You are on page 1of 2

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: , dilahirkan pada 10


Julai 1925[1], [2],[3]). Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir
menyatakan tarikh lahir sebenarnya adalah 10 Julai 1925, tapi bapanya
mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk
memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Beliau yang cukup dikenali
dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena,
beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The
Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk Malay Women Make Their
Own Freedom (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).[4]. Ketika
penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau
berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan
yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat
Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di
Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara
'Harimau Ekonomi Asia'

Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa
adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997
dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang
beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang
diambil[6] dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri.
Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut
berakhir[7] dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli
politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak[8].

Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu
antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong
"Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal[9] sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi
Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire)[10].

Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan
sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media
antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New
York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya[11])
terutama berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan
sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa
(penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah)[12].
Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-
pemimpin lain di dunia.

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang
dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang,
Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar
Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri
Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut
dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya
membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani
di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana
Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang
memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari
Indonesia.

You might also like