You are on page 1of 37

KOD & NAMA KURSUS

SRF 3023: KEELEKTRIKAN, KEMAGNETAN DAN GELOMBANG



SEMESTER 1 SESI 2013/2014





KUMPULAN : UPS03I( A131PJJ )
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

AMINAH BINTI RAHMAT

D20102042743

0179097084

NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN MAHIZAH BINTI ISMAIL
TARIKH SERAH: 25 OKTOBER 2013






TUGASAN 1
RENCANA MENGENAI PERALATAN
SAINTIFIK

1. VOLTMETER DAN AMMETER
Voltmeter
Voltmeter digunakan khas untuk menyukat daya gerak elektrik (d.g.e) atau voltan.
Unit ukuran ukuran voltmeter ialah volt (V). Unit volt dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian
seperti yang berikut:

1 MV (megavolt) : 1 000 000 volt
1KV (kilovolt) : 1 000 volt
1 volt : 1 000 milivolt
1 mV : 0.001 volt
Terdapat dua jenis voltmeter iaitu:
a) voltmeter arus terus (AT/DC)
b) voltmeter arus ulang-alik (AU/AC)

Voltmeter arus ters digunakan untuk menyukat voltan arus terus yang berpunca daripada sumber sel
atau beteri. Manakala voltmeter arus ulang-alik yang berpunca daripada dinamo atau janakuasa.
Simbol bagi voltmeter adalah seperti yang berikut:



spring
Votmeter perlu disambung secara selari dengan komponen elektrik yang hendak diukur voltannya.

Tatacara Penggunaan Voltmeter
Pilih voltmeter dengan julat skala yang sesuai. Penunjuk pada voltmeter mesti dilaraskan
supaya kedudukannya betul pada 0 V.

Voltmeter mesti disambung secara selari dengan beban elektrik pada litar. Voltmeter arus terus
mempunyai kekutuban positif dan negatif. Prob voltmeter arus terus berwarna hitam adalah untuk
terminal negatif manakala yang berwarna merah adalah terminal positif. Sambunagn antara
kekutuban volmeter dengan kekutuban beban perlu betul.

Voltmeter arus terus tidak boleh digunakan untuk menyukat arus ulang alik. Penunjuk voltmeter arus
terus akan bergetar apabila digunakan untuk menyukat arus ulang-alik.

Ketidakpastian pengukuran (J ulat Voltmeter)
Julat voltmeter ialah skala yang terdapat pada sesebuah voltmeter. Volmeter mempunyai julat
skala yang berbeza seperti 0 3 V, 0 5 V, 0 10 V, 0 100 V, dan 0 500 V. Penggunaan
voltmeter dengan julat skala yang sesuai dengan voltan litar akan memberikan bacaan betul dan
tepat. Julat yang sesuai diketahui apabila penunjuk meter memberi bacaan antara hingga skala
voltmeter yang digunakan. Julat volmeter yang terlalu tinggi sukar untuk dibaca kerana penunjuk
meter hanya bergerak sedikit. Julat voltmeter yang terlalu rendah akan menyebabkan penunjuk meter
bergerak melebihi nilai maksimum. Pembacaan tidak dapat dilakukan dan mungkin merosakkan
meter.




Ammeter
Ammeter digunakan untuk menyukat jumlah arus yang bergerak dalam sesuatu litar. Unit
ukuran arus pada ammeter ialah ampere (A). Unit ampere yang biasanya digunakan adalah seperti
yang berikut:

1A : 1000 miliampere (MA)
1 Ma : 0.001 Ampere
1 mikroampre (A) : 0.000001 Ampere

Terdapat dua jenis ammeter iaitu:
a) ammeter arus terus (AT/DC)
b) ammeter arus ulang-alik (AU/AC)

Ammeter menggunakan prinsip meter gegelung bergerak sama seperti yang terdapat di dalam
voltmeter. Simbol bagi voltmeter adalah seperti yang berikut:

Tatacara Penggunaan Ammeter
Apabila menggunakan ammeter, pilih julat skala yang sesuai dengan arus yang akan
disukat. Laraskan penunjuk ammeter kepada kedudukan 0A. Ammeter perlu disambung secara siri
dengan beban elektrik pada litar. Sambungan kekutuban terminal ammeter arus etrus dengan litar
perlu betul.

Ketidakpastian pengukuran (J ulat Ammeter)
Ammeter mempunyai julat skala yang berbeza 0 100 mA, 0 200 mA, 0 5A, 0 -10 A, dan
0 50 A. Penggunaan ammeter perlu disesuaikan dengan jumlah arus yang disukat. Sebagaimana
voltmeter, julat ammeter yang terlalu tinggi sukar untuk dibaca kerana penunjuk meter hanya
bergerak sedikit. Julat ammeter yang terlalu rendah akan menyebabkan penunjuk meter bergerak
melebii had maksimum.


