You are on page 1of 7

Lampiran:

Bukti 1: Temu bual


Guru Pelatih: Selamat pagi cikgu. Boleh saya bertanya beberapa soalan dengan
cikgu?
Cikgu William: Boleh. Apa salahnya.
Guru Pelatih: Daripada pemerhatian saya, sekolah ini banyak mengambil bahagian
dalam bidang sukan terutamanya dalam sukan badminton dan bola
jaring. Boleh cikgu tolong nyatakan tahap kecemerlangan yang pernah
dicapai oleh sekolah ini?

Cikgu William: Sepanjang saya berkhidmat di sekolah ini, banyak kejayaan yang telah
dikecapi oleh murid di sekolah ini dalam bidang kokurikulum.
Antaranya adalah seperti mendapat tempat pertama dalam sukan
beregu badminton peringkat zon serian baru-baru ini. Mereka telah
mewakili bahagian serian untuk bertanding untuk bahagian Kuching.
Dalam pada itu, seorang murid contoh di sekolah kita telah mendapat
trofi pemain terbaik dalam sukan badminton semasa kejohanan
tersebut, iaitu adik Justina. Ini telah menjadi kebanggaan kami di
sekolah ini.
Guru Pelatih: Pada tahun sebelum- sebelumnya ?
Cikgu William: Pada tahun sebelum ni pun ada jugak. Kami telah menghantar 2
pasukan badminton sekolah kami untuk pergi ke Sarikei untuk
menyertai kejohanan sukan badminton mewakili bahagian Serian.
Tapi, mereka hanya mendapat tempat kedua. Namun, bagi saya itu
bukan satu kejayaan kecil, kerana apabila melihat dari segi usaha
mereka, mereka telah mampu membuat sehabis baik mereka.
Guru Pelatih: Apakah rahsia kejayaan sekolah ini dari segi kokurikulum seperti sukan
badminton, bola jaring dan sebagainya?
Cikgu William: Saya rasa tiada apa-apa rahsia sebenarnya. Cuma bagi saya, apa
yang saya boleh katakan saya selalu memberikan galakan serta
motivasi kepada anak murid saya. Selain itu, saya juga akan
memastikan anak murid saya berdisiplin dalam menghadiri latihan
setiap tiga minggu sekali sebagai latihan intensif.
Guru Pelatih: Selain itu, apakah yang cikgu rasakan turut membantu dalam
menyumbang kejayaan sekolah ini dari segi kokurikulum?
Cikgu William: Bagi pendapat saya, antara sebab lain yang membolehkan mereka
berjaya dalam bidang ini adalah mereka sangat rajin dan tekun dalam
menjalankan latihan. Dalam pada itu, tidak dinafikan juga ibu bapa
murid juga menyumbang kepada kejayaan ini.
Guru Pelatih: Mengapa cikgu?
Cikgu William: Saya melihat murid yang menceburi bidang ini, sangat diberikan
galakan oleh ibu bapa mereka. Ini kerana, ibu bapa mereka
menyokong akan penglibatan anak mereka dalam bidang sukan ini.
Buktinya, ada ibu bapa yang sanggup membelikan raket sendiri untuk
anak mereka untuk anak mereka berlatih. Selain itu, ibu bapa juga
tidak pernah mengadu sekiranya anak mereka pergi menjalani latihan
pada tiga kali seminggu. Malah, mereka sendiri yang menhantar anak
mereka pergi ke sekolah untuk menjalani latihan tersebut bersama
saya.

Guru Pelatih: Wah.. Bagus juga sokongan yang ibu bapa berikan ya cikgu?
Cikgu William: Betul tu. Bagi saya, ini mungkin kerana sekolah ini mempunyai
hubungan yang amat rapat dengan ibu bapa di sekolah ini.
Guru Pelatih: Mengapa cikgu mengatakan begitu?
Cikgu William: Kerana, jika ada program yang sekolah ini anjurkan sudah pasti ibu
bapa serta golongan masyarakat di sekitarnya tidak akan ketinggalan
untuk menyertainya. Biasalah. Sekolah kampung.. ( sambil tersenyum)
Guru Pelatih: Bagus jugak budaya di sekolah ni ya cikgu
Cikgu William: Ya, ini yang saya suka jugak dengan sekolah ini. Hubungan guru
dengan masyarakat sekitarnya amat erat.
Guru Pelatih: Ooo...Terima kasih cikgu kerana sudi luangkan masa untuk ditemu
ramah..
Cikgu William: Sama-sama

( Tembual 21 Julai 2014)


SK TARAT, SERIAN
SENARAI SEMAK INVENTORI PERALATAN SUKAN AWAL TAHUN 2014


BIL ITEM/PERALATAN SUKAN JUMLAH YANG
ADA
JUMLAH YANG
ROSAK
1. Bola sepak 5 3
2. Bola baling 2 -
3. Bola warna warni 9 -
4. Bola tampar 3 -
5. Bola keranjang 2 -
6. Sepak takraw 3 -
7. Raket badminton 57 7
8. Bulu tangkis 53 13
9. Bola pingpong 3 kotak (18) biji -
10. Bed pingpong 9 1
11. Jaring meja pingpong 1 -
12. Meja pingpong 1 -
13. Pengikat jaring 1 -
14. Alat penimbang 1 2
15. Kon besar 7 -
16. Skittle 11 21
17. Kayu hoki 8 4
18. Bola hoki 7 3
19. Gelong rotan besar 15 -
20. Gelong rotan kecil 5 4
21. Bola getah 5 -
22. Baton (pecut) 9 1
23. Lontar peluru 4 -







0
10
20
30
40
50
60
INVENTORI
J
u
m
l
a
h

A
l
a
t
a
n

s
u
k
a
n

Jenis Alatan Sukan
INVENTORI PERALATAN SUKAN AWAL TAHUN
2014
Bola sepak
Bola baling
Bola warna warni
Bola tampar
Bola keranjang
Sepak takraw
Raket badminton
Bulu tangkis
Bola pingpong
Bed pingpong







Dewan Sekolah Makmal Komputer
Padang Bola Sepak
Gelanggang Badminton
Bilik darjah

Pusat Sumber
Bilik Sains
Bilik Guru
Prasekolah

You might also like