You are on page 1of 9

KULIAH 9 : PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

PERINGKAT PERKEMBANGAN
Guru Permulaan
Guru Cekap
Guru Berkesan
Guru Mahir
Guru Pakar

1) Guru Permulaan / Novis;
Dikatakan pasif, tidak kreatif & imaginatif.
Belum mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak sekolah.
Masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah/bilik darjah.

1.1. Ciri-ciri Guru Permulaan;
Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
Memahami fakta, konsep & perkara asas pengajaran
Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
Kurang berupaya menangani tugas harian guru

1.2. Fokus Guru Permulaan;
Mempunyai kualiti dan kebolehan diri
Melaksanakan P&P
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum
Pengurusan tempat kerja (sekolah)
Penyesuaian diri dengan budaya sekolah
Peka dan sentiasa mendapatkan informasi
Mempunyai kepelbagaian idea

2) Guru Cekap;
Mempunyai kecekapan dari segi:-
Profesionalisme
Melaksanakan visi dan misi
Keterampilan peribadi
Mengaplikasikan ICT
Kecerdasan mental dan intelektual
Kestabilan emosi
Kebijaksanaan dan kepimpinan
Guru cekap mempunyai kecekapan pada tahap minimum.
Guru mula mengenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dgn merujuk situasi khusus.
Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah P&P.

3) Guru Mahir;
Guru terbaik dalam bidangnya.
Menguasai kemahiran ICT dan mengaplikasikan dalam P&P.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi
Berkemampuan membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan positif.
Menjadi teladan sebagai seorang profesional dalam membentuk program yang
membangunkan murid
Mahir membuat jangkaan terhadap murid dan tahu menyelesaikannya.
Menunjukkan gaya pengajaran yang tersendiri

4) Guru Pakar;
Sentiasa menyerlahkan kepimpinan profesional.
Terlibat sepenuhnya dalam pengurusan kurikulum.
Dianggap sebagai pihak yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.
Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA TAMBAHAN(1)
Ciri-Ciri Guru Cemerlang
Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan
pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk
membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang
contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten
supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang
cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana
kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.
2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah
dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan
lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding
bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan
penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian
Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1. Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:
Nilai kendiri yang positif
Berakhlak mulia
Adil
Bertimbang rasa
Amanah
Bertanggung jawab
Kreatif
Inovatif
Kemas
Sikap sedia berkongsi
Bersikap terbuka
Berpemikiran positif
2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan
dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:
Mengamalkan budaya ilmu
Berkebolehan menyelesaikan masalah
Membuat keputusan yang rasional serta objektif
Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing
3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai
oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan
kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru
cemerlang berkaitan dengan komunikasi:
Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan
4. Kecemerlangan Potensi
Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam
aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional,
seminar, bengkel.
Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan
5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu
daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:
Adil
Sabar
Tegas
Konsep kendiri positif
Kesungguhan
Mesra
Prihatin
Kerjasama
Menepati masa
Bertanggung jawab
Berakhlak mulia
Kecindan (unsur jenaka)
Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas
iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di
negara kita masa kini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA TAMBAHAN (2)
CIRI-CIRI GURU BERKESAN
Ilmu Pengetahuan:
Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser
menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga
bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan
kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar
ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang
diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan
pengetahuan kerja yang praktikal.
Kemahiran
Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi
pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi
(application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea
kepadasesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat
dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme,
ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.
Sikap
Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire).
Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan
perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan
menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak
dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan
kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat
mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya.

Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan
terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di
atas.
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai,
kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh
setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus
kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap
kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri
GURU BERKESAN
Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya ilmu.
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik
unggul pada setiap masa.
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,
berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya
sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam
organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat
kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran
dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus
pendidikan cemerlang?
Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita
perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang
yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard,
pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan
sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;
Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan,
bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .
Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun
kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana
perubahan tidak berupaya ditanggungi.
Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarap-
perkara kembali kepada keadaan asalnya.
Mengubah Diri Mengubah Sikap
Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula
berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya."
Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan
perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey
(1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua
tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling
berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang
fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah:
Jadilah Proaktif (Be Proactive)
Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind)
Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)
Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan
adalah:
Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win)
Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be
understood)
Sinergi (Synergize)
Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)
Memenangi Peribadi
Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam
organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan
dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan.
Peribadi yang positif dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh sertadapat menjalin
hubungan interpersonal yang baik dan harmonis.
Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita
boleh membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada
sedar-diri (self-awareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri
(independent will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang
tindakbalas,setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di
ruangan 'kebebasanmemilih' inilah pula manusia sebenarnya memiliki 'anugerah
istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi
terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-diri ini manusia juga
dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui
realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara
hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal
tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali
ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -- satu kebolehan
bertindakberdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh.
Ciri kedua memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda'
yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan
dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita
mahukan'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'.
Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) yang
maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik,
mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga
unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih
berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang
cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadi role
modelkepada orang-orang lain.
Pendidikan Cemerlang
Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a
habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-
faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha mencapai
matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan
tenaga yang bukan sedikit.
Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan
atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran
pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan
di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua
ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar).
Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan
Sekolah"berkata;
"Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya,
seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya
sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan
sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak,
segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan
matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai."
Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan;
a. Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar;
b. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian;
c. Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia
ada melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif; dan
d. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamat-
matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua.
Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP)
Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan
Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan
dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan:
Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota;
Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang;
Sikap tidak cakna;
Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa';
Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau;
Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan;
Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan;
Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan;
Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi
menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki
kumpulan yang menolak perubahan.
Menempa Kejayaan
Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan
tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis
baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh
itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan
meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan
'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya.

Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi
bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras di samping membuat
perubahan pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif.
Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap
disiplin dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran,
dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan.
Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive
approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be
different next time."
Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada
aspek"next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku
negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh
diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni Plan - Do -
Check - Act).
Plan (Rancang)
Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah dirancang
denganrapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau
ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu.
Do (Buat)
Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling penting
dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan
itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik
diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat
kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana
dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita
begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan.
Check (Semak)
Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian
bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai
objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi
seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis
mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau
tidak,keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak,
pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan
berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar
mengikutmasanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan
yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak
Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah.
Act (Bertindak)
Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya,
tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncanya,
cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah puncanya kerana sikap
manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas bidang tugas? Tindakan seterusnya
memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang
terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah
amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius
dan kritikal.
Penutup
Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan
cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah
kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail
berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi
seorang guru yang tidak mudah patah semangat.
Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku
dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam,
kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah
setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam
kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan,
serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.
Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan
menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik
melihatsemuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju,
sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.
Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam
perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;

" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
pendidik yang unggul."

You might also like