2. MULTIMETER (METER PELBAGAI)
Multimeter adalah sejenis meter pelbagai guna. Dalam sesebuah meter pelbagai, ada
voltmeter untuk menyukat voltan, ammeter untuk menyukat arus, dan ohmmeter untuk menyukat
rintangan. Terdapat dua jenis meter pelbagai yang digunakan iaitu:
a) meter pelbagai analog.
b) meter pelbagai berdigit.
Meter pelbagai analog menggunakan jarum penunjuk untuk menunjukkan unit bacaan pada skala
manakala meter pelbagai berdigit terus menunjukkan unit bacaan berangka.


Bahagian-bahagian Meter Pelbagai Analog dan Fungsinya

Meter pelbagai analog Meter pelbagai berdigit
Bahagian meter Fungsi
1. Skala ohm Ruangan skala digunakan untuk mendapatkan bacaan dalam unit
ohm apabila meter pelbagai digunakan untuk menyukat rintangan.
2. Skala voltan dan ampere Ruangan skala yang digunakan untuk mendapatkan bacaan dalam
unit volt atau ampere apabila meter digunakan untuk menyukat
voltan tau arus elektrik.
3. Skala voltan A.U. Digunakan untuk mendapatkan bacaan unit voltan arus ulang-alik
4. Jarum penunjuk Jarum penunjuk adalah sebatang jarum yang bersambung dengan
gegelung yang bergerak apabila meter pelbagai digunakan.
Penunjuk akan menunjukkan unit bacaan yang direkodkan oleh
meter.
5. Tombol pemilih julat Tombol pemilih julat dapat diputarkan pada mana-mana unit
sukatan yang perlu dibuat oleh meter pelbagai sama ada unit voltan,
ampere, atau ohm. Tentukan kedudukan pemilih julat pada unit julat
yang betul sebelum meter digunakan.
6. Skru pelaras sifar Digunakan untuk melaras kedudukan penunjuk meter tepat pada
sifar apabila menyukat voltan atau arus. Pelaras ini dapat dilaras
dengan menggunakan pena ujian.
7. Pelaras sifar ohm Apabila menyukat nilai rintangan, pelaras sifar ohm perlu dilaraskan
supaya penunjuk berada tepat pada kedudukan 0 ohm. Pintaskan
supaya penunjuk berada tepat pada kedudukan 0 ohm. Pintaskan
(temukan) kedua-dua prob meter pelbagai, kemudia laraskan
pelaras sifar.
8. Prob negatif dan prob
positif
Prob adalah wayar yang akan disambung dengan komponen atau
bahagian litar yang akan disukat voltan, arus, atau rintangannya.
Prob perlu disambung dengan betul pada tamatan meter dan
tamatan litar mengikut kekutuban.

Tatacara Penggunaan Meter Pelbagai
Meter pelbagai dapat digunakan untuk menyukat voltan, arus, dan rintangan. Selain itu, meter
pelbagai sering digunakan untuk membuat ujian keterusan sesuatu komponen, sambungan, dan litar.
Jadual di bawah menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika menggunakan meter
pelbagai.
Penggunaan

Langkah
Menyukat
voltan
(a.t)
Menyukat
arus (a.t)
Menyukat
rintangan
Menguji
keterusan
1. Sambungkan prob pada meter pelbagai mengikut
kekutuban betul.








2. Setkan pemilih julat pada jenis julat sukatan yang
dikehendaki (sama ada voltan, ampere, atau ohm.








3. Laraskan kedudukan jarum penunjuk dengan
melaras skru pelaras sifar.





4. Pintaskan kedua-dua prob dan laraskan
kedudukan jarum penunjuk pada 0 ohm dengan
melaras skru pelaras sifar.




5. Sambungkan wayar prob mengikut kekutuban
yang betul secara siri dengan komponen atau
bahagian litar.



6. Sambungan wayar prob mengikut kekutuban yang
betul secara selari dengan komponen dan
bahagian litar.






7. Darab bacaan yang diperoleh dengan julat yang
telah diset pada pemilih julat.







8. Rekodkan unit bacaan yang diperolehi.
9. Buat kesimpulan hasil ujian yang dijalankan.
10.Laraskan kedudukan skru pelaras sifar setiap kali
selepas sesuatu bacaan dibuat sebelum
menyukat bacaan baru.







