You are on page 1of 3

Inferens

Membuat inferens bermaksud mentafsir atau menerangkan apa yang diperhatikan.


Contohnya, apabila jarum galvanometer yang disambung kepada suatu gelung dawai
terpesong, inferens yang dapat dibuat ialah arus teraruh dalam gegelung itu.
Inferens merupakan kesimpulan awal yang dibuat berdasarkan pemerhatian.
Definisi Secara Operasi
Tips: mesti dijawab berdasarkan pemerhatian dalam eksperimen.
Kaji dua kenyataan di bawah:
1-Cerek elektirik ialah sebuah alat elektrik
2-Cerek elektrik ialah alat untuk mendidihkan air

Apakah perbezaan antara kedua kenyataan di atas. Huraian 1 adalah bersifat konsep
manakala huraian 2 merujuk kepada fungsi alat yang boleh diperhatikan. Kesimpulanya
kenyataan 1 adalah definisi konseptual manakala kenyataan 2 adalah definisi secara operasi.

Contoh 1
Berikut adalah dua kenyataan mengenai asid
A-Asid ialah bahan yang mengandungi hidrogen
B-Asid adalah bahan yang menukarkan kertas litmus biru kepada merah.

Apakah perbezaan kenyataan di atas?
Tentukan yang mana satu definisi secara operasi?

Jawapan:
Kenyataan B-Asid menukarkan kertas litmus boleh dilakukan dan diperhatikan manakala
kenyataan A tidak boleh diperhatikan.
Kenyataan B ialah definisi secara operasi.
Hubungan
Jika masa bertambah, maka gerakbalas bertambah.
Semakin masa bertambah, semakin gerakbalas
bertambah.
Gerakbalas berkadar terus dengan masa.







Gerakbalas





masa

Pembolehubah
Terdapat 3 pembolehubah iaitu Pembolehubah dimalarkan,Pembolehubah dimanipulasi dan
Pembolehubah bergerakbalas.
a. Pembolehubah dimalarkan;
- sama / tetap
b. Pembolehubah dimanipulasi;
- berbeza / berlainan dari awal eksperimen lagi
c. Pembolehubah bergerakbalas
- keputusan / hasil eksperimen

Alat radas biasanya bukan pembolehubah!!!

Cara Menulis Pembolehubah:
Mesti tulis parameter untuk setiap pembolehubah.

Contoh 1: Parameter + bahan

Panjang spring
Ketebalan spring
Jenis spring
Isipadu agar-agar nutrien
Saiz koloni bakteria
Diameter koloni bakteria
Jenis antibiotik

Kehadiran asid etanoik
Isipadu lateks












Berikut adalah contoh soalan mencari pembolehubah:


Rajah di atas menunjukkan empat jenis air yang sama dengan tahap kepanasan yang berbeza.
Setitik pewarna makanan dititik ke dalam setiap bekas dan diperhatikan masa pewarna memenuhi
keseluruhan bekas berkenaan.
Nyatakan pembolehubah dimanipulasi, Bergerakbalas dan dimalarkan.

Jawapan
Dimanipulasi : Kepanasan cecair
Bergerakbalas : Masa pewarna makanan memenuhi bekas
Dimalarkan : Jenis cecair, Jenis pewarna makanan
Hipotesis
1. Jika manipulasi polar maka gerakbalas polar/
Jika X polar maka Y polar.
2. Semakin polar manipulasi, semakin polar gerakbalas/
Semakin polar X, semakin polar Y.
3. X1 mudah/lebih ________________ berbanding X2. (perbandingan)
Paku besi mudah berkarat berbanding paku keluli.
Membuat pemerhatian
Tips:
1. Perhati rajah yang diberi.
2. Cari keputusan/hasil daripada rajah.
3. Buat perbandingan jika ada dua rajah.
4. Tulis apa yang dilihat sahaja.
Lukisan graf
Graf garis:
Contoh soalan: Lukis graf suhu melawan masa.
1. Baca skala pada paksi X dan Y.
2. Plot titik.
3. Sambung titik.
4. Jika garis lurus mesti guna pembaris.
5. Garis lengkung tidak boleh guna pembaris.
6. Guna pensil mata tajam sahaja.
7. Jangan ada garis berkembar (double line).
Graf bar: Lukis graf palang/ bar..............................
1. Baca skala pada paksi X dan paksi Y.
2. Plot titik.
3. Lukis bar yang sama lebar.

You might also like