You are on page 1of 4

KAJIAN TIMMS

TIMMS ialah laporan yang membandingkan kedudukan pelajar-pelajar sesebuah negara di


peringkat dunia dan perbandingan ini dilakukan melalui ujian-ujian yang diadakan oleh
badan dunia terbabit.
Dalam kajian TIMMS atau nama penuhnya Trends in International Mathematics and
Science Study 2003, pencapaian pelajar Malaysia dalam subjek matematik meningkat
daripada tempat ke 16 ke tempat ke-10 dan mendahului 40 buah negara lain termasuk
negara maju seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia dan New
Zealand.
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh berpuashati dengan pencapaian subjek matematik ini
kerana kedudukan negara kita yang ketinggalan agak jauh ke belakang berbanding negara
jiran terdekat kita iaitu Singapura yang menduduki tempat pertama!
Lihat jadual di bawah yang berdasarkan kajian TIMMS untuk membandingkan pencapaian
subjek matematik di seluruh dunia.
No MATEMATIK ILMU PENGETAHUAN
(Nilai purata Antarabangsa adalah 467) (Nilai purata Antarabangsa adalah 474)
Negara Nilai Negara Nilai
1 Singapura 650 Singapura 578
2 Republik Korea 589 China Taipe 571
3 Hongkong 586 Republik Korea 558
4 China Taipe 585 Hongkong 556
5 Jepun 570 Estonia 552
6 Belgia 537 Jepun 552
7 Belanda 536 Hongaria 543
8 Estonia 531 Belanda 536
9 Hongaria 529 Amerika Serikat 527
10 Malaysia 508 Australia 527
11 Latvia 508 Swedia 524
12 Rusia 508 Slovenia 520
13 Slowakia 508 Selandia Baru 520
14 Australia 505 Lithuania 519
15 Amerika Serikat 504 Slowakia 517
16 Lithuania 502 Belgia 516
17 Swedia 499 Rusia 514
18 Scotland 498 Latvia 512
19 Israel 496 Scotland 512
20 Selandia Baru 494 Malaysia 510
21 Slovenia 493 Norwegia 494
22 Italia 484 Italia 491
23 Armenia 478 Israel 488
24 Serbia 477 Bulgaria 479
25 Bulgaria 476 Jordania 475
26 Romania 475 Moldova 472
27 Norwegia 461 Rumania 470
28 Moldova 460 Serbia 468
29 Cyprus 459 Armenia 461
30 Macedonia 435 Iran 453
31 Lebanon 433 Macedonia 449
32 Jordania 424 Cyprus 441
33 Iran 411 Bahrain 438
34 Indonesia 411 Palestina 435
35 Tunisia 410 Mesir 421
36 Mesir 406 Indonesia 420
37 Bahrain 401 Cile 413
38 Palestina 390 Tunisia 404
39 Cile 387 Arab Saudi 398
40 Maroko 387 Maroko 396
41 Filipina 378 Lebanon 393
42 Botswana 366 Filipina 377
43 Arab Saudi 332 Botswana 365
44 Ghana 276 Ghana 255
45 Afrka Selatan 264 Afrika Selatan 244
46 England * 498 England * 544
England diletakkan di bawah kerana angka penyertaan sekolah yang menjadi sample tidak
sesuai dengan ketentuan TIMMS sehingga hasilnya kurang representatif.
Pada masa ini, kajian TIMSS telah masuk kitaran ketiga dan kali ini dikenali sebagai TIMSS
2007. Seperti kajian TIMSS 1999 dan 2003, kajian TIMSS 2007 juga mengambil masa
selama empat tahun untuk dilaksanakan. Kajian TIMSS 2007 telah dimulakan pada awal
tahun 2005 dengan penyediaan sampel kajian. Pada tahun 2006, kerja-kerja terjemahan
soalan kajian, verifikasi soalan ujian dan soal selidik dimulakan. Kajian rintis telah diadakan
pada bulan Mac-April 2006 dan pentadbiran kajian utama diadakan pada bulan Oktober,
2007.
Pautan ke laman web Kajian TIMMS >> http://timss.bc.edu/
Advertisement: Take a look to an abacus & mental arithmetic work book!

Click Abacus_for_Primary_School_Children for more details!