11. Putarkan pemilih julat pada kedudukan OFF
setelah selesai kerja menyukat dan menguji.








12. Tanggalkan prob dan simpan meter di tempat
asalnya.













3. PERINTANG DAN RHEOSTAT
Perintang
Perintang adalah komponen elektronik yang paling banyak digunakan dalam litar. Perintang
digunakan untuk mengawal atau menghadkan aliran arus dalam sesuatu litar. Perintang juga
digunakan untuk mendapatkan susutan voltan dalam litar. Setiap perintang mempunyai nilai
rintangan yang disukat menggunakan ohm. Simbol bagi unit sukatan ohm ialah . Unit sukatan nilai
ohm yang biasanya digunakan ialah:

1 kilo ohm (k ) : 1 000 ohm
1 Mega ohm (M) : 1 000 k ohm atau 1 000 000 ohm

Perintang yang mepunyai nilai rintangan yang rendah akan membenarkan arus yang lebih tinggi
mengalir di dalam litar. Sebaliknya perintang yang bernilai tinggi akan menyebabkan arus yang lebih
rendah mengalir melaluinya. Rajah dibawah menunjukkan contoh penggunaan rintangan dalam litar
dan kesannya terhadap aliran terus.


Litar tanpa rintangan, Arus
mengalir tinggi
Litar berintangan rendah, arus
megalir tinggi.

Perintang juga mempunyai sukatan kadaran kuasa. Kadaran kuasa ialah keupayaan perintang untuk
menghilangkan haba yang berlebihan ketika arus mengalir melaluinya. Kadaran kuasa sesuatu
perinang disukat menggunakan unit watt. Kadaran kuasa yang biasa bagi perintang ialah 0.25 Watt
atau 0.5 Watt. Perintang terbahagi kepada dua jenis iaitu:
a) perintang tetap
b) perintang boleh laras.

Perintang Tetap
Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tertentu. Ada dua jenis perintang tetap yang
biasanya digunakan iaitu:
a) perintang karbon;
b) perintang lilitan dawai.
Perintang karbon biasanya digunakan dalam kerja-kerja elektronik. Perintang karbon dibuat daripada
serbuk karbon yang disalut bahagian luarnya dengan bahan penebat. Kaki-kaki perintang karbon
dibuat daripada timah.
Litar berintangan tinggi, arus
mengalir rendah

Kadaran kuasa bagi perintang karbon adalah dari 0.125 watt sehingga 1 watt. Simbol bagi perintang
tetap adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang berikut:

Simbol perintang tetap
Perintang lilitan dawai dibuat menggunakan dawai halus yang dililit menjadi gelung.

Tatacara Penggunaan Perintang
Perintang Karbon
Setiap perintang karbon dapat diketahui nilai rintangannya berpandukan jalur-jalur warna
pada badan perintang. Jalur-jalur warna pada badan perintang karbon perlu diterjemahkan ke angka
atau nombor yang menunjukkan nilai rintang berpandukan kod warna perintang. Jalur-jalur warna
pada badan perintang karbon perlu diterjemahkan ke angka atau nombor yang menunjukkan nilai
rintangan berpandukan kod warna perintang. Jadual yang berikut menunjukkan nilai jalur-jalur warna
perintang karbon dalam kod warna:
Kod Warna Nombor
Hitam 0
Perang (coklat) 1
Merah 2
Jingga (oren) 3
Kuning 4
Hijau 5
Biru 6
Ungu 7
Kelabu 8
Putih 9

Perintang tetap juga mempunyai nilai had terima (toleransi). Had terima ialah kadar boleh ubah yang
terdapat pada sesuatu perintang tetap. Kadar had terima setiap perintang ditentukan oleh jalur-jalur
warna seperti berikut:
Warna jalur Had terima
Emas 5%
Perak 10%
Tiada jalur 20%

Cara Menentukan Nilai Rintangan Perintang Tetap Menggunakan Kod Warna
Perintang tetap yang lazim digunakan mempunyai empat jalur yang berlainan pada badannya.
Setiap jalur warna ini perlu diterjemahkan kepada angka atau nombor berpandukan kaedah yang
berikut:








Cara mengira Perintang Tetap Berpandukan Kod warna



Perintang Boleh Laras
Perintang boleh laras adalah jenis perintang yang mempunyai nilai rintangan yang boleh
dilaraskan. Nilai perintang boleh laras dapat dilaras dari nilai sifar hingga ke nilai maksimumnya. Arus
yang mengalir merentasi perintang boleh laras bergantung pada rintangan yang dilaraskan. Nilai
rintangan pada perintang boleh laras dapat dikawal dengan cara melaras bahagian atau pelaras.

Rajah di bawah menunjukkan penggunaan perintang boleh laras dalam litar.

a) Spendel diputar mengikut arah jarum jam, rintangan semakin kurang menyebabkan aliran arus
elektrik mengalir tinggi dan nyalaan mentol semakin terang.

b) Spindel diputar mengikut arah lawan jarum jam, rintangan bertambah menyebabkan aliran arus
elektrik berkurangan dan nyalaan mentol semakin malap.
Perintang
boleh laras
Perintang boleh laras dibuat daripada karbon atau lilitan dawai. Nilai rintangan maksimum pada
setiap perintang boleh laras ada ditandakan pada badannya. Ada dua jenis perintang boleh laras,
iaitu:
a) reostat;
b) meter upaya (potentiometer).
Rajah dibawah menunjukkan contoh perintang boleh laras dan simbolnya.

