You are on page 1of 13

1 Feminisme

PENGENALAN
Feminisme merupakan satu perkataan yang telah dialih bahasakan dari Bahasa Inggeris
kepada Bahasa Melayu. Feminisme bermaksud himpunan teori sosial, gerakan politik, dan
falsafah moral yang sebahagian besarnya berkenaan dengan pembebasan dan kesamaan hak
perempuan daripada diketepikan oleh kaum lelaki. Mengapa golongan feminisme ini wujud?
Mengikut sejarah, ketika dahulu, golongan wanita merasakan diri mereka diketepikan oleh kaum
lelaki dalam semua bidang terutamanya dalam bidang sosial, pekerjaan, pendidikan serta politik
Keadaan ini memaksa sebahagian wanita ini bagun untuk meminta hak kesamaan antara
lelaki dan wanita. Keadaan ini berlaku bukan di Malaysia tetapi di Barat. Bahananya, fahaman
golongan sebegini telah masuk ke dalam minda sesetengah masyarakat di Malaysia. Cuma
bezanya, mereka juga dikenali dengan nama Sister In Islam (SIS).Golongan ini juga menuntut
kesamaan hak wanita dalam semua aspek. Antara hak yang mereka tuntut ialah memansuhkan
poligami, kuasa talak dan kesamaan jumlah harta mirath dan banyak lagi.
Secara saintifiknya, wanita dan lelaki sememangnya berbeza. Tidak kira sama ada fizikal
ataupun ciri-ciri dalaman. Berbeza dari sudut bentuk fizikal, ketebalan kulit, hormone, saiz otak,
kandungan darah dan sebagainya. Semuanya menyatakan lelaki tidak sama seperti wanita dan
begitu juga sebaliknya.
Di Malaysia isu hak mengundi, bertanding dalam pilihanraya, mempunyai pekerjaan dan
sebagainya, merupakan isu lapuk da tidak boleh diterima pakai. Ini kerana di Malaysia sendiri
wujud kementerian wanita dan keluarga dan menterinya juga merupakan seorang wanita.
Wanita-wanita Malaysia juga bebas untuk memilih pekerjaan dan belajar di mana-mana pusat

2 Feminisme
pengajian yang ada di Malaysia tanpa kompromi. Ini jelas membuktikan bahawa Malaysia tidak
langsung menindas wanita. Malah diskriminasi juga tidak wujud di Malaysia.

Peningkatan kadar jenayah terhadap wanita, sama ada keganasan domestik atau rogol,
pada tahun 1980-an mencetuskan penubuhan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
berperanan dalam pembelaan mangsa wanita. Kebanyakan daripada perbadanan ini berpusat di
Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, dan Pulau Pinang, seperti Perbadanan Bantuan Wanita
(atau Women's Aid Organisation (WAO), ditubuhkan pada tahun 1982), Pusat Krisis Wanita
(atau Women's Crisis Centre (WCC), ditubuhkan pada tahun 1985), dan Kumpulan Sumber
Tindakan Wanita Sabah (atau Sabah Womens Action Resource Group, ditubuhkan pada tahun
1987).
Kini matlamat gerakan feminisme di Malaysia banyak menjurus kepada isu-isu
kekeluargaan dan kurang prihatin kepada pembanterasan keganasan dan gangguan seksual yang
dihadapi oleh kaum hawa Malaysia. Setakat ini kaum wanita masih dipersalahkan atas keganasan
yang ditimpanya. Di negeri Kelantan sebagai contoh boleh mendenda wanita yang memakai
gincu berwarna terang dan kasut bertumit tinggi ke pejabat kerana ini boleh mengundang
gangguan seksualMasalah-masalah lain adalah seperti penggambaran negatif dan stereotip
wanita dalam media, ibu-ibu tunggal yang tidak terbela, dan kekurangan wanita berpengaruh
dalam politik belum mendapat perhatian rakyat.



