You are on page 1of 8

Nama : Leong Shu Min

No. Kad Pengenalan : 930313-10-5278


Kumpulan : 3 PISMP SN (SJKC)

Tajuk
Pengelasan Butang
Tujuan
Untuk mengelaskan butang mengikut ciri-ciri yang berkaitan.
Bahan
8 butang yang berbagai jenis
Prosedur
1. Lapan butang dimasukkan ke dalam kotak di bahagian atas satu jadual.
2. Butang disirih, diwarnakan dan dilabelkan.
3. Butang dibahagikan kepada dua kumpulan dalam kotak di bawahnya.
4. Dalam kotak tersebut, ciri-ciri yang digunakan dalam membahagikan butang dituliskan.
Kemudian, butang yang tergolong dalam ciri-ciri berkaitan dituliskan.
5. Butang dari kotak masing-masing dikumpulkan ke dalam dua kotak di bawah kotak tadi.
6. Ciri-ciri yang digunakan dalam membahagi butang dituliskan dan butang yang tergolong
dalam ciri-ciri berkaitan dituliskan.
7. Satu butang diletakkan di setiap kotak pada ruang lampiran.
8. Dalam kotak, ciri-ciri setiap butang dituliskan dan butang yang tergolong dalam ciri yang
berkaitan dituliskan.

Keputusan
Keputusan ada di muka surat belakang.







Nama : Leong Shu Min
No. Kad Pengenalan : 930313-10-5278
Kumpulan : 3 PISMP SN (SJKC)

Perbincangan
1. Setelah meneliti spesifikasi kurikulum sains sekolah rendah, antara topik yang
memerlukan kemahiran mengelas adalah seperti berikut:
Tahun Topik Standard Kandungan /
Objektif Pembelajaran
Standard Pembelajaran / Hasil
Pembelajaran
1 Haiwan 3.1 Menganalisis haiwan
dan bahagian tubuh
haiwan.
3.1.3 Membanding dan
membezakan bahagian tubuh satu
haiwan dengan bahagian tubuh
haiwan-haiwan yang lain.
Tumbuhan 4.1 Menganalisis
tumbuhan dan bahagian
tumbuhan.
4.1.3 Membanding dan
membezakan bahagian satu
tumbuhan dengan tumbuhan-
tumbuhan yang lain melalui
penyiasatan.
Mata untuk
Melihat
5.4 Memahami ciri objek
berdasarkan warna, saiz
dan bentuk.
5.4.1 Mengelaskan objek
mengikut ciri yang dipilih sama
ada warna, saiz atau bentuk.
Lidah untuk
Merasa
7.1 Mengaplikasi
pengetahuan tentang
pelbagai rasa.
7.1.2 Mengelas pelbagai bahan
makanan berdasarkan rasa
manis, masin, pahit, dan masam
dengan menjalankan penyiasatan.
Kulit Untuk
Menyentuh
Dan Merasa
8.1 Menganalisis ciri
fizikal bahan.
8.1.3 Mengelaskan bahan
mengikut ciri bahan.
Menggunakan
semua deria
10.1 Mengaplikasi
pengetahuan tentang
deria.
10.1.1 Mengelaskan objek
mengikut ciri dengan
menggunakan deria.
2 Haiwan 2.1 Memahami haiwan
mempunyai
keperluan asas untuk
hidup.
2.1.4 Mengelaskan haiwan
mengikut makanan yang dimakan
iaitu makan
tumbuhan sahaja, makan haiwan
Nama : Leong Shu Min
No. Kad Pengenalan : 930313-10-5278
Kumpulan : 3 PISMP SN (SJKC)
sahaja atau makan haiwan dan
tumbuhan.
2.3 Memahami
tumbesaran haiwan.
2.3.2 Mengelaskan haiwan
berdasarkan cara pembiakan.
Terang dan
Gelap
4.1 Menganalisis keadaan
terang dan gelap
4.1.2 Membezakan keadaan
terang dan gelap melalui
penyiasatan.
3 Kemahiran
Saintifik
1.1 Memahami kemahiran
proses sains
1.1.2 Mengelas
Haiwan 3.1 Memahami ciri haiwan 3.1.2 Mengelaskan haiwan
berdasarkan ciri pengelasan yang
dipilih.
Magnet 5.1 Menganalisis
pengetahuan tentang
tindakan magnet
5.1.3 Mengelas objek berdasarkan
tindakan magnet ke atasnya.
Penyerapan 6.1 Menganalisis
pengetahuan tentang
keupayaan bahan
menyerap air.
6.1.3 Mengelas bahan yang boleh
menyerap air dan kalis air dengan
menjalankan aktiviti.
4 Kemahiran
Saintifik
1.1 Kemahiran Proses
Sains
1.1.2 Mengelas
Benda Hidup
Menjalani
Proses Hidup
2.1 Menganalisa proses-
proses hidup manusia.
Murid membezakan udara yang
disedut dan udara yang dihembus.
Ukuran 1.2 Memahami cara
mengukur luas
Murid membandingkan segiempat
sama dengan segiempat tepat,
dan meneka objek mana yang
mempunyai luas yang lebih besar.
1.3 Memahami cara
menyukat isipadu pepejal
Murid membandingkan kiub dan
kuboid dan meneka isipadu mana
yang lebih besar.
Sifat bahan 1.1 Memahami sifat Murid
Nama : Leong Shu Min
No. Kad Pengenalan : 930313-10-5278
Kumpulan : 3 PISMP SN (SJKC)
bahan. Mengelaskan objek ke dalam
kumpulan berdasarkan bahan
yang diperbuat.
Mengelaskan bahan
berdasarkan kebolehan
cahaya menembusinya.
1.3 Mensintesis
pengetahuan mengenai
penggunaan bahan
berdasarkan sifat bahan.
Murid menyenaraikan objek
dan bahan daripada apa
ia diperbuat.
1.5 Memahami bahawa
sesetengah bahan boleh
berkarat.
Murid menyatakan perbezaan
antara objek berkarat
dan objek tidak berkarat.
5 Rantai
Makanan dan
Siratan
Makanan
3.1 Memahami rantai
makanan.
Murid mengelaskan haiwan
kepada herbivor, karnivor dan
omnivor.
Tenaga
Elektrik
2.2 Memahami litar bersiri
dan litar selari.
Murid
Membandingkan kecerahan
mentol dalam litar bersiri dan
litar selari.
Membandingkan kesan pada
mentol apabila pelbagai suis
dalam litar bersiri dan litar
selari ditutup.
Keadaan
Bahan
1.1 Memahami bahan
wujud dalam bentuk
pepejal, cecair atau gas
Murid mengelaskan objek dan
bahan kepada tiga rupa bentuk.