Simbol perintang boleh laras ditunjukkan oleh rajah di bawah:

Apabila anda memutar tombol pengawal suara (volume) paada perkakas elektronik seperti radio, alat
hi-fi, atau televisyen anda sebenarnya melaras perintang boleh laras.


Ketidakpastian Pengukuran Perintang
Nilai rintangan lilitan dawai dipengaruhi oleh:
a) panjang lilitan dawai semakin panjang dawai yang digunakan, semakin tinggi rintangannya. Arus
yang mengalir dalam litar berkurang apabila panjang wayar yang digunakan bertambah. Wayar yang
panjang mempunyai rintangan yang lebih tinggi berbanding wayar yang pendek. Oleh itu, arus yang
lebih besar mengalir melalui wayar yang pendek.
b) diameter semakin kecil diameter dawai, semakin tinggi rintangan perintang, semakin besar
diameter dawai, semakin kurang rintangannya. Oleh itu, arus yang lebih besar boleh mengalir melalui
wayar yang lebih besar.
c) jenis bahan wayar-wayar yang diperbuat daripada berbagai-bagai bahan mempunyai rintangan
yang berlainan. Berlainan jenis konduktor mempunyai rintangan yang berbeza terhadap arus yang
mengalir.
d) suhu wayar kenaikan suhu wayar juga boleh menambah rintangannya
Nilai rintangan perintang tetap jenis lilitan dawai lebih tetap dan stabil jika dibandingkan dengan
perintang karbon. Kadaran kuasa perintang lilitan dawai adalah lebih tinggi daripada kadaran kuasa
perintang karbon.
Reostat
Reostat ialah alat yang digunakan untuk menukar rintangan dalam sesuatu litar. Reostat
mengandungi satu gelung wayar rintangan yang panjang, dililit mengelilingi suatu batang tembikar
(penebat). Rajah dibawah menunjukkan struktur sebuah reostat yang biasa digunakan dalam
makmal.

Reostat biasanya digunakan untuk mengawal volume bunyi radio dan television, mengawal kelajuan
kipas, mengawal kecerahan lampu-lampu pentas dan mengawal kelajuan mesin.

Arus masuk
Tatacara Penggunaan
Di atas gelungan wayar itu terdapat suatu pelaras yang boleh bergerak disepanjang batang
logam (konduktor). Bahagian pelaras yang tersentuh dengan wayar itu diperbuat daripada logam
yang baik. Dengan menggerakkan pelaras dari titik ke titik reostat itu memberikan rintangan-
rintangan yang berlainan. Arus elektrik masuk melalui satu hujung wayar, mengalir melalui pelaras
batang logam dan keluar di satu lagi hujung lubang itu.
Ketidakpastian Pengukuran
Berapa besar arus dibenarkan mengalir melalui wayar bergantung kepada jaraj panjangnya
arus itu menerusinya. Oleh itu, untuk memberi rintangan tinggi (arus kecil) kepada satu litar, pelaras
digerakkan jauh dari hujung di mana arus masuk ke dalam reostat. Dengan demikian arus mengalir
melalui jarak wayar yang panjang, mengalami rintangan yang tinggi dan menghasilkan arus yang
kecil. Mengerakkan pelaras, arus elektrik yang mengalir ke dalam litar dapat dikawal.
4. KAPASITOR
Kapisitor atau pemuat digunakan dalam litar elektronik untuk menyimpan dan membuang cas-
cas elektrik. Keupayaan sesuatu kapisitor menyimpan cas elektrik dinamakan kapasitan. Kapasitor
digunakan secara meluas dalam pembinaan litar untuk perkakas elektrik seperti radio, television,
komputer dan sebagainya.
Binaan kapisitor dibuat daripada plat pengalir dan bahan penebat. Bahan penebat yang
digunakan untuk menyimpan cas elektrik dinamakan dielektrik. Bahan-bahan penebat seperti mika,
kertas, seramik, atau elektrolit digunakan sebagai bahan dielektrik dalam kapasitor.

Kapasitor terbahagi kepada dua jenis yang berlainan iaitu:
a) kapasitor berkutub;
b) kapasitor tanpa kutub.

Kapasitor berkutub mempunyai saiz besar dan mempunyai kutub. Ia boleh menyimpan cas
elektrik yang lebih banyak dan mengambil masa yang lama untuk dicas dan membuang cas.
Manakala kapasitor tanpa kutub mempunyai saiz kecil dan tiada kutub. Ia menyimpan tenaga elektrik
yang sedikit dan mengambil masa yang singkat untuk dicas tau membuang cas.

