk mereka pakaian yang lebih moden mengikut arus peredaran
masa. Fabrik merupakan elemen utama dalam industri fesyen. Sementara fesyen, seperti
yang kita tahu berubah mengikut masa, citarasa dan trend.
Pereka-pereka fesyen yang sudah mempunyai nama di mata dunia biasanya
mengolah fesyen melalui jenis fabrik yang digunakan selain reka bentuk pakaian itu sendiri.
Maka terciptalah fabrik-fabrik baru yang mempunyai pelbagai nama yang kebanyakannya
diperbuat daripada bahan fiber seperti wool, silk, cotton, linen, polyester dan nilon atau
gabungan dua atau lebih fiber semulajadi tersebut. Pelbagai fabrik yang digunakan untuk
pakaian masa kini seperti fabrik kapas, fabrik sutera, fabrik sintetik.
Fabrik kapas Inggeris mempunyai corak bunga ros
halus sekata pada seluruh badan kain. jenis berkenaan
menggunakan warna lembut, tetapi kadangkala tampak
kusam dengan fabrik lebih tebal dan berat,
namun kapas Inggeris ini paling digemari ramai.Jika
dahulu, apabila bercakap mengenai kain kapas, orang akan
membayangkan kain murahan yang biasanya dibuat baju
tidur, baju Kedah, baju kanak-kanak, langsir atau sarung
bantal. Namun kini kain kapas menjadi pilihan semua
golongan dan pilihan kain kapas juga meluas. Terdapat
kain kapas Swiss, Jepun, Indian lawn, Inggeris dan
Indonesia.
Keindahan corak kain kapas yang pelbagai yang bukan hanya corak bunga-bungaan
malah dengan banyak pilihan contohnya corak jalur, abstrak, polka dot dan sebagainya
menjadikan kain kapas yang telah dijadikan baju kurung tampil eksklusif.
Golongan dewasa boleh memilih corak yang bersesuaian seperti bunga-bungaan besar,
jalur, daun pasli, pakis dan sebagainya. Sementara kanak-kanak manis dengan corak
bunga-bunga kecil. Selain untuk baju kurung, kain kapas juga pilihan yang amat sinonim
dengan fesyen gaun smocking kanak-kanak.


RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

19

4. MEMENUHI KEPERLUAN DAN KEHENDAK
Pada zaman prasejarah, manusia sudah mula mengenakan pakaian tanpa menggunakan
fabrik. Mereka hanya menggunakan bahan bahan semulajadi yang terdapat di sekitar
mereka seperti daun, kulit kayu, kulit haiwan dan tempurung kelapa. Namun kini zaman
sudah berubah dan teknologi semakin pesat membangun, maka industri fabrik mula
diperkenalkan dan manusia sudah mula mengenakan pakaian berasaskan fabrik. Industri
fabrik berkembang pesat untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia iaitu keperluan
berpakaian lebih lebih lagi masyarakat di Malaysia majoritinya beragama Islam yang
menuntut penganutnya berpakaian lengkap serta menutup aurat.
Menurut teori keperluan Maslow, pakaian merupakan keperluan fisiologi manusia
yang perlu dipenuhi supaya dapat menutupi tubuh badan manusia yang terdedah dan
melindungi daripada sinaran matahari yang panas. Pengeluaran dan penghasilan fabrik
semakin meningkat bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.





Teori keperluan Maslow
Pakaian manusia zaman
prasejarah
Pakaian manusia zaman kini
RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

20

5. MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Di Malaysia, bidang fabrik yang paling berjaya menembusi pasaran antarabangsa ialah Batik
yang sememangnya terkenal di negeri Terengganu. IndustrI Batik telah diperkenalkan di
mata dunia oleh Almarhum Datin Seri Endon Mahmud bekas isteri kepada mantan Perdana
Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Industri Batik ini diperkenalkan kepada pereka
pereka luar negara kerana kualiti fabrik yang digunakan
sangat tinggi.
Fabrik yang digunakan untuk mencanting batik ialah
sutera, kapas, chiffon dan sebagainya.Lazimnya, fabrik yang
digunakan untuk membatik ialah fabrik kapas kerana ciri-cirinya
yang senang menyerap membolehkan menyerap warna yang
digunakan. Namun ada juga batik yang menggunakan fabrik
sutera tetapi harganya agak mahal kerana pengusaha perlu
menggunakan warna yang lebih mahal supaya boleh menyerap
fabrik sutera yang digunakan.
Dengan corak yang cantik dan menarik serta cirinya
yang lembut, selesa dan harganya yang berpatutan mampu
membuat pengguna menagih permintaan terhadap Batik. Impaknya, industri fabrik
berkembang bagi penghasilan Batik untuk dipasarkan di pasaran tempatan dan luar negara.
Untuk memenuhi perminta sedemikian, fabrik perlu dikeluarkan dengan lebih banyak untuk
menghasilkan Batik di samping menggalakkan perkembangan ekonomi negara.









RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

21

6. PRODUK BERANEKA PILIHAN
Bidang fabrik di Malaysia berkembang maju kerana fabrik
bukan sahaja boleh dijadikan pakaian malahan boleh
dijadikan produk yang beraneka pilihan seperti sarung
kusyen, langsir, riben, peralatan perhiasan rumah, aksesori
dan dan sebagainya. Penghasilan produk yang beraneka
pilihan menjadikan permintaan fabrik semakin tinggi di
Malaysia untuk menghasilkan produk yang pelbagai bentuk
dan fungsi terutamanya fabrik kapas. Keistimewaan
materialnya yang berasal daripada kapas, kapas menjadi
benang, daripada benang menjadi kain, menjadikan ia
fabrik pilihan bagi pakaian mahupun produk hiasan rumah.
















RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

22

7. DIGUNAKAN DALAM MAJLIS-MAJLIS KEAGAMAAN DAN KEBUDAYAAN
Selain itu, ciri fabrik yang kukuh dan lama serta tidak mudah koyak membolehkan
industri fabrik di Malaysia berkembang kerana fabrik tersebut boleh digunakan untuk
majlis majlis keagamaan, kebudayaan dan sebagainya. Misalnya dalam upacara
kematian oleh kaum Cina, mereka menggunakan fabrik berasaskan sutera, kapas
dan fabrik fabrik lain bergantung dengan keluarga si mati untuk dijadikan baju si
mati. Berbeza pula dengan Islam, fabrik kapas digunakan untuk dijadikan kain kafan
bagi menyemadikan jenazah. Bagi majlis majlis kebudayaan pula, fabrik digunakan
untuk membuat pakaian dan kostum kostum yang kerana ciri ciri fabrik yang
kukuh dan tahan lama. Oleh hal yang demikian permintaan fabrik di Malaysia
semakin meningkatkan kerana fabrik boleh digunakan dalam majlis majlis
keagamaan dan kebudayaan.















Kain kapan untuk menyemadikan jenazah



RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

23

Bagi fabrik buatan manusia seperti fabrik
nilon yang tahan lasak, penebat haba yang baik
tahan cahaya matahari dan tidak menyerap air
sesuai dijadikan layar, khemah dan baju hujan.
Jadi, fabrik tersebut boleh melindungi manusia
daripada basah terkena air hujan. Fabrik nilon
diperbuat daripada campuran bahan kimia
dengan arang batu, udara dan air. Ia juga
dikenali sebagai gentian poliamida.










Antara produk yang dibuat daripada fabrik buatan iaitu fabrik nilon yang tidak
menyerap air





RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

24

Kain satin kalau dari pemikiran orang
biasa adalah agak licin.Semua pasti sudah
biasa dengan fabrik jenis ini. Ciri khas yang
mengilap, lembut memang sesuai untuk
pernikahan atau persandingan. Semakin tinggi
kualiti jenis kain satin ini, maka semakin bagus
tahap kelembutan dan tahap kilauannya juga
semakin lembut. Tahap kualiti yang tinggi juga
akan membuatkan kain ini jatuh terletak di atas
badan pemakai. Kadang-kadang jenis kain ini
tidak sesuai untuk pemakai yang mempunyai
badan yang agak plum tetapi itu bergantung
kepada rekaannya. Berdasarkan ciri ciri
fabrik satin, industri fabrik semakin menular di
Malaysia kerana fabrik satin dan chiffon sesuai digunakan untuk rekaan pakaian
pengantin. Pada masa yang sama harganya lebih murah daripada menggunakan
songket.












RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

25

4.0 KESIMPULAN
Kita telah melihat sejauhmana jenis dan ciri gentian menjadi faktor perkembangan dan
kejayaan bidang fabrik di Malaysia. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah
menggunakan sumber semulajadi sebagai bahan asas untuk membuat pakaian bagi
melindungi tubuh mereka. Kini, dengan kemajuan sains dan teknologi telah dapat
menghasilkan pelbagai jenis fabrik yang bermutu daripada sumber asli dan bahan kimia
untuk pakaian dan artikel lain.
Fabrik ialah singkatan daripada perkataan textile fabrik. Selalunya orang akan
menggelarkan fabrik sebagai tekstil.Fabrik atau tekstil merupakan sumbar keperluan asas
bagi manusia yang digunakan secara meluas dalam industri pakaian.
Kumpulan fabrik yang terdapat di Malaysia ialah fabrik semulajadi dan fabrik buatan
manusia. Kalau dibandingkan fabrik semulajadi lebih mahal berbanding dengan fabrik
buatan manusia. Fabrik buatan manusia adalah sejenis fabrik yang diperbuat daripada
campuran bahan-bahan buatan manusia. Semakin hari fabrik buatan ini bertambah-tambah
dan menjadi beraneka pilihan contohnya bulu sintetik, sutera sintetik, kapas sintetik dan
macam-macam lagi. Fabrik semulajadi merupakan fabrik yang diperbuat daripada bahan
bahan semulajadi seperti tumbuh tumbuhan dan haiwan.
Jenis dan ciri gentian merupakan faktor yang utama kepada perkembangan dan
kemajuan bidang fabrik di Malaysia. Bidang fabrik di Malaysia berkembang maju selari
dengan kemajuan ekonomi negara pada masa kini. Antara faktor perkembangan dan
kemajuan bidang fabrik di Malaysia adalah fabrik digunakan untuk membuat pakaian,
perkembangan fesyen, iklim dan cuaca, memenuhi keperluan dan kehendak manusia,
pasaran antarabangsa dan produk beraneka pilihan.







RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

26

5.0 REFLEKSI
DISEDIAKAN OLEH : SABRINI BINTI ABDUL NASIR
NO KP : 911002-11-5360



Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Teknologi
Rumah Tangga Dan Pertanian (RBT 3120) iaitu berkaitan dengan kajian fabrik,
sejauhamana ciri dan jenis gentian menjadi faktor perkembangan dan kejayaan bidang
fabrik di Malaysia. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara individu. Semasa penerangan
berkenaan tugasan ini diberikan, saya sebenarnya sangat keliru dengan tugasan yang
diberikan, namun setelah diberi bimbingan dan perbincangan bersama rakan-rakan
Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
Dengan terhasilnya tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan
maklumat baru berkaitan dengan fabrik yang digunakan dan dipakai sehari-hari.. Melalui
tugasan ini saya kini lebih memahami kenapa permintaan terhadap sesuatu jenis fabrik itu
meningkat dan mendapat sambutan yang baik dari pengguna.
Dengan terhasilnya tugasan ini kini saya telah mengatahui bahawa kumpulan fabrik
yang terdapat di Malaysia ialah fabrik semulajadi dan fabrik buatan manusia. Kalau
dibandingkan fabrik semulajadi lebih mahal berbanding dengan fabrik buatan manusia.
Fabrik buatan manusia adalah sejenis fabrik yang diperbuat daripada campuran bahan-
bahan buatan manusia. Semakin hari fabrik buatan ini bertambah-tambah dan menjadi
beraneka pilihan contohnya bulu sintetik, sutera sintetik, kapas sintetik dan macam-macam
lagi. Fabrik semulajadi merupakan fabrik yang diperbuat daripada bahan bahan semulajadi
seperti tumbuh tumbuhan dan haiwan.



RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

27

Saya juga telah mengkaji dan meneliti apakah yang menjadi menjadi faktor
perkembangan dan kejayaan bidang fabrik di Malaysia. Melalui tugasan ini saya dapati jenis
dan ciri gentian merupakan faktor yang utama kepada perkembangan dan kemajuan bidang
fabrik di Malaysia. Bidang fabrik di Malaysia berkembang maju selari dengan kemajuan
ekonomi negara pada masa kini. Antara faktor perkembangan dan kemajuan bidang fabrik di
Malaysia adalah fabrik digunakan untuk membuat pakaian, perkembangan fesyen, iklim dan
cuaca, memenuhi keperluan dan kehendak manusia, pasaran antarabangsa dan produk
beraneka pilihan.
Sedikit sebanyak tugasan ini telah mendedahkan saya tentang dunia fabrik di
Malaysia. Dengan ini saya dapat memahami apa yang dikatakan dengan fabrik, jenis-jenis
fabri, ciri-ciri gentian fabrik serta kekuatan dan kelemahan sesuatu fabrik. Tugasan ini
banyak membantu saya dalam membuat pilihan yang sesuai apabila ingin memilih sesuatu
fabrik.
Saya merasakan kefahaman saya terhadap mata pelajaran Teknologi Rumah
Tangga Dan Pertanian semakin meningkat. Ia menjadikan saya seorang yang berkeyakinan
untuk menghadapi masalah pada masa akan datang.
Akhir kata, Akhir kata dari saya, guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim,
muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing
dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian
dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud, sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu
melakukan pekerjaan dengan tekun. (Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala-galanya oleh
itu saya mengambil kesempatan untu memohon maaf diatas segala kesilapan dan
ketelanjuran dalam menyiapkan tugasan ini sesungguhnya saya insan yang penuh dengan
kelemahan. Saya amat berharap yang tugasan ini dapat memenuhi kehendak puan,
sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri
saya sendiri.





RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN 2013

28

6.0 RUJUKAN

Azmawati Abd. Aziz, Lamah Abd. Ghani & Zaitun Zakiah Mohd. Noor (2002).
Bahan Sumber Pembelajaran Pengajian Pakaian Tingkatan4.
Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Teknikal, KementerianPendidikan Malaysia

Sarimah Abd. Razak & Zahrah Esa (2003). Ekonomi Rumah TanggaTingkatan 5
. Kuala Lumpur: Blue-T Communications Sdn Bhd.

Wong, S. F., Fatimah Jailani & Sithamparappilai, V. (2002). Ekonomi Rumah Tangga
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Zeti Enterprise

You might also like