3 Feminisme
ISI
Wanita merupakan aset yang amat bernilai dan tenaga penggerak kemajuan. Wanita
merupakan benteng pertahanan moral dalam masyarakat yang berubah dan sering dilanda
kegawatan dan kemelut sosial. Wanita menjadi sumber inspirasi dan kasih sayang serta
pembinaan masyarakat penyayang. Peranan wanita sangat dikehendaki dan dipertahankan oleh
masyarakat Timur demi kestabilan institusi keluarga daripada tergugat dan runtuh seperti yang
berlaku di kalangan masyarakat Barat.
Para aktivis politik feminisme moden biasanya berkempen memperjuangkan hak asasi
manusia untuk kaum wanita yang merangkumi keutuhan badan serta kebebasan hak pembiakan,
termasuk hak pengguguran yang selamat dan sah di sisi undang-undang, pencegahan hamil, mutu
jagaan pranatal, perlindungan daripada keganasan dalam perkongsian rumah tangga,
penganiayaan seks, penganiayaan di jalan raya, diskriminasi dan rogol, serta juga hak tempat
kerja untuk cuti bersalin dan gaji yang sama. Banyak ahli gerakan feminisme pada hari ini
menganggap feminisme sebagai suatu gerakan akar umbi yang bertujuan untuk merentasi
sempadan yang berasaskan kelas sosial, bangsa, kebudayaan, dan agama. Mereka juga
mendebatkan bahawa sebuah gerakan feminisme yang berkesan harus menumpukan perhatian
kepada kedua-dua aspek persoalan sejagat seperti rogol, inses, dan pelacuran, serta persoalan
kebudayaan yang khusus yang berkait dengan wanita di dalam masyarakat yang berkenaan,
seperti pemotongan genital perempuan di sebilangan bahagian Afrika dan Timur Tengah dan
amalan "siling kaca" yang menghalang kenaikan pangkat wanita di ekonomi-ekonomi yang
maju. Tema-tema yang diperiksa dengan teliti dalam feminisme termasuk kebapaan,
penstereotaipan, pengobjekan seks, serta penindasan.

4 Feminisme
Feminism Liberal
Apa yang disebut sebagai Feminis Liberal ialah pandangan untuk menempatkan
perempuan yang memiliki kebebasan secara penuh dan individual. Aliran ini menyatakan
bahawa kebebasan dan kesamaan berakar pada rasional dan pemisahan antara dunia persendirian
dan awam. Setiap manusia -demikian menurut mereka- punya hak untuk berfikir dan bertindak
secara rasional, begitu pula pada perempuan. Akar ketertindasan dan keterbelakngan pada
perempuan ialah kerana disebabkan oleh kesalahan perempuan itu sendiri. Perempuan harus
mempersiapkan diri agar mereka mampu bersaing di dunia dalam "persaingan bebas" dan punya
kedudukan setara dengan lelaki.
Tokoh aliran ini adalah Naomi Wolf, sebagai "Feminisme Kekuatan" yang merupakan
solusi. Kini perempuan telah mempunyai kekuatan dari segi pendidikan dan pendapatan, dan
perempuan harus terus menuntut persamaan haknya serta kini perempuan bebas berkehendak
tanpa tergantung pada lelaki.
Feminisme liberal mengusahakan untuk menyedarkan wanita bahawa mereka adalah
golongan tertindas. Pekerjaan yang dilakukan wanita di sektor domestik diperkatakan sebagai hal
yang tidak produktif dan menempatkan wanita pada posisi sub-ordinat. Budaya masyarakat
Amerika yang materialistik, mengukur segala sesuatu dari awalnya, dan individualisme sangat
mendukung berlakunya feminisme. Wanita-wanita kini keluar rumah, berkarier dengan bebas
dan tidak tergantung lagi pada kaum lelaki.