Tatacara Penggunaan Kapasitor
Cas elektrik yang dialir ke dalam kapasitor akan disimpan pada bahagian pengalir. Sebelum
dicas, kedua-dua plat pengalir akan mempunyai cas yang sama. Apabila dicas, kedua-dua plat akan
mempunyai cas yang berlainan iaitu satu plat bercas negatif manakala satu lagi bercas positif.
Proses ini dinamakan mengecas kapisitor. Tenaga elektrik yang telah dicas ke dalam sesebuah
kapisitor dapat disimpan untuk beberapa ketika. Apabila kapasitor yang bercas penuh disambung
kepada komponen elektronik, cas yang tersimpan akan dikeluarkan. Proses ini dinamakan proses
membuang cas. Kapasitor yang telah kehilangan cas dapat dicas semula dengan cara
menyambungnya kepada sumber tenaga elektrik.

Kapasitor belum dicas (neutral). Kedua-dua plat mempunyai cas yang serupa

Kapasitor berkutub mempunyai dua kaki yang berlainan cas, iaitu kaki yang pendek adalah
kaki negatif manakala kaki yang panjang adalah positif. Kapasitor berkutub perlu disambung dengan
betul mengikut kekutuban kakinya pada litar. Kaki negatif perlu disambung dengan punca negatif litar
manakala kaki positif disambung dengan punca positif litar. Rajah dibawah menunjukkan contoh
kapasitor berkutub dan simbolnya.



Kapasitor tanpa kutub tidak mempunyai kekutuban pada kakinya. Sambungan kapasitor tanpa
kutub dapat dilakukan tanpa mempunyai nilai kapasitan yang rendah. Rajah di bawah menunjukkan
contoh kapasitor tanpa kutub dan simbolnya.


Sebelum mengecas kapasitor, perhatikan kadar voltan maksimum yang tercatat pada badan
kapasitor. Gunakan sumber voltan elektrik yang kurang daripada kadar yang dicatatkan.
Menggunakan kadar voltan yang berlebihan daripada keupayaan kapasitor boleh menyebabkan
kapasitor rosak.

Ketidakpastian Pengukuran Kapasitor
Keupayaan kapasitor menyimpan cas elektrik boleh disukat. Unit sukatan yang digunakan
ialah Farad (F). Jadual yang berikut digunakan unit-unit sukatan Farad bagi kapasitor.
1 mikro Farad (F):



1 000 000 mikro farad (F) : 1 Farad
1 000 000 000 nano Farad (nF) : 1 Farad
1 000 000 000 000 piko Farad (pF) : 1 Farad

Ukuran kapasitan setiap kapasitor ada ditanda pada bahagian badannya. Semakin besar saiz
kapasitor, semakin banyaklah cas elektrik yang boleh disimpan.

a) kapasitor bernilai rendah, menyimpan sedikit cas elektrik


b) Kapasitor bernilai tinggi, menyimpan banyak cas elektrik
5. BATERI DAN SUIS
Tenaga elektrik dapat dihasilkan melalui tindak balas beberapa jenis bahan kimia tertentu.
Unit asas dalam proses penghasilan tenaga elektrik menggunakan bahan kimia dikenali sebagai sel.
Sel-sel asas yang digabungkan menghasilkan bateri. Bateri mengandungi lebih daripada satu sel.
Terdapat dua jenis sel yang dihasilkan melalui proses tindak balas kimia, iaitu:
a) sel kering (sel primer)
b) sel basah (sel sekunder)
sel kering dan sel basah menghasilkan arus jenis arus terus (D.C).
Sel Kering
Sel kering digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik bervoltan rendah seperti lampu
suluh, radio, walkman, jam dinding, dan sebagainya. Sel kering ringan, kecil dan murah. Sel kering
tidak dapat dicas semula dan menggunakan bahan kimia kering. Sel kering dibuat daripada zink,
karbon, dan elektrolit. Sel kering jenis ini dikenal sebagai sel alkali.
_
+

Contoh-contoh sel kering.
Bekas zink pada sel kering adalah tamatan negatif manakala batang karbon adalah tamatan positif.
Elektrolit bertindak sebgai bahan yang berupaya memindahkan cas-cas elektrik antara dua tamatan
negatif dan positif. Elektrolit yang digunakan dalam sel kering jenis alkali ialah campuran bahan kimia
ammonium klorida dengan mangan dioksida. Apabila elektrolit telah hilang keupayaannya untuk
memindahkan cas-cas elektrik dalam sel kering, sel akan kehabisan sumber tenaga.


