You are on page 1of 7

Teori kognitivisme merupakan penambahan pengetahuan dalam ingatan jangka

panjang atau perubahan skema atau struktur perubahan (Gagne, 1985). Teori ini
memberi fokus kepada proses mengetahui dan memperoleh ilmu pengetahuan melalui
proses celik akal iaitu memproses maklumat dengan cara mengadakan perbincangan,
penaakulan, penyelesaian masalah dan aktiviti penambahan fikiran. Maklumatmaklumat
ini akan disimpan dan dikeluarkan kembali apabila diperlukan. Teori ini
berkait-rapat dengan proses menyimpan maklumat.

Masalah Pendidikan, 31(1)


GAYA KOGNITIF DAN VISUALISASI PELAJAR MELALUI
PERISIAN MULTIMEDIA
COGNITIVE STYLE AND VISUALIZATION OF STUDENTS
THROUGH MULTIMEDIA SOFTWARE
Ahmad Rizal Madar
Fakulti Pendidikan Teknikal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Yahya Buntat
Jabatan Pendidikan Teknik & Vokasional
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

http://myais.fsktm.um.edu.my/7435/1/gaya_vol31_no1_(181-192)_2008.pdf

http://chevykediri.wordpress.com/2007/12/11/kemampuan-mengajar-guru/

KEMAMPUAN MENGAJAR GURU:
Desember 11, 2007 · & Komentar

 KEMAMPUAN MENGAJAR GURU:


Teori , Strategi dan Perkaedahan Dalam Pendidikan Komputer.

1.0 Pendahuluan
Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland(1995)
menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks
are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat
mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti
penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja
pengajaran pembelajaran. K-Ekonomi merupakan isu utama yang
disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya pengetahuan
tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam
membentuk generasi yang akan datang. Winston Churcil menyatakan ”
empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda” Untuk
mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya , pendekatan
pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah
kepada pemikiran penyelidikan ,mengunpul maklumat , menganalisis data
ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan
pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis
dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan
kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

2.0 Kandungan Komponen Komputer Dalam Pendidikan


Struktur kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 minggu komputer
adalah seperti berikut
a) Asas Dinamika Guru
a) Pengajaran dan pembelajaran Bestari
i. Kemahiran Teknologi Maklumat
ii. Kemahiran Secara Kritis dan Kreatif
iii. Kemahiran Belajar
iv. Kemahiran Mentaksir dan Menilai
v. Pengurusan Pembelajaran Bestari

b) Komputer Dalam Pendidikan


a) Pengenalan Kepada Sistem Dan Rangkaian Komputer
i. Perkembangan Komputer Dan Teknologi Maklumat
ii. Komputer Dalam Pendidikan
iii. Perkakasan dan Perisian

b) Rangkaian Komputer
i. Pengenalan Kepada Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer
ii. Rangkaian Setempat (LAN)

c) Penyenggaraan Sistem Komputer dan Pengurusan Teknologi Maklumat di


Sekolah
i. Penyenggaraan Sistem komputer
ii. Pengenalan kepada komponen dan fungsinya
iii Menanggal dan memasang semula komponen komputer
iv. Mengesan kerosakan dan penggunaan perisian ultiliti
v. Konfigurasi sistem komputer
vi. Penyediaan perisian
vii. Pengurusan fail
vii. Penyediaan Sistem rangkaian
ix Pengurusan dan penyenggaraan perkakasan

d) Pengurusan Teknologi Maklumat


a) Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti TM di sekolah
b) Penyediaan makmal komputer
c). Aspek keselamatan

e) Internet Dalam Pendidikan


a) Pengenalan Internet
i. Kegunaan internet
ii. Keperluan Perkakasan dan Perisian
iii. Penggunaan Internet Dalam Pendidikan
iv. Kemahiran Mencari Dan Menyimpan Maklumat Dari Internet
v. Isu-isu Semasa Berkaitan Internet

b) Pembinaan Laman Web


i. Mengenal contoh-contoh Laman Web
ii. Mengenalpasti contoh-contoh perisian yang berkaitan
iii. Pemilihan grafik dan muzik

3.0 Teori Dan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran


Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan
pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap
dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang
manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada
sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya
upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran
bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan
membawa kepada perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun
perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan
ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.
Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk
memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan
ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman
yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran
behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam
tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam
psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu
seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Teori-Teori
pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan kepada para guru .