Nama : Leong Shu Min
No. Kad Pengenalan : 930313-10-5278
Kumpulan : 3 PISMP SN (SJKC)
2. Terdapat 3 jenis cara mengelas objek, iaitu sistem siri, sistem binari dan sistem
pelbagai lapisan. Sistem siri adalah jenis pengelasan di mana objek disusun mengikut
sifat tertentu. Contohnya, rasa makanan mengikut kemasaman: I adalah tidak masam, II
adalah masam dan III adalah sangat masam. Dengan ini, mengkategorikan jenis
makanan tersebut ke dalam kumpulan yang sesuai. Dalam sistem binari pula, suatu
set objek dibahagi kepada dua subset. Misalnya, benda hidup boleh dibahagi kepada
tumbuhan dan haiwan. Dalam sistem pelbagai lapisan pula, ia dibangunkan dengan
membentuk beberapa peringkat pengkelasan binari kepada satu set objek dan
kemudian dilaksanakan kepada subset seterusnya. Contohnya, sebagai lanjutan
daripada contoh sistem binari di atas, haiwan boleh dibahagi lagi kepada mamalia,
reptilia, amfibia, burung dan ikan. Manakala tumbuhan juga boleh dibahagi lagi kepada
tumbuhan berbunga, tumbuhan ta berbunga dan lain-lain lagi.

3. Dalam aktiviti ini, saya telah mempelajari cara untuk mengelas benda mengikut
persamaan dan perbezaan mereka. Semasa mengelaskan butang, saya
mengklasifikasikan butang tersebut mengikut warna dahulu, sama ada warnanya gelap
atau terang. Kemudian, saya mengkategorikan butang ini mengikut saiz dan keadaan
permukaan. Akhir sekali, saya mengelaskan mereka mengikut corak, ketebalan,
bilangan lubang dan tahap penembusian cahaya, sama ada lut sinar atau legap. Adalah
tidak senang untuk mengelaskan butang-butang tersebut, tetapi adanya bantuan
daripada rakan, kami berjaya dapat keputusan yang memuaskan. Selain itu, saya juga
mempelajari bahawa terdapat 3 jenis cara mengelas dalam proses pengelasan objek.
Antaranya adalah sistem siri, sistem binari dan sistem pelbagai lapisan. Selepas
meneliti spesifikasi kurikulum sains sekolah rendah, saya juga mendapati terdapat
banyak aktiviti yang memerlukan kemahiran pengelasan murid-murid. Kemahiran ini
adalah sangat penting kerana ini membolehkan mereka dapat mengorganisasikan
benda yang tidak tersusun mengikut ciri-cirinya.

4. Bahagian kurikulum sains sekolah rendah yang mengajar topik mengelas ini adalah
Tahun 3 dan Tahun 4, dalam topik Kemahiran Saintifik.