Bahagian-bahagian sel kering

Sel kering mempunyai beberapa ciri iaitu:
a) setiap sel kering akan menghasilkan voltan sebanyak 1.5 volt;
b) tidak boleh digunakan lagi apabila telah kehabisan cas;
c) simbol bagi satu unit sel ialah
Apabila ada lebih dari satu unit sel kering, sambugan dapat dibuat secara:
a) sambungan secara siri;
Penutup loyang
Batang karbon
(punca positif)
Bekas zink
(punca negatif)
Elektrolit (campuran
ammonia klorida dan
mangan dioksida)
b) sambunagn secara selari.

Tatacara Penggunaan
Sel yang disambung secara siri, punca positif sel mestilah disambungkan dengan punca
negatif sel yang lain. Sambungan secara siri akan menghasilkan voltan yang lebih tinggi.

Sel kering disambung secara siri
Sel yang disambung secara selari, punca positif sel mesti disambung kepada punca positif sel
yang lain, manakala punca negatif sel disambungkan kepada punca negatif sel. Jumlah voltan yang
dihasilkan daripada cara sambungan selari adalah tetap, sama seperti voltan seunit sel, iaitu 1.5 volt.
Tujuan sel disambung secara selari adalah untuk menggunakan arus yang lebih rendah dan sel
tahan lebih lama.

Sel kering disambung secara selari

Sel Basah (Sel Sekunder)
Apabila sumber arus elektrik yang lebih tinggi diperlukan, sel basah digunakan kerana setiap
unit sel basah menghasilkan voltan sebanyak 2 volt. Sel basah berat dan besar, boleh dicas semula
dan mahal. Sel basah menggunakan bahan kimia cecair. Sel asas bagi sel basah ialah sel asid
plumbum.


Sel basah dikeluarkan dalam bentuk yang berlainan iaitu:
a) sel basah 6 volt untuk kegunaan motorsikal.
b) sel basah 12 volt untuk kegunaan kereta, bas, dan lori.

Sel basah mengandungi empat bahagian utama iaitu:
a) elektrod negatif palat plumbum (berwarna kelabu);
b) elektrod positif plat plumbum peroksida (berwarna perang);
c) elektrolit larutan asid sulfurik cair;
d) pemisah dibuat daripada gentian kaca, ebonit, atau plastik untuk memisahkan plat elektrod
negatif dengan plat elektrod positif.



Tatacara Penggunaan
Tindak balas kimia yang berlaku antara elektroid positif, elektrod negatif, dan elektrolit
menyebabakan sel basah menghasilkan tenaga elektrik. Ketika sel basah berkeupayaan tinggi
mengeluarkan tenaga elektrik, elektrolitnya adalah dalam bentuk larutan asid sulfurik cair. Apabila
telah digunakan untuk beberapa lama, larutaan asid sulfurik cair bertukar menjadi suling
menyebabkan sel basah kehilangan kuasa.
Sel basah yang telah kehabisan tenaga elektrik, boleh dicas semula untuk menukarkan air
suling kepada larutan asid sulfurik cair. Sel basah yang telah berkurang cas, perlu dicas semula
dengan menggunakan alat pengecas bateri.

Kandungan cas sebuah sel basah dapat diketahui dengan cara menguji elektrolitnya dengan
menggunakan hidrometer.



Bacaan
Hidrometer
Cas Sel
Basah

1.28
1.26

Cas penuh

1.25

Separuh cas

1.20
1.15

Cas lemah
J enis Sel yang Lain
Selain sel kering dan sel basah, terdapat peralatan elektrik hari ini yang menggunakan
beberapa jenis sel khas seperti:
a) sel merkuri;
b) sel lithium;
c) sel nikel cadmium.
Sel merkuri digunakan untuk menghasilkan voltaan elektrik yang rendah (1.5V). sel merkuri
digunakan dalam kamera, jam tangan elektronik, dan mesin kira. Sel ini tidak boleh dicas semula.

Sel lithium dan sel nikel cadmium dapat menghasilkan voltan yang lebih tinggi jika dibandingkan
dengan sel merkuri. Kedua-dua jenis sel ini dapat dicas semula. Sel ini banyak digunakan dalam
telefon bimbit atau alat gerudi elektrik mudah alih.
Semua jenis bateri yang telah kehabisan cas dan tidak boleh digunakan perlu dilupuskan atau
dikitar semula untuk mengelakkan pencemaran. Salah satu cara melupuskan bateri ialah dengan
menanamnya di tempat yang selamat.

Suis
Suis adalah komponen yang digunakan untuk menyambung atau memutuskan aliran arus
elektrik dalam litar. Apabila suis ditutup (ON), litar akan bersambung untuk membolehkan arus
elektrik mengalir dan komponen dalam litar dapat berfungsi. Sebaliknya apabila suis dibuka (OFF),
sambungan litar akan terputus mengakibatkan arus elektrik tidak dapat mengalir dan komponen tidak
berfungsi.


