You are on page 1of 6

MONTFORT BOYS TOWN

JALAN MONTFORT
40150 SHAH ALAM
SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAMS
CODE & NAME

SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION


&MAINTENANCE (EE-320-2)

TAHAP / LEVEL

TWO (2)

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NUM
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NUM AND
STATEMENT

C01-SINGLE PHASE DRAWING

1. IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING SPECIFICATIONS AND

REQUIREMENT
2. CARRY OUT LAYOUT DRAWING
3. CARRY OUT SINGLE LINE / SCHEMATIC DIAGRAM

DRAWING
4. CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING DRAWING
5. INSPECT SINGLE PHASE DRAWING

NO KOD / CODE NO

EE-320-2:2012-C01/P(3/PRT3/3)

MUKA: 01 Drpd : 14

TAJUK/ TITLE: ALAT PERLINDUNGAN LITAR.


TUJUAN/ PURPOSE :
Pelatih pelatih mesti boleh :
1. Menerangkan definisi alat perlindungan lebihan arus.
2. Menyenaraikan jenis jenis alat perlindungan lebihan arus.

EE-320-2:2012

Prepared By :
Wan Zawawi Bin Wan Mohamad
Montfort Boys Town

NO.KOD / CODE NUM.

EE-320-2:2012-C01/P(3/PRT3/3)

Muka:

Drp: 14

PENERANGAN/ INFORMATION:
Alat perlindungan lebihan arus ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan
dengan sendiri (automatik) apabila berlaku arus lebih melebihi kuantiti yang dihadkan bagi
litar itu. Oleh sebab itu, alat ini hendaklah dipasang pada dawai hidup pada awal litar iaitu
secara bersiri dengan litar bekalan.
Arus lebih ini terjadi disebabkan oleh litar pintas atau pertambahan arus bekalan atau pun
disebabkan oleh pemasangan beban yang berlebihan daripada yang sepatutnya.
Tujuan memasang alat perlindungan lebihan arus ialah untuk mengelakkan berlakunya
kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran arus keupayaan
maksimum alat itu mengalir di dalam litarnya. Disamping itu juga, pelindung lebihan arus
juga melindungi kabel daripada rosak.

Faktor pemilihan jenis jenis perlindungan arus lebihan :


a) Jenis beban.
b) Keupayaan unit perlindungan.
c) Suhu sekeliling.
d) Alat khas.
e) Harga.
Jenis jenis fius:
a) Fius.
b) Pemutus litar.
Jenis jenis fius :
a) Fius boleh dawai semula.
b) Fius katrij.
c) Fius kapasiti pemutus tinggi (hro)
Fius boleh dawai semula:
Ia digunakan pada pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di
perindustrian ciri ciri :
a) Terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang
boleh dikeluarkan dari tapak fius.
b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau dari
kuprum tulin.
c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya elemen itu putus.
d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen fius.
e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual A.

EE-320-2:2012

Prepared By :
Wan Zawawi Bin Wan Mohamad
Montfort Boys Town

NO.KOD / CODE NUM.

EE-320-2:2012-C01/P(3/PRT3/3)

Muka:

Drp: 14

Takat lebur fius pada suhu 10833C.


Faktor fiusnya di antara 1.75 hingga 2.00

Fius jenis dawai semula.


Jadual A : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula.
Kebaikan.
1. Dawai elemen fius murah.
2. Senang ditukar ganti.

Keburukan.
1. Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang
kuat.
2. Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius.

Fius Katrij :
Fius katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. Ia boleh dianggap
sebagai fius tambahan kepada fius dalam papan agihan. Ciri ciri :
a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau seramik atau tembikar.
b) Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3A, 5A dan 13A.
c) Faktor fius diantara 1.5 hingga 1.75 kali.
d) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual B.

Berikut adalah kadaran arus dan kod warna bagi fius katrij :
Kadaran Arus Fius dalam Amp
Diameter dawai Fius dalam mm
5
Putih
15
Biru
20
Kuning
30
Merah
45
Hijau
60
Ungu
EE-320-2:2012

Prepared By :
Wan Zawawi Bin Wan Mohamad
Montfort Boys Town

NO.KOD / CODE NUM.

EE-320-2:2012-C01/P(3/PRT3/3)

Jadual B : Kebaikan dan keburukan fius katrij :


Kebaikan
1. Kadar arus nominal diketahui dengan
tepat.
2. Kapasiti pemutus tidak merosot.
3. Mempunyai kod warna untuk kadaran
saiz yang tertentu.
4. Dapat mengelakkan terjadinya arka
dan bunyi yang kuat.

