You are on page 1of 2

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL

PISMP RBT SEM 6


PENULISAN JURNAL
BILANGAN JURNAL : Ketiga
MINGGU PRAKTIKUM : Minggu Ketiga
TARIKH PERISTIWA : 03 Ogos hingga 07 Ogos 2014
TAJUK JURNAL : peruntukan LCD di sekolah


1. ISU DAN MASALAH
Kesukaran untuk membuat persembahan dan tayangan kepada murid untuk sesi
pembelajaran di dalam kelas mahupun di bengkel.


2. ANALISIS
Masalah ini adalah disebabkan LCD yang terdapat di kelas hanya ada sebuah
sahaja. Peruntukan LCD yang ada pada dasarnya ada 3 buah namun disebabkan 2
daripadanya telah rosak menyebabkan hanya terdapat sebuah sahaja LCD yang
berfungsi dan terpaksa dikongsikan untuk semua guru dalam sekolah.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
a) Guru perlu membuat rayuan kepada guru yang lain untuk menggunakan LCD
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Makluman yang awal perlulah
dilakukan untuk pengesahan kepada guru yang ingin menggunakan LCD.
b) Saya memohon kepada kawan daripada sekolah lain untuk membuat
peminjaman LCD bagi kegunaan persembahan dalam pengajaran ketika
kawan tidak menggunakannya.


MOHD IKHWANI BIN ISMAIL
PISMP RBT SEM 6

4. TEMPOH MASA
Saya akan berusaha untuk menangani masalah ini dengan segera disebabkan
masalah seperti ini akan mengganggu langkah-langkah proses pengajaran dan
pembelajaran saya dan kemungkinan segala perancangan yang saya lakukan akan
sukar untuk dijalankan.

5. PENILAIAN KEJAYAAN
Saya berhasil untuk membuat peminjaman LCD dan proses Pengajaran dan
Pembelajaran dapat dijalankan dengan sebaiknya mengikut perancangan yang telah
dihasilkan.

6. TINDAKAN SUSULAN
Saya akan memaklumkan kepada rakan dan guru terlebih awal untuk memastikan
tarikh masa yang ingin mereka gunakan tidak bertindan dengan tarikh yang saya
hendak gunakan LCD

7. KESIMPULAN
LCD merupakan salah satu teknologi yang penting dalam sesi pembelajaran. LCD
bukan sahaja digunakan untuk membuat sesuatu tayangan malah menjadikan pdp di
dalam kelas lebih berkesan dan menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang boleh
dihasilkan oleh guru bagi meningkatkan lagi penghayatan pelajar dalam
pembelajaran.

You might also like