5 Feminisme
Selama tahun 1980-an banyak kepemimpinan gerakan disuap dengan kedudukan-
kedudukan dalam birokrasi pemerintah dan akademik (banyak diantaranya baru-dibuat untuk
menempati sudut-sudut feminis) yang sering terikat degan pemerintah dinegara-negara maju.
Reformasi feminis yang berlaku dari sistem oleh gerakan maedia massa digunakan oleh
femisnis-feminis ini untuk menyimpangkan kritisme dari sokongan kuat kepada parti-parti
berkuasa . Hal ini menimbulkan sejumlah pemikaran baru mengenai wanita, seperti bayaran
untuk pendidikan yang lebih tinggi, pemotongan pekerjan dan serangan pada hak tertentu;
menolak untuk mengambil posisi bawahan dalam hak pekerjaan; Banyak aktivis feminis dari
kelompok yang militan dalam awal gerakan terjebak dalam kerja kesejahteraan yang dibiayai
Proses yang sama dalam pemilihan anggota diterapkan pada serikat buruh tahun 1980-an
melalui persetujuan harga dan pendapatan. Hal ini kemudian memperlemah gerakan pembebasan
perempuan sebagaimana serikat gagal melawan serangan yang lebih luas terhadap persoalan-
persoalan seperti hak buruh dan derma.
Hari ini, sementara banyak perempuan masih berbicara tentang hak yang sama dan
perlunya organisasi feminis, mereka telah meninkatkan projek pembangunan gerakan massa
pembebasan perempuan yang bertujuan dan mempunyai kekuatan untuk menaikkan kedudukan
semua perempuan. Dalam praktisnya, mereka mendukung katanya sepanjang itu tak dapat
menentang kepentingan mereka sendiri yang mengalir dari posisi istimewa yang sekarang
mereka pegang.
Feminis liberal mempunyai akses yang jauh lebih besar terhadap wang, media dan
pembuat keputusan kebijakan awam daripada kelas pekerja perempuan atau orang kiri. Dan

6 Feminisme
keberadaan media massa dan parti politik hanya terlalu bergelora untuk mempromosikan
transformasi feminisme dari asas yang luas, gerakan militan melawan penindasan perempuan dan
untuk transformasi kolektif masyarakat, kedalam suatu fokus pada hak-hak individu, pencapaian
individu dan solusi individu yang sedikit demi sedikit tanpa menentang struktur fundamental
atau elit penguasa, akan membuat sedikit perempuan meningkatkan peranan mereka dalam
mereformasi status quo.
Satu contoh dari perspektif ini adalah buku kedua Naomi Wolf Fire with Fire dimana ia
menunjukkan pentingnya "feminisme kekuatan" pada tahun 1990-an. Perempuan sudah "kuat",
katanya, kerana mereka memegang lebih dari 50 % suara di AS, kerana "sekarang ada 2, 339 juta
perempuan AS dengan pendapatan pertahun lebih dari $50.000" dan kerana mereka menempati
80% pengeluaran konsumen. Kita hanya perlu menghentikan buku Wolf langsung pada
keistimewaan yang seperti dirinya sendiri akan diterima kedalam kemapanan pria, bahkan
mungkin ke dalam kelas berkuasa sejati, bila mereka memakai "femisisme " mereka .
Feminism Sosialis/Marxist
Tak seperti feminisme liberal, feminis Marxis percaya bahawa Kapitalisme (sistem
ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa
gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan) hanya dapat mendorong kejayaan untuk
sejumlah kecil perempuan. Dan sejarahnya ia hanya membuat demikian dibawah tekanan dari
bawah. Kesetaraan penuh bagi semua perempuan tak dicapai di bawah kapitalisme. Pembebasan
individual adalah mustahil kerana seksisme adalah persoalan sosial yang berhembus dari
penindasan institusional terhadap perempuan dalam kapitalisme.