Menurut Arif Sukardi (1987), terdapat beberapa sebab teori-teori


pembelajaran ini perlu dikuasai oleh guru, antaranya ialah seperti berikut:
a) teori pembelajaran membantu guru memahami proses pembelajaran
yang berlaku di dalam diri pelajar itu sendiri.
b) guru dapat memahami keadaan dan faktor yang mempengaruhi,
mempercepatkan atau melambatkan proses pembelajaran seseorang.
c) guru dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan
dari proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap


teori mempunyai konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar.
Berdasarkan berbezaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran tersebut
dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian .

a) Teori Tingkahlaku
Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris .Mereka berpendapat
bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara
seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan
kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan .Di antara
pandangan atau definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh
diterima umum ialah seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) yang
menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang
agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. Perubahan pembelajaran ini
berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan , pelaziman
klasik,pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian. Di antara
prinsip-prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran komputer ialah
a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif
didalamnya . Keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan menyediakan
aktiviti-aktiviti tertenti yang melibatkan pelajar secara aktif seperti
perbincangan dalam kumpulan, aktiviti amali, contohnya amali membuka
dan memasang komponen perkakasan komputer.
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat
dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.
Contohnya dalam menyampaikan tajuk komponen perkakasan komputer
bahan-bahan bantu mengajar seperti kertas edaran atau hand out
disediakan terlebih dahulu di samping penggunanaan slaid powerpoint dapat
menjelaskan sesuatu konsep atau fungsi dengan jelas.Ini memudahkan
pelajar memahami tajuk yang diajar.
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya
pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar.
Penglibatan dan perhatian pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan
ganjaran atau rangsangan dengan tujuan untuk memotivasikan mereka bagi
mengikuti pembelajaran seterusnya. Setiap respon pelajar perlu diberikan
maklumbalas yang positif .
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi
motivasi. Setiap kali pelakar berjaya melakukan sesuatu aktiviti ataupun
memberikan respon yang betul atau baik maka ia perlu diberikan ganjaran
untuk mengekalkan minat pelajar bagi meneruskan pembelajaran
berikutnya. Contohnya dalam aktiviti kumpulan pemasangan komponen
perkakasan komputer dalam kumpulan, guru boleh memberikan ganjaran
seperti jumlah markah yang tinggi, kakat-kata pujian atau sebarang bentuk
tindakan yang boleh memotivasikan pelajar.

Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran


tingkahlaku (Behavioral) , terdapat sembilan elemen yang baik untuk
sesuatu pengajaran . Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan
dengan pengajaran topik Konsep Asas Sistem Komputer beberapa kaedah
dan strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam
kelas . Contohnya dalam pengajaran pembelajaran perkakasan komputer
,pada permulaan pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik
perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik
perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk
menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer ke dalam
kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik
dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas
mengenai perkakasan sistem komputer . Guru perlu memberitahu pelajar
tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai
mengikuti pengajaran dan pembelajaran . Contohnya ,guru perlu
menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah
kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . Selain itu , sebelum
memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran , seorang guru itu
harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang
telah di pelajari sebelum ini . Guru juga harus mempersembahkan bahan
yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara guru haruslah
jelas dan berintonasi , susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga
menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir ,
gambarajah dan juga slaid projektor . Guru juga harus menggalakkan
pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka
yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru haruslah
mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi
tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari .
Sebagai contoh , guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk
mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran
tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu .

b) Teori Kognitif
Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses
dalaman dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran
menyebabkan perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi
yang khusus. Perubahan tingkahlaku dianggap cuma mencerminkan
perubahan dalaman yang sukar untuk diperhatikan seperti pengetahuan
,perasaan ,harapan dan pemikiran. Menurut Bruner untuk mengajar sesuatu
tidak perlu menunggu sehingga kanak-kanak mancapai tahap
perkembangan tertentu. Aspek pentingnya ialah bahan pengajaran harus
disediakan dengan baik. Dengan lain perkataan perkembangan kognitif
seseorang dapat ditingkatkan dengan cara mengatur bahan yang akan
dipelajari dan menyajikannya sesuai dengan tingkat perkembangannya.
Penerapan teori Bruner yang terkenal dalam dunia pendidikan adalah
kurikulum spiral di mana bahan pelajaran yang sama dapat diberikan mulai
dari tahap rendah sehingga ke tahap menengah, disesuaikan dengan tingkat
perkembangan kognitif mereka. Cara belajar yang terbaik menurut Bruner
ini adalah dengan memahami konsep, makna dan hubungan melalui proses
intuitif dan seterusnya menghasilkan suatu kesimpulan.

Menurut Hartley & Davies (1976), prinsip-prinsip kognif dari beberapa


contoh di atas banyak diterapkan dalam dunia pendidikan khususnya dalam
melaksanakan kegiatan perancangan pembelajaran. Prinsip-prinsip tersebut
adalah seperti berikut
a) Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila
pelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logik tertentu.
b) Penyusunan bahan pelajaran dari sederhana ke rumit. Pelajar harus lebih
tahu tugas-tugas yang bersifat lebih sederhana.
c) Pembelajaran dengan memahami lebih baik dari pada menghafal tanpa
pemahaman. Sesuatu yang baru harus sesuai dengan apa yang telah
diketahui pelajar sebelumnya.
d) Tugas guru di sini adalah menunjukkan hubungan apa yang telah
diketahui sebelumnya.
e) Adanya perbezaan individu yang harus diperhatikan dan faktor ini
mempengaruhi proses pembelajaran pelajar.

Kognitif berkaitan dengan mental,dan ianya berkait rapat dengan ingatan


jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Ini boleh dilihat melalui teori
Pemprosesan Maklumat. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar
memproses maklumat oleh pelajar . Maklumat yang baru disimpan dalam
ingatan jangka pendek. Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan
jangka panjang. Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) dan
kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi
kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks.
Langkah langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat
disampaikan seperti berikut.
a) Perhatian pelajar : Permulaan pengajaran dengan memberikan set induksi
yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru dan pengajaran.
Contohnya dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer guru boleh
bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan beberapa contoh perkakasan
kompouter ke dalam kelas .
b) Membawa ingatan pelajar pada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-
tajuk lepas yang sudah dipelajari dan dikaitkan dengan topik yang kan
diajar.
c) Penekanan terhadap isi pelajaran yang penting ( utama). Pengajaran
pembelajaran sesuatu tajuk disampaikan dengan penggunaan bahan bantu
mengajar yang bertepatan dengan tajuk yang akan disampaikan. Contohnya
dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer beberapa handout
mengenainya diedarkan kepada pelajar sebagai banah panduan dan rujukan
untuk mengikuti pengajaran guru. Di samping penyediaan slaid powerpoint
yang baik dan dapat menjelaskan isi pelajaran yang disampaikan.
d) Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan
bantu mengajar yang bersesuaian . Contohnya seperti perisian kursus yang
berkaitan dengan tajuk perkakasan komputer .
e) Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima.
Guru membantu dan memberikan bimbingan kepada pelajar untuk
melaksanakan memahami dan pembelajaran .
f) Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru
diterima
g) Pengulangan Contoh ialah mengingatkan pelajar beberapa isi penting
yang dipelajari (ingatan janga pendek) dan menyediakan

beberapa aktiviti atau latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas


( ingatan jangka panjang)

You might also like