You are on page 1of 17

N U R U L S Y U H A D A B T A Z M A N

K H A I R U L A Z M A N B I N A B U H A S S A N
M U H A M M A D A R I F S A F WA N B I N
S A M S U D D I N
Apa yang anda faham mengenai
teknologi?
Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi
proses dan idea.

Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala
kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada
alat.

Ini bermakna dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan
awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori,
pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang
terpenting.

Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan.
Pengajaran mempunyai empat erti
Menyampaikan maklumat
Memindahkan maklumat
Mendorong pembelajaran
Membina manusia yang lebih baik
Terdapat dua perkara dalam menerangkan maksud
teknologi pengajaran.
(i) Kekeliruan dengan teknologi pendidikan
- pendidikan merangkumi skop yang lebih luas daripada pengajaran.
- teknologi pengajaran adalah sub-set kepada pengajaran, manakala
pengajaran adalah sub-set kepada pendidikan.
matlamat pengajaran adalah seiring dengan matlamat
pendidikan, iaitu membina manusia yang
bercirikan manusia.
Istilah teknologi pendidikan akan digunakan seperti
dengan teknologi pengajaran.


(ii) Konsep yang tidak statik

- Maksud dan istilah teknologi pengajaran sentiasa
berubah menurut perubahan zaman.

- Secara umum, teknologi pengajaran adalah satu
bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti
atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media,
sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah
pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
Rekabentuk adalah proses menentukan ciri-ciri dan keperluan
pembelajaran.
Di samping menentukan komponen sistem pengajaran, rekabentuk
juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam
sekeliling - (Tessmer, 1990)
Terdapat empat bidang utama:
rekabentuk sistem pengajaran
rekabentuk strategi
rekabentuk mesej
ciri-ciri pelajar

Juga dikenali sebagai domain pembinaan.
Proses menterjemahkan spesifikasi rekabentuk kepada bentuk
fizikal atau produk.
Melibatkan proses rekabentuk, bina, guna dan nilai.
Terdapat empat kategori bahan:
teknologi cetak
teknologi bahan pandang dengar
teknologi berasaskan komputer
teknologi bersepadu

Menggunakan proses (kaedah dan model pengajaran),
sumber (bahan dan perkakasan media) dan alam sekeliling
untuk pembelajaran.
Terdapat empat kategori:
penggunaan media dan kaedah (cara sistematik)
penyerapan/penerimaan inovasi
pelaksanaan (menggunakan bahan)
institutionalisasi (penerimaan & pengekalan)

Kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan,
penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan.
Terdapat empat kategori:
pengurusan projek
pengurusan sumber
pengurusan sistem penyampaian
pengurusan maklumat

Proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan
program pendidikan
Empat kategori:
penilaian analisis masalah (peperiksaan dll)
penilaian rujukan kriteria (penguasaan unit pelajaran)
penilaian formatif (mengesan bagi penambahbaikan)
penilaian sumatif (buat keputusan penggunaan)

Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh
digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan
pengajaran.

Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih
berkesan.

Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan
membuang masa.

Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu: Sebelum kenaan
merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.

Semasa kegunaan merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang
dapat membantu pembelajaran.

Selepas kegunaan merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan,
kesimpulan dan penilaian. Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi
topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan
fizikal bilik darjah.
Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat
perkembangan pelajaran itu sama ada:
- pengenalan topik
- perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
- penutup dan kesimpulan -Topik pelajaran
- penilaian kefahaman terhadap topik

Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang
pembelajaran

Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-
nunjuk sahaja.

Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar
belajar seterusnya.

Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin
kelas.
Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana
berfokuskan kepada
isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan
minat pelajar. Ia juga
boleh menghiburkan pelajar.
Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir
terhadap konsep melalui
deria melihat, mendengar atau menyentuh.
Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu
gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan
kehidupan seharian.

Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh
audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh.
Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.

Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.

Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan
penggunaan masa yang minimum.

Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh
memperkayakan pengalaman murid.

Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka
saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka
mengalaminya.

You might also like