7 Feminisme
Kapitalisme berdasarkan pada peranan sedikit orang yang berkuasa yang memiliki semua
sumber ekonomi dan industri, diluar kita semua yang dipaksa untuk kerja upahan untuk hidup-
kelas pekerja. Sistem ini alat untuk ketindasan minoriti, untuk mengejar keuntungan dan
kerananya menimbulkan perampasan, eksploitasi, dan penindasan (dalam segala bentuk). Dan
setiap institusi besarnya mendukung bahwa: pemerintah, keluarga, media, polisi, sistem
pendidikan, dan sistem legal.
Sebenarnya, satu-satunya jalan bagi perempuan, dan semua kaum tertindas untuk
memenagkan pembebasan adalah dengan melawan untuk sebuah sistem baru yang demokratik-
masyarakat yang berfungsi untuk menemukan kebutuhan majoriti orang dan lingkungan lebih
baik dari minoriti yang haus keuntungan.
Satu-satunya kekuatan yang mampu untuk membuat masyarakat sosialis baru ini adala
kelas pekerja, membuat semua kesejahteraan masyarakat. Pertempuran melawan penindasan lain
yang memisahkan kelas pekerja-rasisme,seksisme, penindasan bangsa-adalah tak dapat dihindari
untuk menggulingkan kapitalisme kerana kelas pekerja yang berpecah-belah tidaklah cukup kuat
untuk mengalahkan kelas kapitalis yang sedang berkuasa. Penindasan perempuan adalah
bahagian yang penting dalam sistem kapitalis.
Seksisme pernah dibenarkan, menopang suatu institusi yang penting bagi kapitalisme
keluarga. Keluarga mengizinkan kelas berkuasa untuk menghapuskan semua tanggungjawab
bagi kesejahteraan ekonomi dan pekerja mereka dan menimbulkan pembahagian masyarakat ke
dalam kelas-kelas dengan mengizinkan pemilikan harta dari satu generasi ke generasi lainnya
dalam kelas mereka.

8 Feminisme
Unit keluarga individual menjaga para pekerja melawan dengan mejatuhkan orang lain
untuk bertahan dalam hidup, mendorong pembahagian sosial buruh berdasarkan penaklukan dan
ketergantungan ekonomi perempuan, dan membantu untuk mensosialisasikan generasi baru
dalam hubungan hirarki yang diperlukan untuk membuat kelas pekerja tetap pasif.
Seksisme membuat perempuan bekerja keras mengurusi pekerjaan rumah tangga,
semuanya dilakukan dengan gratis. Ia menyebabkan majikan untuk menggaji perempuan lebih
sedikit.
Semua perempuan tertindas sebagai perempuan, tetapi impak penindasan itu berbeza bagi
perempuan pada kelas yang lain.
Perjuangan seputar aspek-aspek spesifik dari penindasn perempuan memerlukan
terlibatnya perempuan dari latar sosial berbeza. Tetapi gerakan masa pembebasan perempuan
Marxis bertujuan untuk mendirikan akan menjadi dasar kelas pekerja dalam komposisi,orientasi,
dan kepemimpinan kerana hanya sebuah gerakan akan meraih pembebasan perempuan sejati.
Gerakan feminis massa, yang berjuang bagi kesetaraan bagi semua perempuan, tak dapat
dihindarkan lagi membutuhkan reorganisasi total dalam masyarakat dalam kepentingan minorti,
iaitu membuka kapitalisme.
Sebuah gerakan akan menuntut: hak bagi perempuan untuk menguasai tubuh mereka
sendiri: legal penuh, kesamaan politik dan sosial; hak untuk merdeka secara ekonomi dan
kesetaraan, kesempatan pembelajaran yang setara,hak untuk bebas dari kekerasan dan
eksploitasi, dan bebas dari penindasan seksualitas manusia.

