You are on page 1of 2

NAMA AHLI: 1.

Hajar
2. Hafizah Fadzil
3. Hafizah Shaibullah
Tajuk: Kajian Panel Antara Kerajaan Bagi Perubahan Iklim (IPPC) Bangsa Bersatu
meramalkan bahawa kehidupan bumi akan musnah jika suhu dunia meningkat
sehingga 6 C. Huraikan faktor-faktor peningkatan suhu dunia dan penglibatan
Malaysia dalam menangani isu ini di peringkat global.

PENDAHULUAN
Pemanasan global atau pemanasan sejagat berkaitan dengan peningkatan suhu dunia.
Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan
tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan
lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan
iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

ISI
(FAKTOR)
1- PERINDUSTRIAN
Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin
dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon
dioksida.Contoh industri yang banyak membakar bahan api fosil ialah seperti di dalam
industri pengeluaran simin, pengeluaran besi, pengeluaran kain, pengeluaran makanan,
pengeluaran bahan-bahan elektronik, elektrik, bahan-bahan binaan dan sebagainya.

2- PEMBAKARAN HUTAN

pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan
bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada
pemanasan global

3- PENGANGKUTAN

Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan
pergerakan mereka di bumi ini.Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai
bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum
telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida


(Penglibatan Malaysia dalam menangani isu di peringkat global)
1- mengadakan kempen Earth Hour seluruh dunia
- Mengajak penduduk sekuruh dunia termasuk rakyat Malaysia untuk bergelap dengan
memadamkan semua lampu yang menggunakan tenaga elektrik tepat pada pukul 8.30
waktu tempatan. Kempen ini bertujuan untuk menyampaikan keperihatinan penduduk
dunia mengenai perlunya satu tindakan proaktif bagi menangani isu pemanasan global.

2- menyertai persidangan atarabangsa tentang kawalan keatas Antartika.
- Sekatan dan kawalan keatas penerokaan yang tidak terkawal untuk mengambil bahan
mentah di Antartika perlu dibuat segera.
- Contohnya, Malaysia pernah menyuarakan pendapat bahawa Antartika adalah Warisan
Bersama untuk Faedah Bersama serta menyatakan bantahan penerokaan melalui
persidangan antarabangsa PBB yang ke-37 dan juga melalui persidangan NAM ketika
isu Antartika ditimbulkan pada tahun 1982.

PENUTUP
- Kesimpulannya, semua pihak perlu menangani peningkatan suhu agar tidak meningkat
secara berterusan untuk kepentingan Negara.

You might also like