Jenis-jenis suiz yang lazim digunakan dalam litar elektronik ialah:
a) suis togel;
b) suis tekan.
suis togel berbentuk kemas, mudah digunakan, dan tahan lama. Untuk mengawal buka dan tutup
litar, punat suis ini perlu ditolak sama ada ke atas atau ke bawah atau ke kiri dan ke kanan. Ada tiga
jenis suis togel yang berlainan iaitu:
a) suis togel satu kutub satu hala (SPST);
b) suis togel satu kutub dua hala (SPDT);
c) suis togel dua kutub dua hala (DPDT).
Tatacara Penggunaannya
Suis togel sau kutub satu hala mempunyai satu kutub atau sesentuh yang menyambungkan
dua tamatan. Suis ini digunakan untuk mengawal aliran arus elektrik dalam satu litar sahaja. Rajah
dibawah menunjukkan contoh suis togel satu kutub satu hala, simbol, dan cara penggunaannya
dalam litar. Kebanyakan suis yang digunakan untuk dimentol dan plag di dalam rumah adalah dari
jenis suis satu kutub satu hala.



Suis togel satu kutub dua hala mempunyai satu kutub atau sesentuh yang menyambungkan
tiga taamatan. Suis jenis ini digunakan khas untuk mengawal aliran arus pada dua litar berasingan
secara bergilir-gilir. Rajah yang berikut menunjukkan contoh suis togel satu kutub dua hala, simbol,
dan cara penggunaannya dalam litar.

Suis togel dua kutub dua hala mempunyai ciri-ciri gabungan dua suis satu kutub dua hala.
Suis ini mempunyai dua kutub atau sesentuh dengan enam tamatan. Suis ini dapat digunakan untuk
mengawal empat litar yang berlainan dengan dua litar yang dapat dihidupkan secara serentak.

Suis Tekan
Suis tekan perlu ditekan atau dilepaskan untuk menyambung atau memutuskan sesuatu litar.
Suis tekan akan menyambung atau memutuskan litar ketika ditekan au dilepaskan sahaja. Ada dua
jenis suis tekan yang digunakan. Bentuk fizikal kedua-dua suis ini hampir serupa tetapi cara
kendaliannya adalah berbeza. Jenis-jenis suis tekan itu ialah:
a) suis tekan tutup;
b) suis tekan buka.
Jadual yang berikut mengandungi maklumat mengenai ciri-ciri suis tekan tutup dan suis tekan buka

Suis Tekan Tutup

Suis Tekan Buka

a) Rupa bentuk


Punat suis tekan tutup ditandai warna merah.

a) rupa bentuk


Punat suis tekan buka ditandai warna hitam.


b) Simbol suis tekan tutup adalah seperti yang
berikut:


b) Simbol suis tekan buka adalah seperti yang
berikut:


c) kendalian suis tekan tutup adalah seperti yang
berikut:
i. Apabila punat suis tekan tutup ditekan, bahagian
tamatan suis akan bersambung menyebabkan arus
elektrik dapat mengalir. (ON)

ii. Apabila punat suis tekan tutup dilepaskan,
tamatan suis akan terputus dan memutuskan aliran
arus elektrik (OFF).



c) Kendalian suis tekan buka adalah seperti yang
berikut:
i. Apabila punat suis tekan buka ditekan, bahagian
tamatan suis akan terputus menyebabkan aliran
arus elektrik tidak dapat mengalir. (OFF)

ii. Apabila punat suis tekan tutup dilepaskan,
bahagian tamatan suis akan bersambung
menyebabkan arus elektrik mengalir (ON).


d) Contoh kegunaan suis tekan tutup adalah:
i. suis loceng bas;
ii. suis loceng bezer.

d) Contoh kegunaan suis tekan buka adalah:
i. suis lampu bahagian dalam peti sejuk;
ii. suis lampu bahagian dalam kereta





6. PAPAN DASAR (BREADBOARD)
Papan dasar amat berguna untuk mencuba litar elektronik baru dan kajian. Komponen
elektronik dan litar (IC) cip bersepadu boleh dipasang ke dalam kubang-lubang kecil dan
dihubungkan ke litar sementara. Penggunaan papan dasar tidak memerlukan pateri, dan komponen
boleh digerakkan dan litar boleh diubahsuai beribu-ribu kali tanpa merosakkan papan dasar. Apabila
kerja yang dibuat telah selesai, prototaip komponen yang digunakan boleh dikeluarkan dan
digunakan semula pada hari lain dalam kerja projek yang berbeza. Apabila anda telah menyiapkan
kerja menyediakan litar, papan dasar boleh dipateri bersama-sama dengan PCB atau matriks
lembaga untuk selamanya.
Asalnya papan dasar dibuat daripada kayu dan pin telah ditolak melalui bawah ke mana wayar dan
komponen boleh dipateri. Papan dasar moden diperbuat daripada plastik dengan grid lubang / soket
dipisahkan oleh pitchinto standard 0.1 inci yang wayar dan kaki komponen boleh dimasukkan, dan
terdapat jurang yang lebih luas di sepanjang garis tengah di mana piawaian BPA pemasangan litar
bersepadu (IC) cip boleh dimasukkan.