9 Feminisme
Hanya masyarakat sosialis yang mampu memenuhi tuntutan ini dengan memindahkan
paksaan ekonomi dibalik perbudakan perempuan dalam keluarga dan mengambil
pertanggungjawaban sosial bagi tugas-tugas yang tadinya dilakukan oleh perempuan dalam
rumah dapat memindahkan eksploitasi kelas.
Dibawah sosialisme sebagian besar manusia baik perempuan atau lelaki akan menikmati
eliminasi penindasan perempuan sebagaimana masih akan membiarkan perkembangan penuh
hubungan kebutuhan manusia bebasa dari berlakunya seksisme dan pengasingan seksualiti yang
dibuat oleh masyarakat kelas.
Sosialisme juga satu-satunya sistem yang mampu meniadakan penindasan lain yang
diderita banyak perempuan, seperti rasisme, dan eksploitasi dunia ketiga oleh bangsa imperialis
maju. Perempuan tak mampu memenangkan masyarakat baru ini dan pembebasan mereka tanpa
bergabung dengan perjuangan pembebasan lain-dan dengan kelas pekerja secara keseluruhan.
Bagaimanapun penindasan perempuan berjalan memukul kepentingan kelas lelaki kelas
pekerja karena ia memisahkan kelas pekerja dan memperlemahkan kemampuan mereka untuk
berjuang dan menjatuhkankan sang penindas, kapitalis.
Tetapi sampai lelaki kelas pekerja mengembangkan kesedaran kelas-sampai mereka
menyadari kepentingan kelas mereka diatas kepentingan mereka sebagai individu, dan kerananya
mengerti kebutuhan untuk bergabung dengan kaum feminis bertempur melawan seksisme-
mereka akan meletakkan kepentingan mereka sebagai anggota kelas berkuasa dahulu.
Perjuangan Marxis untuk mengembangkan kesedaran ini dalam kelas pekerja kerana
analisis mereka membawa mereka untuk mengerti bahwa perjuangan oleh perempuan melawan

10 Feminisme
penindas mereka sebagai perempuan dan perjuangan untuk menghilangkan ketidaaksetaran kelas
berjalan terus.
Tetapi ini bukan bererti bahawa perempuan harus menunda perjuangan mereka sampai
"setelah revolusi". Sebaliknya hubungan yang erat antara penindasan gender dan kelas
memberikan kepada perjuangan sosialisme sebuah perjuangan terpadu juga: "tak ada revolusi
sosialis tanpa pembebasan perempuan, tak ada pembebasan perempuan tanpa revolusi sosialis"
Feminism Radikal
Feminisme radikal berlawanan dengan individualismenya post modernisme, menawarkan
analisis struktural terhadap penindasan perempuan dan solusi sosial-meskipun salah.
Feminisme radikal mengatakan bahawa sistem dominasi lelaki terhadap perempuan-apa
yang mereka sebut "patriakal"-datang dari perbezaan biologi antara jenis kelamin,khususnya
peranan perempuan dalam reproduksi .
Perbezan essensial ini, kata mereka adalah basis material dari perempuan selalu
dipandang dan diperrlakukan oleh lelaki sebagai objek sosial.
Kerana lelaki tak mengalami penindasan kelamin, mereka tak akan mungkin mengerti
dan secara konsisten berjuang untuk pembebasan perempuan. Dari kenyataan bahawa setiap
lelaki menikmati manfaat dari penindasan perempuan, mereka menyimpulkan bahwa lelaki
adalah sumber penindasan perempuan dan adalah musuh utama lelaki.
Konklusi logik dari feminisme radikal adalah politik yang terpisah, dimana lelaki
mempunyai sedikit atau tidak peranan untuk dimainkan dalam pembebasan perempuan. Mereka

