You are on page 1of 7

1

VEK 3033 PENGURUSAN


TERNAKAN

TUGASAN 1




















TAJUK : DASAR KERAJAAN TERHADAP USAHA MEMBANGUNKAN
PRESTASI INDUSTRI TERNAKAN DALAM NEGARA SERTA
PROGRAM-PROGRAM ATAU LANGKAH SOKONGAN
KEPADA PARA PENTERNAK

NAMA : SYUKRIM B. MD SHUKOR

NO. MATRIK : D20102046961

KUMPULAN : UPSI-01

PUSAT
PEMBELAJARAN : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

NAMA TUTOR : DR. FAZHANA BT. ISMAIL


2

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
Pengenalan

Nama Program atau Dasar Kerajaan Yang Berkaitan
pembangunan Industri Ternakan Serta Huraian Ringkas

Faedah Yang Diperolehi dan Kesan Terhadap Industri
Ternakan

Contoh Gambar

Kesimpulan

Lampiran


3

4


5


7

7






























3


PENGENALAN INDUSTRI PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Industri penternakan di Malaysia merupakan satu sektor penting dalam
pembangunan pertanian di negara ini. Industri ini melibatkan aktiviti penternakan lembu,
kerbau, kambing, bebiri, babi, ayam, itik penelur, lembu tenusu dan kini yang semakin
meningkat naik ialah penternakan burung walit. Sektor ini telah menyumbangkan berbillion
ringgit nilai pengeluaran setahun ( Tidak dilaporkan dalam laporan MOA 2010 ) dan negara
kita mempunyai bekalan yang mencukupi untuk bekalan daging ayam, telur ayam, babi, dan
sarang burung walit.
Bagaimana pun untuk bekalan daging lembu dan kambing bebiri, negara kita masih
bergantung kepada daging import terutama dari India, Australia dan beberapa negara lain.
Pelbagai insentif dan peraturan berkaitan sektor ternakan telah dilaksanakan bagi
mempastikan sektor ini akan terus berkembang pada masa akan datang.
Rekod daripada Kementerian Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
menunjukkan terdapat seramai 43,310 penternak lembu dan 3,925 penternak kerbau yang
terlibat dalam industry ini sama ada berskala besar, sederhana dan berskala kecil.
Penternak kambing/bebiri pula direkodkan sebanyak 25,509 orang sementara penternak
ayam seramai 76,925 orang, penternak itik seramai 8,779 orang dan penternak babi
seramai 887 orang.
Pada keseluruhannya negeri Kelantan merupakan negeri negeri paling ramai
bilangan penternak lembu iaitu seramai 26,186 orang tetapi kebanyakkannya adalah
penternak yang berskala kecil-kecilan mempunyai kurang daripada 5 ekor lembu diikuti
dengan negeri Terengganu seramai 5,283 orang. Negeri Johor merupakan negeri paling
banyak menyumbang sector ternakan Negara terutama dalam ternakan ayam ( lebih 60 juta
ekor setahun ), ternakan kambing ( 70,000 ekor setahun ) serta jumlah sembelihan lembu
dan kambing di Malaysia.









4

NAMA PROGRAM DAN DASAR KERAJAAN YANG BERKAITAN PEMBANGUNAN
INDUSTRI TERNAKAN

1. Transformasi Industri Ternakan
Sistem perladangan tradisional secara kecil-kecilan yang kurang efisien dan produktif
akan ditransformasikan menjadi ladang berdaya maju, berdaya saing dan sustainable. Bagi
merealisasikan program ini pada penternak lembu tenusu, lembu pedaging, kerbau,
kambing dan rusa akan dibekalkan dengan baka ternakan bermutu tinggi untuk dibiakbaka.
Penternakan secara komersil dan besar-besaran berasaskan penggunaan teknologi moden
akan diberikan galakan dan insentif. Melalui program ini penggunaan tanah secara optima
akan diberikan perhatian khusus, contoh program ini ialah skim intergrasi ternakan dengan
tanaman komoditi atau tanaman hutan komersil. Bagi menjamin bekalan baka ternakan
bermutu tinggi sentiasa mencukupi, sektor swasta akan diberikan galakan dan insentif untuk
menceburi bidang pengeluaran baka ternakan bermutu melalui sistem pembiakan saintifk
terancang di ladang pembiakan baka dan penetasan ternakan komersil.
Kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ternakan dalam bidang pembiakan,
pemakanan, kesihatan dan pengeluaran ternakan secara ekonomikal akan diperluaskan.
Penggunaan teknologi dalam aktiviti penternakan, pemprosesan makanan ternakan,
penyimpanan produk, pengangkutan produk dan pengendalian produk ternakan akan
diberikan keutamaan.
Jawatankuasa Pembangunan Industri Ternakan (JPIT) akan diperluaskan bagi
meliputi lebih banyak jenis ternakan dan aktiviti penternakan. Jawatankuasa ini dianggotai
oleh persatuan-persatuan penternak, pengeksport, pengimport, penternak komersil dan juga
wakil kerajaan. Diantara bidang industri ternakan yang dikenalpasti perlu menubuhkan
jawatankuasanya ialah, industri tenusu, industri lembu pedaging, industri ternakan ayam,
khinzir, pengeksport dan pengimport ternakan. Diatantara lain, aktivitinya ialah mencari jalan
penyelesaian apabila timbul permasalahan rumit yang perlu ditangani secara kolektif
2. Rumah-rumah Penyembelihan Ternakan
Untuk menghadapi cabaran pelaksanaan AFTA dan perdagangan bebas dunia,
rumah-rumah penyembelihan ternakan atau "abattoir" akan dipermodenkan mengikut
piawaian antarabangsa (international). Kaedah perundangan "Meat Inspection Rules dan
Slaughter House Rules" akan dikuatkuasakan untuk mengatur dan mengawal industri
5