5. Kemahiran pengelasan ini adalah sangat penting untuk murid-murid untuk
mengkategorikan benda mengikut ciri-ciri mereka, terutamanya dalam sains. Dengan ini,
Nama : Leong Shu Min
No. Kad Pengenalan : 930313-10-5278
Kumpulan : 3 PISMP SN (SJKC)
saya akan mengubahsuai aktiviti pengelasan butang ini dengan meminta murid untuk
mengelaskan benda mengikut tekstur bahan seperti panas, sejuk, kasar, halus, keras
dan lembut. Pada mulanya, saya akan sediakan beberapa bahan seperti air suam, ais,
bongkah kayu, bola kapas, kertas pasir, cebisan kain sutera dan lain-lain lagi. Kemudian,
saya akan meminta murid-murid untuk mengelaskan bahan-bahan yang disediakan
dengan menyentuh dan mengelaskan mereka mengikut kumpulan yang berkaitan.
Seterusnya, murid diminta untuk membentangkan keputusan yang mereka dapati.

6. Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini kerana ia dapat meningkatkan kebolehan murid untuk menghasilkan idea asli
dan bersifat generatif. Keupayaan meningkatkan pemikiran ini dapat membantu murid
dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang mereka sedang pelajari
semasa pembelajaran. Oleh itu, murid-murid perlu berfikir secara kreatif untuk
mengelaskan objek berdasarkan pemerhatian mereka. Ciri- ciri yang kreatif dalam
kemahiran proses pengelasan ialah kemahiran untuk mengasingkan dan
mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan
kriteria tertentu. Selain itu, pengelasan dapat meningkatkan kreativiti murid untuk berfikir
yang manakah ciri yang sama atau perbezaan bagi sesuatu objek atau fenomena
tersebut.

7. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah sangat penting bagi murid-murid pada era ini.
Oleh itu, peranan guru adalah agak besar dalam membangkit kreativiti mereka.

Untuk membangkitkan kreativiti murid, guru boleh mengadakan aktiviti hands-on.
Semasa aktiviti hands-on, guru digalakkan agar tidak mengehadkan kriteria dalam
menyiapkan tugasan. Dengan ini, murid akan diberi kebebasan yang agak besar untuk
menyempurnakan tugasan. Murid boleh menggunakan kreativiti mereka untuk
menyiapkan tugasan. Namun, guru tidak seharusnya mengkritikkan kreativiti murid
dalam tugasan mereka kerana ini akan menghapuskan kreativiti tersebut dan akhirnya
murid tidak lagi berfikiran kreatif.

Di samping itu, guru juga boleh memberi peluang kepada murid untuk membuat
simulasi. Semasa membuat simulasi, murid dikehendaki untuk bekerja dalam kumpulan.
Nama : Leong Shu Min
No. Kad Pengenalan : 930313-10-5278
Kumpulan : 3 PISMP SN (SJKC)
Pada masa yang sama, guru akan dapat melihat tahap kreativiti setiap murid dan
bagaimana mereka menyelesaikan sesuatu masalah. Murid yang mempunyai tahap
kreativiti yang tinggi dapat membantu rakannya yang tahap kreativiti lebih rendah. Cara
penyampaikan simulasi tersebut turut dapat mencerminkan kreativiti murid. Guru boleh
membantu dengan memberi cadangan kepada mereka.

Bukan itu sahaja, kreativiti murid juga boleh diperkembangkan melalui aktiviti projek.
Guru boleh berbincang dengan pihak sekolah agar mengadakan suatu pameran sains
kecil dan meminta murid untuk membina model supaya dipamerkan. Dengan ini, murid-
murid akan mengaplikasikan kreativiti pada projek mereka. Manakala guru pula seorang
fasilitator akan sentiasa memberi bimbingan kepada mereka, dan pada masa yang
sama, kreativiti murid turut dapat dibangkitkan. Semasa pameran, murid-murid juga
boleh menerangkan projek mereka dan menyampaikannya dalam cara yang kreatif.


Kesimpulan
Pengelasan boleh dibahagi kepada 3 jenis, iaitu sistem siri, sistem binari dan sistem
pelbagai lapisan. Pengelasan adalah sangat penting dalam kehidupan kerana ia dapat
mengatur benda yang tidak tersusun kepada lebih tersusun. Oleh itu, adalah sangat
penting bagi guru untuk menyampaikan kemahiran tersebut kepada murid-murid untuk
faedah mereka pada masa depan.

Nama : Leong Shu Min
No. Kad Pengenalan : 930313-10-5278
Kumpulan : 3 PISMP SN (SJKC)

Lampiran

8 jenis butang yang digunakan dalam
aktiviti tersebut.

Jadual yang menunjukkan butang-
butang yang telah dikelaskan.

You might also like