You are on page 1of 2

FORUM - ISU GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Assalamualaikum, saya setelah melihat kedua-dua video dimana video ini menerangkan
mengenai PISA iaitu (Programme International Student Assessment).
PISA merupakan satu ujian yang dijalankan bagi menunjukkan sesuatu perkembangan pendidikan di
setiap pelosot negara melalui ujian-ujian tertentu dan ianya tidak bertujuan melihat pencapaian
tertinggi yang mampu dicapai oleh pelajar dalam sesuatu subjek.
Meneliti dengan lebih lanjut akan penyataan di atas menunjukkan bahawa PISA diadakan
bertujuan untuk melihat mutu pelaksanaan dalam pendidikan di sesebuah negara. Dalam erti kata
lain, pelaksanaannya adalah untuk memberikan penilaian dan penanda aras terhadap pembelajaran
serta membandingkan kedudukan mutu pendidikan di peringkat antarabangsa dalam tiga mata
pelajaran, iaitu, matematik, sains dan pembacaan.
Di dalam video menunjukkan bahawa Malaysia jauh ketinggalan dibelakang. Data untuk
negara-negara maju (OECD) juga jauh mendahului Malaysia. Kenapa ianya berlaku? Adakah kerana
sistem pendidikan yang kurang bijak? Atau kerana guru-guru tidak melaksanakan proses pengajaran
yang berkualiti? Atau tingkah laku pelajar yang malas untuk belajar? Dalam kajian Kementerian
Pendidikan, kedudukan yang tersorot berbanding negara-negara lain (termasuk berbanding
beberapa negara ASEAN) disebabkan oleh beberapa perkara, diantaranya pelajar lebih menumpukan
perhatian kepada perperiksaan awam dan kurang serius ketika menjawab soalan-soalan ujian PISA.
Juga bentuk jawapan dalam Peperiksaan Awam tertumpu kepada jawapan pilihan dan tidak banyak
berbentuk penulisan seperti dalam ujian PISA.
Dengan pendekatan di atas, guru-guru dan pelajar Malaysia lebih cenderung menggunakan
jalan pintas dan hafalan dan tidak banyak menumpukan soal pemahaman applikasi dalam sesuatu
mata pelajaran, terutama mata pelajaran matematik dan sains. Oleh hal yang demikian, Kementerian
Pendidikan berusaha menangani masalah kemerosotan ini, salah satunya dengan mengenalkan
Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS).
Sistem PBS ini telah agak lama diperkenalkan di peringkat antarabangsa dan banyak dikaji
dan dibincang di Bangsa-bangsa bersatu. Ianya telah dilaksanakan di banyak negara di dunia
termasuk negara-negaru maju seperti Australia, Britain, Hong Kong dan juga mulai diperkenalkan di
Singapura. Tujuan utama sistem PBS ialah untuk menambah-baik hasil daripada institusi pendidikan
negara. Ianya bertujuan mengeluarkan graduan-graduan yang lebih baik bukan sahaja dari segi
akademik, tetapi juga di segi akitiviti ko-kurrikulum disamping mengumpul data tentang kelebihan dan
kelemahan seseorng pelajar.
Diharapkan dengan dasar baru yang diwujudkan ini dapat membantu murid dalam
meningkatkan lagi kemahiran berfikir mereka dalam sesebuah pembelajaran. Guru-guru memainkan
peranan dalam menyampaikan pembelajaran yang berkualiti dimana di akhir pembelajaran murid-
murid dapat memahami konsep yang dipelajari.

You might also like