ternakan. Pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem ke atas daging-daging ternakan yang
diproses diloji pemprosesan daging milik swasta dan kerajaan akan dilakukan secara rawak
dan konsisten.
Penyembelihan ternakan ayam, kerbau, kambing, rusa dan lain-lain ternakan yang
halal dimakan oleh penganut agama Islam dikehendaki mematuhi peraturan yang ditepakan
bagi memastikan produk-produk tersebut halal dan tidak menimbulkan keraguan di kalangan
pengguna beragama Islam. Usaha ini selari dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai
pengeluar utama makan halal (Halal Food Hub). Sebagai hasil sampingan daripada aktiviti
penyembelihan ternakan kerbau, lembu, kambing, rusa dan ostrich (burung unta), Pusat
Pemerosesan Kulit Ternakan (tannery centre) untuk memproses kulit-kulit ternakan akan
diperbanyakkan. Aktiviti Pusat Teknologi Daging (Meat Technology Centre) yang
dilaksanakan dan dikembangkan ke kawasan lain yang berpotensi. Penubuhan lebih banyak
pusat dan kompleks pelbagai guna ini akan dapat meransang pertumbuhan industri
ternakan.
3. Dasar Pertanian Negara

DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (DPN 3)
OBJEKTIF DPN 3
Mempertingkatkan produktiviti dan daya saingan
Mengeratkan pertalian dengan sektor-sektor lain
Menerokai bidang-bidang baru,memulihara dan menggunakan sumber asli secara
mapan
PENDEKATAN-PENDEKATAN STRATEGI BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN
Pendekatan berasaskan produk ( Berasaskan permintaan pasaran dan citarasa )
Memenuhi keperluan dan permintaan pasaran termasuk pasaran khusus
Meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil dengan menyepadukan aktiviti
huluan dan hiliran dari aspek pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran

FAEDAH YANG DIPEROLEHI DAN KESAN TERHADAP INDUSTRI TERNAKAN

Selari dengan kedua-dua rancangan tersebut, satu polisi berkenaan sektor
pertanian, Polisi Pertanian Nasional ke-Tiga (1998-2010) digubal untuk meningkatkan tahap
pembangunan sektor pertanian dan juga pengeluaran, supaya pertalian di antara sektor-
sektor tersebut dapat diperkukuhkan. Faedah yang boleh diperolehi untuk hasil ternakan
tertumpu kepada industri pemprosesan hiliran.
6

1. Khidmat Sokongan

Sungguhpun semua kos projek penternakan tempatan harus ditanggung oleh penternak
sendiri, biasanya kemudahan kredit jangka-pendek bagi bekalan makanan dapat diuruskan
dengan pihak pembekal bahan makanan.

2. Peluang pelaburan
Industri bekalan daging lembu merupakan industri yang paling mundur dibandingkan
dengan industri bekalan daging lain seperti ayam dan khinzir. Keadaaan ini nampaknya
akan terus kekal kerana harga daging import dariIndia dan Australia jauh lebih murah
daripada harga daging lembu tempatan. Oleh yang demikian, peluang-peluang pelaburan
lebih terbuka kepada industri hiliran.

3. Pemprosesan
a) Pembuatan
Proses - Makanan Sejuk-Beku
Makanan segar cepat rosak. Dengan kesedaran dan juga usaha mengatasi hakikat tersebut,
permintaan terhadap makanan sejukbeku telah meningkat. Kemajuan dalam teknik
menyejuk-beku telah membolehkan kesegaran produk-produk berkenaan dikekalkan melalui
pengawalan suhu. Terdapat dua kategori makanan jenis ini, iaitu makanan yang disejukkan,
dan makanan yang dibekukan. Kedua-duanya turut merangkumi produk-produk hiliran
berasaskan bahan-bahan mentah yang disejuk-bekukan.

4. Pengeluar Produk Tambah-Nilai

Segmen perniagaan ini merupakan penggerak keseluruhan industri makanan sejuk-beku.
Produk-produk tambah-nilai berasaskan daging termasuklah burger, nugget, sosej dan
bebola daging. Industri hiliran berasaskan daging banyak menggunakan daging yang
diimport dari India oleh kerana harganya yang murah. Harga bagi setiap produk berbeza
berdasarkan tempat asal daging, iaitu samada dari India, atau Australia.







7

Contoh Bergambar


Industri Penternakan Ikan Industri Ternakan Kambing


Industri Penternakan Ayam



Kesimpulan
Pembangunan Industri Pedaging Negara memerlukan kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak, iaitu kerajaan, swasta serta lain-lain agensi yang terlibat bagi
merealisasikan wawasan negara untuk meningkatkan populasi ternakan ruminan kepada
tahap lebih tinggi dengan mengambilkira kapasiti tanah supaya semua tanah peladangan
yang wujud dapat digunakan secara optimum dan mapan. Populasi ternakan ruminan akan
dinaikkan supaya kadar saradiri untuk daging lembu dapat ditingkatkan kepada 40 peratus
menjelang tahun 2015. Dengan pencapaian hasrat ini, maka pergantungan import daging
ruminan bagi memenuhi keperluan nasional dapat dikurangkan.
Revolusi Pertanian bagi sektor ternakan ini dicapai dengan mengimplimentasi lima
strategi utama iaitu peningkatan populasi asas melalui pengimportan, meningkatkan
keupayaan dayasaing, menambahbaik persekitaran bisnes dan prasarana,
memperkukuhkan langkah sanitari dan fitosanitari serta menambahbaik kualiti produk.
Proses transformasi penternak tradisional akan berjalan serentak dengan peningkatan
produktiviti sektor ternakan ketahap yang optimum.

You might also like