70 peratus kerja abad ke-21 perlu matematik
PASTI ramai di kalangan kita masih lagi ingat kanak-kanak istimewa Adi Putra. Seorang
pelajar sekolah rendah yang memaparkan kebolehan luar biasa apabila menyelesaikan
masalah matematik peringkat universiti dengan mudah. Malah beliau turut mampu
mengajar subjek yang dianggap susah oleh kebanyakan pelajar peringkat menengah
kepada rakan rakannya yang jauh lebih tua daripadanya. Sudah pastinya setiap ibu bapa
menginginkan seorang anak luar biasa seperti Adi. Namun kenyataannya adik Adi
merupakan pelajar yang sangat bertuah kerana dikurniakan dengan kebolehan luar biasa
yang jarang dimiliki orang lain.
Sebenarnya bagi kebanyakan pelajar kebolehan menyelesaikan masalah matematik
umumnya, bukanlah satu kurniaan sebaliknya kebolehan yang perlu digilap secara
berterusan. Pelajar tidak boleh menganggap jika sekali belajar dan mereka tidak dapat
memahami maka dia boleh menguasai matematik. Apabila menghadapi kesukaran tidak
seharusnya pelajar beranggapan beliau tidak memiliki kebolehan belajar matematik.
Seterusnya berputus asa dan menyerah kalah. Sikap putus asa dan beranggapan
matematik hanya untuk mereka yang 'pandai' atau istimewa merupakan halangan utama
dalam menguasai subjek ini.
Kebolehan menguasai ilmu matematik sebenarnya memerlukan teknik yang perlu dipelajari.
Paling penting kemahuan menguasai pengetahuan ini perlu diiringi dengan kesungguhan
untuk mempelajarinya. Sebenarnya ilmu matematik memiliki ciri abstraknya yang tertentu
menyebabkan ramai pelajar bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia menganggap
ia satu subjek yang sukar malah menakutkan. Dilaporkan bahawa dua pertiga pelajar di
Amerika contohnya dilaporkan memiliki sikap negatif tentang matematik. Ramai daripada
pelajar ini tidak menyukai subjek matematik, malah pernah melalui pengalaman yang
kurang selesa apabila belajar matematik sama ada diperlekehkan oleh rakan ataupun
diherdik oleh guru. Situasi ini menyebabkan ramai pelajar cenderung beranggapan
kebolehan matematik adalah satu kurniaan dan turut dipengaruhi oleh faktor genetik.
Sebaliknya pelajar dari Asia dilaporkan sering mengaitkan matematik dengan sikap
kesungguhan. Pelajar di Singapura contohnya beranggapan kejayaan dalam matematik
dipengaruhi usaha tekun untuk menguasai subjek ini dan bukan kurniaan kepada golongan
tertentu. Kesungguhan ini turut disokong dengan budaya berlumba yang sengit untuk
mencapai tahap akademik yang terbaik. Bayangkan pula kesungguhan pelajar di Korea
yang belajar dari seawal 8 pagi sehingga jam 1 malam saban hari!. Sudah tentu kejayaan
pelajar negara ini mencapai tangga teratas dalam ujian matematik peringkat antarabangsa
(TIMMS) berpunca daripada cara hidup mereka yang sungguh tekun berusaha.
Sikap kesungguhan menuntut ilmu matematik dan juga ilmu-ilmu yang lain perlu dibina
secara beransur dalam diri pelajar sejak kecil lagi. Kesungguhan ini bukan bermatlamatkan
sekadar memperoleh markah tertinggi dalam ujian sekolah, tetapi wajar menjadi keperluan
harian yang sebati dengan kehidupan harian.
Keperluan menguasai ilmu matematik turut didorong oleh sifat utililitinya yang amat tinggi.
Hampir semua bidang pekerjaan memerlukan pengetahuan matematik. Daripada mengira
mudah sehingga kepada menjalankan analisis kompleks dalam menyelesaikan masalah
peringkat tinggi seperti dalam bidang penyelidikan dan pembangunan yang diamalkan oleh
kebanyakan syarikat besar. Seorang senator di Amerika syarikat menganggarkan hampir 70
peratus pekerjaan abad kedua puluh satu memerlukan pengetahuan matematik.
Kepentingan penguasaan ilmu matematik peringkat sekolah sudah menjadi keperluan
mendesak dan memerlukan perhatian sewajarnya daripada semua pihak khususnya ibu
bapa dan sekolah. Tidak hairanlah pusat tuisyen sekarang tumbuh seperti cendawan bagi
memenuhi keperluan ibu bapa yang mencari alternatif selain daripada sumber sekolah bagi
membantu keperluan pendidikan anak-anak mereka.
Advertisement: Do you know about 'number sense' math game?

Click the picture to get more information!
Sikap dan tabiat akan mempengaruhi prestasi pencapaian anak-anak. Sikap negatif jika
tidak dikawal menjadi tabiat yang sukar dibaiki. Sikap negatif terbentuk secara perlahan-
lahan dan perlu diawasi. Sifat seperti malu bertanya dan merasa rendah diri perlu dihindari.
Peranan ibu bapa dan pendidik dalam mewujudkan persekitaran positif dan kondusif tidak
boleh dipandang remeh. Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat besar dan harus
berterusan menjadi sumber dorongan dan sokongan kepada anak-anak. Manakala guru
merupakan sumber utama ilmu dan wajar dihormati. Dekati guru dan bertanyalah jika
menemui kebuntuan kerana setiap guru yang berpengalaman tahu punca kesukaran anda.
Biasakan bertemu guru dan jalin pertalian mesra dengannya. Jika guru sudah tidak dapat
membantu maka carilah sumber lain. Jangan cepat berputus asa kerana di mana ada
kemahuan di situ ada jalan. Jika tidak dilahirkan sebagai Adi Putra anak anda mungkin
mengikuti langkah Bill Gates yang awalnya gagal dalam pendidikan formal tetapi sekarang
menjadi antara orang terkaya dan sangat terpengaruh di dunia!

Dipetik daripada Rencana UTUSAN MALAYSIA oleh SITI AISHAH SHEIKH ABDULLAH ialah pensyarah di Fakulti
Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Teknologi Mara, Machang.
Berdasarkan kajian TIMMS juga, satu bentuk bahan pembelajaran matematik telah dirumus dan
dihasilkan. My Rummy, bukan sekadar permainan matematik biasa, malahan ia mengetengahkan
kemahiran pengiraan mental (mental computation), kemahiran komunikasi - membaca dan
mendengar dan memberi respon dalam bahasa Inggeris, kemahiran menganalisis pernyataan
matematik dan mampu mempertingkatkan tahap kepekaan nombor (number sense) dalam
kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permainan
matematik My Rummy (My Rummy math game).

You might also like