Tatacara penggunaan
Di dalam pateri papan dasar adalah logam yang menghubungkan lubang / soket bersama-
sama dengan cara yang sangat khusus dan standard. Contoh pada papan dasar di atas, cara
sambungan papan dasar ialah; Di atas ( merah) adalah satu barisan lubang semua yang berkaitan
antara satu sama lain . Ini adalah untuk bas kuasa positif. Sambung bekalan kuasa positif untuk baris
ini dan semua lubang di sepanjang garisan yang akan mempunyai hubungan positif yang boleh
disambung dan digunakan dalam litar. Perhatikan bahawa walaupun garis ini biasanya dibahagikan
kepada bahagian-bahagian 5 lubang, bahagian-bahagian yang semua masih berhubung antara satu
sama lain dalam papan dasar. Jika papan mempunyai dua baris dan bukan satu maka dua baris
diasingkan daripada satu sama lain. Di bawah papan dasar terdapat barisan lubang yang berwarna
biru. Ia berkaitan untuk bas kuasa negatif. Ini untuk menyambung negatif bekalan kuasa untuk baris
ini dan kemudian menyambung dari barisan ke litar apabila memerlukan sambungan negatif.
Selebihnya lubang pada papan dasar yang disambungkan dalam ruangan menegak berkaitan lima
tahun. Lima lubang ditandai dengan warna kuning yang berkaitan antara satu sama lain , lima lubang
diserlahkan dalam warna hijau adalah berkaitan antara satu sama lain , tetapi garis lubang kuning
dan garis lubang hijau diasingkan daripada satu sama lain dan dari semua yang lain daripada lubang
pada papan dasar. Papan dasar gambar di atas mempunyai 23 x 2 = 46 tiang itu lima lubang yang
bersambung.

Garis coklat seluruh pusat menunjukkan sela seluruh yang litar bersepadu (dan beberapa
komponen lain bersaiz standard) boleh berhubung. Setiap pin IC kemudian mempunyai ruang sendiri
empat lubang bebas untuk mana komponen dan pautan lain boleh dimasukkan untuk membuat
sambungan kepada mereka pin. Tidak ada cara untuk mencari satu IC pada papan dasar selain
daripada merentasi garisan pusat seperti yang digambarkan di atas tanpa pendek pintas pin
lawan.(Jika anda melihat gambar papan tempat memotong roti di bahagian atas halaman ini, anda
akan melihat bahawa versi yang lebih besar ini mempunyai punca kuasa dua bersama-sama pusat,
dan kemudian bahagian atas dan bawah kedua-dua meniru papan tempat dasar yang dibincangkan
di atas, tetapi dengan banyak lagi tiang). Sebagai contoh tatacara bagaimana untuk membina litar
pada papan dasar yang akan menghidupkan LED dengan menolak butang ditekan adalah seperti di
bawah:
.
1. Sambungkan positif dan negatif dari bekalan kuasa kepada punca positif dan negatif.


2. Dari punca positif membuat sambungan positif bersedia untuk litar.


3. Dari punca negatif membuat sambungan negatif bersedia untuk litar.

4. Memasukkan satu kaki perintang 1K8 ke dalam ruang dengan garis dari punca positif.

5. Masukkan positif (panjang) kaki LED dalam ruang yang sama dengan kaki yang lain
perintang 1K8.

6. Sambungkan talian kepada negatif (pendek) kaki LED untuk membawa ia berhampiran
dengan garis daripada punca negatif.


7. Menyambung butang tekan kepada tiang-tiang untuk menyelesaikan litar.
Kini apabila butang ditekan, litar itu selesai dan lampu LED menyala.
RUJUKAN
www.ElectronicsInfoline.com
Rosli Ibrahim, Salomah Ahmad, Ramli Baharin, Abu Zarin Ibrahim, Nizarudin A. Kasim, Liong Ing
(2012) Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal. Selangor. Sasbadi SDN. BHD.
Ruzairi Abdul Rahim & Herlina Abdul Rahim. (2003). Pengukuran & Instrumenttasi Elektrik. Penerbit
UTM Press.
Lee Shok Mee. (1988). Sains Paduan. Subang Jaya Selangor. Penerbitan Siri Maju SDN. BHD.

You might also like