11 Feminisme
menentang penglibatab laki-laki dalam konferensi-konferensi menuntut hak perempuan , dan
sering mengajukan lesbianisme sebagai seksualitas konsisten secara politik bagi kaum feminis.
Dalam masyarakat kapitalis, seksisme dijustifikasi oleh idea bahawa penindasan
perempuan adalah alami atau tak dapat terhindarkan. Hari ini adalah dalam rangka untuk
menutupi struktur sosial yang menindas perempuan dan menumpulkan gerakan apapun dan
merubahnya. Dengan meleburkan sumber penindasan perempuan dalam biologi perempuan dan
lelaki, feminisme radikal menerima idea bahawa seksisme itu tak terhindarkan dan dalam hal ini
ia adalah juga politik kekalahan yang mendemoralisasikan gerakan feminis.
Dalam mencari langkah sebagai separatisme ia juga mengisolasi gerakan, baik dengan
pengasingan dengan kelompok tertindas lain dan yang mendukung diantara perempuan.
Feminisme radikal sebagai trend telah ada sejak awal 1970-an, tetapi dalam menghadapi
dominasi feminisme liberal dan membelokkan gerakan, ia muncul ke akademik dan
pembelajaran perempuan. Sebagaimana feminisme liberal gagal untuk menghasilkan kesetaraan
feminisme radikal menjelaskan tentang penindasan dan pembebasan perempuan telah
dimunculkan kembali dan mempunyai seruan istimewa yang mendesak bagi perempuan yang
baru teradikalisir..
Kerana sebahagian besar perempuan langsung mengalami seksisme datang dari tangan
lelaki secara individual, atau kerana mereka melihat kaum lelaki menikmati penindasan
perempuan dan status perempuan, idea bahawa lelaki adalah persoalan tak terhindarkan lagi
menjadi kesimpulan bagi para feminis.

12 Feminisme
Tetapi dengan membangun teori yang secara biologi menunjukkan dominasi lelaki,
feminis radikal gagal untuk menjelaskan karakter sosial penindasn perempuan. Hal ini
mengabaikan kenyataan bahwa kelas pekerja perempuan dan lelaki mempunyai kepentingan
yang sama dalam menggulingkan masyarakat kapitalis.
KESIMPULAN
Gerakan feminisme sering disalahfahamkan sebagai melanggari budaya Timur dan agama Islam
kerana asal-usul yang kononnya dari negara-negara Barat yang dianggap terlalu sekular. Namun,
gerakan feminisme tetap berjuang di negara-negara Timur Tengah seperti Iran dan Mesir di
mana diskriminasi terhadap kaum wanita adalah lumrah hidup masyarakat. Ramai pula yang
beranggapan bahawa feminisme adalah gerakan yang elitis yang dianggotai oleh ahli-ahli yang
berpendidikan barat dari kelas atasan. Dan oleh disebabkan kerangka sosial dan politik Malaysia
yang bersifatkan patriarki dan paternalistik, perbincangan mengenai seksualiti wanita (seperti
soal-soal kedaraan, perancangan keluarga, dan perguguran anak) disekat bagi menjaga sensitiviti
rakyat Malaysia yang bersopan santun dan harmoni. Sisters in Islam yang sangat vokal
mengkritik poligami dan penyekatan kebebasan berpakaian bagi wanita tidak mendapat
sokongan daripada pihak-pihak yang lebih konservatif.
Pada 14 Ogos 2008, Kementerian Dalam Negeri Malaysia telah mengharamkan pengedaran buku
terbitan Sisters in Islam berjudul Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism;
sebuah buku yang terdiri daripada kertas kerja akademik dari pelbagai negara-negara Islam,
kerana dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam. Ini adalah sebahagian daripada usaha
kerajaan Malaysia dalam menyenarai hitamkan 11 buku - kebanyakan daripada negara Amerika
Syarikat.

13 Feminisme
Gerakan feminisme di Malaysia kuat dipengaruhi oleh gerakan feminisme di Barat, lebih
bermotif reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini didukung oleh wanita elit dan
menengah atasan yang berpendidikan tinggi. Mereka begitu tertarik kepada gerakan feminisme
di Barat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita,
liberalisasi kaum wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat pada kepentingan dan
pandangan yang memihak dan menyebelahi wanita. Dengan mengeksploitasi pelbagai isu yang
bukan sahaja bersifat gender bias, kebanyakan pejuang gerakan feminisme terperangkap oleh isu
asas yang masih dihadapi oleh masyarakat negara membangun.

You might also like