Muka:

Drp: 14

Keburukan
1. Jika elemen fius putus, keseluruhan
fius tidak boleh digunakan.
2. Pemegang fius hanya sesuai dengan
saiz katrij yang tertentu.

Fius katrij pemutus tinggi.


Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan
yang tinggi. Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban
yang tinggi. Ciri ciri :
a) Terdiri dari satu tiub seramik dengan penutup hujungnya yang diperbuat dari logam.
b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta
diselaputi oleh serbuk mineral.
c) Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.
d) Faktor fius diantara 1.0 hingga 1.25 kali.
e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual C.

Fius HRC
Jadual C : Kebaikan dan keburukan fius pemutus tinggi.

1.
2.
3.
4.

Kebaikan
Dapat mengelakkan terjadinya arka
dan bunyi yang kuat.
Dapat mengawal arus yang tinggi.
Kapasiti pemutusan yang tinggi.
Mempunyai tanda pemutusan.

1.
2.
3.
4.

EE-320-2:2012

Keburukan
Paling mahal.
Mengambil masa untuk menggantikan
fius yang baru.
Hanya sesuai dengan penghubung fius
dan tapak fius yang tertentu.
Sukar didapati.

Prepared By :
Wan Zawawi Bin Wan Mohamad
Montfort Boys Town

NO.KOD / CODE NUM.

EE-320-2:2012-C01/P(3/PRT3/3)

Muka:

Drp: 14

Istilah istilah yang berkaitan dengan fius :


Elemen fius.
Adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus
yang berlebihan mengalir melaluinya.
Arus Nominal.
Arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka
masa yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel
atau mencairkan elemen fius.
Arus Fius
Arus minima yang boleh mencairkan elemen fius.
Faktor Fius
Nisbah arus fius dengan kadaran arus.
Pemutus Litar Miniatur (MCB) (BS 3871)
Terdapat dua jenis pemutus litar miniatur yang digunakan untuk pemasangan domestik dan
industri iaitu jenis magnet hidraulik dan jenis terma. Fungsi utama adalah sebagai peranti
perlindungan kepada pemasangan dalam keadaan litar pintas dan juga arus rosak peranti
ini akan memutuskan sambungan secara automatik menjadikan litar buka dan tiada arus
mengalir di dalam litar dalam keadaan normal peranti ini akan membuat sambungan bagi
membolehkan litar lengkap dan mengalirkan arus di dalam litar.

MCB (Miniature Circuit Breaker).


Peranti ini hendaklah di dalam bekas tertutup rapat untuk perlindungan mekanisma.
Nilai arus minimum untuk membuka secara automatik.
Tempoh masa untuk membuka.
Binaan MCB.
MCB BS 3871 ini mempunyai kadaran voltan sehingga 415 volt dan arus sehingga 100
ampere serta kapasiti memutus sehingga 9 kA. Dengan yang demikian peranti ini dibuat
bagi memenuhi ciri ciri piawaian yang binaan asasnya mengandungi bahagian seperti :
Satu set mekanisma pensuisan Set mekanisma ini berbentuk punat suis yang boleh
ditolak ke keadaan ON dan OFF dengan menggunakan tangan. Punat suis akan terpelantik
secara automatik ke OFF apabila berlaku arus lebih mengalir melaluinya. Setelah peranti
memutus iaitu berada dalam keadaan OFF, periksa litar yang bersambung dengan MCB ini
dan asingkan peralatan yang telah dikealpasti rosak. Kemudian boleh tolak punat suis ke
ON semula, jika masih terpelantik semula ke OFF, periksa aksesori dan kabel pendawaian.
Satu set alatan automatik terdapat dua jenis.
EE-320-2:2012

Prepared By :
Wan Zawawi Bin Wan Mohamad
Montfort Boys Town

NO.KOD / CODE NUM.

EE-320-2:2012-C01/P(3/PRT3/3)

Muka:

Drp: 14

RUJUKAN/ REFERENCE :
1. Pemasangan Dan Penyenggaraan Elektrik, Abd Samad Hanif, Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
M/s 46-57.
2. Panduan Pendawaian Elektrik, Hj Md Nasir Haji Abd Rahman, IBS Buku Sdn Bhd.
M/s 157-168.
3. Asas Pendawaian, Mohd Isa Idris, IBS Buku Sdn Bhd.
M/s 23-24.

EE-320-2:2012

Prepared By :
Wan Zawawi Bin Wan Mohamad
Montfort Boys Town

You might also like