You are on page 1of 5

LAPORAN BIRO PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

BINA INSAN GURU FASA 2 2013



AHLI KUMPULAN : SHAMINI A/P RAMADAS
NOOR SHAMEERA BINTI ROSLAN
JEEVITHRA A/P SEVENDADASAN

LAPORAN SEBELUM BIG

TARIKH : 29 JANUARI 2013
MASA : 10.00 MALAM- 12.00 MALAM
TEMPAT : PULAKO
Mesyuarat pertama telah diadakan bagi membincangkan mengenai perjalanan BIG
yang telah ditetapkan pada 11 hingga 14 Mac 2013. Dalam mesyuarat ini, kami telah
memilih Muhammad Aswar bin Md Noor sebagai pengerusi program BIG fasa 2 ini.
Kami juga membuat pemilihan AJK bagi memastikan kelancaran program. Perincian
mengenai tugas setiap jawatankasa dibuat dan semua ahlijawatankuasa berpuas hati
dengan tugas yang diterima dan sedaya upaya akan melaksanakan tugasan yang
diberikan dengan sebaik mungkin. Kumpulan kami telah diberi kepercayaan sebagai
AJK pengangkutan dan perhubungan. Tugas kami meliputi penyediaan pengangkutan
bagi perjalanan pergi dan balik disamping pengangkutan semasa program tersebut
dijalankan. Mesyuarat ditangguhkan.



TARIKH : 14 FEBRUARI 2013
MASA : 5.00 PETANG 6.00 PETANG
TEMPAT : KAFETERIA
Kami telah berbincang mengenai langkah-langkah awal yang perlu kami lakukan bagi
tugas yang telah kami terima supaya tidak berlaku sebarang kecelaruan. Kami telah
bersepakat untuk berjumpa dengan En. Zuraimee bagi mengetahui tentatif perjalanan
terlebih dahulu. Hal yang demikian dapat memudahkan kami bagi meneruskan urusan
surat-menyurat.

TARIKH : 15 FEBRUARI 2013
MASA : 3.00 PETANG 4.00 PETANG
TEMPAT : PULAKO
Kami telah berjumpa dengan En. Zuraimee untuk mendapatkan maklumat mengenai
tentatif perjalanan program ini. Kami juga telah dimaklumkan bahawa kami hanya perlu
mendapatkan pengangkutan bagi perjalanan pergi dan balik sahaja memandangkan feri
dan pengangkutan di tempat program dijalankan akan beliau uruskan bagi BIG untuk
semua fasa.

TARIKH : 20 FEBRUARI 2013
MASA : 10.00 PAGI- 11.00 PAGI
TEMPAT : UNIT PENTADBIRAN
Surat permohonan tempahan pengangkutan telah kami ambil dan isi. Kemudian telah
kami serahkan di unit pentadbiran bagi mendapatkan pengesahan daripada pengarah.



TARIKH : 23 FEBRUARI 2013
MASA : 10.00 MALAM- 11.00 MALAM
TEMPAT : PULAKO
Dalam mesyuarat kali ini, pengerusi BIG iaitu Muhammad Aswar bin Md Noor telah
memperincikan lagi taklimat mengenai perjalanan program yang akan dijalankan
sepanjang 4 hari tersebut. Mesyuarat kami juga turut disertai oleh Ketua kem
komanden kami iaitu Tuan Azman Bin Hassan. Beliau telah meminta ketua-ketua bagi
setiap biro untuk menerangkan perkembangan biro masing-masing. Shamidi Ramadas
selaku ketua bagi biro pengangkutan dan perhubungan telah memaklumkan bahawa
kami telah membuat permohonan pengangkutan bagi perjalanan pergi dan balik dan
permohonan tersebut masih dalam proses.

TARIKH : 26 FEBRUARI 2013
MASA : 5.00 PETANG 6.00 PETANG
TEMPAT : KAFETERIA
Semua ahli jawatankuasa kecil melaksanakan tugas yang diberi bagi melancarkan
proses persiapan program BIG. Setiap jawatankuasa merangka pelan strategi
jawatankuasa masing-masing dan membuat senarai keperluan untuk diberikan kepada
pengerusi bagi tindakan lanjut. Kami AJK biro pengangkutan dan perhubungan telah
berjumpa dan berbincang untuk persiapan pembentangan pada mesyuarat bersama
ketua kem komanden pada 28 Februari 2013.






TARIKH : 28 FEBRUARI 2013
MASA : 8.30 MALAM 10.00 MALAM
TEMPAT : PULAKO
Satu mesyuarat bersama ketua kem komanden telah diadakan. Kami diminta untuk
membuat perbentangan mengenai perkembangan tugasan bagi setiap biro. Kami
selaku biro pengangkutan dan perhubungan telah membentangkan hasil tugasan yang
telah kami laksanakan. Kami telah memaklumkan bahawa pengangkutan perjalanan
pergi dan balik telah mendapat pengesahan daripada pengarah. Kami juga telah
mendapatkan nombor pendaftaran feri daripada En. Zuraimee supaya tidak belaku
sebarang masalah semasa hari program. Perkembangan tugasan kami diterima dan
dipersetujui oleh Tuan Azman Bin Hassan. Kami juga telah diminta untuk mengetahui
jadual perjalanan di unit pengangkutan dan dapatkan nombor telefon pemandu
kenderaan supaya mudah untuk dihubungi apabila diperlukan.

TARIKH : 4 MAC 2013
MASA : 2.00 PETANG - 3.00 PETANG
TEMPAT : UNIT PENGANGKUTAN
Kami telah pergi ke unit pengangkutan untuk menyemak sekali lagi tentatif perjalanan.
Kami dimaklumkan bahawa bas bagi program BIG PISMP Sem 1 akan bergerak pada
jam 7.00 pagi ke jeti Kuala Perlis memandangkan pada jam 8.00 pagi PISMP Sem 5
akan bergerak ke jeti Kuala Perlis. Kami juga telah dimaklumkan bahawa pada 11 Mac
2013, akan ada 2 bas. Manakala pada hari balik, iaitu 14 Mac 2013 hanya ada 1 bas
disebabkan satu lagi bas akan berada di Kuala Lumpur. Kami juga telah mendapatkan
nombor telefon pemandu supaya tidak berlaku sebarang masalah.



TARIKH : 8 MAC 2013
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : TEMPAT LETAK BAS IPG KAMPUS PERLIS
Kami telah pergi memaklumkan kepada pemandu bas bahawa kami ingin memasukkan
barang-barang lebih awal daripada tarikh bertolak, iaitu 10 Mac 2013 dan telah
mendapat persetujuan daripada beliau.

TARIKH : 10 MAC 2013
MASA : 5.00 PETANG- 6.00 PETANG
TEMPAT : TEMPAT LETAK BAS IPG KAMPUS PERLIS.
Kami telah menelefon pamandu bas yang berkaitan untuk mengingatkan beliau yang
mana kami ingin memasukkan barang-barang ke dalam bas memandangkan barang-
barang tersebut telah siap diletakkan di tempat letak bas IPG Kampus Perlis. Kami juga
telah pergi ke tempat letak bas tersebut untuk memastikan semuanya berjalan dengan
lancar.

You might also like