You are on page 1of 2

Potensi: Mereka yang berpotensi berkembang maju dianggap

berketrampilan.
Dalam hal ini mereka mempunyai kemampuan, kebolehan,
kekuatan dan keupayaan untuk berkembang maju dalam aspek
atau bidang tertentu.
Akademik: Amalan selama ini dalam mengukur pencapaian murid dalam
akademik akan diteruskan.
Di samping pencapaian, prestasi murid dalam proses
pembinaan aspek ini juga akan diambil kira, bukan hanya
pencapaian mereka pada akhir program yang akan diambil
kira, malahan keseluruhan proses daripada permulaan
sehingga ke akhirnya.
Sosial: Sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat;
berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa
lapang
Sahsiah: Sahsiah merupakan keperibadian iaitu sifat-sifat yang
merupakan kelakuan atau sikap yang menggambarkan manusia
sebagai diri sendiri. Sahsiah juga dikenali sebagai watak. Dalam
hal ini, perkara yang diberi tumpuan yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah:
- Berakhlak mulia
- Bertanggungjawab
- Seimbang dan harmonis dari segi JERI
- Percaya dan patuh kepada Tuhan
KEBUDAYAAN

Budaya bermaksud tamadun atau kehalusan budi bahasa dan
bersopan tingkah laku, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi
(cara berfikir dan berkelakuan).
Dalam konteks ini, budaya meliputi gaya hidup, tingkah laku,
kebiasaan dan peradaban dalam semua aktiviti harian yang
membawa kepada kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negar






Profil:
Ciri psikologi seperti jenis kecerdasan, bakat, minat,
aptitud, kebolehan am, kecenderungan, personaliti dan
kesediaan untuk belajar.
Melalui profil, pendidik boleh mengenali dan memahami
minat murid ke atas sesuatu perkara, atau tajuk
perbincangan yang menarik perhatian mereka, kebolehan
semulajadi dan cara belajar yang paling berkesan.
Pencapaian:
Aspek ini merupakan penguasaan, kejayaan atau
kemenjadian sesuatu aspek (pengetahuan atau kebolehan)
yang ditanamkan atau dibangunkan dalam diri murid.
Pencapaian merangkumi pencapaian akademik, bukan
akademik dan bidang vokasional.
Tahap pencapaian akan menjadi rujukan dalam proses
pensijilan atau proses pembelajaran.
pencapaian boleh ditunjukkan melalui hasil kaedah
pentaksiran yang menggambarkan peringkat prestasi
seperti ujian, peperiksaan atau pertandingan.
Perkembangan:
Aspek ini merupakan pergerakan atau perubahan murid
daripada keadaan kurang atau belum menguasai
(mencapai) kepada lebih menguasai dan akhirnya telah
berjaya.
Perkembangan murid boleh dilihat melalui pentaksiran
yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.
Penyertaan:
Aspek ini menunjukkan adanya sumbangan berbentuk
pengetahuan, kemahiran atau tenaga serta perkongsian
minat dan emosi terhadap aktiviti.

You might also like