You are on page 1of 2

Integrasi Nasional

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum,budaya


serta agama dan kepercayaan yang dianuti. Ciri ini merupakan satu perkara yang
menyebabkan Malaysai sebuah yang unik dimana kemerdekaan Malaysia dikongsi
bersama dengan kaum lain dengan harmoni. Untuk mengekalkan kesepaduan
berbilang kaum ini, kerajaan telah memperkenalkan satu mekanisme yang
memperkuatakan hubungan ini dengan memperkenalkan Integrasi Nasional.
Perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), membawa maksud
sesuatu perihalan atau proses penggabungandan kesepakatan Untuk menjadi
satu.Integrasi pula bermakna penggabungan atau pergabungan dua atau lebih
beberapa kaum menjadi satu kesatuan. Integrasi Nasional pula membawa maksud
satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat
melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama. Di dalam konteks
kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak kerajaan amat menitikberatkan
tentang soal perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat berbilang
kaum di negara ini.
Intergrasi Nasional pada asasnya sebagai usaha memupuk kesefahaman
dan perpaduan antara pelbagai kaum.Sesebuah negara tidak akan mencapai
kemajuan jika masyarakatnya berpecah,ini kerana dengan adanya kestabilan sosio-
politik serta kerjasama antara semua kaum. Maka sesebuah negara itu akan maju
tanpa mempunyai masalah yang mengekangnya.
Idea Integrasi Nasional telah lama diperkenalkan namun pada tahun 2006
,kerajaan telah memperkenalkan Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional
sebagai mengukuhkan lagi perancangan serta hasrat kerajaan..Pelan ini
dilaksanakan dalam 5 tahun dan dimulai pada tahun 2006 iaitu 2006-2010.Dalam
Pelan Tindakan tersebut pelbagai masalah telah dikenal pasti dan perancangan
untuk mengatasi masalah tersebut telah dirangka dan dilaksanakan dalam tempoh
tersebut.Ini menunjukkan bahawa integrasi nasional adalah perkara asas bagi
mencapai kemajuan. Wawasan 2020 merupakan visi mencapai status negara maju
dan perpaduan dan integrasi merupakan aspek dan tulang belakang untuk
mencapainya. Secara keseluruhannya,Integrasi Nasional merupakan perkara yang
amat penting dan mempunyai pengaruh yang besar bagi sesebuah negara yang
mempunyai pelbagai kaum ,kepercayaan serta adat yang diamalkan.

ISU /SITUASI
Interaksi antara kaum
Malaysia mempunyai 3 kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India serta kaum-
kaum minoriti seperti Orang Asli,Kadazan,Bajau dan Penan.Setiap kaum ini berada
di pelusuk negara dan mereka ada yang berada di bandar,kampung,serta kawasan
pedalaman. Oleh yang demikian, akibat perbezaan tempat ini menyebabkan
interaksi antara kaum tidak dapat berlaku dengan baik mahupun tiada langsung
interaksi.Masalah ini merupakan masalah yang amat kritikal dan menjadi agenda
utama bagi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum untuk mancapai
hasrat negara.
Tahap integrasi kaum di negara ini adalah pada tahap functional,di mana
masyarakat berinteraksi disebabkan oleh keadaan atau pun situasi
tertentu.Contohnya interaksi di tempat kerja adalah disebabkan tugasan masing-
masing. Walau bagaimanpun,tahap empatheticsecara berinteraksi secara
jujur,ikhlas,kasih saying dan saling faham memahami adalaha jarang berlaku di
kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Perpaduan dan integrasi nasional
yang kukuh memerlukan kekuatan hubungan kaum yang berpaksi pada toleransi
dan persefahaman yang tinggi yang akhirnya akan membentuk satu Bangsa
Malaysia yang bersatu padu.
Hal ini perlu dibincangkan kerana Integrasi Nasional juga mempengaruhi
dalam sistem pendidikan.Apabila terdapat pelbagai budaya,maka timbullah pelbagai
sekolah yang pelbagai aliran.Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina ,Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Tamil serta Sekolah Kebangsaan. Apabila wujudnya
masalah ini, benteng untuk integrasi akan terhasil dan menyebabkan peluang
interaksi antara kaum juga tidak akan wujud.Persefahaman memerlukan interaksi
yang lama untuk diertikan. Bukan mudah untuk membentuk kesepaduan daripada
kaum yang berbeza kepercayaan dan amalan budaya.
Semangat perpaduan dan integrasi antara kaum amat penting diluntur pada
usia muda seawal kanak-kanak. Ini bagi melahirkan satu suasana kesefahaman
dan toleransi yang sebenar.Apabila nilai-nilai yang positif dibentuk pada usia
ini,mereka akan dapat meneruskan kerana telah dilatih untuk menjadi warga yang
memahami kepelbagaian kaum.Kanak-kanak adalah usia yang mudah
dibentuk,mereka tidaka pandai untuk menipu dan kejujuran dalam hubungan antara
kaum akan kelihatan dengan jelas.
Akhir kata, isu interaksi antara kaum merupakan isu yang penting.bagi
melahirkan satu negara yang berdiri di bawah satu paksi Perlembagaan dan Rukun
Negara yang maju dan disegani oleh dunia. Sistem pendidikan negara perlu diubah
an ditambah nilai dari aspek integrasi agar hasrat Satu Malaysia akan tercapai.
Sistem pendidikan merupakan asas untuk mencapai cita-cita tersebut.Seperti
pepatah berkata, sepohon pokok tidak akan berdiri tegak jika akarnya tidak kuat.Ini
menunjukkan bahawa integrasi adalah asas yang mengukuhkan semangat bangsa
Malaysia.

You might also like